Memang tak boleh disangkal bahawa kulit yang sihat dan cantik bermula dari dalam. Walaupun pengambilan diet yang seimbang adalah penting, suplemen untuk kulit glowing juga merupakan makanan tambahan yang boleh membantu serta menyokong fungsi kulit dan kesihatan tubuh yang optimum. Selain itu, terdapat juga nutrien tertentu seperti asid lemak penting (EFA) yang tidak boleh dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan, tapi penting untuk kesihatan. Justeru, apa kata anda tambah suplemen untuk kulit glowing dalam diet agar tubuh badan mendapat pelbagai jenis nutrien penting? Bukan kulit sahaja, rambut, kuku, tulang dan gusi juga boleh menerima manfaat daripada khasiat suplemen ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita tengok suplemen yang ada di pasaran untuk cantik luaran dan dalaman.
11 Suplemen Untuk Kulit Glowing, Anjal Dan Tak Dimamah Usia
Tak kira anda lelaki mahupun wanita, kesihatan dan kecantikan kulit memang menjadi keutamaan terutamanya bila anda dah semakin berusia. Bagi anda yang pertama kali nak ambil suplemen, kami sudah pun senaraikan beberapa pilihan suplemen untuk kulit glowing yang sesuai untuk anda. Yang penting lulus KKM dan dijamin selamat!
1. 21st Century Elastin Collagen
21st Century Elastin Collagen merupakan salah satu suplemen untuk kulit glowing terbaik buat anda yang ingin meningkatkan penghasilan elastin dan kolagen dalam kulit supaya ia kekal anjal dan awet muda. Suplemen ini mampu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah, meratakan tona kulit tidak sekata dan mencegah masalah kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari. Ia juga tidak mengandungi gula, sodium, kanji, perisa/warna tiruan serta pengawet. Satu botol ni cukup untuk sebulan!
2. Blackmores Buffered C Slow Release
Blackmores Buffered C Slow Release adalah suplemen untuk kulit glowing dan antara vitamin C terbaik di pasaran. Ia dirumus khas untuk melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dalam tempoh 8 jam secara berterusan. Ini bagi memastikan badan anda menyerap vitamin C yang secukupnya. Vitamin C merupakan protein penting untuk penghasilan kolagen dalam badan dan ia juga struktur utama dalam tulang dan tendon. Ia juga tidak mengandungi yis, gluten, gandum, produk derivatif susu, pengawet, perisa tiruan ataupun pemanis, dan sesuai untuk perut sensitif. Ambil sebiji sehari, selepas makan untuk kulit yang sihat.
3. Blackmores Collagen 10,000 mg
Blackmores Collagen 10,000 mg ini dijamin halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA). Jadi, pengguna Muslim boleh mengambil suplemen ini tanpa rasa was-was. Suplemen ini lain daripada yang lain kerana ia mengandungi kolagen marin terhidrolisis (hydrolysed marine collagen) yang jauh lebih tinggi daripada suplemen kolagen lain. Ini menjadikan Blackmores Collagen 10,000 mg antara suplemen untuk kulit glowing terbaik kerana boleh menaikkan seri wajah untuk penampilan yang lebih segar. Ia juga sesuai untuk anda yang mencari suplemen anti-penuaan kerana ia melindungi kulit anda daripada radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh, melegakan keradangan dan melindungi membran sel daripada kerosakan.
4. Blackmores Flaxseed Oil
Blackmores Flaxseed Oil membekalkan omega-3, 6, dan 9 yang organik serta vegetarian. Omega merupakan EFA yang menyokong kesihatan kulit dan jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan EFA tertentu boleh menyokong kesihatan secara menyeluruh. Omega-3 dan 6 khususnya amat penting untuk mengoptimumkan kesihatan kulit dengan mengawal pengeluaran minyak, menghidratkan kulit wajah, meredakan kulit berjerawat dan melambatkan proses penuaan. Selain sesuai sebagai suplemen untuk kulit glowing, bahan-bahan yang terkandung di dalam Blackmores Flaxseed Oil ini juga sangat baik untuk melembutkan kulit yang kasar dan kering serta melegakan kerengsaan pada kulit.
5. VitaHealth L-Glutathione Plus for Skin Whitening
Iklim tropikal di Malaysia bermakna kita terdedah kepada cahaya matahari sepanjang tahun, dan sinaran UV yang dibawanya adalah buruk nutuk kesihatan kulit. Badan kita secara semulajadinya menghasilkan glutathione yang membantu melindungi kulit daripada UV, tetapi kadar penghasilannya merosot akibat usia, diet yang tidak sihat, pencemaran, dan stres. VitaHealth L-Glutathione Plus membekalkan glutathione dalam bentuk tablet yang dapat membantu mencerahkan warna kulit, mengurangkan pigmentasi, serta memelihara kulit awet muda. Tambahan itu, ia juga mengandungi enam antioksidan lain seperti zink dan vitamin C.
6. VitaHealth SkinTru
Kepada mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat ataupun mempunyai parut jerawat lama yang degil, bolehlah cuba VitaHealth SkinTru. Ia mengandungi sembilan jenis herba yang membantu melawan jerawat dan memudar parut jerawat dari dalam badan, di samping menenangkan kemerahan pada kulit untuk wajah yang lebih ceria. Hanya perlu makan dua tablet sehari.
7. Himalaya Neem Skin Wellness
Himalaya Neem Skin Wellness mengandungi daun semambu (neem) sebagai ramuan utamanya. Tumbuhan ini memang digunakan secara tradisional untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Ia bukan sahaja bersifat anti bakteria, anti virus, dan anti radang, malah dapat memperkuatkan sistem imunisasi dan membersihkan darah. Pengambilan yang berterusan mampu mencegah alahan kulit seperti ekzema, psoriasis dan jerawat. Ia juga membuatkan kulit anda semakin glowing dan bermaya.
8. Lennox FirmUp+ Forte Gold
Lennox FirmUp+ Forte Gold ini adalah suplemen untuk kulit glowing yang diformulasikan dengan Aqueous Marine Collagen, Ceramide PCD (ekstrak beras) dan vitamin untuk kulit yang lebih tegang dan anjal. Satu botol minuman kolagen ini mengandungi seribu satu kebaikan. Ia mampu mencerahkan kulit wajah, mencegah kulit kusam, mengurangkan garis-garis halus, memperbaharui sel-sel dan menghidratkan kulit. Makeup pun nampak lebih cantik dan halus bila kulit anda sihat dan berseri.
9. Shaklee Collagen Plus Powder
Shaklee Collagen Plus Powder diperkaya dengan 4,000mg kolagen berkualiti tinggi yang diekstrak daripada sisik ikan Jenahak, vitamin C, B2 dan B6. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen sambil melawan radikal bebas, manakala vitamin B2 dan B6 menyokong metabolisma yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam badan. Suplemen untuk kulit glowing ini juga mudah diserap oleh badan dan senang diambil pada bila-bila masa kerana ia dipaketkan dalam bentuk sachet individu. Anda cuma perlu campurkan dengan makanan atau minuman kegemaran anda. Mudah kan?
10. Shaklee Sustained Release Vita-C Plus
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus juga merupakan vitamin C untuk kulit yang menjadi pilihan ramai. Ia mengandungi vitamin C dan 120mg bioflavonoid sitrus, dan dirumus untuk pelepasan berterusan untuk meningkatkan penyerapan vitamin C dalam tubuh. Sifat antioksidannya bukan sahaja bagus untuk kulit, malah menambah baik kesihatan gigi, gusi, tulang dan tubuh secara menyeluruh. Kalau perut anda selalu meragam, anda tak perlu risau untuk ambil suplemen ni kerana ia diekstrak daripada jagung yang tak menggangu perut sensitif.
11. Seven Seas Cod Liver Oil Gold
Apa kata anda tambah suplemen Seven Seas Cod Liver Oil Gold dalam rutin penjagaan diri untuk dapatkan kulit yang cantik. Ia mengandungi minyak hati ikan kod yang kaya dengan vitamin A (terbaik untuk kesihatan mata dan kulit) serta vitamin D (untuk meningkatkan penyerapan kalsium oleh tulang dan gigi). Secara keseluruhannya, minyak ikan kod sangat baik untuk kulit kerana ia mengekalkan homeostasis, menggalakkan penyembuhan kulit, mencegah keradangan terutamanya akibat sinar UV, mencegah tanda-tanda penuaan dan menguatkan skin barrier. Tak hairanlah kalau minyak ikan kod dianggap sebagai salah satu suplemen kulit glowing kerana manfaatnya yang tak terhingga.
Sambil Ambil Suplemen Untuk Kulit Glowing, Amalkan Diet Tinggi Kolagen Untuk Tingkatkan Penghasilannya
Penghasilan kolagen semulajadi semakin berkurangan apabila kita semakin berusia. Ini menjadikan kulit kurang bermaya, tidak anjal dan garis-garis penuaan juga semakin jelas kelihatan. Mesti anda resah kan bila wajah dah tak macam zaman muda-muda dulu? Tapi jangan bimbang, dengan mengamalkan pengambilan suplemen untuk kulit glowing dan diet tinggi kolagen, anda boleh melambatkan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan dan kecantikan kulit. Kadar kolagen semula jadi boleh ditingkatkan dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi asid hyaluronik seperti kekacang, sayuran hijau dan buah sitrus. Selain itu, anda juga boleh tambahkan gel lidah buaya (aloe vera) dalam diet anda. Ini kerana lidah buaya mampu meningkatkan pengeluaran kolagen sekiranya disapu pada kulit atau dicampurkan dalam minuman.
Pada masa yang sama, jangan lupa gunakan serum untuk merawat kulit dan gunakan pelembab atau losyen untuk hidratkan kulit. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke salon-salon kecantikan untuk dapatkan rawatan wajah. Barulah raut wajah nampak segar dan awet muda.
Nak dapatkan lebih banyak informasi produk kecantikan terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Shopee Beauty Carou-Sale untuk tawaran terhebat!