11 Salon Rambut Muslimah Di KL & Selangor Untuk Memanjakan Diri

11 Salon Rambut Muslimah Di KL & Selangor Untuk Memanjakan Diri

Walaupun bertudung, ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan rawatan serta penjagaan rambut dan kepala. Sekali-sekala, apa salahnya memanjakan diri di salon rambut Muslimah untuk tampil lebih segar dan bermaya. Lagipun, di sekitar kawasan Lembah Klang ni ada banyak salon dan spa Muslimah yang menyediakan perkhidmatan patuh syariah, khas untuk wanita berhijab. Jadi, tunggu apa lagi. Jom kita tengok satu-persatu. 

11 Salon Rambut Muslimah Ni Wajib Dikunjungi Oleh Wanita Bertudung Untuk Rambut Cantik Dan Sihat

Salon rambut Muslimah atau spa Muslimah memang mendapat sambutan dalam kalangan wanita bertudung. Tapi, nak mencari salon yang betul-betul menjaga aurat wanita tu mungkin agak sukar sedikit. Jadi, kami telah pun senaraikan salon rambut muslimah terbaik ini untuk rujukan anda.

A-Saloon

Anda boleh lawati laman web salon A-Saloon untuk membuat janji temu
Kredit: @asaloon.my dari Instagram

A-Saloon telah diiktiraf sebagai Rangkaian Salun Terbesar Di Malaysia sejak 2009 lagi. Mereka mempunyai lebih daripada 20 cawangan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Mereka turut menawarkan perkhidmatan rawatan dan gunting rambut perempuan bertudung. A-Saloon menyediakan ruangan dan penata gaya khas untuk memastikan Muslimah selesa dengan rawatan yang disediakan. Harga yang ditawarkan pula bermula daripada RM48 sehingga lebih RM700, bergantung kepada rawatan yang anda pilih. Anda boleh lawati laman web salon rambut mesra Muslimah ini untuk membuat janji temu di cawangan yang berdekatan dengan anda. 

Alamat: Lihat laman web untuk senarai lengkap

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 9 pagi – 1 petang, 2 petang – 6 petang

Hubungi Di Talian: Lihat laman web untuk senarai lengkap

Website | Instagram

Az Salon Muslimah

Az Salon Muslimah ini terletak di One Selayang dan menjadi salon kegemaran ramai wanita bertudung.
Kredit: @az.muslimah dari Instagram 

Az Salon Muslimah ini terletak di One Selayang dan menjadi salon kegemaran ramai wanita bertudung. Muslimah yang ingin mendapatkan treatment rambut boleh berkunjung ke salon ini kerana mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan spa muslimah dengan harga yang berpatutan. Anda dinasihatkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan kerana salon rambut Muslimah ini tidak menerima pelanggan walk-in

Alamat: E-1, 1A, Jalan Os 1/1, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu Operasi: 

  • Isnin – Jumaat: 10.30 pagi – 8 malam
  • Sabtu – Ahad: 11.30 pagi – 10 malam

Hubungi Di Talian: 016-861 4154

Website | FacebookInstagram

Capello By Nina

Capello By Nina diasaskan oleh Datin Nina Ismail Sabri.
Kredit: @capellobynina dari Instagram

Capello By Nina diasaskan oleh Datin Nina Ismail Sabri. Salon ini adalah untuk wanita sahaja dan ia mesra Muslimah. Mereka menawarkan pelbagai jenis rawatan rambut termasuk warna rambut sah wudhu serta rawatan mani-pedi. Anda boleh kunjungi cawangan Capello By Nina di Ampang, Bangi dan Shah Alam untuk sesi memanjakan diri. Hubungi nombor yang tertera di laman Instagram mereka untuk membuat janji temu. 

Alamat: 

  • Ampang: 91, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor.
  • Bangi: 47A, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Shah Alam: 7A, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:

  • Ampang: Selasa – Ahad: 11 pagi – 9 malam
  • Shah Alam dan Bangi: Selasa – Ahad: 10.30 pagi – 8 malam

Hubungi Di Talian: 

  • Telefon Bimbit: 019-302 0060
  • Shah Alam – Sect 7: 03-5523 0338
  • Bangi – Sect 9: 03-8920 1216
  • Ampang: 03-4265 6800

Facebook | Instagram

El Rahah

Salon rambut Muslimah El Rahah menawarkan servis rawatan dan penjagaan rambut untuk wanita dan kanak-kanak perempuan.
Kredit: @elrahah dari Instagram 

Salon rambut Muslimah El Rahah menawarkan servis rawatan dan penjagaan rambut untuk wanita dan kanak-kanak perempuan. Harga yang ditawarkan juga bergantung kepada peringkat umur dan servis yang anda kehendaki. Sekiranya anda tidak pasti akan potongan rambut yang bersesuaian dengan bentuk muka anda, dapatkan bantuan penata gaya mereka untuk memilih gaya yang paling menarik. Salon Muslimah ini mempunyai dua cawangan sahaja, iaitu di Kajang dan Bangi. Anda boleh buat janji temu melalui laman web mereka untuk dapatkan rawatan. 

Alamat: 

  • Kajang: 9G Jalan Kajang Perdana 3/1, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang Selangor.
  • Bangi: 55-1 Jalan 8/35 , Seksyen 8, Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. 

Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 10 pagi  – 7 malam

Hubungi Di Talian: 

  • Bangi: 03-8928 9016 / 010-221 0451
  • Kajang: 03-8741 9016

WebsiteFacebook | Instagram

Karva

Spa Muslimah Karva yang diasaskan oleh selebriti terkenal Nora Danish ini bukan sekadar kedai gunting rambut.
Kredit: @karvamy dari Instagram 

Spa Muslimah Karva yang diasaskan oleh selebriti terkenal Nora Danish ini bukan sekadar kedai gunting rambut. Mereka turut menyediakan perkhidmatan tata rias kuku, penjagaan wajah, waxing dan lain-lain lagi menggunakan produk bermutu tinggi daripada Paris, Jerman dan Itali. Karva juga menawarkan pakej istimewa, Pamper Party, untuk anda yang bakal menjadi raja sehari, meraikan hari jadi ataupun baby shower. Perkhidmatan yang ditawarkan juga bermula dengan harga serendah RM45. Anda boleh hubungi nombor tertera di laman web Karva untuk sebarang pertanyaan ataupun untuk membuat janji temu. 

Alamat: G Village, Lot F-11, No. 35 Jalan Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 10.30 pagi  – 8 malam

Hubungi Di Talian: 03-9201 7526‬/ 012-797 9734

WebsiteFacebook | Instagram

MaryAm Salon

Pelanggan Muslimah boleh meminta bilik tertutup yang berasingan sekiranya melakukan rawatan di sini
Kredit: MaryAm SALON dari Facebook

MaryAm Salon menawarkan servis rawatan rambut untuk lelaki dan wanita. Pelanggan Muslimah boleh meminta bilik tertutup yang berasingan sekiranya melakukan rawatan di sini dan rambut anda akan dikendalikan oleh penata rambut wanita. Harganya juga sangat berpatutan, dari RM35 hingga RM295. Tetapi, mereka tidak menerima pelanggan walk-in. Jadi pastikan anda membuat janji temu terlebih dahulu sebelum datang ke salon ini. 

Alamat: 5-GF, Block A, Jln JU/6J, Pusat Bandar Subang, Sek U6, Pekan Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 10.00 pagi  – 6 petang

Hubungi Di Talian: 03-9201 7526‬/ 012-797 9734

WebsiteFacebook

Miss Muslimah Hair Salon

Muslimah yang nak buat treatment rambut, cuci, blow, rebonding dan dye rambut menggunakan pewarna rambut halal sah solat boleh lah berkunjung ke Miss Muslimah Hair
Kredit: Miss.Muslimah Hair Salon dari Facebook

Muslimah yang nak buat treatment rambut, cuci, blow, rebonding dan dye rambut menggunakan pewarna rambut halal sah solat boleh lah berkunjung ke Miss Muslimah Hair Salon. Semua produk penjagaan rambut yang mereka gunakan di salon rambut Muslimah ini juga mesra wudhu. Jadi, wanita bertudung tak perlu was was untuk menggunakannya semasa solat. Jangan lupa buat janji temu lebih awal ya sebelum datang ke Miss Muslimah Hair Salon ni. 

Alamat: Lorong Pulai Kg Cempedak, Kuang, 48050 Rawang, Selangor. 

Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 10 pagi – 6 petang

Hubungi Di Talian: 012-976 6993/ 017-224 4292

Facebook

Nur Jannah Spa

Nur Jannah Spa ini bukan sahaja salon rambut muslimah, malah ia juga menawarkan servis spa muslimah khas untuk wanita berhijab
Kredit: @nurjannah_spasalon dari Instagram

Nur Jannah Spa ini bukan sahaja salon rambut muslimah, malah ia juga menawarkan servis spa muslimah khas untuk wanita berhijab. Anda boleh buat rawatan wajah, skrub badan, dan rawatan resdung dengan harga yang berpatutan. Nak urut badan pun boleh supaya anda rasa lebih segar dan relax. Jadi tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan slot janji temu untuk hujung minggu ni melalui laman web mereka sekarang!

Alamat: 41-1, Jalan Bidara 9/3, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor. 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 9 pagi – 7 malam

Hubungi Di Talian: 03-6038 7888/ 019-304 2349

WebsiteFacebook | Instagram

Safyra Salon

Safyra Salon memang faham sangat dengan keperluan wanita Muslimah
Kredit: @safyrasalon_saujanautama dari Instagram

Safyra Salon memang faham sangat dengan keperluan wanita Muslimah. Sebab itu, salon rambut Muslimah ini menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan rambut yang patuh syariah. Kalau nak tahu, kaum lelaki tak dibenarkan masuk ke kawasan kerja untuk menjaga aurat wanita. Untuk Muslimah yang perlukan me time, buatlah janji temu melalui laman web Safyra Salon dan nikmati layanan terbaik dari penata gaya mereka. 

Alamat:

  • Saujana Utama: 35G, Jalan Bidara 9/3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor. 
  • Sri Gombak: No 36A, Jalan SG 1/5, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. 

Waktu Operasi:

  • Isnin – Sabtu: 10 pagi – 7 malam
  • Ahad: 10 pagi – 5 petang

Hubungi Di Talian:

  • Saujana Utama: 011-1062 0906
  • Sri Gombak: 016-251 1275

Facebook (Saujana Utama) | Facebook (Sri Gombak)| Instagram (Saujana Utama) | Instagram (Sri Gombak)

Salon Muslimah Afiya

Salon Muslimah Afiya ini luas dan mempunyai ruang khas untuk gunting rambut, rawatan wajah dan spa supaya privasi anda terjamin.
Kredit: @afiyasalon dari Instagram

Salon Muslimah Afiya ini luas dan mempunyai ruang khas untuk gunting rambut, rawatan wajah dan spa supaya privasi anda terjamin. Harga yang ditawarkan untuk servis cuci dan potong rambut pula sangat berpatutan, bermula daripada RM45. Nak buat rebonding, relaxing dan warnakan rambut pun boleh. Produk yang mereka gunakan juga telus air. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu sekiranya ia sah digunakan ketika solat. Kalau nak cuba salon rambut Muslimah ni, anda boleh la berkunjung ke Taman Melawati. 

Alamat: No 275A, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 10.30 pagi – 7 malam

Hubungi Di Talian: 019-290 3529

Facebook | Instagram

Scissors Magic Hair & Beauty Spa

Scissors Magic Hair & Beauty Spa menawarkan perkhidmatan rawatan dan kecantikan diri yang menyeluruh
Kredit: Scissors Magic Hair & Beauty Spa dari Facebook

Dengan tagline “Keeping The Malay Secret Traditions Alive”, salon muslimah Scissors Magic Hair & Beauty Spa menawarkan perkhidmatan rawatan dan kecantikan diri yang menyeluruh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Spa Muslimah yang berkonsepkan Melayu tradisional ini sering menjadi pilihan bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah dan meningkatkan kesegaran tubuh. Bahan-bahan yang mereka gunakan juga adalah semulajadi dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Buat anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tu, boleh lah lihat laman web Scissors Magic Hair & Spa ni untuk semak pakej-pakej yang ditawarkan dan buat janji temu. 

Alamat: No.17-B, 1st Floor, Jln Uranus AG U5/AG, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor. 

Waktu Operasi: 

  • Isnin – Jumaat: 10.30 pagi – 8.30 malam
  • Sabtu – Ahad: 10.30 pagi – 8.30 malam

Hubungi Di Talian: 019-290 3529

WebsiteFacebook

Anda Boleh Buat Rawatan Dan Penjagaan Diri Di Rumah Jika Tidak Berkesempatan Ke Salon Rambut Muslimah

Anda Boleh Buat Rawatan Dan Penjagaan Diri Di Rumah Jika Tidak Berkesempatan Ke Salon Rambut Muslimah
Kredit: Scandinavian Biolabs dari Pexels

Usah kedekut berbelanja untuk penjagaan rambut dan penampilan diri. Jika anda terlalu sibuk dan tidak berkesempatan untuk buat rawatan bulanan di salon, anda boleh melakukannya di rumah. Gunakan syampu dan perapi yang sesuai untuk rambut anda. Setelah rambut agak lembap, anda boleh belai rambut dengan serum atau tonik. Kemudian, dandankan agar sentiasa kelihatan rapi dan kemas. Yang paling penting, elakkan mencuci rambut dengan air panas supaya ia tidak kering dan kasar. Kalau ada masa, gunakan juga mask rambut untuk mendapatkan helaian rambut yang cantik dan berkilat. 

Material tudung yang anda pilih pun penting tau. Jadi, pilihlah jenis tudung yang selesa untuk rambut dan kulit kepala anda, dan gayakan mengikut style tudung kegemaran anda. Selamat mencuba! 

Nak dapatkan lebih banyak koleksi tudung dan produk kecantikan halal terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Style By Shopee untuk tawaran terhebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *