9 Jenis Tudung Popular Di Malaysia Yang Buat Anda Rambang Mata!

nama nama tudung

Hijabista memang ada banyak koleksi tudung, dan nampaknya memang takkan pernah cukup. Ye lah, barulah boleh digayakan dan dipadankan dengan pelbagai jenis warna baju ataupun acara. Jenis material, jenama tudung dan style pun sering disesuaikan dengan personaliti si pemakai tu, seiring dengan peredaran masa. Bukan sahaja nampak trendy malah mengekalkan imej sopan serta memenuhi tuntutan agama. Kalau anda dah selalu pakai tudung yang sama, jom tengok jenis-jenis tudung popular ini untuk ubah penampilan!

Jenis-Jenis Tudung Popular Ni Pasti Buat Anda Manis Dipandang 

Di Malaysia ni memang ada banyak jenis tudung popular sampai tak sempat nak ikut trend yang mana satu. Jadi, sekiranya anda perlukan panduan untuk tudung terkini, kami sudah pun senaraikan jenis-jenis tudung ini memudahkan anda membuat pilihan terbaik.

Tudung Batik

tudung bawal batik
Kredit: Muslimin and Muslimah, SMB Ventures Sdn Bhd dan SM BIZ NETWORK ENTERPRISE di Shopee

Di Malaysia ni ada banyak jenis batik seperti batik blok, batik skrin, batik canting dan batik pelangi. Walaupun kebiasaanya batik dijadikan baju untuk acara rasmi, ia juga boleh dijadikan tudung untuk kegunaan harian. Batik juga ada kualiti yang berbeza-beza seperti satin dan sutera, manakala batik yang menggunakan teknik lukis tangan adalah lebih mahal kerana prosesnya yang lebih rumit dan mengambil masa. Tudung batik juga selalunya diperbuat daripada kain kapas (cotton) kerana mudah dibentuk dan selesa dipakai.

Jenis-jenis tudung batik popular yang ada di pasaran: 

Tudung Bawal

tudung bawal terkini
Kredit: MAYA_HIJAB di Shopee

Tudung bawal merupakan fesyen tudung sepanjang zaman. Tudung klasik ini masih menjadi pilihan ramai wanita dan gadis. Ia berbentuk segi empat sama dan boleh didapati dalam bidang 45, bidang 50 dan bidang 60, bergantung kepada citarasa anda.  Antara sebab tudung bawal ni menjadi pilihan ramai adalah kerana ia sangat mudah dipakai. Lipat menjadi segi tiga, kemudian pinkan sahaja di dagu dan kemaskan. Dah pun siap! Tapi sebelum tu kenalah gosok dulu, ataupun beli tudung bawal anti kedut macam Tudung Fareha

Jenis-jenis tudung bawal popular yang ada di pasaran: 

Tudung Chiffon

Jenis kain chiffon
Kredit: Joyah official, Amanina Online Shop dan Lamiz Exclusive di Shopee

Ini dia salah satu tudung kegemaran hijabista. Jenis kain chiffon yang selesa dipakai dan sesuai dijadikan tudung selalunya diperbuat daripada sutera, kapas dan serat sintetik. Fabriknya lembut, beralun, dan ringan tapi mudah rosak jika tidak dijaga dengan rapi. Tudung ini juga licin jadi ia sesuai dipakai dengan anak tudung cotton. Dari segi penjagaan, anda perlu basuh tudung chiffon dengan tangan dan jemur di tempat yang tak panas. Kalau nak gosok tudung pun anda perlu gunakan suhu yang rendah sebab fabrik ini mudah terbakar. 

Jenis-jenis tudung chiffon popular yang ada di pasaran: 

Tudung Corak/Tudung Printed

corak tudung
Kredit: Emjemuslimahcouture, AL RUBAB Collection dan dnutgirlz di Shopee

Tudung corak atau tudung printed ni sebenarnya adalah tudung bawal atau shawl yang bercorak. Sama macam tudung-tudung lain, kualitinya juga berbeza. Ada yang ekslusif, premium, sederhana, bajet – bergantung kepada kemampuan si pemakai. Material tudung yang menjadi pilihan pun selalunya mestilah cotton kan sebab tak panas, mudah dibentuk, tak jarang dan tahan lama. 

Jenis-jenis tudung corak popular yang ada di pasaran:

Tudung Jersey

material tudung jersey
Kredit: Tudung Orang Kita, MAHROSE SCARF and My Tudung Malaysia di Shopee

Tudung jersey pun boleh tahan popular dan memang sesuai sangat dipakai oleh wanita berhijab untuk bersukan atau melakukan aktiviti lasak kerana ia ringan, tidak panas dan menyerap peluh. Bukan itu sahaja, tudung jersey juga mudah kering dan warnanya juga tidak luntur. 

Jenis-jenis tudung jersey popular yang ada di pasaran: 

Tudung Pashmina

jenis tudung tudung pashmina
Kredit: SM BIZ NETWORK ENTERPRISE di Shopee

Tudung pashmina terdapat dalam pelbagai warna, motif dan corak yang menarik. Ia juga lebar dan panjang macam selendang. Ia sering menjadi pilihan ramai wanita kerana tidak perlu digosok. Kalau anda nak pakai tudung ni tapi tak pandai, anda boleh tengok tutorial tudung di Youtube untuk belajar gaya-gaya tudung pashmina yang trending

Jenis-jenis tudung pashmina popular yang ada di pasaran: 

Tudung Sarung/Tudung Instant/Tudung Sauk

tudung sarung cotton
Kredit: Primrose Mode Design di Shopee

Peminat Tudung Bokitta atau Tudung Ariani mesti dah biasa dengan tudung instant ni. Jika anda sentiasa sibuk dan terkejar-kejar, tudung sarung atau tudung ekspress diwajib ada dalam koleksi anda kerana ia mudah dipakai dan selalunya tak perlu digosok (antikedut). Cuma sarungkan sahaja ke kepala, pinkan dengan kerongsang dan anda dah pun siap! Pemilihan fabrik juga adalah penting sekiranya anda memilih untuk pakai tudung instant ni supaya terasa sejuk sepanjang hari. 

Jenis-jenis tudung sarung popular yang ada di pasaran: 

Tudung Satin

jenis jenis shawl satin
Kredit: Tyra Anne HQ di Shopee

Tudung jenis satin agak sukar untuk digayakan tetapi pemakainya kelihatan mewah dan bercitarasa tinggi. Fabrik ini juga terdapat dalam pelbagai jenis dan setiap satunya sesuai untuk dijadikan fesyen tudung yang berbeza. Jenis fabrik satin sutera/satin silk terasa ringan, lembut dan sejuk, sesuai untuk mereka yang ingin tampil eksklusif. Satin crepe pula sangat sesuai dijadikan tudung shawl kerana ia mudah regang (stretchable) serta melekap di muka. 

Jenis-jenis tudung satin popular yang ada di pasaran: 

Tudung Shawl

cara pakai shawl simple
Kredit: KhadijahCollection01 dan geeta.my di Shopee

Tudung shawl atau selendang ini memang sinonim dengan Muslimah yang suka tampil bergaya untuk acara rasmi atau santai. Sekarang ni terdapat pelbagai jenis shawl seiring dengan perkembangan dunia fesyen Muslimah. Ada yang berkilat, yang tak berkedut dan ada juga jenis instant. Kalau nak bersiap dengan cepat dan mudah, pastikan shawl anda diperbuat daripada kain yang mudah dibentuk. Kalau tak, boleh rosak mood dibuatnya. Ada banyak jenis-jenis shawl cantik yang anda boleh tambah dalam koleksi tudung anda. 

Jenis-jenis tudung shawl popular yang ada di pasaran: 

Gunakan Starch Tudung Supaya Tudung Mudah Terbentuk Dan Terletak Elok

cara guna starch tudung
Kredit: Tudung Fareha Penang di Shopee

Kadang-kadang tudung agak sukar untuk dibentukkan lebih-lebih lagi kalau fabriknya licin. Salah satu cara paling mudah untuk dapatkan tudung yang terletak elok di muka ialah dengan menggunakan fabric starch ataupun starch tudung. Semburkan sahaja starch pada bahagian awning tudung kemudian gosok dengan suhu sederhana. Ia menjadikan awning tudung kemas, cantik dan tak berkedut. Nak cuci pun senang kerana kanji mudah larut dalam air.

Padankan Jenis Tudung Popular Kegemaran Anda Dengan Fesyen Muslimah Hijabista Terkini

nama nama tudung
Kredit: SM BIZ NETWORK ENTERPRISE, Joyah official, Amanina Online Shop, Lamiz Exclusive, dnutgirlz dan Tudung Fareha Penang di Shopee

Bila dah dapat jenis tudung yang sesuai dengan citarasa dan bentuk muka anda, sekarang lah masanya untuk anda padankan dengan gaya muslimah hijabista terkini. Anda tetap boleh nampak feminin, anggun dan bergaya dengan fesyen menutup aurat ni jika kena dengan caranya.

Jika anda tak pasti nak cuba trend yang mana satu, apa kata anda tengok fesyen muslimah hijabista popular di Instagram untuk inspirasi fesyen moden. Barulah persis model tudung kan? Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *