Jom Melaram Ala Selebriti Dengan 7 Style Tudung Popular Ini!

style tudung artis malaysia

Style tudung selebriti sering menjadi ikutan lebih-lebih lagi apabila semakin ramai dalam kalangan mereka yang mengenakan hijab serta menceburi dunia fesyen Muslimah. Tak kisah lah dahi jendul ke, bentuk muka bujur sirih, panjang atau lebar ke, kalau orangnya cantik, pakai gaya tudung apa pun tetap nampak cantik. Anda sendiri pun pasti ada style tudung kegemaran kan? Sekali sekala, apa kata anda tukar gaya dan tiru style tudung selebriti-selebriti ni? Mesti nampak manis dan ayu di pagi Raya nanti.

Tiru Style Tudung Selebriti Ini Untuk Tampak Simple, Manis Dan Trendy

Selain nak nampak bergaya, tudung yang akan kenakan juga mestilah selesa dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Jadi anda tak perlu bimbang sekiranya nak cuba style tudung selebriiti kerana gaya yang dikenakan oleh selebriti-selebriti ini semuanya ringkas, sederhana, dan mudah untuk dipakai. Jom kita tengok!

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

cara pakai bawal siti nurhaliza
Kredit: @ctdk dari Instagram

Style tudung Dato’ Sri Siti Nurhaliza pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Kini, penyanyi No.1 negara ini nampak manis dengan tudung bawal ataupun tudung segi empat. Nampak highclass walaupun tudung bawal ni sebenarnya amatlah ringkas dan boleh dipakai oleh ramai wanita dari segenap lapisan masyarakat. Yang penting, mesti kena dengan bentuk muka dan dandanan si pemakai.

Fazura

cara pakai tudung fazura
Kredit: @missfazura dari Instagram

Siapa yang tak kenal dengan selebriti popular tanah air dan juga pengasas Tudung Fazura? Jika sebelum ini beliau aktif dalam dunia lakonan dan nyanyian, artis wanita jelita ini kini mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan fesyen Muslimah. Jenama tudungnya juga mendapat sambutan luar biasa ekoran habis dijual dalam masa yang singkat! 

Dari segi style tudung, Fazura selesa mengenakan tudung bawal ringkas berwarna pastel atau nude. Beliau juga turut menggayakan tudung dengan motif bunga untuk tampil anggun dan ayu. Jadi, peminat Tudung Fazura di luar tu tunggu apa lagi? Cubalah gaya tudung simple ni kalau nak keluar hujung minggu nanti.

Izara Aishah

tudung labuh izara aishah
Kredit: @izaraaishahofficial dari Instagram

Style tudung labuh Izara Aishah ni membuatkan sesiapa sahaja pemakainya manis dipandang. Ia sesuai untuk hijabista yang ingin kelihatan menawan dan patuh Syariah. Fesyen tudung yang dipakai oleh aktres wanita popular ini juga sesuai digayakan dengan busana longgar yang tidak mengikut bentuk badan. Beliau juga tampil menyerlah dengan pelbagai tudung corak geometri, bunga serta warna-warna menarik. Anda pun mesti nampak berseri-seri sekiranya tiru gaya tudung Izara ni.

Lisa Surihani

cara pakai tudung lisa surihani
Kredit: @lisasurihani dari Instagram

Pernah mendapat jolokan ‘Malaysia’s sweetheart’, nama Lisa Surihani memang tak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Beliau sering tampil manis dengan tudung bawal simple yang cantik terletak, kena betul dengan bentuk mukanya. Nak pakai tiap-tiap hari pun boleh kerana ia sangat praktikal dan mudah untuk digayakan. Aktres wanita ini sebelum ni pun pernah berkongsi tutorial tudungnya di YouTube. Jadi, anda bolehlah tonton video tersebut dan padankan style tudung tu dengan makeup yang ringkas. Cantiknya!

Mira Filzah

cara memakai tudung mira filzah
Kredit: @mfmirafilzah dari Instagram

Pengacara, pelakon wanita pujaan ramai dan ikon hijabi ini kelihatan ayu dan sering tampil di lensa kamera dengan pelbagai jenis gaya tudung termasuk satin, bawal, chiffon dan banyak lagi. Style tudung yang digayakannya juga nampak kemas dan sesuai dengan personalitinya yang manis dan ceria. Tidak hairan beliau dipilih menjadi duta jenama tudung terkenal di Malaysia. Gadis-gadis muda bolehlah tiru style Mira Filzah ni kerana ia menaikkan seri wajah walaupun simple dan polos.

Vivy Yusof

cara pakai shawl ikat belakang vivy yusof
Kredit: @vivyyusof dari Instagram

Vivy Yusof memang cukup sinonim dengan jenama tudung kegilaan ramai, Duck Scarves, dan gedung online FashionValet. Bagi yang dah selalu tonton tutorial tudung Vivy, anda pasti tahu yang beliau sering menggayakan pelbagai jenis shawl satin. Style tudung Vivy ni mudah sahaja, lilit, lilit, lilit – dah siap! Tak perlu terlalu kemas kerana ia merupakan gaya messy, sesuai untuk wanita yang suka pakai shawl. Anda boleh juga selitkan pin di bahagian kiri dan kanan kepala untuk memastikan tudung terletak elok.

Yuna

fesyen tudung yuna
Kredit: @yuna dari Instagram

Selebriti dan juga ikon fesyen tempatan yang berjaya menempa nama di Amerika Syarikat ini memang terkenal dengan style tudung turbannya. Beliau sentiasa mencerminkan imej Muslimah moden dengan fesyennya yang trendy dan berani. Anda boleh pilih untuk mengenakan turban polos ataupun yang bercorak, dan sesuaikan dengan busana kegemaran anda.

Padankan Style Tudung Selebriti Pilihan Anda Dengan Rekaan Baju Raya Terkini Dan Makeup Yang Ringkas

cara pakai shawl simple tapi cantik bella dally
Kredit: @belladally dari Instagram

Tudung dah ala ala selebriti, baju raya pun kenalah nampak berkelas tinggi dan berkualiti. Hari Raya pertamalah masa untuk anda melaram habis-habisan! Pastikan style tudung yang anda pakai serta baju raya benar–benar padan supaya tidak kelihatan aneh. Sekiranya anda tak sempat nak beli kain pasang untuk tempah baju raya, anda tak perlu bimbang kerana sekarang ni kan dah banyak butik-butik yang menjual baju raya ready to wear.

Lepas tu, kenakan makeup yang simple supaya tak nampak keterlaluan. Walaupun ringkas, ini tidak bemakna anda tak cukup stylo untuk Hari Raya nanti. Bagi anda yang masih tak pasti nak pilih rekaan baju raya yang mana satu, lihat jenis-jenis baju tradisional Melayu ni untuk buat pilihan terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *