Tampil Memukau Dengan Cara Makeup Simple Ni. Cuma Guna 7 Barang Makeup Sahaja!

cara mekap simple tapi cantik

Setiap wanita adalah berbeza. Ada yang sukakan makeup tebal malah ada juga yang sukakan makeup simple tapi cantik. Apa pun pilihan, sebenarnya tak ada cara makeup yang betul atau salah dalam mengenakan solekan harian ini. Asalkan ia menaikkan seri wajah dan menutup cela itu sudah memadai. Lebih-lebih lagi untuk Hari Raya nanti, mestilah ramai nak kelihatan cantik sambil menggayakan baju Raya baharu. Kalau anda tak sempat nak tonton tutorial makeup, jom lihat cara makeup simple dengan cuma tujuh barang makeup sahaja.

Cara Makeup Simple Tapi Cantik Dengan 7 Barang Makeup Ni! 

Siapa kata mekap yang cantik perlukan barang-barang lengkap yang serba-serbi ada? Sebenarnya tak juga. Anda cuma perlukan beberapa jenis alat mekap yang utama sahaja untuk menyempurnakan makeup natural. Selain daripada Hari Raya, anda juga boleh cuba cara makeup simple ini untuk ke pejabat atau untuk keluar bersosial.

Gunakan Pelembap Wajah Dengan SPF Sebagai Langkah Pertama

produk skincare untuk kulit glowing
Kredit: COSME-DE.COM Official, Cetaphil Official Store, L’Oréal Paris MY Official Store , dan Laneige Official Shop di Shopee

Pelembap merupakan salah satu produk penjagaan kulit yang paling penting dalam rutin kecantikan. Ia melembapkan dan melindunginya daripada bahaya sinar UV dan merupakan asas makeup. Jika anda inginkan muka glowing terutamanya untuk cara makeup simple tanpa foundation, gunakan pelembap dan ratakan sahaja ke keseluruhan wajah anda. Pelembap juga memastikan kulit wajah anda tidak kering serta kekal segar sepanjang hari. Sekiranya kulit anda jenis berminyak, anda boleh gunakan pelembap berasaskan air atau gel untuk kulit glowing.

Gunakan Concealer Atau CC Cushion Untuk Gantikan Foundation

foundation untuk kulit berminyak
Kredit: Maybelline Malaysia Official Store, Sasa Official Shop, dan THE FACE SHOP OFFICIAL STORE di Shopee

Anda tak perlu gunakan foundation untuk kelihatan mulus walaupun dengan cara makeup simple. Untuk tips muka flawless, anda cuma perlukan concealer ataupun CC Cushion/ Colour Correcting Cushion sahaja.

Jika anda memilih untuk menggunakan concealer, gunakan concealer high coverage untuk menutup cela, eyebag, dan parut di bahagian-bahagian muka yang tertentu seperti bawah mata, hidung dan sekitar bibir. Kemudian ratakan sahaja dengan jari supaya kelihatan natural

Bagi anda yang lebih gemar menggunakan CC Cushion, ini juga merupakan cara mekap untuk nampak flawless kerana CC Cushion berfungsi untuk meratakan tona kulit tidak sekata dan pada masa yang sama menutupi cela pada kulit wajah. 

Mudah kan kalau nak dibandingkan dengan menggunakan foundation? Wajah anda boleh kelihatan bercapuk dan janggal sekiranya menggunakan tona foundation yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit!

Hilangkan Kilauan Dengan Bedak Muka Jenis Loose Powder

makeup simple natural
Kredit: Wardah Official Store, Elianto Make Up Official, Shiseido Official Store, dan Watsons Malaysia di Shopee

Kulit akan jadi sedikit berminyak bila dah tengah hari kan? Gunakan bedak muka jenis loose powder untuk menghasilkan mekap cantik tanpa kilauan. Sapukan sedikit loose powder pada bahagian T/T-zone supaya pori-pori kelihatan halus. Solekan pun nampak lebih kemas!

Tambahkan Lagi Seri Wajah Dengan Blusher Atau Brozer

barang makeup asas yang perlu ada
Kredit: FOCALLURE Official Shop, COTD.MY, dan Lilybyred Official Store di Shopee

Anda boleh pilih untuk naikkan lagi seri wajah dengan cara makeup simple. Pilih pemerah pipi/blusher atau bronzer yang sesuai dengan tona kulit untuk melengkapkan lagi gaya anda. Cara pakai blusher yang betul memberikan impak kontur wajah yang nampak semula jadi manakala penggunaan bronzer di bahagian wajah yang tertentu seperti tulang pipi, rahang, dahi atau hairline mewujudkan dimensi pada muka anda.

Kenakan Lipstick Berwarna Terang

mekap simple tapi cantik
Kredit: Revlon Official Store di Shopee

Walaupun anda memilih cara makeup simple, ini tidak bermakna anda cuma perlu mengenakan gincu atau lipstick rona kulit sahaja. Anda boleh tampil lebih memukau di Hari Raya dengan lipstick berwarna terang. Tona lipstick terang yang sesuai dengan warna kulit akan menaikkan lagi seri wajah si pemakai. Inilah masanya kalau anda nak cuba guna warna lipstick merah cili ataupun hot pink

Jangan Lupa Gunakan Mascara Untuk Efek Bulu Mata Lentik dan Lebat

mekap mata
Kredit: Pretty Of Life Official Store di Shopee

Dapatkan efek bulu mata lentik dan lebat tanpa gunakan bulu mata palsu dengan maskara (mascara) sahaja! Pilih full wand mascara untuk impak bulu mata lebat atau curved wand mascara untuk efek bulu mata lentik dan panjang. Cara makeup simple ni tak perlukan pembayang mata (eyeshadow) dan eyeliner supaya mekap tak nampak keterlaluan.

Lukis Kening Secara Nipis Supaya Kelihatan Semula Jadi

cara make up kening
Kredit: Innisfree Official Shop dan Wako Beauty di Shopee

Anda juga boleh lukis kening secara nipis supaya bentuknya nampak sempurna tapi natural. Gunakan pensil kening berwarna coklat gelap, atau sesuaikan dengan warna rambut anda agar tidak kelihatan aneh. Mudah sahaja kan, dah siap solekan dengan cara makeup simple untuk Hari Raya!

Pastikan Makeup Tahan Lama Walaupun Setelah Seharian Beraya

cara makeup nampak flawless
Kredit: PNW Production via Pexels, L.A. GIRL COSMETICS MALAYSIA, dan BeauGlow di Shopee

Bila dah mekap cantik-cantik untuk beraya, anda mestilah nak ia tahan lama kan? Tapi agak mencabar dengan cuaca panas dan berpeluh, apatah lagi jika kulit anda jenis berminyak. Tip pertama adalah dengan menggunakan makeup primer. Primer ni memastikan mekap melekat sempurna pada kulit wajah anda. Ia juga memberikan efek flawless kerana menutupi pori-pori anda. Selain itu, gunakan setting spray, agar muka glowing sepanjang hari dan bebas kilat. Barulah nampak cantik sepanjang hari!

Nak tahu lebih banyak idea dan inspirasi fesyen? Kami anda panduan fesyen muslimah hijabista moden untuk anda tiru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *