Bekas editor kanan majalah Vogue, Vera Wang, 73, pernah berkata rahsia untuk kelihatan cantik adalah “bekerja, tidur, koktel, dan kurang pendedahan kepada cahaya matahari”. Kalau anda masih kurang faham, anda perlu tahu bahawa anda sebenarnya perlu memakai pelindung matahari setiap hari, tidak kira di dalam atau di luar rumah untuk memastikan kulit anda terlindung dari sinaran UV, mengelakkan penuaan pramatang dan mencegah kanser kulit. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis sunscreen dicipta dengan formulasi yang serupa dan memilih sunscreen atau sunblock terbaik untuk anda mungkin mengelirukan. Kali ini, kami akan terangkan pelbagai jenis sunscreen supaya anda tak keliru lagi semasa membeli pelindung matahari.
Berikut Adalah Jenis Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlukan Untuk Melindungi Kulit Daripada Panas Terik
Tiada alasan untuk tak pakai sunscreen atau sunblock terutamanya dalam iklim panas tropika Malaysia ini. Jangan tak tahu, walaupun kita semua sering diingatkan akan kepentingan melindungi kulit daripada sinar UV, ramai juga dalam kalangan kita yang sering terlupa bahawa jenis sunscreen yang digunakan adalah penting. Secara amnya, terdapat tiga jenis sunscreen; kimia (chemical sunscreen), fizikal (physical sunscreen) dan hibrid (hybrid sunscreen). Jom kita lihat perbezaan antara produk-produk pelindung matahari ini.
Pelindung Matahari Kimia (Chemical Sunscreen)
Chemical sunscreen terdiri daripada semua bahan aktif yang tidak mengandungi zink oksida dan titanium dioksida. Ini juga sebabnya kenapa ia dipanggil pelindung matahari organik (organic sunscreen). Ia menyerap ke dalam kulit anda seperti losyen. Ia melindungi kulit dengan membentuk lapisan pelindung di atas kulit yang menukarkan sinar UV kepada haba untuk perlindungan matahari maksimum.
Formulasi chemical sunscreen yang ringan juga menjadikannya mudah untuk digunakan bersama-sama dengan alat solek dan produk penjagaan kulit yang lain, sekali gus menjadikannya sunscreen terbaik untuk wajah. Sekiranya anda seorang yang sentiasa mengenakan makeup, jenis sunscreen ini merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Selain itu, sunscreen jenis ini memberikan perlindungan terbaik untuk badan jika anda aktif, selalu berpeluh, dan kerap berenang di siang hari kerana ia kalis air. Ia tidak akan cair walaupun anda terjun ke dalam kolam berkali-kali.
Jenis sunscreen kimia terbaik untuk perlindungan terhadap sinar UV:
Pelindung Matahari Fizikal (Physical Sunscreen)
Pelindung matahari fizikal atau physical sunscreen ini juga dikenali sebagai sunscreen semulajadi (bukan organik) atau pelindung matahari mineral kerana mengandungi zarah mineral halus seperti titanium oksida dan zink oksida. Ia melindungi kulit dengan cara memantulkan dan membiaskan sinaran UV dari badan anda kerana zarah mineral membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit anda. Bukan itu sahaja, ia merupakan sunscreen untuk kulit sensitif kerana tidak bersifat komedogenik. Mereka yang berkulit sawo matang pula boleh memilih tinted physical sunscreen kerana physical sunscreen yang biasa sering meninggalkan kesan putih pada kulit melainkan anda tidak kisah kelihatan seperti anda telah dicelup dalam cat putih.
Jenis sunscreen fizikal/mineral terbaik untuk perlindungan terhadap sinar UV:
Pelindung Matahari Hibrid (Hybrid Sunscreen)
Pelindung matahari hibrid atau hybrid sunscreen ialah satu lagi jenis pelindung matahari yang mungkin kedengaran asing bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya terdapat secara meluas di pasaran. Ia dipanggil hybrid sunscreen kerana ia adalah gabungan pelindung matahari fizikal dan kimia. Sekiranya anda orang yang sering keliru dan sukar untuk membuat pilihan, anda tak perlu bimbang lagi. Kini anda boleh dapatkan perlindungan matahari daripada kedua-dua jenis sunscreen ini kerana ia mengandungi formulasi tidak rengsa (daripada physical sunscreen) serta perlindungan spektrum luas (broadspectrum) (daripada chemical sunscreen).
Jenis sunscreen hibrid terbaik untuk perlindungan terhadap sinar UV:
- Bioré UV Bright Face Milk SPF 50 PA++++
- Heliocare Advanced Gel SPF 50
- EltaMD UV Clear Facial Sunscreen SPF 46
Apa Itu Triple Sunscreen?
Triple Sunscreen merupakan pelindung matahari tiga kali ganda yang melindungi kulit anda daripada ketiga-tiga sinaran; UVA, UVB dan Inframerah.
Chemical vs Physical Sunscreen: Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memilih Pelbagai Jenis Pelindung Matahari?
Semua orang tahu bahawa kulit dan matahari ni bagai minyak dengan air. Bagi anda yang baru nak belajar pakai sunscreen, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian tak kira jenis pelindung matahari apa yang anda gunakan. Berikut ialah beberapa perkara yang anda mesti semak pada label produk bila anda memilih pelbagai jenis sunscreen yang menjanjikan “tidak memedihkan”, “kalis peluh”, “tidak toksik” dan “SPF tinggi”.
Periksa Kondisi Kulit Anda
Kalau anda tercari-cari sunscreen yang tidak akan menyebabkan jerawat atau kerengsaan kulit, maka physical sunscreen merupakan pilihan paling bijak bagi kategori sunscreen untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawat. Chemical sunscreen pula merupakan pilihan terbaik kerana kemasannya yang sesuai untuk digunakan dengan makeup dan ia menyerap ke dalam kulit dengan pantas. Boleh jadi mimpi ngeri pula sekiranya foundation anda cair dan meleleh di muka.
Sesuaikan Dengan Aktiviti Anda
Jenis sunscreen yang anda pilih mestilah pelindung matahari mineral kerana sifat kalis airnya jika anda melakukan sukan air atau aktiviti berkaitan air. Selain itu, ada perlu semak berapa lama sunscreen bertahan pada kulit anda berdasarkan label yang ditulis pada botol. Sebaliknya, chemical sunscreen adalah yang terbaik jika anda sentiasa berada di bawah matahari. Untuk perlindungan terbaik, amalkan untuk memakai pelindung matahari setiap 40-80 minit.
Dapatkan Pelindung Matahari Broadspectrum
Pernahkah anda terfikir tentang UVA dan UVB dalam pelindung matahari? Kalau anda nak tahu, penting sebenarnya untuk dapatkan sunscreen yang melindungi kulit daripada kedua-kedua sinaran UVA (yang menyebabkan tanda-tanda penuaan) dan UVB (yang menyebabkan kulit terbakar). Macam ni barulah kulit anda nampak seperti macam tak dimamah usia.
Sekurang-kurangnya SPF 30, Tak Boleh Kurang Daripada Tu
Apa kata kita tinggalkan sebentar perbincangan tentang chemical sunscreen vs physical sunscreen dan alihkan fokus kepada mencari pelindung matahari broadspectrum dengan sekurang-kurangnya SPF 30. Untuk pengetahuan anda, tiada sunscreen yang menawarkan perlindungan kulit 100% tetapi dengan penggunaan SPF 30 yang betul, ia mampu melindungi kulit anda kira-kira 97% daripada sinar UVB. Boleh tahan kan!? Anda boleh tambahkan lagi perlindungan kulit anda dengan SPF 50 atau SPF 70 jika anda menghabiskan banyak masa di luar rumah.
Sunblock Atau Sunscreen: Apakah Perbezaannya?
“Sunscreen” dan “sunblock” sering digunakan bersilih ganti dan kadangkala ia sangat mengelirukan, lebih-lebih lagi bila terdapat terlalu banyak pilihan pelindung matahari di pasaran. Jadi, mari kita lihat definisi maksud sebenar sunblock vs sunscreen.
Sunscreen
Sunscreen melindungi daripada sinaran UVA yang menyebabkan kerosakan kulit. Sebatian kimia organik yang terdapat di dalam sunscreen menyerap sinaran matahari dan membebaskan haba sebelum ia menembusi kulit.
Sunblock
Sunblock ni memang sesuai dengan namanya. Ia menghalang cahaya matahari dengan membentuk lapisan pelindung di atas kulit anda dan kemudian memantulkannya. Ia juga dirumus untuk mengelakkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran UVB (sunburn).
Sunblock Atau Sunscreen Lebih Bagus?
Kedua-dua sunblock dan sunscreen adalah pelindung matahari yang baik. Apabila mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan antara sunblock dan sunscreen, anda perlu memahami cara ia berfungsi, bahan-bahan, cara penggunaan, serta kondisi kulit anda.
Kelebihan dan kekurangan sunscreen:
Kelebihan
- Ia adalah broadspectrum (melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB)
- Mengelakkan kulit daripada menjadi merah akibat terbakar
Kekurangan
- Mengandungi bahan kimia
- Boleh menyebabkan kerengsaan atau alahan jika anda mempunyai kulit sensitif
Kelebihan dan kekurangan sunblock:
Kelebihan
- Bagus untuk kulit sensitif
- Ia menyekat haba/sinar, bukan menyerapnya
Kekurangan
- Mengandungi bahan kimia
- Selalunya tidak melindungi kulit daripada UVB
Anda lebih tahu apa yang terbaik untuk kulit anda. Asalkan pelindung matahari itu melindungi kulit anda, kalis air dan tidak menyebabkan kerengsaan, anda dah tak perlu risau lagi. Tak perlu gusar kalau anda lebih sukakan sunblock berbanding sunscreen kerana sekarang ni ada banyak sunblock broadspectrum dijual di farmasi seperti Guardian dan Watson.
Pilih Jenis Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Anda Sebagai Perlindungan Maksimum!
Cuma sapu pada muka dan tubuh, dan anda dah pun terlindung daripada panahan cahaya matahari! Sekarang anda sudah pun faham tentang pelbagai jenis sunscreen dan perbezaannya, maka anda bolehlah mula memilih sunscreen. Untuk hasil terbaik, pilih sunscreen terbaik yang mengikut jenis kulit anda; kering, berminyak, normal atau kombinasi. Anda mungkin tak nampak kelebihan memakai sunscreen ini sekarang tapi dalam masa 10 tahun anda akan berterima kasih kepada diri sendiri kerana menggunakan pelindung matahari dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Tak pasti akan turutan yang betul untuk sunscreen anda? Lihat cara untuk lapiskan produk kecantikan kulit untuk memaksimumkan penyerapannya.
Nak dapatkan informasi kecantikan dan penjagaan wajah terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Shopee Beauty Carou-Sale untuk pelbagai tawaran eksklusif.
Artikel asal Shopping For Different Types of Sunscreen in Malaysia? This Is The Ultimate Guide You Need! ditulis dan diterjemah oleh Rebecca Hani Romeli.