7 Baju Mandi Muslimah Sesuai Untuk Melakukan Aktiviti Air Tanpa Mendedahkan Aurat

7 Baju Mandi Muslimah Untuk Melakukan Aktiviti AirRenang Tanpa Mendedahkan Aurat

Jika dahulu agak sukar nak cari baju mandi Muslimah atau burkini di pasaran, sekarang ni anda tak perlu bimbang lagi. Kini, ada makin banyak jenama dan rekaan pakaian renang yang sesuai untuk anda. Dengan adanya baju renang Muslimah buatan tempatan mahupun luar negara, kini anda boleh berenang dengan yakin tanpa memikirkan soal aurat. Anda dah tak perlu lagi pakai baju T-shirt, legging dan tudung biasa yang tidak begitu sesuai dipakai ke kolam renang atau pantai. Bagi anda yang sedang merancang percutian ke pulau-pulau peranginan, apa kata anda dapatkan baju renang Muslimah  supaya anda boleh menikmati pelbagai aktiviti atau sukan air di sana tanpa sebarang kerisauan. Kalau masih tak pasti nak dapatkan swimming suit muslimah yang mana satu, kami telah senaraikan beberapa pilihan untuk anda. Anda mesti rambang mata!

7 Baju Mandi Muslimah Terbaik Untuk Kekal Aktif Walaupun Bertudung 

Walaupun bertudung, ini tak bermakna anda tak boleh menikmati aktiviti sukan air seperti berenang. Ada banyak baju renang Muslimah yang anda boleh pilih sekiranya anda ingin kekal aktif dengan sopan serta menutup aurat. Kami telah pun senaraikan pelbagai jenis baju mandi Muslimah yang bermutu dan sesuai untuk anda. Barulah seronok kalau bercuti di pulau nanti.

1. DFO Muslimah Swimsuit

DFO Muslimah Swimsuit merupakan set baju mandi muslimah yang diperbuat daripada spandek berkualiti tinggi
Kredit: DIRECT FACTORY OUTLET di Shopee

DFO Muslimah Swimsuit merupakan set baju mandi muslimah yang diperbuat daripada spandek berkualiti tinggi untuk menjamin keselesaan si pemakai. Fabriknya juga ringan, cepat kering, memudahkan kulit bernafas dan turut memberi perlindungan UV. Warna baju renang Muslimah ini juga tidak pudar atau luntur walaupun anda menghabiskan banyak masa di kolam renang mahupun pantai. Harganya juga berpatutan!

2. HealthGuru Baju Renang Muslimah

Tampil selesa dan bergaya dengan baju mandi Muslimah dari jenama HealthGuru ni.
Kredit: Health Guru di Shopee

Tampil selesa dan bergaya dengan baju mandi Muslimah dari jenama HealthGuru ni. HealthGuru Baju Renang Muslimah diperbuat daripada fabrik yang mampu melindungi kulit anda dari sinar UV. Jadi, anda tak perlu bimbang akan kulit terbakar sekiranya terlupa untuk memakai sunblock. Ia juga terdapat dalam size S sehingga 5XL. Wanita plus size pun boleh pakai swimming suit Muslimah ni.

3. Mamakiddies Baju Renang Budak Muslimah

Mamakiddies Baju Renang Budak Muslimah
Kredit: Mamakiddies Official Store di Shopee

Penjagaan aurat perlu dititikberatkan sejak dari kecil lagi. Oleh itu, Mamakiddies Baju Renang Budak Muslimah ni merupakan pilihan yang terbaik untuk anak perempuan anda yang suka berenang. Baju mandi Muslimah ini diperbuat daripada fabrik pelindung matahari bermutu tinggi dan warnanya juga tidak luntur atau pudar. Set baju mandi Muslimah ini didatangkan dengan baju lengan panjang, seluar panjang dan penutup kepala. Bukan sahaja aurat terjaga, malah rambut pun tak kena klorin!

4. Matsalleh Design Modest Swimwear

Matsalleh Design Modest Swimwear direka dengan mengutamakan keselesaan dan gaya.
Kredit: Matsalleh Design di Shopee

Matsalleh Design Modest Swimwear direka dengan mengutamakan keselesaan dan gaya. Baju mandi Muslimah ini diperbuat daripada fabrik bermutu tinggi, tak jarang, cepat kering serta melindungi kulit dari sinar UV dan klorin. Set swimming suit Muslimah ini terdapat dalam tiga jenis; set renang + tudung, set renang + turban, set renang + tudung + turban. Pakaian renang ini juga terdapat dalam pelbagai corak dan warna. Jadi, anda boleh pilih yang mana berkenan di hati.

5. MOONAZ.OS Muslimah Swimsuit

MOONAZ.OS Muslimah Swimsuit ni lain daripada yang lain kerana ia nursing friendly.
Kredit: Moonaz Swimming Attire Official Store di Shopee

MOONAZ Muslimah Swimsuit ni lain daripada yang lain kerana ia nursing friendly. Ia sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ada zip di bahagian hadapan. Baju mandi Muslimah ni diperbuat daripada spandek lycra yang selesa, elastik dan berkualiti premium. Rekaanya juga simple, sopan dan terdapat dalam size kecil sehingga plus size. Stokin renang pun ada tau!

6. OGIVAL Muslim 2 Pcs Swimwear With Long Pants

OGIVAL Muslim 2 Pcs Swimwear With Long Pants ni kalis klorin
Kredit: OGIVAL Swimwear Malaysia di Shopee

OGIVAL Muslim 2 Pcs Swimwear With Long Pants ni kalis klorin dan juga menghalang pasir dari masuk ke dalam baju sekiranya anda mandi di pantai. Ia diperbuat daripada nylon spandek yang elastik, lembut, selesa dan tahan lama. Selain itu, baju mandi Muslimah ini juga direka dengan tali yang boleh disambungkan ke dalam lubang di sisi seluar. Anda boleh ikat tali ini untuk mengelakkan baju renang anda daripada terangkat ketika berenang atau menyelam. 

7. PINK N’ PROPER Modernly Modest Azra Floral Muslimah Swimwear

Baju mandi Muslimah dari jenama PINK N' PROPER ni sedikit mahal jika dibandingkan dengan jenama-jenama baju renang yang lain.
Kredit: Pink N’ Proper Official Store di Shopee

Baju mandi Muslimah dari jenama PINK N’ PROPER ni sedikit mahal jika dibandingkan dengan jenama-jenama baju renang yang lain. Jika kebanyakan pakaian renang diperbuat daripada spandek, PINK N’ PROPER Modernly Modest Azra Floral Muslimah Swimwear dibuat daripada fabrik polyblend. Ia lebih lembut, licin, selesa, dan tahan lama jika dibandingkan dengan fabrik yang lain. Swimming suit Muslimah ini juga tidak ketat dan tiada cup. Ia sesuai untuk Muslimah yang inginkan baju mandi yang tidak menampakkan bentuk tubuh.

Pastikan Anda Pilih Fabrik Yang Sesuai Bila Membeli Baju Mandi Muslimah

Pastikan Anda Pilih Fabrik Yang Sesuai Bila Membeli Baju Mandi Muslimah
Kredit: Matsalleh Design di Shopee

Pemilihan fabrik yang sesuai dan selesa amat penting bila anda membeli baju renang. Pilihlah baju mandi Muslimah yang diperbuat daripada fabrik nylon kerana ia mudah kering dan tidak terlalu meresap air. Fabrik ini juga ringan, jadi anda boleh berenang tanpa berasa berat. Selain itu, anda juga boleh dapatkan baju mandi Muslimah yang diperbuat daripada polyester kerana ia tahan klorin, tidak mudah rosak atau pudar sekiranya anda banyak melakukan sukan air ketika cuaca panas. Fabrik lycra juga adalah pilihan yang baik kerana ia elastik manakala microfiber sering menjadi pilihan ramai kerana lebih cepat kering berbanding fabrik kapas biasa. Bila dah ada pakaian renang patuh Syariah, anda tak perlu lagi bimbang lagi akan aurat anda. Anda pasti kelihatan sopan bila menggayakan baju mandi Muslimah ni! 

Nak tahu lebih banyak tentang fesyen Muslimah terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Style By Shopee untuk lihat gaya terbaru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *