Rutin Penjagaan Rambut Anda Tak Lengkap Tanpa 7 Syampu Rambut Wanita Bertudung Ni!

Rutin Penjagaan Rambut Anda Tak Lengkap Tanpa 7 Syampu Rambut Wanita Bertudung Ni!

Rambut merupakan mahkota untuk setiap insan, tidak kira lelaki atau wanita. Oleh itu, rutin penjagaan rambut yang baik haruslah bermula dengan produk yang berkualiti dan sesuai dengan kondisi rambut anda. Bagi wanita bertudung, masalah rambut seperti gugur, kelemumur dan bau hapak memang sukar untuk dielakkan lebih-lebih lagi dengan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas ni. Sekiranya tak dijaga dengan rapi, ia akan menyebabkan masalah rambut yang berpanjangan. Nasib baiklah sekarang ni ada banyak syampu rambut wanita bertudung yang dirumuskan dengan pelbagai bahan yang mampu merawat dan memelihara rambut. Untuk Muslimah yang masih tercari-cari syampu rambut untuk wanita bertudung, kali ini kami kongsikan syampu rambut khas untuk anda.

Macam Mana Nak Kenal Pasti Syampu Untuk Wanita Bertudung?

Mudah sahaja nak kenal pasti syampu untuk wanita bertudung ni. Cara yang paling senang ialah dengan menyemak botol syampu itu sendiri. Biasanya, akan tertera perkataan seperti ‘hijab’ dan ‘wanita bertudung’, serta pastikan ia ada logo halal supaya anda tak rasa was was. Contohnya, syampu Safi Shayla dan Sunsilk Hijab Recharge.

Selain itu, anda juga boleh semak bahan-bahan yang terdapat di dalam syampu. Syampu wanita bertudung ni kebiasaannya ada persamaan dari segi bahan yang digunakan, walaupun formulanya berbeza. Dapatkan syampu yang mengandungi ramuan seperti aloe vera, kamomil, geranium, lavender, serai, rosemary, minyak kelapa dara, minyak jojoba, pudina dan banyak lagi. Ini kerana bahan-bahan ini mampu menguatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut sambil mengekalkan kelembapan dan kesegarannya.

7 Syampu Rambut Wanita Bertudung Untuk Rambut Wangi Dan Bebas Kelemumur

Penjagaan rambut perlu diutamakan walaupun anda bertudung. Anda boleh cuba syampu rambut wanita bertudung berikut untuk rambut yang harum dan segar berpanjangan.

Herbal Essences White Strawberry & Sweet Mint Shampoo

Herbal Essences White Strawberry & Sweet Mint Shampoo ini ialah syampu rambut wanita bertudung yang menjanjikan rambut segar sepanjang har
Kredit: Watsons Malaysia di Shopee

 

Herbal Essences White Strawberry & Sweet Mint Shampoo ini ialah syampu rambut wanita bertudung yang menjanjikan rambut segar sepanjang hari. Ia diperkaya dengan 90% bahan semula jadi dan turut mengandungi antioksidan aktif yang melindungi dan membersihkan rambut supaya bebas daripada bau hapak dan kegatalan kulit kepala. Bahan botani yang terdapat di dalam syampu ini juga diperakui oleh The Royal Botanic Gardens yang merupakan pakar tumbuhan terkemuka di dunia. Ia juga bebas paraben, pewarna dan silikon. Jadi rambut anda dijamin sihat dan wangi sepanjang masa!

Moist Diane Botanical Organic Lavender Shampoo

Moist Diane Botanical Organic Lavender Shampoo merupakan syampu rambut wanita bertudung anti-radang yang sesuai untuk kulit kepala sensitif.
Kredit: Mandom Official Store di Shopee

 

Moist Diane Botanical Organic Lavender Shampoo merupakan syampu rambut wanita bertudung anti-radang yang sesuai untuk kulit kepala sensitif. Ia diperbuat daripada bahan-bahan organik seperti bunga lavender, minyak argan dan shea butter untuk membersihkan rambut dan kulit kepala secara menyeluruh sambil mengekalkan minyak semulajadi pada rambut anda. Syampu ni sesuai untuk wanita yang selalu sanggulkan rambut kerana aromanya melegakan ketegangan kulit kepala.

My Home Lab Shampoo Santan

 My Home Lab Shampoo Santan mengandungi Vitamin E, Pro Vitamin B5, santan, minyak kelapa asli, pati oren dan pati rosemary
Kredit: SUTRA Aromatherapy di Shopee

 

Produk buatan Malaysia My Home Lab Shampoo Santan mengandungi Vitamin E, Pro Vitamin B5, santan, minyak kelapa asli, pati oren dan pati rosemary bagi merawat masalah rambut  secara menyeluruh. Ia juga merupakan salah satu syampu untuk rambut gugur yang terbaik kerana ia berkesan merawat masalah keguguran rambut yang sering menghantui wanita bertudung. Syampu santan ini juga menguatkan dan melebatkan rambut, menyuburkan kulit kepala serta merawat kelemumur supaya rambut terasa lebih bersih dan segar. Harganya berpatutan dan anda juga boleh dapatkan serum dan tonik rambut untuk rutin penjagaan rambut yang lengkap.

Olaplex No. 4 Bond Shampoo

Walaupun ia bukanlah dirumuskan khas sebagai syampu rambut wanita bertudung, syampu ini diperkaya dengan pelbagai kebaikan yang boleh dimaanfaatkan oleh hijabista.
Kredit: Rila Shop di Shopee

 

Anda boleh dapatkan Olaplex No. 4 Bond Shampoo ini jika mampu berbelanja lebih. Walaupun ia bukanlah dirumuskan khas sebagai syampu rambut wanita bertudung, syampu ini diperkaya dengan pelbagai kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh hijabista. Olaplex No. 4 Bond Shampoo memelihara dan melindungi rambut daripada aktiviti harian yang boleh menyebabkannya rosak, bercabang dan mengerbang. Ia terbukti mampu menguatkan kutikel rambut supaya tidak mudah patah, lebih mudah diurus, berkilat dan lebih sihat dengan setiap penggunaan. Ia juga sesuai untuk semua jenis rambut, termasuk rambut yang berwarna.

Pantene Micellar Moist Shampoo Detox & Moisturize

Pantene Micellar Moist Shampoo Detox & Moisturize
Kredit: Watsons Malaysia di Shopee

 

Pantene Micellar Moist Shampoo Detox & Moisturize ini pula syampu rambut paling sesuai untuk wanita bertudung yang mengalami masalah rambut kering, cepat berminyak dan gatal. Kalau anda nak tahu, syampu ini diformulasikan dengan micellar water, pro vitamin B5 dan ekstrak bunga lily untuk mencuci kulit kepala sambil melembapkannya. Ia juga bebas silikon, jadi anda tak perlu bimbang akan kekeringan atau kerosakan rambut yang berpanjangan, terutamanya jika rambut anda keriting.

Safi Shayla Oily Scalp Control Shampoo

Safi Shayla Oily Scalp Control Shampoo adalah satu lagi syampu rambut wanita bertudung yang dirumus dengan Teknologi Breakthrough Hijab Scalp
Kredit: Bobs Groceria di Shopee

 

Safi Shayla Oily Scalp Control Shampoo adalah satu lagi syampu rambut wanita bertudung yang dirumus dengan Teknologi Breakthrough Hijab Scalp, tujuh habbatus sauda kompleks, buahan citrus dan mentol untuk mengatasi masalah kulit kepala berminyak. Syampu Safi Shayla ni membersihkan kulit kepala dengan mendalam sambil menghilangkan minyak berlebihan dengan berkesan. Setiap helaian rambut anda akan berbau wangi dan segar sehingga 72 jam. Gunakan dengan conditioner Safi Shayla untuk hasil yang lebih baik.

Sunsilk Hijab Recharge Anti Kelemumur Shampoo

Sunsilk Hijab Recharge Anti Kelemumur Shampoo
Kredit: Unilever Official Store di Shopee

 

Sunsilk Hijab Recharge Anti Kelemumur Shampoo merupakan syampu untuk kelemumur yang direka khas untuk wanita bertudung. Ia membuatkan rambut anda wangi sehingga 48 jam dengan Teknologi Fragrance Release Pearls. Tambahan pula, ia diformulasikan daripada buah limau nipis yang diperkaya dengan vitamin dan mineral seperti Zinc Pyrithine (ZPT) untuk membasmi punca masalah kelemumur serta menjamin kesegaran berpanjangan. Jadi, kepala dah tak rasa gatal lagi bila gunakan syampu Sunsilk ni.

Pemilihan Syampu Yang Sesuai Menjadikan Setiap Helaian Rambut Anda Sihat, Cantik Dan Bersinar

Pastikan anda pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda supaya anda boleh dapatkan hasil yang terbaik.
Kredit: cottonbro dan Scandinavian Biolabs dari Pexels

Jangan tangkap muat je walaupun anda bertudung. Pastikan anda pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda supaya anda boleh dapatkan hasil yang terbaik. Sekiranya rambut anda selalu gugur, gunakanlah syampu yang dirumus khas untuk merawat keguguran rambut, begitu juga dengan kondisi rambut yang lain. Selain itu, anda juga digalakkan menggunakan tonik dan serum rambut untuk menguatkan kutikel supaya rambut anda tumbuh lebih sihat. Kalau ada masa, anda juga boleh buat rawatan rambut dan kulit kepala bulanan di salon-salon Muslimah berdekatan. Lepas ni, anda dah tak perlu bimbang lagi akan bau hapak, rambut gugur atau masalah kelemumur. 

Nak dapatkan lebih banyak informasi produk kecantikan terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Style By Shopee untuk tawaran terhebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *