9 Pewarna Kuku Halal Terbaik Yang Muslimah Wajib Ada Dalam Setiap Warna

Pewarna Kuku Halal: 9 Pengilat Kuku Sah Solat Untuk Muslimah

Salah satu pasaran yang paling pesat berkembang ialah industri kecantikan halal/patuh Syariah. Oleh itu, tidak hairanlah banyak syarikat kosmetik yang mengambil peluang untuk menghasilkan pewarna kuku halal dan lain-lain produk kecantikan patuh Syariah.

Halal nail polish atau pewarna kuku sah solat ini juga semakin popular dalam kalangan wanita Muslimah dan bukan Islam. Ia mesra wudhu dan boleh dibawa solat kerana air boleh sampai ke kuku, kulit dan anggota badan. Disebabkan ia tidak toksik, vegan dan bebas kekejaman terhadap haiwan, pengilat kuku halal juga adalah pilihan yang lebih baik berbanding produk yang biasa. Ini juga merupakan pilihan terbaik untuk anda yang inginkan kuku yang cantik dan tidak mudah rosak berbanding dengan nail polish biasa yang mengandungi bahan pengawet dan alkohol. Untuk wanita dan gadis Muslim yang masih tercari-cari pewarna kuku sah solat, anda boleh menarik nafas lega kerana pencarian anda berakhir di sini. Kami telah pun senaraikan pewarna kuku halal terbaik di Malaysia yang menepati citarasa anda.

Hukum Memakai Pewarna Kuku

Terdapat pelbagai hukum berkaitan berhias bagi wanita di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Fatwa Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi berkaitan dengan soalan hukum menghilangkan cat di kuku (pewarna kuku) ketika berwudhu.

“Adakah wajib bagi saya menghilangkan cat kuku ketika berwudhu?” Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi ditanya. 

“Ya! Sesungguhnya engkau telah pun menjawab dengan sendirinya!” jawabnya. Selagi mana engkau mengatakan ia adalah cat yang menghalang air daripada sampai ke kulit maka wajib engkau menghilangkan ketika mengangkat hadas kecil atau besar. Adapun inai tidak mengapa. Wallahu’alam.” Lihat Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (198).

Maka berdasarkan pandangan ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya produk kosmetik mesra wudhu tersebut merupakan satu produk yang menyebabkan air wudhu tidak menyentuhi kulit dan mengalir, maka tidak sah wudhunya. Tapi, wudhu adalah sah jika produk itu telap air, mudah dibersihkan, dan tidak menghalang air daripada sampai ke kulit, walaupun ianya meninggalkan sedikit kesan dan warnanya.

Adakah Pewarna Kuku Gel Halal?

hukum memakai pewarna kuku mufti
Kredit: Aleksandra Tanasienko dari Unsplash

Menggunakan pewarna kuku gel adalah tidak haram, tetapi mungkin sukar bagi wanita Muslimah untuk memakainya kerana ia tidak telus air. Ini bermakna ia menghalang air dan oksigen daripada sampai ke kuku dan kulit. Oleh itu, ia tidak mesra wudhu dan tidak boleh digunakan semasa bersolat.

9 Pewarna Kuku Sah Solat Setiap Muslimah Patut Cuba Untuk Mani-Pedi Yang Cantik

Anda masih boleh tampil bergaya dan trendy tanpa perlu menjejaskan solat dengan pewarna kuku telus air. Berikut merupakan beberapa jenama pengilat kuku halal terbaik untuk wanita Muslimah (dan juga bukan Islam) supaya anda boleh buat manikur sendiri di rumah tanpa rasa was was. 

ELM

Pewarna kuku peel-off ELM ialah produk Malaysia yang diformulasikan di Amerika Syarikat.
Kredit: ELM Nail Polish By Idz di Shopee

 

Pewarna kuku peel-off ELM ialah produk Malaysia yang diformulasikan di Amerika Syarikat. Ciri-cirinya yang berasaskan air ini menjadikannya pewarna kuku yang betul-betul telus oksigen, air dan sangat mesra wudhu. Anda juga tak perlukan nail polish remover (aseton) untuk menanggalkannya. Cuma rendamkan sahaja kuku anda di dalam air untuk beberapa minit sebelum anda mengupasnya. Mudah, kan?

INGLOT

 INGLOT juga menjual set pewarna kuku sah solat yang terdiri daripada topcoat, pewarna kuku (nail lacquer) dan base telus air
Kredit: INGLOT OFFICIAL STORE di Shopee

 

INGLOT Breathable Nail Enamel semakin meningkat popularitinya dalam kalangan Muslimah sejak ia mula dipasarkan pada tahun 2013. Namun begitu, bukan semua pewarna kuku tu boleh dibawa solat, jadi anda perlu pilih koleksi O2M yang mengandungi oksigen dan advanced polymer. INGLOT juga menjual set pewarna kuku sah solat yang terdiri daripada topcoat, pewarna kuku (nail lacquer) dan base telus air. Pengilat kuku boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik perhatian dan sesuai untuk semua wanita. Ia juga vegan! 

Kester Black

 Ia merupakan jenama pewarna kuku yang pertama diperakui halal di dunia
Kredit: V Philosophy di Shopee

 

Kester Black sememangnya halal, mematuhi etika dan mampan. Ia merupakan jenama pewarna kuku yang pertama diperakui halal di dunia, tidak melibatkan ujian ke atas haiwan (cruelty-free) dan juga diperakui vegan. Semua pengilat kuku dari jenama ini adalah telap air dan oksigen, dan ini menjadikannya sesuai untuk solat. Nail polish remover berasaskan air juga berfungsi dengan baik untuk menanggalkan warnanya. Anda tak perlukan aseton lagi!

Maya Cosmetics

 Maya ialah jenama pewarna kuku yang diperakui halal, vegan dan 100% telap udara dan air
Kredit: Sarra Grace Enterprise di Shopee

 

Dapatkan Maya Nail Lacquer untuk kuku cantik tanpa rasa bersalah. Maya ialah jenama pewarna kuku yang diperakui halal, vegan dan 100% telap udara dan air, justeru membolehkan air dan oksigen menembusi permukaan kuku. Pengilat kuku ini tidak mudah tertanggal, jadi anda tak perlu retouch dengan kerap.

Mersi

Kualiti pewarna kuku Mersi adalah setanding dengan produk profesional
Kredit: mersicosmeticsmy di Shopee

 

Kualiti pewarna kuku Mersi adalah setanding dengan produk profesional. Ia berbeza jika dibandingkan dengan pewarna kuku yang lain kerana bahan yang digunakan bebas daripada 11 kimia dan sebatian yang selalu terdapat dalam pengilat kuku biasa. Jabatan Pensijilan Halal ISWA juga telah mengiktiraf formula tersebut sebagai halal. Tambahan pula, ia bebas kekejaman haiwan dan boleh bertahan lebih daripada 10 hari!

Nita

Pewarna kuku boleh kupas Nita telah diuji kebolehtelapan air dan oksigen, dan ini menjadikannya mesra wudhu.
Kredit: Valent Skin di Shopee

 

Pewarna kuku boleh kupas Nita telah diuji kebolehtelapan air dan oksigen, dan ini menjadikannya mesra wudhu. Tapi, sekiranya anda masih was was, anda boleh menanggalkannya untuk menjamin bahawa wudhu anda sah. Formulanya juga tidak toksik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Anda boleh pilih daripada koleksi pelbagai warna yang menakjubkan, dan ia boleh dibeli secara individu atau dalam set untuk gabungan warna yang lebih anggun dan bergaya.

Orly

Orly Breathable Treatment Colour yang mengandungi minyak argan, vitamin C dan pro-vitamin B5
Kredit: SHINS.my di Shopee

 

Orly Breathable Treatment Colour ialah jenama pengilat kuku halal yang mengandungi minyak argan, vitamin C dan pro-vitamin B5. Ia  memastikan kuku anda kelihatan sihat dan berkilat hanya selepas satu penggunaan. Koleksi pengilat kuku 100% telus air Orly ini terdiri daripada 30 rona pastel dan keemasan, jadi ia sesuai untuk semua gaya, acara dan majlis.

SO.LEK Cosmetics

 Koleksi "Kilat", menawarkan pelbagai warna yang sesuai untuk semua wanita
Kredit: SO.LEK Cosmetics HQ di Shopee

 

SO.LEK Cosmetics ialah jenama buatan Malaysia yang diasaskan oleh pasangan adik beradik Dahlia Nadirah dan Luqman Hakim. Koleksi pewarna kuku halal mereka, “Kilat”, menawarkan pelbagai warna yang sesuai untuk semua wanita dari semua latar belakang yang berbeza. Ia juga boleh dikupas, jadi anda tidak perlu menggunakan nail polish remover untuk mencucinya! Pengilat kuku SO.LEK adalah mesra wudhu, bebas kekejaman, serta telap air dan udara. Kalau kuku anda boleh bercakap, mesti ia dah bersorak kegembiraan.

Zahara

Zahara adalah salah satu jenama yang akan bermain di fikiran anda bila bercakap tentang pewarna kuku halal.
Kredit: Glitz Nail Supply di Shopee

 

Zahara adalah salah satu jenama yang akan bermain di fikiran anda bila bercakap tentang pewarna kuku halal. Ia diperakui halal oleh RACS (UAE) dan telus oksigen serta telap air. Jenama Zahara ini menawarkan pengilat kuku dari rona semula jadi hingga terang untuk penampilan yang lebih menarik perhatian. Anda juga boleh beli semua warna untuk disuai padankan dengan gaya anda! 

Berikan Tumpuan Kepada Penjagaan Kutikel Apabila Menggunakan Pewarna Kuku Supaya Ia Lebih Sihat

Berikan Tumpuan Kepada Penjagaan Kutikel Apabila Menggunakan Pewarna Kuku Supaya Ia Lebih Sihat
Kredit: Shiny Diamond dan Karolina Grabowska dari Pexels

Kuku anda memerlukan penjagaan rapi apabila anda mewarnakannya sepanjang masa. Pastikan anda menggunakan minyak kutikel kerana ia melembabkan kuku anda, mengurangkan kerapuhan, menyembuhkan kutikel yang kering dan rosak serta menjadikannya lebih kuat. Minyak kutikel juga menyuburkan kuku anda supaya ia boleh tumbuh dengan lebih panjang dan sihat. Walaupun penjagaan kuku ini agak minimum, anda akan tetap nampak perbezaannya! 

Anda tercari-cari pengilat kuku yang bersesuaian dengan kulit sawo matang? Lihat 13 warna kuku cantik yang sesuai dengan warna kulit gelap atau anda boleh dapatkan corak kuku minimalis dengan mencuba gaya French tip terkini

Untuk lebih banyak info terkini berkenaan kosmetik, kecantikan dan penjagaan kulit halal, lawati ke Shopee Beauty Carou-Sale untuk mendapatkan tawaran dan promosi eksklusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *