Walaupun anda dah berjaya mengatasi masalah jerawat, perjuangan anda nampaknya belum berakhir lagi bila ia meninggalkan pelbagai jenis parut jerawat dan noda pada wajah anda. Jika tidak dirawat dengan baik, parut berlubang atau pigmentasi akan mengambil masa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun untuk pudar. Tetapi anda tak perlu bimbang, kerana ada banyak petua dan cara nak hilangkan parut jerawat secara semula jadi, mudah dan berkesan supaya kulit anda kembali licin, cerah dan sekata. Bahan-bahan yang anda perlukan pun mudah didapati, sesuai untuk semua orang dan harganya juga berpatutan. Jom cuba!
7 Cara Mudah Nak Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah
Jerawat dan parutnya umpama tetamu tak diundang dan sangat menjengkelkan. Bagi anda yang dah cuba bermacam-macam cara nak hilangkan parut jerawat tapi tak berhasil, jom cuba petua-petua semula jadi ni pula.
1. Ais
Tahukah anda ais adalah astrigen semula jadi dan merupakan salah satu cara nak hilangkan parut jerawat dengan mudah? Kebaikan ais untuk muka termasuklah untuk mengecutkan jerawat, mengurangkan kemerahannya dan ‘mengetatkan’ liang pori. Anda juga tak akan rasa sakit akibat jerawat kerana ais telah pun kebaskan kulit anda. Lebih-lebih lagi jerawat bernanah yang tunggu masa je nak meletus. Anda cuma perlu balut kiub ais menggunakan kain bersih dan tekan ke atas parut atau jerawat baharu selama satu minit. Tunggu lima minit sebelum anda ulang proses terebut. Ais memang sangat berkesan untuk membantu mengurangkan keradangan serta mengurangkan risiko kulit berparut atau hiperpigmentasi akibat jerawat.
2. Aloe Vera
Aloe vera ni ada banyak kegunaannya dalam dunia kecantikan. Ia bersifat anti-radang, antibakteria, antioksidan, dan telah digunakan secara topikal selama berabad-abad untuk membersihkan luka, menyembuhkan luka terbakar dan memudarkan parut. Cara nak hilangkan parut jerawat menggunakan aloe vera ni mudah je. Ambil sedikit gel aloe vera (lagi baik kalau gunakan tumbuhan aloe vera semula jadi) dan sapukan terus pada bekas jerawat. Biarkan semalaman dan esoknya boleh cuci muka anda seperti biasa. Mudah kan?
3. Bedak Sejuk Dan Asam Jawa
Bedak sejuk ni merupakan petua kecantikan sejak turun temurun lagi. Antara kelebihan bedak sejuk ni ialah kemampuannya untuk menyejukkan muka dan memperbaiki sel kulit mati. Anda boleh mendapatkanya pada harga yang murah atau membuatnya sendiri di rumah. Cara nak hilangkan parut jerawat di muka menggunakan bedak sejuk buatan sendiri ni sangat simple. Adun bedak sejuk dengan satu sudu asam jawa dan air kosong sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan di bekas jerawat pada setiap malam sebelum tidur untuk dapatkan hasil terbaik. Yang penting ia 100% semula jadi, tiada campuran bahan kimia dan tidak meninggalkan kesan sampingan!
4. Madu Asli
Madu merupakan makanan sunnah dan sering disebut di dalam Al-Quran sebagai satu-satunya penawar untuk pelbagai penyakit. Ia telah digunakan dalam dunia perubatan sejak berkurun lamanya. Anda boleh menggunakan madu sebagai salah satu cara nak hilangkan parut jerawat di muka secara semula jadi kerana kandungan gula di dalamnya menghalang bakteria di kawasan pori daripada terkena air yang boleh menyebabkan keradangan. Tapi bila ia bercampur dengan minyak kulit anda, ia menghasilkan hidrogen peroksida semula jadi untuk menghilangkan parut jerawat. Anda juga boleh gunakan madu sebagai spot treatment pada parut. Sapukan pada wajah setiap hari dan biarkannya kira-kira 10 minit untuk menghilangkan parut jerawat. Kemudian cuci muka anda, dan siap!
5. Putih Telur
Jangan pandang enteng akan kebaikan putih telur untuk muka. Protein dan asid amino dalam putih telur sebenarnya boleh menggalakkan penghasilan sel kulit baharu dan mampu merawat bekas jerawat dengan berkesan. Penggunaan putih telur juga merupakan antara cara nak hilangkan parut jerawat di muka yang paling mudah dan berkesan kerana anda tak perlukan banyak bahan. Pukul putih telur dalam mangkuk sehingga kembang dan sapukannya pada bahagian wajah yang berparut. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan petua ini dua hingga tiga kali seminggu untuk hilangkan parut dengan cepat.
6. Timun
Selain baik untuk kesihatan, ada banyak kebaikan timun untuk muka kerana ia merupakan astrigen semula jadi. Jus timun membantu mencerahkan parut-parut jerawat kerana ia boleh membersihkan pori-pori di wajah anda secara mendalam supaya bebas bakteria dan tidak tersumbat. Selain itu, timun juga boleh mengurangkan keradangan, menyembuhkan dan melegakan kulit. Cara nak hilangkan parut jerawat menggunakan timun ni mudah sahaja. Gunakan pemarut untuk dapatkan jus timun. Kemudian, sapukan jus timun terus ke wajah anda dengan menggunakan kapas. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian bilas. Pastikan anda lakukan secara konsisten untuk kulit yang cerah dan bebas cela.
7. Tomato
Khasiat tomato yang kaya dengan vitamin A dan Lycopene boleh meremajakan kulit anda. Kandungan vitamin A dalam tomato membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit baharu dan pada masa yang sama turut memudarkan parut di wajah. Cara nak hilangkan parut jerawat menggunakan tomato ni memang senang sangat. Anda cuma perlukan tomato segar dan hancurkannya sehingga menjadi pes. Setelah itu, sapukan pada wajah dan biarkan selama kira-kira 20 minit. Kemudian, bilas sahaja dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, wajah anda akan bertambah cerah dan parut juga semakin pudar.
Amalkan Petua Hilangkan Parut Jerawat Ini Secara Konsisten Untuk Dapatkan Wajah Bebas Cela
Tak kira apa pun yang anda lakukan dalam hidup, anda perlu sentiasa konsisten untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Begitu juga bila anda nak hilangkan bekas jerawat dengan mudah dan berkesan. Kalau nak wajah yang cantik, bersih dan bebas cela, anda mestilah konsisten dengan petua-petua dan rutin kecantikan yang anda amalkan. Selain daripada kaedah semula jadi, anda boleh mempercepatkan lagi proses menghilangkan parut jerawat dengan menggunakan krim hilangkan parut jerawat serta produk berasaskan retinol atau Vitamin C untuk meningkatkan penghasilan collagen. Sekiranya mampu, anda juga boleh ke salon kecantikan untuk dapatkan rawatan wajah daripada pakar-pakar dermatologi. Selamat mencuba!
Nak dapatkan lebih banyak informasi produk kecantikan terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Shopee Beauty Carou -Sale untuk tawaran terhebat!