7 Acne Patch Terbaik Di Malaysia Untuk Hapuskan Jerawat Degil

7 Acne Patch Terbaik Di Malaysia Untuk Hapuskan Jerawat Degil

Jerawat ni selalunya muncul tepat bila anda ada majlis atau acara yang penting. Tak kira lah anda dah bersedia macam mana sekalipun, kehadiran jerawat pada kulit wajah sudah cukup untuk buat anda panik. Tapi tunggu dulu, jangan picit jerawat tu sebab ia akan bertambah buruk. Kebanyakan acne patch atau pelekat jerawat yang ada di pasaran cukup untuk mengecutkan jerawat semalaman. Jadi, apa kata anda cuba acne patch terbaik ni sebelum tidur?

Apa Itu Acne Patch?

Acne patch, turut dikenali sebagai pimple patch atau pelekat hidrokoloid (hydrocolloid patch), adalah pelekat kecil yang diperbuat daripada bahan penyerap lembapan untuk membantu penyembuhan luka. Pelekat jerawat direka untuk merawat luka dari luar dan di dalam, dengan cara melindungi jerawat (menutup jerawat) daripada terdedah kepada bakteria dan persekitaran yang lembap.

Macam Mana Pelekat Koloid (Colloid) Berfungsi?

Hydrocolloid patch berfungsi sebagai lapisan pelindung pada jerawat.
Kredit: E-LYSS di Shopee

Hydrocolloid patch berfungsi sebagai lapisan pelindung pada jerawat. Ia menyerap lebihan minyak, nanah dan lain-lain kotoran yang tersembunyi di dalam liang-liang pori anda. Oleh itu, jerawat akan kecut lebih cepat and reda dalam masa semalaman. Bukan itu sahaja, acne patch juga menghalang anda daripada memicit jerawat dengan jari. Jika jerawat anda masih sakit walaupun telah menggunakan acne patch, gantikan sahaja dengan pelekat hidrokoloid yang baharu.

Adakah Pakar Dermatologi Mengesyorkan Penggunaan Acne Patch?

Menurut laporan CNN, pakar dermatologi amat mengesyorkan rawatan jerawat seperti seperti acne patch. Pelekat jerawat mengandungi bahan-bahan aktif atau bahan penghapus jerawat seperti witch hazel, asid salisilik dan minyak tea tree (tea tree oil) yang berkesan untuk mengatasi pelbagai jenis masalah jerawat. Bahan-bahan ini meresap jauh ke dalam kulit untuk membuka pori-pori tersumbat dan membunuh bakteria penyebab jerawat. Selain itu, pelekat jerawat juga adalah lutsinar dan kalis air. Jadi, ia tidak jelas kelihatan bila dipakai dan anda boleh teruskan aktiviti harian dengan selesa. 

Macam Mana Nak Menggunakan Acne Patch?

Bersihkan muka dan jari anda, kemudian pilih pelekat yang sesuai dengan saiz jerawat anda.
Kredit: Pyunkang Yul Official Store dan E-LYSS di Shopee

Acne patch mudah sahaja untuk digunakan. Berikut adalah caranya: 

Langkah 1: Bersihkan muka dan jari anda, kemudian pilih pelekat yang sesuai dengan saiz jerawat anda.

Langkah 2: Lekatkan pada kulit yang bersih dan kering, diikuti dengan rutin penjagaan kulit anda kerana pelekat hidrokoloid tidak melekat dengan baik pada permukaan yang tidak kering.

Langkah 3: Biarkan pelekat selama beberapa jam atau sehingga ia menjadi putih.

Langkah 4: Kemudian, cabut dan lekatkan pelekat jerawat baharu jika perlu.

Mudah sahaja, kan?

Berikut Adalah Acne Patch Terbaik Di Malaysia Untuk Kecutkan Jerawat Dengan Sepantas Kilat 

Nyah kau jerawat! Berikut ialah tujuh acne patch terbaik di Malaysia (sesuai untuk kulit sensitif) yang boleh mengecutkan jerawat dan hapuskannya dari akar dengan cepat.

Avarelle Acne Cover Patch

Avarelle Acne Cover Patch merupakan antara acne patch terbaik yang boleh mengatasi jerawat degil.
Kredit: iiMONO Living di Shopee

 

Adakah jerawat jahat muncul di kawasan rahang anda? Avarelle Acne Cover Patch merupakan antara acne patch terbaik yang boleh mengatasi jerawat degil. Ia diformulasikan dengan tea tree oil, minyak calendula dan cica. Acne patch ini sesuai untuk tona kulit dan boleh dipakai dibawah solekan. Gunakannya sebelum tidur untuk mengecutkan jerawat yang meradang dan ia akan hilang bila anda bangun keesokan harinya. Boleh beli banyak-banyak buat stok semasa kecemasan!

COSRX Acne Pimple Master Patch

Anggaplah COSRX Acne Patch ini sebagai rakan karib baharu anda kerana anda boleh tidur nyenyak
Kredit: COSRX Official Store di Shopee

 

Anggaplah COSRX Acne Patch ini sebagai rakan karib baharu anda kerana anda boleh tidur nyenyak tanpa perlu risau masalah jerawat setelah menggunakannya. Ia mengatasi masalah jerawat degil dengan mengurangkan keradangan pada kulit sambil mengekalkan kelembapannya. Tambahan pula, COSRX Acne Patch juga boleh mengecutkan jerawat semalaman. Anda cuma perlu tampalkan sahaja pimple patch ini bila perlu. 

Derma Angel Acne Patch (Miacare Acne Patch)

Derma Angel Acne Patch merupakan salah satu acne patch terbaik untuk mengatasi jerawat
Kredit: Watsons Malaysia di Shopee

 

Derma Angel Acne Patch merupakan salah satu acne patch terbaik untuk mengatasi jerawat, terutamanya saat datang bulan. Anda boleh menggunakan pelekat jerawat ini pada waktu siang atau malam, dan ia boleh dipakai dengan mudah di bawah solekan kerana sangat nipis. Selain itu, formula asid salisiliknya berkesan untuk merawat jerawat degil yang sukar untuk sembuh. Hanya letakkan satu acne patch sebelum tidur atau bila-bila masa anda memerlukannya, dan jerawat akan hilang dalam masa yang singkat!

Innisfree Retinol Cica Repair Ampoule Focusing Patch

Innisfree Retinol Cica Repair Ampoule Focusing Patch ini merupakan antara acne patch terbaik yang diformulasikan dengan retinol dan cica
Kredit: Innisfree Official Shop di Shopee

 

Innisfree Retinol Cica Repair Ampoule Focusing Patch ini merupakan antara acne patch terbaik yang diformulasikan dengan retinol dan cica yang berkesan untuk merawat dan menyembuhkan jerawat. Pada masa yang sama, pimple patch ini memastikan kulit anda bersih dan bebas daripada parut dan bintik-bintik gelap (akibat daripada memicit jerawat). Jika anda mengalami masalah jerawat batu seumur hidup anda, inilah masanya untuk mendapatkan acne patch Innisfree dan biarkan mereka menyedut kekotoran jerawat yang tidak diingini seperti vakum Dyson. Yakinlah bahawa anda akan terpesona dengan kulit yang sihat kerana acne patch ini mengurangkan keradangan dan kemerahan secara drastik.

Mighty Patch By Hero Cosmetics

Sekotak Mighty Patch nampaknya berkesan macam magik pada kulit berjerawat.
Kredit: iiMONO Living di Shopee

 

Sekotak Mighty Patch nampaknya berkesan macam magik pada kulit berjerawat. Tidak hairanlah ia adalah antara acne patch terbaik kegemaran ramai! Tampalkan acne patch ini untuk menyerap minyak serta nanah yang terperangkap di bawah kulit atau biarkan semalaman untuk mengecutkan jerawat yang menyakitkan. Selain itu, anda boleh menggunakan acne patch Mighty yang bersaiz lebih besar untuk mengatasi lebih daripada satu jerawat pada satu masa. Anda akan terpegun melihat kekotoran pada pelekat tersebut dan pada masa yang sama terpesona dengan kulit wajah yang bertambah sihat.

Nexcare Acne Absorbing Cover

Jerawat anda nampaknya bertemu buku dengan ruas dengan acne patch terbaik Nexcare Acne Absorbing Cover ini.
Kredit: CareMart di Shopee

 

Jerawat anda nampaknya bertemu buku dengan ruas dengan acne patch terbaik Nexcare Acne Absorbing Cover ini. Pelekat jerawat ini menyerap nanah dan minyak dari dalam jerawat, mencegahnya daripada jangkitan dan membantu proses penyembuhannya. Acne Patch Nexcare juga selesa dipakai dan menyenangkan kulit bernafas. Ia tidak mengandungi bahan terlarang dan juga lutsinar, jadi tiada siapa pun akan nampak pelekat ini di wajah anda. 

OXY Anti-Bacterial Acne Patch

OXY Anti-Bacterial Acne Patch mengandungi Chlorhexidine Acetate yang diperkaya dengan sifat antibakteria
Kredit: estore2u.online di Shopee

 

OXY Anti-Bacterial Acne Patch mengandungi Chlorhexidine Acetate yang diperkaya dengan sifat antibakteria untuk mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Oxy Anti-Bacterial Acne Patch merupakan antara acne patch terbaik di pasaran kerana ia nipis, kalis air, melekat dengan kuat, dan boleh menyerap kotoran daripada kulit anda seperti span. Dengan adanya acne patch ini, anda tak perlu lagi bergantung kepada pelbagai produk untuk menghapuskan jerawat dari akarnya. 

Tak Perlu Lagi Picit, Tekan Dan Tuam Jerawat Bila Anda Gunakan Acne Patch Terbaik Ini

Acne patch terbaik sedia membantu bila anda inginkan kulit wajah yang bersih
Kredit: Eterno.my, Innisfree Official Shop, dan iiMONO Living di Shopee

Ucapkan selamat jalan kepada jerawat! Acne patch terbaik sedia membantu bila anda inginkan kulit wajah yang bersih. Bukan itu sahaja, pelekat jerawat ini juga menjanjikan hasil yang terbaik pada harga yang sangat berpatutan. Jadi, anda tak perlu berbelanja besar untuk stokkan produk ni. Anda juga boleh selang-selikan penggunaan acne patch dengan produk anti-jerawat yang lain (tetapi jangan sekali-kali campurkan produk-produk ini). Bila jerawat dah sembuh, anda boleh tambahkan pula krim parut jerawat dan serum asid hyaluronik ke dalam rutin penjagaan kulit wajah anda untuk kulit yang gebu dan sihat. 

Anda nak dapatkan lebih banyak produk anti-jerawat? Layari Shopee Beauty Carou-Sale untuk tawaran eksklusif berkenaan produk kecantikan dan penjagaan kulit terkini!

Artikel asal 7 Best Acne Patches In Malaysia That Effectively Wave Bye-Bye To Breakouts ditulis dan diterjemah oleh Rebecca Hani Romeli.

Leave a Reply