Tambahkan Lagi Kemeriahan Perayaan Hari Raya Dengan Peralatan-Peralatan Rumah Baru

various home appliances

Persiapan Hari Raya sudah bermula. Inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan peralatan rumah baru bagi menggantikan peralatan yang lama dan yang sudah rosak. Mungkin anda telah lama mengidamkan set televisyen baru yang lebih canggih, atau mesin basuh yang lebih efisyen. Nak panduan shopping peralatan rumah baru sempena musim perayaan ni? Jom lihat rekomendasi yang telah kami sediakan untuk upgrade perkakas di rumah anda!

Ambil Peluang Di Musim Raya Untuk Lengkapkan Rumah Anda Dengan Peralatan-Peralatan Rumah Baru Ini

Dah bertahun-tahun guna benda yang sama? Jom gantikan peralatan rumah lama dengan yang baru sempena musim perayaan ini. Bila dah ada peralatan baru, barulah persiapan Raya lebih syiok!

1.   Televisyen

A television set peralatan rumah baru
Credit: Marques Kaspbrak via Unsplash

Dengan servis on-demand video streaming seperti Netflix dan Disney+ Hotstar yang semakin popular, lebih banyak masa diluangkan di hadapan televisyen. Berita baik untuk anda: televisyen 4K kini boleh didapati pada harga yang berpatutan! Jika ramai saudara-mara bakal berkunjung ke rumah masa raya nanti, anda semestinya mahukan televisyen yang lebih besar daripada set 32-inci!

Rekomendasi:

Hisense 4K UHD TV: Televisyen 4K buatan Hisense menjadi pilihan orang ramai kerana ia menawarkan ciri-ciri yang sukar ditandingi pada harga yang berpatutan. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 43-inci ke 65-inci!

LG C2 OLED Evo: Jika anda inginkan televisyen dengan teknologi yang lebih canggih dan skrin yang paling cun setakat ini, LG C2 OLED Evo antara pilihan terbaik. Ia bukan sahaja mantap untuk menonton kandungan dalam definisi 4K, ia juga amat sesuai untuk gaming!

2.   Peti Sejuk

A kitchen space peralatan rumah baru
Credit: Sidekix Media via Unsplash

Dengan Raya menjelang tiba, aktiviti di dapur sudah tentunya akan berganda! Jika anda mempunyai keluarga yang besar, sebuah peti sejuk dengan ruang yang banyak sangat membantu, apatah lagi bila tetamu datang melawat. Bukan sahaja ruang yang besar diperlukan untuk menyimpan pelbagai bahan-bahan makanan tetapi peti sejuk moden terkini juga mempunyai teknologi yang lebih efisyen untuk menjamin kesegaran makanan.

Rekomendasi:

LG 458L Net Slim French Door Refrigerator with InstaView Door-in-Door: Lama mengidamkan peti sejuk jenis french door (dua pintu)? Peti sejuk LG ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang amat stylish tetapi ia juga berteknologi tinggi dengan “tingkap” yang membolehkan anda melihat kandungan dalam tanpa perlu membuka pintu peti sejuk.

Toshiba GR-A28MS: Dengan harga kurang daripada RM1,500, anda boleh memiliki peti sejuk jenama Toshiba ni yang mempunyai banyak ruang serta teknologi inverter dan deodorizer.

3.   Peralatan Dapur

people cooking in kitchen peralatan rumah baru
Credit: Katerina Holmes via Pexels

Selari dengan aktiviti-aktiviti memasak yang akan bertambah kerap menjelang Raya, ini adalah masa yang baik untuk mendapatkan peralatan dan perkakas dapur rumah baru untuk menggantikan peralatan yang lama. Sebagai contoh, jika anda masih menggunakan dapur gas, pertimbangkan dapur induksi yang lebih jimat tenaga, lebih selamat, dan lebih senang untuk dibersihkan.

Selain itu, jika dapur anda tidak mempunyai periuk tekanan (pressure cooker), tunggu apa lagi? Dapatkan satu kerana ia sangat membantu untuk memasak kuantiti makanan yang banyak dalam masa yang singkat!

Rekomendasi:

Philips HD4902 induction cooker: Ini adalah salah satu dapur induksi yang laris terjual di Malaysia. Ia dilengkapi perlindungan overheating dan permukaan kaca gred A.

Russell Taylors pressure cooker: Masak pelbagai jenis juadah seperti stik dan kek chocolat dengan periuk tekanan ni.. Perkakas seperti spatula dan senduk juga ada bila anda dapatkan periuk ini!

4.   Peralatan Pembersihan Rumah Moden

A robot vacuum cleaner peralatan rumah baru
Credit: Kowon vn via Unsplash

Sebelum tibanya Hari Raya pertama, mestilah anda nak memastikan rumah bersih dan dalam keadaan siap sedia untuk menerima pengunjung. Pembersih vakum tanpa wayar (cordless) boleh meringankan beban anda untuk membersihkan seluruh rumah. Ia bukan sahaja amat berkesan untuk menyedut segala habuk dan kotoran, tetapi ia juga senang diangkat dan dibawa ke mana-mana bahagian rumah tanpa gangguan wayar.

Kalau nak upgrade, apa kata anda dapatkan pembersih robot vakum? Tak payah susah-susah untuk uruskannya kerana ia bergerak sendiri dan membersih secara automatik. Harganya mungkin lebih mahal, tetapi ada juga model-model dengan harga yang berpatutan.

Rekomendasi:

Gaabor handheld vacuum cleaner: Siapa kata semua pembersih vakum tanpa wayar mahal? Model daripada Gaabor ini mempunyai daya sedutan yang kuat dah ia berharga kurang daripada RM200!

Roborock S7 robot vacuum cleaner: Jika anda tidak kisah untuk berbelanja lebih, pembersih robot vakum jenama Roborock adalah antara yang terbaik di pasaran dari segi kemampuan dan kecekapan.

5.   Mesin Urut

Massage chairs
Credit: naipo.de via Unsplash

Tradisi balik kampung untuk bertemu dengan ibubapa dan sanak saudara amat dinanti-nantikan setiap perayaan Raya. Seringkali kita membawa balik buah tangan atau hamper Raya untuk insan-insan yang tersayang.

Mahu berikan hadiah yang berlainan dan unik tahun ini? Anda boleh menghadiahkan mereka kerusi urut atau mesin urut kaki. Bukan sahaja ia merupakan idea yang baik, ia juga bermanfaat untuk kesihatan mereka. Tak perlu bawa mereka ke pusat refleksologi lagi kerana boleh buat sesi urutan hanya di rumah setiap hari! Ia dikatakan bagus untuk otot-otot kejang dan sistem pengaliran darah dalam tubuh badan.

Rekomendasi:

SnowFit OASIS full body massage chair: Antara model yang terlaris di Malaysia dan sering mendapat pujian adalah kerusi urut jenama Snowfit yang mampu memberikan urutan menyeluruh dari kepala sehinggalah ke kaki.

Gintell G-Beetle EZ foot massager: Mesin urut kaki ini mempunyai pelbagai fungsi seperti urutan kaki 360°, 3D guasa, urutan shiatsu dan bermacam-macam lagi!

Shopee Malaysia Menawarkan Pilihan Peralatan Rumah Baru Terbaik Dengan Promosi Dan Diskaun Terhebat

a person receiving a package delivery
Credit: SHOPEE Malaysia via YouTube

Walau apapun peralatan rumah baru yang anda cari, Shopee Malaysia ada segala yang anda perlukan. Bukan sahaja terdapat seribu satu pilihan, malah anda juga boleh menikmati promosi dan diskaun yang tidak boleh ditandingi. Nantikan jualan Hari Raya di Shopee yang pastinya akan mendatangkan ganjaran yang lebih gempak lagi! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *