8 Baju Kurung & Baju Melayu Budak Yang Comel & Bergaya Untuk Hari Raya

baju raya budak

Hari Raya menjelang tiba, dan ada beberapa perkara yang kita nanti-nantikan sepanjang musim perayaan ini. Rendang dan lemang, kuih Raya yang enak, dan sudah tentunya, menggayakan baju raya! Sekiranya anda sedang mencari baju raya budak yang comel untuk anak-anak anda tetapi tidak sempat membeli-belah, berikut adalah beberapa pilihan baju kurung dan baju Melayu budak terbaharu dan menarik untuk ditambah ke troli beli-belah anda.

Baju Raya Budak Perempuan Manis & Bergaya

Untuk si kecil kelihatan jelita.

1.   Baju Kurung Pahang Zoe Arissa 

baju raya budak baju kurung
Kredit: Zoe Arissa Luxe Flagship di Shopee

Biasanya digayakan untuk acara rasmi, baju kurung Pahang mempunyai kelepet yang lebih panjang di bahagian hujung blaus. Ia dipadankan dengan kain kurung yang berketerampilan lebih kemas untuk melengkapkan keseluruhan pakaian. 

Baju kurung Pahang budak ini sangat sesuai bagi adik-adik kecil untuk kelihatan lebih bergaya. Lebih-lebih lagi, cetakan bermotif kotak kini sedang popular dan stail ini boleh didapati dalam rona pastel musim ini seperti hijau, biru, dan merah jambu. Apa yang lebih menarik lagi? Si kecil boleh bergaya sepadan dengan ibu!

2.   Baju Kurung Moden Gene Martino

Baju Kurung Moden Gene Martino baju raya budak
Kredit: Gene Martino di Shopee

Satu lagi pilihan baju raya budak perempuan yang cantik ialah baju kurung moden budak perempuan ini daripada Gene Martino. Ini merupakan versi pakaian tradisional yang moden dilengkapi dengan kain potongan duyung. 

Perincian renda dan hiasan di blaus memberi pesona feminin yang manis yang sesuai bukan hanya untuk Hari Raya, tetapi juga untuk acara rasmi dan perkahwinan. Ia juga didapati dalam versi dewasa untuk para ibu.

3.   Baju Kebaya Batik Sopan Warisan

Sopan Warisan Baju Kebaya Moden Batik Bali Budak Kanak-Kanak baju raya budak
Kredit: Sopan Warisan Official Store di Shopee

Untuk gaya yang lebih elegan, dapatkan baju kebaya dengan cetakan batik tradisional. Anak-anak anda akan tampil lebih kemas dengan baju raya budak perempuan ini yang dilengkapi dengan lengan yang kembang sedikit dan kain yang digayakan ke bahagian depan. 

Material baju ini adalah ringan (namun tidak jarang) dan selesa dipakai, bermakna anak kecil anda tidak perlu mengorbankan keselesaan untuk kelihatan bergaya!

4.   Baju Kurung Pastel

baju kurung pastel budak
Kredit: ASF COLLECTION di Shopee

Mencari baju raya budak yang mempunyai warna yang tidak terlalu terang namun masih cukup bergaya untuk Hari Raya? Anda pasti tertarik dengan baju kurung budak perempuan yang comel ini yang terdapat dalam 10 jenis warna. 

Antara warna yang boleh didapati termasuklah warna-warna batu permata seperti hijau zamrud dan mustard, serta rona pastel yang cantik seperti hijau pudina dan merah jambu dusty. Baju ini juga diperbuat daripada material como crepe berkualiti tinggi, dan selesa dipakai dengan adanya bahagian pinggang yang bergetah serta cutting A-line.

Baju Raya Budak Lelaki Comel & Tampan

Untuk si kacak di hati anda.

5.   Baju Melayu Cekak Musang Sopan Warisan

Baju Melayu Cekak Musang Sopan Warisan baju raya budak
Kredit: Sopan Warisan Official Store di Shopee

Baju raya budak klasik yang anda boleh dapatkan untuk anak lelaki ialah baju Melayu cekak musang tradisional, yang mempunyai kolar berdiri ditambah dengan beberapa biji butang. Contohnya, set baju Melayu budak Sopan Warisan ini menampilkan regular fit dengan lengan panjang dan poket di bahagian depan. 

Untuk seluar, bahagian pinggang bersifat elastik serta dilengkapi dua poket sisi. Baju ini terdapat dalam rona utama seperti kelabu gelap, biru laut, merah marun, dan oren.

6.   Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga
Kredit: BUTIK AWATIF di Shopee

Untuk baju raya budak yang lebih selesa dan kurang formal, pilihlah gaya teluk belanga. Contohnya, baju Melayu untuk budak ini dilengkapi kolar bulat dan potongan halus yang diikat dengan butang. Ia dipakai dengan kain sampin di dalam dan baju di luar. 

Jika anda inginkan kepelbagaian pilihan warna, set baju Melayu ini didapati dalam pelbagai rona warna seperti kelabu dan marun serta mustard cerah dan biru laut. Selain itu, reka bentuk eksklusif ini mudah digosok, tidak mudah renyuk, serta tidak mudah berbulu atau mengecut selepas dicuci menggunakan mesin basuh.

7.   Baju Melayu Slim Fit 

Baju Melayu Slim Fit
Kredit: zafaexclusive di Shopee

Inginkan baju yang lebih slim? Baju Melayu slim fit untuk budak lelaki inilah yang anda perlukan. Dengan 13 pilihan warna, ia diperbuat daripada material como crepe dan selesa dipakai walaupun dalam cuaca Malaysia. 

Memandangkan baju ini mengenakan gaya cekak musang, pastikan anda menggayakan baju di bawah kain sampin untuk penampilan Hari Raya yang segak dan tampan. Baju ini juga terdapat dalam saiz dewasa agar si kecil dapat bergaya sepadan dengan si ayah!

8.   Baju Melayu dengan Cekak Musang Berwarna Kontra

baju melayu cekak musang
Kredit: Butik Tateh di Shopee

Mencari baju raya budak yang berwarna cerah dan ceria untuk anak kecil anda? Pilihlah salah satu set baju Melayu ini yang berwarna terang serta dilengkapi dengan kolar cekak musang yang kontra warnanya. 

Sesuai untuk kanak-kanak berumur hingga lima tahun, ia cukup selesa untuk dipakai setiap hari dan diperbuat daripada material premium yang berkualiti. Bagi mereka yang kurang menggemari gaya cekak musang, anda juga boleh memilih gaya teluk belanga yang kasual dalam pilihan warna terang yang sama.

Gayakan Anak-anak Anda Pada Hari Raya Dengan Baju Raya Budak yang Menarik Ini

baju raya budak, baju kurung, baju melayu
Kredit: Gene Martino di Shopee

Dengan baju kurung untuk budak perempuan yang bergaya dan baju Melayu untuk budak lelaki yang segak ini, anak-anak anda pastinya akan kelihatan comel dan sedia bergambar apabila Hari Raya tiba! Jangan lupa untuk melengkapkan penampilan baju raya budak dengan tudung kanak-kanak atau songkok yang comel. Jika anda akan menghadiri rumah terbuka pada Hari Raya ini, sepasang kasut yang cantik untuk anak lelaki dan anak perempuan anda wajar menjadi sentuhan terakhir sebelum keluar beraya.

Ingin kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan? Pastikan anda mengisi perut dengan hidangan-hidangan ini pada waktu sahur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *