Kenali 13 Jenis Kurma Terbaik dan Paling Laris Di Malaysia Sepanjang Bulan Puasa

“Keenakan buah kurma dari timur tengah….Yusuf Taiyoob”. Kalau anda dah dengar iklan jenama kurma popular ni di televisyen dan corong-corong radio, maknanya Ramadan dah hampir tiba. Umat Islam disunatkan untuk berbuka puasa dengan memakan tujuh biji buah kurma terlebih dahulu (tak kisah jenis kurma apa pun) sebelum menikmati pelbagai juadah enak yang lain. Selain air zam zam, habbatus sauda, madu, susu kambing, dan buah tin, kurma juga merupakan salah satu daripada 21 makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran. Sebab tu setiap rumah wajib ada sekotak buah kurma untuk dinikmati seisi keluarga ketika berbuka puasa. Baca lebih lanjut untuk mengetahui khasiat kurma serta jenis-jenis kurma terbaik yang terdapat di Malaysia.

Khasiat Kurma Untuk Tubuh Badan Manusia

Kajian saintifik serta laporan atau artikel seperti WebMD, Healthline dan BBC Good Food membuktikan bahawa kurma mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang baik untuk membekalkan tenaga segera kepada tubuh manusia. Antara khasiat-khasiat kurma termasuklah:

  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Melancarkan sistem pencernaan kerana ia merupakan sumber serat yang baik
  • Mengurangkan risiko nyanyuk
  • Mengatasi masalah seksual dengan meningkatkan kualiti dan jumlah sperma lelaki
  • Mencegah penyakit kardiovaskular
  • Menjaga kesihatan tulang
  • Memudahkan proses bersalin
  • Kaya antioksidan dan banyak lagi

Justeru, tak perlu tunggu bulan puasa pun kalau anda nak makan kurma. Rugi tau kalau tak makan kurma sebab khasiatnya memang tiada tandingan. Kalau tak suka kurma, anda boleh mulakan pengambilannya sedikit demi sedikit. Bila dah biasa, bolehlah jadikannya sebahagian daripada diet harian anda.

Jenis-Jenis Kurma Terbaik, Paling Laris, Popular Dan Sedap Di Malaysia

Selain boleh dimakan begitu sahaja, kurma juga boleh dijadikan jem, jus, sirap dan lain-lain lagi. Bila dah nak menjelang Ramadan ni, ada banyak jenis-jenis kurma yang anda boleh beli dan hidangkan untuk berbuka. Jom kita tengok yang mana satu kurma paling sedap! 

1.   Kurma Ajwa

harga ajwa di malaysia
Kredit: MAHNAZ FOOD – MERCU CITA di Shopee

Kurma Ajwa merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW, sebab itulah ia turut dikenali sebagai kurma Nabi. Ia merupakan salah satu jenis kurma yang lembut dan terbaik di Madinah. Warnanya kehitam-hitaman, bersaiz sederhana dan isinya juga tebal. Khasiat kurma Ajwa termasuklah melancarkan pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan juga dikatakan boleh meningkatkan kesuburan. Bukan itu sahaja, buah kurma ini merupakan antara yang kurma paling sedap dan harum. Maka tak hairanlah harga kurma Ajwa antara kurma paling mahal di Malaysia.

2.   Kurma Degleet Nour/Degleet Noor

Kurma Deglet Nour jenis jenis kurma terbaik
Kredit: Al-Farhan Tradings SDN. BHD. di Shopee

Degleet Nour atau Degleet Noor adalah sejenis kurma premium yang tumbuh di Afrika Utara seperti di negara Algeria. Dalam Bahasa Arab, Degleet Noor bermaksud ‘Ratu Kurma’. Kebanyakkan Degleet Noor yang dijual di Malaysia diimport dari Tunisia. Ia mempunyai tekstur separa kering, bentuknya bujur, rasanya unik dan berwarna kekuningan. Buah kurma ini bagus untuk mengelakkan risiko penyakit jantung dan kaya dengan vitamin A. Ia juga tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk.

3.   Kurma Mabroom

kurma mabroom
Kredit: Kurma Mehr Official Store di Shopee

Ia kelihatan seperti kurma Ajwa tetapi bentuknya lebih lonjong, saiznya lebih besar dan berwarna merah gelap. Kurma Mabroom adalah satu lagi jenis kurma terbaik dan premium yang berasal dari Madinah. Kualitinya yang baik sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan semasa bulan Ramadan. Ia kenyal, kurang manis dan kaya dengan antioksidan. Di samping itu, ia tidak mengandungi sodium dan dikatakan sesuai dimakan oleh pesakit tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

4.   Kurma Mariami

khasiat kurma mariami
Kredit: Natural CandyLicious Co. di Shopee

Kurma Mariami atau turut dikenali sebagai kurma coklat merupakan pilihan ramai ketika bulan Ramadan kerana rasanyanya sangat manis, agak lembut (separa kering) dan antara yang paling lazat di dunia. Kalau anda nak tahu, kurma ini berasal dari Iran dan dinamakan Mariami kerana ia merupakan buah kurma yang dimakan oleh Maryam semasa melahirkan Nabi Isa AS. Ibu hamil atau berpantang boleh amalkan pengambilan buah kurma kerana ia dikatakan boleh memudahkan proses bersalin dan membantu pengecutan rahim.

5.   Kurma Mazafati

kurma mazafati antara jenis kurma terbaik
Kredit: BINDAWOOD TRADING di Shopee

Inilah dia kurma paling sedap di dunia! Buah kurma Mazafati ni asalnya dari Iran, terutamanya di Bam. Sebab itulah itu turut dikenali dengan nama ‘kurma Bam’. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai kurma madu kerana rasanya yang manis macam madu. Isinya pula tebal, lembut dan berair. Kurma Mazafati juga dikatakan boleh mencegah nyanyuk jika diamalkan pemakanannya.

6.   Kurma Medjool/Majdoul

kurma medjool palestine
Kredit: TURKISH SIGNATURE di Shopee

Kurma Medjool merupakan jenis kurma basah yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika Utara, dan ia kekal segar walaupun dalam iklim panas dan kering. Kebaikan kurma ini termasuklah kandungan seratnya yang tinggi dan boleh meningkatkan metabolisma. Kalau anda nak tahu, Medjool juga dipanggil ‘Raja Kurma’ kerana saiznya yang lebih besar jika dibandingkan dengan jenis kurma yang lain. Penggemar susu kurma juga boleh menggunakan kurma jenis ini untuk menghasilkan susu yang lazat memandangkan rasanya manis seperti karamel, berlemak serta isinya yang lembut dan lembap.

7.   Kurma Rotab

kurma ruthab
Kredit: AM AVENUE di Shopee

Kurma Rotab ini sebenarnya ialah kurma muda yang masih segar atau baru masak. Ia kurang dijual dalam pasaran Malaysia kerana kurma segar ini tidak boleh disimpan lama, malah harganya lebih mahal berbanding kurma kering. Teksturnya pula rangup dan tidak terlalu manis bila dimakan. Kaum wanita digalakkan untuk memakan kurma Rotab kerana ia sangat berkhasiat dan mempunyai banyak manfaat untuk ibu yang sedang hamil.

8.   Kurma Safawi

khasiat kurma safawi
Kredit: Nur Food Official Store di Shopee

Kering di luar tapi lembut dan lembab di dalam, kurma Safawi adalah jenis kurma yang kedua terbaik selepas kurma Ajwa dari segi rasa dan kualiti. Kalau anda pernah menjejakkan kaki ke Arab Saudi, anda mesti kenal pokok kurma ni. Buah kurmanya berwarna hitam, bentuknya panjang dan tumbuh lebat sepanjang tahun. Buah kurma Safawi mempunyai khasiat yang tinggi kerana ia kaya dengan zat mineral. Ia dikatakan baik untuk mata, rambut dan kulit serta mampu merawat anemia.

9.   Kurma Safia

jenis-jenis kurma popular dan terbaik
Kredit: Saudagar Kurma JB Syarifah di Shopee

Buah kurma jenis Safia adalah antara yang paling laris dan popular menjelang bulan puasa. Kurma Safia atau kurma tangkai (kerana dijual sekali dengan tangkai) ni sesuai untuk dimasak, dibakar, atau dimakan begitu sahaja. Ia juga boleh dicampurkan dengan yogurt atau oat untuk menambahkan rasa dan keenakkannya.

10.   Kurma Sukari

Kurma Sukari jenis kurma terbaik
Credit: MADU YAMAN ASLI l Arabia Intiqaa on Shopee

Kurma Sukari berasal dari Arab Saudi dan namanya berdasarkan pada bahasa Arab “sukkar” yang bererti gula. Jadi, tidak mustahil lah kurma ini berasa manis dan digemari ramai di negara-negara Timur Tengah. Bukan sahaja sedap, kurma Sukari juga memberi banyak manfaat kesihatan kerana ia tinggi dengan serat, vitamin, dan nutrisi. Ia membantu memperbaiki pencernaan, mengawal kadar kolesterol, serta mengekalkan kulit sihat dan lembut.

11.   Kurma Khudri

Kurma Khudri jenis jenis kurma terbaik
Kredit: All Kurma Malaysia Official Shop di Shopee

Kurma Khudri antara kurma yang agak jarang dijumpai berbanding kurma-kurma lain dan harganya juga lebih mahal. Ia bersaiz lebih kecil dan mempunyai tekstur yang kenyal dan lembut. Kurma Khudri berwarna kemerahan (manis), hitam (sedikit pahit), atau, putih (rasa lembut dan halus)

12.   Kurma Amber

Kurma Amber jenis jenis kurma terbaik
Kredit: BARAKA CORNER MART di Shopee

Kurma ini memperoleh namanya daripada warna amber yang terletak di antara kuning dan jingga. Ia sejenis kurma kering yang lembut dan berasa manis sederhana serta pedas. Selain itu, kurma ini mengandungi nutrien-nutrien seperti kalsium, magnesium, sulfur, vitamin B6, dan banyak lagi.

13.   Kurma Khalas

Kurma Khalas jenis jenis kurma terbaik
Kredit: AJWAD_MARKETING di Shopee

Kurma Khalas banyak terdapat di Arab Saudi. Dengan warna coklat keemasan muda, ia mempunyai kulit yang licin dan tekstur yang lembut, Rasanya seperti karamel dan biasanya dimakan bersama kopi Arab.

Sediakan Menu Sahur Yang Ringkas Dan Sihat Dengan Pelbagai Jenis Kurma Terbaik

menu sahur kenyang
Kredit: Meruyert Gonullu, Anna Tarazevich dan RODNAE Productions dari Pexels

Selain dimakan begitu sahaja semasa berbuka puasa, buah kurma juga boleh dijadikan snek atau menu sahur yang sihat, mudah dan cepat. Anda cuma perlu potong halus kurma pilihan anda dan campurkan dengan bijirin, oat atau kisar dengan susu. Kandungan nutirisinya akan mengekalkan tenaga dan kecergasan anda sepanjang hari.

Disamping itu, anda juga boleh gunakan buah kurma untuk buat kek, roti mahupun puding sebagai pencuci mulut selepas berbuka puasa. Nak pelbagaikan lagi menu iftar? Apa kata anda cuba resipi sambal dan rendang daging simple ni? Memang terangkat!

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *