8 Menu Sahur Sihat Yang Mudah Dan Cepat Disediakan Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

menu sahur simple

Pada bulan Ramadan, sahur menjadi waktu makan terpenting kepada umat-umat Islam yang berpuasa. Ia amatlah penting kerana hidangan sahur memberikan tenaga dan hidrasi untuk berpuasa sepanjang hari. Walaubagaimanapun, bukan senang untuk semua bangun pagi-pagi buta untuk menyediakan makanan dan minuman, terutamanya mereka yang sering tidur lewat dan merupakan seorang night owl. Jika anda salah satu daripada mereka, ini artikel untuk anda. Berikut adalah beberapa idea menu sahur simple dan sihat yang anda boleh ikuti untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja senang dibuat dan menjimat masa, tetapi juga berkhasiat untuk tubuh badan!

8 Menu Sahur Simple Dan Sihat Yang Boleh Disediakan Di Rumah

Tak payah habiskan masa sejam lebih di dapur.

1.   Oatmeal Dengan Buah-Buahan

oatmeal menu sahur simple
Kredit: Amazin’ Graze di Shopee

Mulakan hari anda dengan semangkuk bijirin oat yang mudah untuk disediakan dan juga sangat berkhasiat! Satu cawan oatmeal kaya dengan protein dan mengandungi kira-kira empat gram serat dan enam gram protein. Anda juga boleh tambahkan potongan buah-buahan seperti pisang, strawberi, atau blueberry serta bahan-bahan lain seperti almond dan chia seed untuk meningkatkan lagi rasa dan khasiat. 

Jika anda sibuk, cubalah sediakan overnight oats terlebih dahulu sebelum anda tidur.

2.   Telur

telur atas roti menu sahur simple
Kredit: Ben Kolde di Unsplash

Telur sangat versatil kerana ia boleh dimasak dalam pelbagai cara dan juga disediakan dalam beberapa minit sahaja. Ia mengandungi protein, vitamin V2, dan mineral-mineral penting seperti zink dan besi yang membekalkan tenaga mencukupi untuk sepanjang hari. 

Masukkan telur dalam menu sahur simple anda sama ada telur rebus atau telur dadar yang mudah dan cepat dimasak. Anda juga boleh sajikan dengan roti gandum untuk hidangan yang lebih lengkap.

3.   Smoothie Buah

Smoothie menu sahur simple
Kredit: Sara Cervera di Unsplash

Jika anda mempunyai blender, bolehlah buatkan smoothie buah dengan mudah sekali. Campurkan buah-buahan kegemaran anda dengan tambahan yogurt atau susu. Untuk menambah rasa manis, boleh masukkan madu sekali. Smoothie sesuai untuk dibuat sarapan pagi sahur yang berkhasiat jika anda terlambat bangun.

4.   Sandwich Sayuran

Sandwich menu sahur simple
Kredit: Youjeen Cho di Unsplash

Sandwich boleh disediakan tanpa perlu memanaskan dapur. Anda hanya perlukan roti kosong atau roti gandum serta bahan-bahan seperti tomato dan hirisan keju yang sesang didapati di mana-mana sahaja. Makan beberapa keping dah cukup memadai untuk menu sahur simple yang boleh memberi ketahanan sepanjang hari.

5.   Pisang

pisang menu sahur simple
Kredit: Juan Salamanca di Pexels

Pisang mempunyai kandungan kalium dan serat yang tinggi. Kalium penting untuk kesihatan jantung dan membantu saraf anda berfungsi pada tahap optimum. Selain itu, pisang juga didapati membantu mengawal selera makan dan membuat anda berasa lebih kenyang. 

Jika anda tiada masa langsung untuk menyediakan sebarang hidangan, pisang boleh dijadikan makanan sahur yang cepat dan mencukupi!

6.   Quinoa

Quinoa menu sahur simple
Kredit: 888 Official Store di Shopee

Quinoa bebas gluten, mempunyai kandungan protein yang tinggi, dan merupakan salah satu biji-bijian yang mengandungi enam jenis asid amino. Asid amino adalah sebatian penting yang menyumbang kepada setiap fungsi tubuh badan dan menggalakkan pertumbuhan tisu serta memperkuatkan sistem imun. 

Oleh kerana tekstur quinoa serupa dengan biji-bijian, anda boleh menggunakannya sebagai asas untuk bijirin anda. Untuk makanan sahur yang lebih sihat, anda boleh cuba hidangan “nasi goreng” quinoa dengan brokoli, daging ayam, dan tomato.

7.   Ikan Salmon

salmon
Kredit: PFF FROZEN FOOD DISTRIBUTOR di Shopee

Dengan daging berwarna oren yang cerah, ikan salmon amat disukai oleh orang ramai kerana rasanya dan kerana ia mempunyai banyak faedah kesihatan. Ia adalah salah satu sumber asid lemak omega-3 yang terbaik dan dapat mengurangkan keradangan, menurunkan tekanan darah, dan mengurangkan faktor risiko penyakit.

Anda boleh menggunakan kuali non-stick untuk memasak ikan salmon sebagai makanan sahur yang cepat disediakan (pastikan anda keluarkan dari peti sejuk beku pada malam sebelumnya!). Kalau malas untuk menggoreng ikan salmon, boleh juga masukkan ke dalam ketuhar bersama kentang untuk hidangan yang lebih mengenyangkan. Tidak kira bagaimana anda memilih untuk memasaknya, ikan salmon akan membuat anda rasa kenyang sehingga masa untuk berbuka puasa.

8.   Kurma

kurma
Kredit: MAHNAZ FOOD – MERCU CITTA di Shopee

Manis dan enak, kurma merupakan makanan sahur yang istimewa pada bulan Ramadan. Sebiji buah kurma mengandungi serat, karbohidrat, protein, vitamin B, kalsium, zat besi, dan banyak lagi. Ia juga kaya dengan antioksidan.

Buah kurma membantu anda kekal terhidrat kerana ia adalah sumber glukosa semula jadi yang membantu sel anda mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan memberikan anda tenaga. Anda boleh makan buah kurma begitu sahaja atau campurkan dengan pisang dan yogurt untuk menjadikan smoothie berkhasiat.

Baca lebih lanjut: Kenali 13 Jenis Kurma Terbaik dan Paling Laris Di Malaysia Sepanjang Bulan Puasa

Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan, Pastikan Anda Mendapatkan Nutrien Yang Mencukupi Walaupun Menu Sahur Simple Sahaja

food on a table
Kredit: Ella Olsson di Pexels

Dengan perubahan yang ketara dalam diet anda sepanjang bulan puasa, apa yang anda makan untuk sahur akan mempengaruhi emosi serta tenaga dan tahap produktiviti anda. Oleh itu, hidangan yang mengandungi nutrien-nutrien yang mencukupi amat penting. Walaupun simple sahaja, menu-menu sahur sihat ini mampu memberikan khasiat dan tenaga yang sangat diperlukan untuk tubuh bahan yang mampu bertahan.   

Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa hidangan rendang yang lazat. Tekan sini untuk beberapa resipi rendang daging yang mudah untuk mengagumkan rakan dan keluarga anda semasa musim perayaan ini.

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *