Temubual Eksklusif Bersama Datuk Wira Ameer Ali Mydin: Apakah Trend Baju Raya 2023?

MYDIN baju raya colour themes 2023

Raya akan tiba tak lama lagi, adakah anda sekeluarga dah mula teruja dengan persiapan menyambut Aidilfitri? Tugas-tugas menghias rumah dan merancang menu juadah istimewa sudah pasti menjadi aktiviti wajib untuk Raya nanti, tetapi bagaimana pula dengan warna baju raya untuk 2023 untuk digaya seisi keluarga? Jika anda masih lagi ragu-ragu nak pilih warna tema apa, biar Datuk Wira Ameer Ali Mydin membantu anda!

Dalam temubual ekslusif bersama Shopee Malaysia Blog, Pengarah Urusan MYDIN mendedahkan tema warna baju raya terunggul di 2023 serta trend-trend pakaian terkini. Kami juga berkesempatan bertanya Datuk Wira Ameer mengenai tawaran istimewa raya di MYDIN dan apakah rutin sambutan Hari Raya beliau dan seisi keluarga.

Rekaan Dan Trend Warna Baju Raya 2023 Serta Tawaran Hebat Di MYDIN

MYDIN baju raya colour themes 2023
Kredit: MYDIN Online

Apakah trend warna baju raya 2023 yang diperhatikan oleh MYDIN?

Terdapat tiga warna utama untuk baju raya pada tahun 2023 yang kami perhatikan, iaitu lavender, merah, dan hitam. Warna lavender dan merah merupakan trend warna 2023 yang diramalkan oleh Coloro dan Worth Global Style Network, manakala hitam popular berikutan filem Mat Kilau dimana watak utamanya berpakaian hitam sepanjang masa. Kami bukan sahaja telah menempah lebih banyak kuantiti baju melayu hitam, tetapi kami juga memperkenalkan tanjak dan butang baju melayu berbentuk keris untuk mereka yang ingin tampil lain dari yang lain, terutamanya dikalangan golongan muda.

Rekaan dan stail baju raya apakah yang laris dijual baru-baru ini?

Untuk kaum lelaki, mereka bukan sekadar memilih baju melayu sahaja. Ramai yang memilih untuk berpakaian kurta dipadan dengan seluar ataupun jeans. Ia lebih fleksibel untuk si pemakai tanpa perlu memakai sampin. Stail ini sesuai sama ada pada hari raya pertama, kedua, atau ketiga.

Bagi kaum wanita pula, mereka gemar dengan baju kurung Riau. Kami juga dapat perhatikan bahawa kepingan sulaman mendapat sambutan yang baik. Oleh itu, baju kurung yang kami perkenalkan tahun ini akan menampilkan elemen sulaman yang minimal. Memandangkan sejak kebelakangan ini ramai yang memilih untuk berpakaian simple dan sederhana, baju kurung tawaran kami akan memenuhi citarasa mereka.

Datuk Ameer Ali Mydin interview with Shopee
Kredit: Shopee Blog

Bolehkan Datuk kongsikan sedikit gambaran koleksi baju raya 2023 MYDIN?

Kami akan mengutamakan gaya klasik. Memandangkan majoriti pelanggan MYDIN terdiri daripada golongan M40 dan B40, kami ingin menawarkan pakaian yang bukan hanya boleh dipakai semasa musim perayaan, tetapi juga sesuai untuk hari-hari biasa dan untuk pergi bekerja. Koleksi ini terdiri daripada baju melayu, kurta, baju kurung Riau, baju kurung Pahang, dan kebaya dengan sentuhan moden. Kami juga menawarkan pakaian tradisional dalam plus size serta baju sedondon ibu dan kanak-kanak. Ia boleh didapati dalam warna lavender, merah, hitam, merah jambu, hijau, serta warna earthy. Nantikan pelancaran koleksi terbaru ini pada bulan Mac nanti.

Meskipun tema kesederhanaan menjadi tumpuan rekaan baju raya kami tahun ini, mungkin ada pelanggan yang mahukan stail yang lebih menarik perhatian. Untuk menyerikan lagi penampilan, kami ada menawarkan pelbagai jenis dokoh dalam set single dan juga bertiga.

Selain itu, kami juga akan memperkenalkan set kerongsang baru dengan reka bentuk yang lebih panjang. Saya dapat tahu dari isteri saya, Datin Siti Hawa, bahawa kerongsang bulat senang terkulai jadi susah sedikit untuk buat tudung nampak terletak. Koleksi baru ini boleh didapati dalam emas, perang, rodium, dan kristal.

Selain dari baju raya, hiasan perayaan, dan perabot rumah, adakah MYDIN mempunyai tawaran raya lain yang boleh dinantikan para pelanggan?

Biskut. Ramai pelanggan mahukan lebih banyak variasi biskut di mana mereka boleh memilih untuk membeli dalam balang bersaiz kecil atau biskut yang lebih premium mengikut kehendak mereka. Kami ada menawarkan biskut dan tart nenas premium yang sesuai dijadikan hadiah.

Bukan itu sahaja, kami menyediakan set-set hadiah yang amat sesuai untuk diberi kepada sanak saudara dan juga rakan-rakan. Set hadiah wanita Muslim kami yang sangat popular terdiri daripada sejadah, telekung lycra dalam pelbagai warna, dan kerongsang. Untuk lelaki, kami menyediakan set hadiah yang mengandungi kain pelikat, sejadah, dan butang baju Melayu. Kami percaya apabila seseorang itu berdoa, Allah akan berikan balasan baik kepada si pemberi jadi set ini sesuai untuk diberikan sebagai hadiah. Ia bakal boleh didapati di Shopee dan di pasaraya MYDIN.

Datuk Wira Ameer Berkongsi Serba Sedikit Mengenai Rutin Raya Peribadinya

Datuk Ameer Mydin Ali and Datin Siti Hawa
Credit: @ameermydin via Instagram

Tinggal dua bulan sahaja sebelum Aidilfitri tiba, sudahkan Datuk dan seisi keluarga mula membuat persiapan raya di rumah? Apakah rutin kebiasaan Datuk & keluarga?

Kami sekeluarga hidup sederhana sahaja. Biasanya hanya baju raya sahaja yang memerlukan persiapan. Isteri saya akan memilih warna raya. Beliau suka batik Malaysia dan kami akan mengunjungi beberapa kedai batik di Kelantan yang mana kami bakal lawati untuk urusan kerja. Saya berharap beliau dapat menjumpai apa yang beliau suka dan dari situ kami akan memilih tema warna baju raya 2023 untuk keluarga kami. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi bahawa MYDIN akan menawarkan banyak koleksi-koleksi batik juga tidak lama lagi.

Untuk Datuk sendiri, warna apa yang Datuk akan pilih?

Saya berharap isteri saya akan memilih lavender sebagai tema warna baju raya kami supaya saya tidak perlu mendapatkan satu lagi set baju. Tetapi selalunya, beliau suka mencuba warna atau trend yang baru. Bagi saya, hitam menarik perhatian disebabkan Mat Kilau. Saya berpendapat bahawa setiap lelaki perlu memiliki baju melayu hitam. Saya akan dapat mencuba sesuatu yang berbeza tahun ini jika saya dapat memakai baju melayu hitam kerana saya tak pernah memiliki sepasang pun sebelum ini!

Apakah yang paling Datuk nanti-nantikan setiap kali raya menjelang?

Kesibukan bekerja adalah lumrah hidup. Raya merupakan masa terbaik untuk bersama keluarga. Kami akan dapat menikmati beberapa hari lapang untuk diluangkan bersama orang tersayang.

Bagaimanakah suasana tipikal raya di rumah keluarga Mydin?

Selalunya kami tidak menganjurkan rumah terbuka secara besar-besaran. Saya bernasib baik kerana ibu saya tinggal bersama saya sekeluarga jadi saudara-mara akan pulang berkumpul di rumah saya. Selepas solat sunat Aidilfitri, kami biasanya makan tengahari bersama sebelum kami mula kunjung-mengunjung untuk sehari dua. Kemudian kami selalunya akan menghadiri rumah terbuka korporat untuk bertemu rakan-rakan dan menikmati hidangan lazat.

Apakah hidangan-hidangan wajib dalam menu raya Datuk?

Isteri saya pasti akan memasak juadah-juadah wajib Raya seperti rendang dengan ketupat dan lontong. Beliau bukan sahaja memasak untuk seisi keluarga, tetapi beliau juga akan berkongsi dengan jiran-jiran rumah.

Biskut buatan tangannya juga merupakan sebahagian menu hidangan Raya kami. Saya pernah bertanya mengapa beliau bersusah-payah membuat biskut sedangkan MYDIN menjual pelbagai jenis biskut, tetapi beliau berkata perasaannya tidak sama seperti membuat biskut Raya sendiri. Beliau mahu membuat sesuatu untuk keluarganya dan ia mendatangkan kegembiraan untuknya.

Datuk Ameer Ali Mydin cooking nasi goreng
Credit: @ameermydin via Instagram

Saat-saat raya yang paling sukar dilupakan bagi Datuk?

Saat yang paling saya hargai ialah ketika arwah ayah saya masih hidup. Beliau pulang ke pangkuan Allah pada usia 88. Kita semua mengharapkan ibu-bapa kita dikurniakan usia yang panjang, tetapi inilah realiti kehidupan. Bagi saya, masa yang diluangkan bersama keluarga adalah yang paling sukar dilupakan.

Tak kira betapa sibuk pun, kita semua patut meluangkan masa untuk makan bersama keluarga. Pada pendapat saya, keluarga kita bukannya meminta banyak pun. Semakin meningkat usia kita, semakin kita hargai masa makan bersama. Tak perlu susah-susah, nasi goreng sepinggan pun cukuplah. Saya boleh masak nasi goreng yang padu tau [ketawa].

Ceriakan Raya Anda Sekeluarga Dengan Tema Warna Baju Raya Popular Di 2023

MYDIN baju raya colour themes 2023
Credit: MYDIN Malaysia on Shopee

Jika anda mahu tampil in-trend dengan warna baju raya paling hot di 2023, bolehlah pilih outfit dalam lavender, merah, ataupun hitam. Yang paling penting, pakaian kenalah selesa untuk sesi makan-makan Raya nanti! 

Anda boleh melayari kedai atas talian MYDIN di Shopee untuk mendapatkan segala barang keperluan untuk persiapan raya. Jangan lupa juga membaca artikel-artikel kami untuk mendapatkan idea dan inspirasi sempena musim raya seperti baju raya untuk kanak-kanak, peralatan rumah baru, resipi biskut raya mudah, dan banyak lagi!

Selamat berpuasa dari kami semua di Shopee Blog! Layari Salam By Shopee untuk membeli-belah barangan Ramadan & Raya dengan tawaran dan diskaun yang gempak. 

Baca lebih lanjut: Q&A Istimewa Dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Jom Intai Persiapan Hari Raya Beliau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *