11 Resipi Biskut Raya Mudah, Sedap, Dan Paling Popular

resepi biskut raya

Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Selain dapat menjamu hidangan yang enak, anda juga dapat bertemu dengan ahli keluarga dan saudara mara yang berjauhan. Bila ramai-ramai berkumpul, inilah masanya untuk membuat beberapa biskut raya moden atau kuih raya tradisional untuk dinikmati bersama-sama. Dari resepi biskut raya sukatan cawan hinggalah ke resepi biskut raya Che Nom, pasti ada biskut raya yang menjadi kegemaran setiap orang. Kalau anda tercari-cari resipi biskut raya mudah, anda boleh cuba resipi berikut.

11 Resipi Biskut Raya Mudah, Popular Dan Viral Untuk Anda Cuba Raya Ni

Anda tak perlukan resipi yang rumit untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah. Resepi biskut raya mudah ni pun dah cukup untuk dinikmati sambil bertukar-tukar cerita. Jom kita tengok resipi-resipinya.

1.   Almond London

Menu kuih raya wajib untuk setiap hari lebaran mestilah biskut Almond London. Ia merupakan antara biskut raya mudah yang paling popular dan penggemar tegar biskut memang tak mampu nak tolak. Walaupun bahannya agak banyak, tapi nak buat Almond London ni tidak lah sukar. Anda cuma perlu mengikuti setiap langkah bagi  menghasilkan biskut raya yang sempurna. 

Resipi Almond London sukatan cawan juga lebih mudah. Langkah-langkah resipi biskut ini termasuklah memanggang badam yang disaluti dengan doh sebelum mencelupnya ke dalam lapisan coklat dan kemudian dihiaskan dengan badam cincang (badam nib). Bila biskut telah selesai dibakar, letakkan Almond London dalam balang cantik untuk dihidang kepada tetamu. 

Bahan-bahan:

2.   Biskut Dam

Biskut Dam ni dulu-dulu popular dan nampaknya ia tak ditelan zaman. Lebih-lebih jika anda seorang yang sukakan coklat dan vanila. Siapa kata anda perlu memilih antara coklat dan vanila bila anda boleh menikmati kedua-duanya serentak? Biskut Dam ini mendapat nama yang sedemikian kerana coraknya yang berpetak-petak.

Nampak rumit kan nak buat kuih ni tapi jangan tertipu kerana resipi biskut raya mudah ini amat ringkas untuk dihasilkan oleh sesiapa sahaja. Anda cuma perlu sediakan dua adunan berasingan (coklat dan vanila), buat potongan dan susun berselang-seli, kemudian bakar. Ia siap untuk dihidangkan pada Hari Raya ataupun minum petang! 

Bahan-bahan:

Adunan vanila

Adunan Coklat 

  • 1 blok mentega tanpa garam (113g)
  • ⅓ cawan gula (75g)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 ¼ cawan tepung serbaguna (190g)

3.   Biskut Lidah Kucing/Rainbow Cookies

Serikan lagi pilihan biskut dan kuih raya anda dengan biskut lidah kucing atau lebih dikenali dengan nama rainbow cookies. Biskut yang berwarni-warna ini pasti memikat pandangan sesiapa sahaja terutamanya si kecil. Resepi rainbow cookies juga merupakan salah satu resipi biskut raya mudah untuk disediakan pada sambutan Aidilfitri. Adunan berwarna pelangi diselang-selikan di atas loyang dan setelah selesai, bolehlah dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dibakar.

Bahan-bahan:

4.   Biskut Nestum 

Nak pilihan yang lebih sihat? Anda boleh cuba Biskut Nestum yang harum dan rangup ni. Nestum  menjadi kegemaran bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia untuk sarapan pagi kerana ia mengandungi pelbagai bijirin dan boleh disesuaikan mengikut citarasa sendiri. Resipi biskut raya mudah juga banyak yang menggunakan nestum sebagai bahan utama. Ia diperkaya dengan vitamin dan mineral penting yang akan membuat anda kekal bertenaga untuk menjalani rutin harian anda. Jadi, anda tidak perlu berasa bersalah bila menikmati biskut ini. 

Bahan-bahan:

  • 220g mentega
  • 130g gula kastor
  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 kuning telur 
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 40g Nestum 

5.   Biskut Suji

Tak perlu banyak bahan pun untuk hasilkan Biskut Suji ni. Kalau anda mahukan Biskut Suji yang lebih ceria, Biskut Suji Pelangi pun senang untuk dihasilkan. Resipi turun-temurun menghasilkan kuih raya yang lembut dan kaya dengan rasa berlemak, apa lagi yang tak cukup? Biskut lazat ini pasti menjadi kegemaran keluarga dan nasib baiklah terdapat banyak resipi biskut raya mudah untuk menghasilkan biskut ini yang mempunyai tekstur serupa dengan shortbread.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak sapi

6.   Cornflake Madu

Sekiranya anda lebih gemarkan biskut yang mudah dibuat dan rangup, Biskut Cornflakes Madu semestinya untuk anda. Jika dibandingkan dengan resipi biskut raya yang lain, ia sangat mudah dihasilkan kerana bahan yang anda perlukan tidak banyak.

Anda boleh cuba resipi ini jika anda masih berjinak-jinak di dapur dan perlu sediakan sesuatu dalam masa yang singkat. Campurkan mentega cair, madu dan cornflakes kemudian gaul rata. Selepas itu, masukkan ke dalam cawan kertas kecil (papercup) dan hiaskan dengan taburan manik yang boleh dimakan. Akhir sekali masukkan ke dalam ketuhar untuk dibakar.

Bahan-bahan:

7.   Sarang Semut

Resipi Biskut Sarang Semut ni merupakan antara resipi biskut raya mudah sampai anda tak perlu bersilat di dapur untuk menyediakannya. Biskut raya ni sebenarnya dah wujud lama dan masih disukai ramai kerana rasanya yang manis berlemak dan teksturnya yang rapuh. Rupanya juga lain daripada yang lain, sebab itulah ia dinamakan sarang semut. Sekiranya anda nak buat kuih raya di saat-saat akhir, bolehlah mencuba resipi ini. Ia  dijamin mudah dan tak mengecewakan! 

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 250gm mentega marjerin
  • 160gm gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning (boleh abaikan  jika tak perlu)
  • Coklat urai (chocolate rice) untuk hiasan

Bahan B

Lain-lain

  • Cawan kertas bersaiz kecil (papercup)
  • Pemarut

8.   Semperit Susu 

Biskut semperit susu ni dah wujud sejak turun-temurun. Kalau diingat kembali, mak-mak kita dulu suka betul buat kuih semperit. Resipinya juga mudah dan sering menjadi pilihan walaupun  terdapat banyak versi semperit moden. Rasanya juga tak keterlaluan, tak terlalu berlemak atau manis dan cukup sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga. 

Bahan-bahan:

9.   Swiss Tart 

Resepi Swiss Tart adalah sangat ringkas dan anda tak mungkin buat silap. Baunya yang harum dengan inti strawberi serta tekstur yang gebu menjadikannya kegemaran semua peringkat umur. Gigit sahaja dan ia cair di mulut. Nikmat betul! Inti strawberinya tu pula anda tak perlu buat sendiri, cuma gunakan jem strawberi sahaja atau beli di kedai yang menjual kelengkapan bakeri. Bila dah siap dibakar dan disejukkan, boleh susun dalam bekas kuih raya cantik untuk menyerikan lagi meja makan anda. 

Bahan-bahan:

  • 250 gm mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ½ cawan gula aising (60 gm)
  • ½ cawan cornflakes kisar (30 gm)
  • 1 ½ cawan tepung gandum (185 gm)
  • 1 ½ cawan tepung jagung (185 gm)
  • ¼ cawan coklat urai 
  • Pewarna (boleh abaikan jika tak perlu)
  • Jem strawberi secukupnya

10.   Biskut Chocolate Chip

Senarai ini tidak lengkap tanpa biskut klasik cip coklat yang tidak akan jemu dimakan. Kalau nak buat biskut semacam Famous Amos, bolehlah cuba resipi dan kaedah ini yang mudah diikuti. Bila dah handal, anda boleh buatkan biskut ini sepanjang tahun untuk keluarga apabila terasa ingin makan.

Bahan-bahan:

  • 250g mentega tanpa garam
  • 1 biji telur
  • 200g gula perang
  • 350g cip coklat
  • 4 sudu besar minyak jagung (54ml)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Tepung sederhana protein
  • 2 ½ cawan tepung gandum (310g)
  • 60g tepung jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

11.   Biskut Mentega/Butter Cookies

Tidak dilupakan biskut mentega kegemaran ramai yang dinikmati sepanjang tahun dan bukan sahaja pada musim raya. Biskut ini mudah dan cepat sahaja untuk dihasilkan dan bahan-bahannya pun senang diperolehi. Anda boleh tambahkan apa-apa hiasan yang anda suka di atas biskut seperti badam atau sprinkle untuk menambah rasa serta mencantikkan penampilannya. Tak kira dewasa atau kanak-kanak, semua pasti sukakan biskut mentega dan ia sesuai sekali dimakan bersama teh atau kopi.

Bahan-bahan:

  • 125gm mentega asli
  • 45m gila aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 140gm tepung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ¼ sudu kecil serbuk penaik

Seronoknya Cuba Resipi Biskut Raya Mudah Untuk Sambutan Aidilfitri Nanti

resepi biskut raya
Kredit: berkat cahaya, HH FOODIE, qaseheryaniey dan H&Z store di Shopee Malaysia

Dengan adanya resipi biskut raya mudah ini untuk dijadikan hidangan sempena Hari Raya nanti, nampaknya anda tak perlu risau lagi dengan persediaan menyambut Aidilfitri. Tetapi sebelum itu, kekalkan kesihatan tubuh badan anda dengan makanan-makanan berkhasiat ini semasa sahur sepanjang bulan Ramadhan. Walaupun dengan kesibukan kerja dan rutin harian, pastikan bulan puasa anda terus bermakna, lepas tu bolehlah beraya!

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *