5 Jenis Tudung Bawal Yang Mudah Dibentuk, Selesa Dan Sesuai Dengan Cita Rasa Muslimah Moden

5 Jenis Tudung Bawal Yang Mudah Dibentuk, Selesa Dan Sesuai Dengan Cita Rasa Muslimah Moden

Walaupun ada banyak jenis tudung di pasaran sekarang ni, tudung bawal tetap menjadi pilihan ramai wanita bertudung. Sudahlah harganya berpatutan, cara pemakaiannya juga mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur. Jenis tudung bawal yang dipilih juga mestilah bersesuaian dengan cita rasa si pemakai kerana ia memberikan impak pada penampilannya. Jadi, kami sudah pun senaraikan lima jenis tudung bawang untuk memudahkan anda membuat pilihan. Tunggu apa lagi? 

5 Jenis Tudung Bawal Yang Mudah Dibentuk Dan Sesuai Dengan Cita Rasa Muslimah Moden

Tudung bawal ni memang simple, tapi sebenarnya ada banyak jenis material dan corak yang anda boleh pilih. Jom tengok tudung yang sesuai dengan penampilan anda.

Tudung Bawal Cornskin

tudung bawal cotton
Kredit: Hijabi di Shopee

 

Cornskin merupakan material kain tudung yang agak baharu di dalam pasaran. Tudung bawal cornskin amat mudah digayakan kerana fabriknya lembut, mudah dibentuk, tidak jarang dan tidak panas. Ia juga terdapat dalam pelbagai variasi warna dan corak, dan harganya juga sangat berpatutan. Sesuai sangat untuk anda yang sukakan gaya ringkas. Rugi kalau tak beli!

Tudung Bawal Cotton Voile

Bawal Cotton Voile merupakan salah satu jenis tudung bawal yang menjadi pilihan ramai wanita bertudung
Kredit: ariannagallery di Shopee

 

Bawal Cotton Voile merupakan salah satu jenis tudung bawal yang menjadi pilihan ramai wanita bertudung. Ia merupakan kain kapas yang bersifat sejuk, menyerap peluh dan sesuai dipakai dalam iklim Malaysia. Cotton voile juga adalah jenis kain cotton yang mudah dibentuk mengikut bentuk muka, jadi anda tak perlu buang masa untuk bersiap. Yang paling penting ia tidak senang berkedut dan mudah untuk digosok.

Tudung Bawal Crepe

Bawal Crepe juga adalah satu lagi jenis tudung bawal yang digemari ramai hijabista kerana jenis fabriknya senang dijag
Kredit: Scarfbymai di Shopee

 

Bawal Crepe juga adalah satu lagi jenis tudung bawal yang digemari ramai hijabista kerana jenis fabriknya senang dijaga dan tidak mudah renyuk. Ia juga antara jenis kain tudung yang amat selesa dipakai kerana materialnya ringan dan senang je nak gosok. Kulit kepala pun tak rasa melekit sebab tudung bawal crepe ni tidak panas.

Tudung Bawal Heavy Chiffon

kain heavy chiffon ialah jenis tudung bawal yang paling mudah dibentuk
Kredit: Benang Lawa di Shopee

 

Ada banyak jenis kain chiffon tapi jenis tudung bawal yang paling mudah dibentuk ialah heavy chiffon. Tudung bawal heavy chiffon ni lembut dan sedikit licin, tapi ia tidaklah sukar untuk digayakan. Ia juga sesuai untuk dijadikan tudung ke majlis-majlis rasmi kerana nampak kemas dan flowy. Pilihan warna tudung yang bersesuaian juga akan menaikkan lagi seri wajah anda. Tapi ingat, fabrik chiffon perlu dijaga dengan cermat sebab ia mudah rosak.

Tudung Bawal Satin Matte

 Jika nak nampak lagi elegan, anda juga boleh gayakan tudung satin matte yang bercorak.
Kredit: Ayanna @ Sitis Collection di Shopee

 

Kain satin padal asalnya memang licin, berkilat dan agak sukar untuk digayakan. Jadi, apa kata anda cuba tudung bawal satin matte ini kerana ia senang untuk dibentuk. Material tudung yang bersifat matte ini membolehkan anda melilit tudung dengan kemas dan terletak dengan elok. Jika nak nampak lagi elegan, anda juga boleh gayakan tudung satin matte yang bercorak. Gadis-gadis dan wanita boleh cuba untuk bergaya lebih trendy tapi tak berlebihan.

Anda Boleh Pelbagaikan Gaya Tudung Bawal Untuk Tampil Lebih Tersendiri

 Jenis tudung bawal yang berbeza boleh dijadikan pelbagai gaya tersendiri, jadi serlahkan kreativiti anda
Kredit: Ichad Windhiagiri, Sarah Khan dan Keira Burton dari Pexels

Ada pelbagai cara untuk anda gayakan tudung bawal walaupun ia berbentuk segi empat sahaja. Jenis tudung bawal yang berbeza boleh dijadikan pelbagai gaya tersendiri, jadi serlahkan kreativiti anda. Anda boleh menggayakannya ala shawl ataupun tiru gaya tudung wanita Arab. Pilihan warna yang bersesuaian dengan warna kulit dan baju pun penting tau supaya tidak nampak janggal. Jangan lupa tambahkan aksesori seperti kerongsang agar tidak kelihatan terlalu polos. Anda juga boleh lihat jenama tudung paling laris dan popular di Malaysia untuk tambahkan lagi koleksi hijab! Selamat mencuba! 

Nak dapatkan lebih banyak koleksi tudung terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Style By Shopee untuk lihat gaya terbaru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *