Teruja Nak Sambut Hari Raya 2024? 11 Butik Baju Raya Ini Menawarkan Busana Menarik Untuk Hari Lebaran

butik baju raya 2022

Hari Raya sememangnya hari yang dinanti-nantikan setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Selain daripada menikmati juadah istimewa, anda mestilah ingin tampil cantik, segak dan bergaya pada 1 Syawal. Butik-butik baju Raya pun sudah mula mempromosikan beberapa jenis koleksi, corak, warna, dan fabrik yang mengikut kemampuan anda. Jangan tunggu sampai disaat-saat akhir baru nak beli baju Raya, takut tak sempat pula. Butik baju Raya yang kami kongsikan ini menawarkan banyak rekaan baju Raya untuk anda dan keluarga.

Tampak Bergaya Dengan Busana Terkini Dari Butik-Butik Baju Raya Ini

Tak kira apa pun pilihan anda untuk baju raya dan berapa yang anda sanggup belanjakan, tujuh butik baju raya ini pasti tidak akan menghampakan anda dengan pelbagai rekaan baharu untuk Hari Raya tahun ini. Nak pakai masa Raya Haji pun boleh. 

1.   Butik Ashura

butik baju raya terkini
Kredit: Ashura Official Store di Shopee

Butik Ashura menawarkan berbagai-bagai pilihan pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan harga yang berpatutan. Selain daripada busana tradisional seperti Baju Kurung, Baju Kebaya dan Kebarung, jenama Ashura turut mempunyai koleksi blaus (blouse), jubah, abaya, kurta dan aksesori. Rekaannya sesuai untuk wanita Muslimah kerana potongannya yang labuh dan longgar. Yang lebih menarik, Butik Ashura turut menawarkan koleksi Baju Kurung plus size untuk mereka yang berbadan besar. Anda boleh berkunjung ke butik-butik mereka di seluruh Malaysia atau beli online sahaja tak kira di mana anda berada.

2.   Gene Martino

baju 2022 sedondon
Kredit: GENE MARTINO OFFICIAL STORE di Shopee

Selain Kurung Kebaya, Gene Martino juga menawarkan koleksi ‘Sedondon’ untuk anda sekeluarga bagi memeriahkan suasana lebaran dengan baju raya sedondon. Bukan itu sahaja, busana yang ditawarkan oleh butik baju raya ini kebanyakkannya mesra wuduk dan tersedia untuk plus size.

3.   Naelofar

Baju kurung Naelofar butik baju raya
Kredit: Naelofar OFFICIAL STORE di Shopee

Naelofar bukanlah nama yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Jenama dari selebriti tempatan Neelofa cukup popular dengan produk tudung dan hijab yang disambuti ramai. Selain itu, Naelofar juga menawarkan pelbagai set baju kurung dalam koleksi WARISAN Kurung Collections yang terdiri daripada Embun Kurung Kedah Set, Anggun Midi Kurung Set, serta Azalea Kurung Set yang sesuai dipakai raya ini.

4.   Jemels

Baju kurung Jemels butik baju raya
Kredit: Jemels Official Store di Shopee

Dengan koleksi baru baju kurung raya, anda mungkin rambang mata apabila melihat pilihan yang ditawarkan oleh Jemels! Dari baju kurung lace ke baju kurung kebaya dan banyak lagi, anda mempunyai banyak pilihan dalam pelbagai rekaan dan warna yang menawan. Tambahan pula, anda juga boleh mendapatkan beg fesyen dan kasut keluaran Jemels untuk melengkapkan OOTD raya anda.

5.   Lily Petuna

fesyen baju kurung moden
Kredit: LILYPETUNA.OS di Shopee

Lily Petuna mengetengahkan konsep selesa, moden dan bergaya untuk wanita zaman kini yang elegan dan berani. Mereka menawarkan beberapa koleksi menarik seperti Lily The Klasika, Lily Baiduri, Frosted Collection dan banyak lagi. Selain daripada Baju Kurung Moden dan Baju Kebaya, anda juga boleh tampil elegan di pagi Raya dengan bermacam-macam pilihan baju kasual yang lain. Di samping itu, Lily Petuna turut menawarkan koleksi ‘Bridesmaid’ untuk bakal pengantin yang masih tercari-cari busana yang cantik dan berkualiti untuk pengapit mereka.

6.   MJESTIC

Baju melayu MJESTIC butik baju raya
Kredit: MJESTIC OFFICIAL HQ di Shopee

Bagi kaum lelaki pula, bolehlah layari MJESTIC untuk mendapatkan baju melayu dewasa serta kurta dalam pelbagai pilihan warna yang menarik. Bukan itu sahaja, butik ini juga mempunyai baju melayu kanak-kanak, set couple, dan samping premium.

7.   MISSLILY SHOP

baju dress raya
Kredit: MISSLILY SHOP di Shopee

Satu lagi butik baju raya yang anda boleh kunjungi ialah MISSLILY SHOP. Butik ini sering hadir dengan beberapa koleksi dan rekaan baharu untuk peminatnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Jika anda ingin tampil berbeza di pagi 1 Syawal, anda boleh mengenakan berbagai-bagai rekaan blouse Muslimah, dress labuh, seluar dan skirt. Dapatkan juga beg dari MISSLILY SHOP untuk melengkapkan gaya anda.

8.   Wanzar

butik baju raya moden eksklusif
Kredit: Wanzar di Shopee

Rambang mata dibuatnya sekiranya anda membeli baju raya di Wanzar. Ada banyak koleksi busana untuk mereka yang bercita rasa tinggi dan pada masa yang sama ingin tampak kontemporari. Anda boleh dapatkan Baju Melayu Teluk Belanga atau Cekak Musang untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak malah terdapat lebih banyak fesyen menarik untuk wanita dan kanak-kanak perempuan di butik baju raya ini. Baju nikah pun ada kalau anda bercadang nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi!

9.   Mewah Exclusive

Mewah Exclusive butik baju raya
Kredit: Mewah Exclusive di Shopee

Mewah Exclusive menawarkan pelbagai koleksi menarik untuk pilihan baju raya anda. Mekcun Collection menyediakan baju kurung yang bukan sahaja kelihatan cantik dan sopan tetapi diperbuat daripada material premium comocrepe berkualiti tinggi yang tak panas dan tak mudah renyuk. Sementara itu, baju kurung Riau Collection diperbuat daripada material Swiss Yuryu yang tidak jarang dan tidak perlu iron.

10.   Pazze

Pazze
Kredit: Pazze Official Store di Shopee

Satu lagi butik baju raya khas untuk kaum lelaki adalah Pazze yang menawarkan banyak pilihan baju melayu untuk setiap gaya. Pilih daripada Satin Collection, Matte Collection, Kurta Cekak Musang, Kurta Teluk Belanga dan banyak lagi. Terdapat juga baju raya kanak-kanak lelaki dan baju raya sedondon jika anda membeli untuk anak-anak lelaki juga.

11.   Zalora

baju raya zalora
Kredit: Zalora Malaysia Official Store di Shopee

Zalora ini memang tak asing lagi dalam kalangan ramai penggemar fesyen. Antara jenama baju raya yang popular pada setiap musim Raya ialah Lubna dan Zalia kerana rekaannya yang moden, harga berpatutan dan berkualiti. Bukan itu sahaja, Zalora turut menawarkan koleksi baju raya dari pereka fesyen popular tanah air untuk gaya yang eksklusif pada hari lebaran.

Senarai Butik Baju Raya Online Untuk Yang Tak Suka Bersesak Dan Beratur Panjang 

baju kurung cotton
Kredit: Scarffeya di Shopee

Selain daripada butik-butik di atas, anda juga boleh kunjungi butik-butik baju raya online ini untuk mempelbagaikan pilihan Baju Tradisional Melayu untuk digayakan pada Hari Raya 2024, seperti:

Jangan lupa serikan pagi Raya dengan aksesori dan solekan yang bersesuaian untuk kelihatan menawan tanpa perlu berlebihan. Kalau masih keliru nak pilih rekaan kesukaan anda, anda boleh lihat jenis-jenis baju tradisional Melayu yang popular dan terkini. Pasti meriah lebaran tahun ni! 

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *