Jom Sambut Raya Bersama Shopee 2024 Dengan Tawaran-Tawaran Hebat

Raya Bersama Shopee sale 2024

Jualan hebat Shopee bersempena Hari Raya Aidilfitri kembali lagi! Bermula dari 19 Mac hinggalah ke 11 April dengan hari kemuncak pada 25-27 Mac (Jualan Hebat Raya) dan 4 April (Jualan Akhir Raya), jualan ini sedia menawarkan pelbagai barangan pada harga terendah serta tawaran terhebat di pasaran untuk perayaan raya nanti. Nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 Hari Pemulangan Percuma, Shopee Live 70% Diskaun Harian, dan banyak lagi! Nak tahu lebih lanjut bagaimana anda boleh berjimat lebih dan menenangi ganjaran-ganjaran menarik? Jom baca di bawah!

Sama-Sama Berkongsi, Sama-Sama Meriah Dengan Jualan Raya Bersama Shopee

Jualan 24 hari dengan pelbagai tawaran padu.

1.   15 Hari Pemulangan Percuma

Membeli-belah dalam talian datang dengan risikonya. Jika barang yang sampai tidak sesuai dengan anda atau tidak memuaskan hati, pembelian anda akan bazir begitu sahaja. Tetapi dengan adanya 15 Hari Pemulangan Percuma di Shopee Malaysia, anda tidak perlu bimbang lagi untuk membeli dalam talian. Shopee Malaysia kini membenarkan anda memulangkan barangan yang dibeli dengan mudah tanpa kos tambahan dan tanpa soal* jika anda tidak berpuas hati dengan barang yang diterima. Jadi, anda tidak perlu merasa waswas lagi dan boleh beli dulu, fikir kemudian! 

2.   12PM Tawaran Super Seringgit

Apa yang boleh anda beli dengan RM1 kini? Paling banyak pun mungkin sekeping roti canai atau segelas air kosong. Bayangkan jika anda boleh beli barangan seperti pakaian, barangan fesyen, dan banyak lagi dengan hanya RM1. Mustahil? Tidak dengan 12PM Tawaran Super Seringgit! Sepanjang jualan raya ini, pelbagai barangan terpilih akan ditawarkan pada harga RM1 sahaja pada jam 12 siang. Jika anda tidak ingin lepaskan peluang ini, kenalah cepat rebut!

3.   5AM Sahur Specials

Bangun pagi-pagi awal untuk bersahur bukanlah mudah untuk semua orang. Jika anda perlukan lebih banyak motivasi untuk bangun awal, mungkin tawaran 5AM Sahur Specials dapat membantu!

Dengan tawaran-tawaran istimewa serta lebih banyak baucar bernilai tinggi disediakan hanya pada pukul lima hingga tujuh pagi, anda pasti tidak berasa mengantuk dengan adanya “movitasi” untuk mendapatkan diskaun terhebat!

4.   10PM Moreh Specials

Dari jam 10 malam hingga tengah malam, anda boleh tuntut and guna baucar 20% Coins Cashback dengan penjimatan sehingga RM150 dan baucar 10% Rebate Now dengan penjimatan sehingga RM120 apabila anda membeli dari cashback sellers.

Baucar-baucar ini sangat membantu penjimatan apabila anda membeli barangan-barangan bernilai tinggi seperti televisyen, gajet, perabot, dan perkakas dapur.

5.   Tap & Win Fiesta

Nak menangi hadiah dengan cara yang murah? Sertai Tap & Win Fiesta sepanjang jualan Raya Bersama Shopee di mana anda perlu mengumpul tiket emas untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Sony Playstation 5, Xiaomi Mi 11T 5G, Samsung Galaxy Buds2 Pro, dan Dreame V10 cordless vacuum cleaner! Selain itu, anda juga berpeluang menangi hadiah harian seperti baucar diskaun dan Shopee Coins.

6.   Kuiz Raya

Nak menang lebih banyak hadiah lagi? Sertai kuiz raya yang akan diadakan dari 25-27 Mac di mana ada perlu jawab tiga soalan di setiap pusingan untuk memenangi ganjaran seperti 30 Shopee Coins dan RM5 baucar diskaun. Jika anda gagal menjawab semua soalan dengan betul, anda boleh selesaikan pelbagai “misi” untuk memperoleh peluang tambahan.

7.   Salam By Shopee

Salam By Shopee merupakan pusat sehenti anda untuk semua perkara berkaitan Ramadan. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan info penting seperti waktu sahur dan berbuka puasa serta perkara berkaitan dengan hadis & doa, tetapi juga membaca kandungan-kandungan yang meliputi resipi-resipi hidangan lazat, tips dan inspo fesyen raya, dan juga tawaran-tawaran di Shopee yang pastinya anda tidak mahu lepaskan!

Klik sini untuk lawat halaman Salam By Shopee.

8.   Online Bazaar (ShopeeFood)

Sambutan hari raya dah tentunya masa untuk puaskan diri dengan makanan-makanan lazat! Jika anda kesuntukan masa atau malas untuk memasak, boleh order saja apa-apa yang anda ingin makan dari “online bazaar” di ShopeeFood! ShopeeFood sedia menawarkan baucar-baucar diskaun makanan serta baucar penghantaran percuma untuk penjimatan lebih. Selain itu, ShopeeFood juga telah melancarkan fungsi pickup yang lebih menjimat masa tanpa perlu beratur panjang. Fungsi ini tersedia di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sabah.

9.   #ShopeeGivesBack: Ramadan Donation Drive

Selain menunaikan ibadah puasa, Ramadan juga merupakan masa untuk berfikiran baik dan berbuat baik. Ekoran itu, Shopee Malaysia mengadakan kempen #ShopeeGivesBack di mana anda boleh membeli pakej bundle yang mengandungi makanan dan barang keperluan harian yang akan ditujukan kepada badan-badan amal dan NGO tertentu.

Di samping itu, anda juga berpeluang melawat badan-badan amal dan NGO untuk menghulurkan bantuan.

Dapatkan Segala Barangan Persiapan Raya Dengan Harga Terhebat Di Jualan Raya Bersama Shopee Hingga 11 April

Raya Bersama Shopee sale 2024
Kredit: Shopee

Kempen jualan Raya Bersama Shopee ini merupakan masa terbaik anda untuk mendapatkan barangan-barangan keperluan pada harga yang susah ditandingi. Sama ada baju raya baru, peralatan rumah baru, ataupun kuih raya, semuanya boleh didapati di hujung jari anda di Shopee. Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bersama-sama berkongsi dengan Shopee!

Lawati Shopee pada hari ini untuk tawaran terhebat di pasaran!  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *