Aneka Kuih Raya Simple Dan Biskut Raya Viral Yang Wajib Ada Di Aidilfitri 2024!

kuih raya tradisional, kuih raya simple, biskut raya simple dan biskut raya viral

Sambutan Hari Raya menggamit banyak memori indah. Pasti ramai yang rindukan suasana di kampung sambil menikmati pelbagai jenis kuih raya tradisional, di samping hidangan tradisi yang lain. Dengan peredaran zaman, kini juga ada lebih banyak pilihan kuih raya moden dan biskut raya viral yang anda boleh sajikan kepada tetamu pada Hari Raya ini. Mesti tak sabar kan nak menikmati kuih dan biskut raya yang beraneka macam. Yang mana satu kuih raya kegemaran anda?

Hari Raya Tidak Lengkap Tanpa Kuih-Kuih Raya Simple Dan Biskut-Biskut Raya Viral Ini

Bagi anda yang masih keliru nak pilih kuih raya yang mana satu, kami telah pun senaraikan aneka pilihan kuih dan biskut raya untuk memeriahkan sambutan Aidifitri tahun ini.

1.   Almond Snow

biskut raya moden almond snow
Kredit: berkat cahaya di Shopee

Ini dia salah satu kuih raya simple yang selalu mendapat tempahan yang tinggi. Dah lah enak, rangup pula tu. Gabungan serbuk badam, mentega, gula dan tepung yang diadun sempurna, dan setelah siap biskut ini dicelup dengan coklat cair dan disalut dengan serbuk roti (bread crumb). Rugi kalau tak cuba Biskut Almond Snow ni lagi-lagi kalau anda peminat biskut raya coklat!

2.   Biskut Cornflakes (Crunchy Cornflakes)  

raya cookies malaysia biskut cornflakes
Kredit: Naddough HQ di Shopee

Selain dijadikan menu Hari Raya, Crunchy Cornflakes juga sesuai dijadikan snek. Minum pula dengan kopi, mak mentua lalu pun tak perasan. Walaupun ia bukanlah kuih raya tradisional, ia merupakan biskut raya yang popular sejak turun temurun. Semua orang pernah rasa keenakan biskut raya ni. Teksturnya yang rangup, cukup manis dan mudah dimakan menjadikannya sesuai disajikan dalam kuantiti yang banyak.

3.   Biskut Dahlia/ Semperit Dahlia

biskut raya tradisional semperit dahlia
Kredit: qaseheryaniey di Shopee

Biskut Dahlia atau Semperit Dahlia merupakan kuih raya tradisional sepanjang zaman dan wajib ada di musim Raya. Adunan mentega, gula aising, esen vanilla, tepung gandum, jagung dan tepung kastard menghasilkan resepi biskut semperit paling sedap. Biskut Dahlia yang siap dibakar adalah sedikit rangup, lembut, gebu dan cair di mulut. Bentuknya juga cantik dan memang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir untuk beraya.

4.   Biskut Florentine

resepi florentine cookies
Kredit: Packaging Goodies Cute di Shopee

Biskut Crunchy Caramel Almond atau lebih dikenali dengan nama Biskut Florentine ni memang tidak asing lagi dalam kalangan penggemar kuih dan biskut raya simple. Resipi biskut raya ini mudah kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak. Ia juga pernah menjadi biskut raya viral suatu ketika dahulu dan nampaknya masih popular pada hari lebaran. Bukan kanak-kanak je suka, ibu bapa pun gembira kalau dihidangkan dengan menu ni. Nak jadikan kudap-kudapan sambil menonton TV pun boleh.

5.   Biskut Kacang/ Biskut Kacang Mazola

biskut raya tradisional biskut kacang mazola
Kredit: Packaging Goodies Cute di Shopee

Ramai dalam kalangan kita yang membesar dengan Biskut Kacang Mazola. Ia sememangnya menggamit memori sambutan Hari Raya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Walaupun dengan peredaran zaman, biskut raya ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ia juga kuih raya simple dari segi bahan, tidak mudah pecah atau hancur dan boleh diletakkan dalam bekas kuih raya cantik.

6.   Biskut Mentega (Butter Cookies)

resepi butter cookies
Kredit: Bite a Snack di Shopee

Buat anda yang sibuk dengan kekangan kerja dan tak sempat buat kuih raya, anda bolehlah membuat tempahan untuk Butter Cookies atau Biskut Mentega ni. Walaupun biskut raya simple ni cuma memerlukan empat bahan sahaja, ia sangat gebu dan cair di mulut kerana menggunakan pure butter. Baunya sahaja pun semerbak sampai terliur dibuatnya.

7.   Badam Nib/Almond Cluster

badam nib sukatan cawan
Kredit: NaddyShop769 di Shopee

Penggemar kuih raya coklat mesti cuba Badam Nib atau Almond cluster. Rasanya yang bercoklat hasil gabungan coklat premium dan kerangupan kacang almond yang berkualiti tinggi memang bukan calang-calang. Patutlah biskut raya viral ni sering mendapat permintaan ramai. Kanak-kanak dan dewasa pasti berebut. Satu balang memang tak cukup ni!

8.   Biskut Red Pearl

resepi red pearl
Kredit: kyriz_shop di Shopee

Pastikan Biskut Red Pearl termasuk dalam menu biskut raya anda tahun ini, terutamanya jika anda penggemar cornflakes! Wangi, rangup, serta dihiasi dengan ceri merah – ia merupakan biskut raya simple yang tidak kurang hebatnya setiap kali disajikan kepada tetamu. Kalau nak Biskut Red Pearl yang betul-betul sedap dan berkualiti tinggi, pastikan anda beli dari penjual yang menggunakan pure butter. Barulah gebu!

9.   Honey Bahulu

Kuih raya tradisional
Kredit: Sri Suria di Shopee

Kuih Bahulu merupakan kuih tradisional Melayu yang cukup terkenal dan ia terdapat dalam beberapa jenis seperti Bahulu Cermai, Bahulu Lapis dan Bahulu Gulung. Disebabkan zaman semakin moden, kini ada lebih banyak pilihan Kuih Bahulu seperti Honey Bahulu, Bahulu Pandan dan Bahulu Chocolate Rice. Walaupun Bahulu bukanlah kuih raya simple dari segi pembuatan, teksturnya yang lembut, gebu dan baunya yang wangi menjadikannya setanding dengan biskut raya viral. Bukan sahaja untuk Hari Raya, ia juga sesuai dihidangkan untuk minum petang.

10.   Jejari Oat

kuih raya modern jejari oat
Kredit: Azim Bakery (Ingredients House) di Shopee

Sekali cuba mesti nak lagi Jejari Oat ni. Resipi Jejari Oat amatlah mudah. Ia terdiri daripada kombinasi mentega, oat dan salutan susu tepung menjadikannya lembut dan rangup. Malah ia juga merupakan biskut raya simple yang wajib ada setiap kali Hari Raya kerana ia memenuhi citarasa semua orang.

11.   Nutella Pod

resepi nutella pod
Kredit: Tick Tock Baby di Shopee

Nutella Pod pun pernah menjadi biskut viral dan kekal menjadi kegilaan ramai penggemar coklat sehingga ke hari ini. Setiap gigitan tart rangup berbentuk bulat yang dipenuhi dengan coklat hazel atau Nutella mampu menggoda sesiapa sahaja yang sukakan biskut raya moden, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Anda boleh simpan Nutella Pod di dalam peti sejuk supaya ia kekal segar dan tahan lama.

12.   Rainbow Cookies

resepi rainbow cookies
Kredit: Azim Bakery (Ingredients House) di Shopee

Tahu tak Rainbow Cookies turut dikenali dengan nama Biskut Lidah Kucing? Ia cantik, berwarna-warni dan merupakan kuih raya simple yang popular di setiap musim Aidilfitri. Biskut ini juga sering menjadi kegemaran si kecil dan anda tak perlu bimbang kerana ia dihasilkan dengan pewarna makanan yang selamat digunakan.

13.   Tart Nenas

Tart nenas
Kredit: Fara Outlet di Shopee

Tart nenas dah sah wajib dihidangkan pada musim perayaan Aidilfitri dan juga Hari Raya Cina. Dengan rasa inti yang manis diseimbangi dengan doh kulit yang tawar dan disapu kuning telur, kuih ini merupakan kegemaran ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Singapura dan Brunei. Anda tidak akan mempunyai masalah mencarinya kerana kuih tart nenas biasanya dijual secara meluas tiap-tiap kali menjelang musim perayaan.

14.   Tart Cadbury

coklat cadbury bulat
Kredit: berkat cahaya di Shopee

Sekiranya anda inginkan kelainan untuk kuih raya tahun ini, apa kata anda cuba Tart Cadbury pula? Sekali dah cuba, anda pasti teringat-ingatkan keenakan kepingan coklat Cadbury yang disaluti kulit tart yang lembut dan gebu. Rasanya juga lebih manis berlemak dibandingkan dengan Tart Nenas walaupun ia cumalah kuih raya simple.

15.   Biskut Aiskrim

biskut aiskrin
Kredit: Pembekal.kuihraya.my di Shopee

Jika terdapat ramai kanak-kanak dalam keluarga dan dikalangan saudara-mara, dah tentu biskut aiskrim menjadi salah satu hidangan yang kerap kehabisan! Bukan sahaja rasa manis berlemaknya sangat sedap dimakan, rupa penampilannya yang begitu comel sekali pasti akan mengembirakan si kecil. Kanak-kanak mahupun dewasa, siapa yang tak suka aiskrim?

16.   Biskut Red Velvet

Biskut Red Velvet kuih raya simple
Kredit: Marcia Salido di Pexels

Dengan warna kemerahannya yang sangat menarik perhatian, anda mesti cuba biskut Red Velvet jika tidak pernah dicuba. Walaupun bukanlah biskut tradisional, ia semakin popular baru-baru ini. Biskut ini tidak jauh bezanya dengan biskut coklat cip dari segi rupa. Dari segi rasanya pula, penggemar Red Velvet pastinya suka!

17.   Biskut Sarang Semut

Biskut Sarang Semut kuih raya simple
Kredit: Kedai Kak_Nurul di Shopee

Biskut ini mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai sarang semut. Ia berasa manis dengan kekacangan yang lembut dan mempunyai tekstur yang rangup. Walaupun penampilannya agak “unik”, biskut sarang semut merupakan biskut raya tradisional yang digemari ramai dari dulu-dulu lagi.

Nak Buat Kuih Raya Sendiri? Cuba Resipi Kuih Raya Simple Ini!

kuih raya resepi
Kredit: berkat cahaya, rizqimardhiah, butterkies.bynh, HH FOODIE di Shopee

Banyak betul pilihan kuih dan biskut raya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Masing-masing mesti  teruja nak beli atau cuba buat kuih dan biskut yang terkini. Kalau nak cuba tapi sibuk dengan kekangan kerja, cubalah pelbagai koleksi resipi biskut raya mudah dan sedap seperti Biskut Suji jika anda mempunyai masa terluang. Tak perlu takut untuk cuba sebab resepi ni pasti jadi. Bahannya juga tidak banyak dan mudah didapati di mana-mana kedai atau pasaraya. 

Kuih dan biskut raya dah ada, nak hidangkan juadah apa lagi? Tak lengkaplah Hari Raya tanpa menu wajib seperti rendang. Bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan, tak perlu runsing kerana anda boleh cuba resipi rendang daging simple yang sesuai untuk beginner. Tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Selamat mencuba!

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *