5 Fesyen Selebriti Malaysia Paling Unik, Berani Dan Mendapat Perhatian Netizen

fesyen pelik artis dan selebriti malaysia

Fesyen unik selebriti Malaysia memang selalu menjadi bahan kritikan atau usikan orang ramai kerana gaya mereka yang berani dan tersendiri. Kalau selebriti Hollywood tampil unik di acara-acara berprestij seperti Met Gala, artis dan selebriti tanah air juga tak terlepas untuk melaram sakan, tak kira untuk acara apa sekalipun. Masing-masing ingin tampil unik, ada yang pilih gaya bersahaja dan ada juga yang memilih untuk menggayakan fesyen avant garde lebih-lebih lagi bagi acara gemilang seperti Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW). Nak kenal artis dan selebriti Malaysia mana yang sering menggayakan busana unik? Kami dah senaraikan khas untuk peminat fesyen dan selebriti tempatan.

5 Fesyen Selebriti Malaysia Yang Paling Unik Dan Mendapat Perhatian Netizen 

Bagi anda yang terlepas dengan fesyen artis malaysia yang unik dan sensasi selebriti terkini, apa kata kita tengok fesyen lima artis serta selebriti tanah air yang menjadi bualan di media sosial kerana busana mereka yang lain daripada yang lain.

Aina Abdul

Aina menggayakan pakaian berwarna serba emas persis Ayesha dalam filem Guardians of the Galaxy
Kredit: @ainaabdul dari Instagram

Selebriti Malaysia terkenal dan juga penyanyi wanita yang memenangi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 2022 ini sentiasa mendapat perhatian warganet dengan fesyen-fesyennya yang eksentrik dan berani. Tak hairanlah Aina Abdul mendapat jolokan Ratu Fesyen Pelik di Malaysia dan turut dilabel sebagai Didie Alias 2.0. 

Aina menggayakan pakaian berwarna serba emas persis Ayesha dalam filem Guardians of the Galaxy semasa mempersembahkan lagu Sepi di pentas AJL36. Gayanya yang lain dari yang lain ini menjadi bahan usikan netizen yang menyamakan warna kuning keemasan itu dengan ikan goreng kunyit dan ular tedung emas. 

Bukan itu sahaja, gaun hitam gaya avant-garde rekaan pereka fesyen Behati yang menjadi pilihan Aina di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) juga mencuri perhatian warganet kerana dilihat persis sekuntum bunga hitam yang besar dan sarat. Tak kisah la orang ramai nak kata apa pun, yang penting Aina tak ambil pusing akan kritikan dan usikan netizen terhadapnya.

Dato’ Seri Vida

Dato’ Seri Vida merupakan seorang usahawan selebriti di Malaysia yang selalu berpakaian pelik
Kredit: @datoserivida dari Instagram

Dato’ Seri Vida merupakan seorang usahawan selebriti di Malaysia dan popularitinya cukup untuk buat beliau dikenali ramai, sebaris dengan artis popular. Walaupun dilabel sebagai Ratu Kontroversi Tanah Air, Dato’ Seri Vida nampaknya kalis kecaman dan terus mencipta sensasi dengan penampilannya yang tersendiri dan lain dari yang lain. Usahawan terkenal dan penyanyi lagu ‘I Am Me’ ini mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan solekan kening dan bulu mata palsu berwarna putih semasa menjadi Juri Netizen di program realiti Big Stage 2022 minggu keenam. 

Gayanya yang dilihat cukup berbeza dengan imejnya sebelum ini mendapat pelbagai komen dan kritikan warganet yang menasihatinya untuk tampil lebih ringkas. Tak kurang juga yang menuduhnya cuba meniru gaya unik Aina Abdul. Penampilan eksentrik Dato’ Seri Vida nampaknya tak berakhir di situ. Beliau sekali lagi mengundang komen-komen negatif dari warganet apabila muncul dalam video muzik terbaharunya yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’. Imej artistiknya dikecam hebat oleh orang ramai gara-gara menyerupai badut. Takpelah Dato’, yang penting Dato’ semakin berani dan kekal meletup!

Ernie Zakri

 busana ernie zakri persis sebuah tempayan atau tembikar
Kredit: @erniezakri dari Instagram

Netizen ni semua nakal-nakal ya dan nampaknya Ernie Zakri pun gagal meloloskan diri daripada menjadi bahan usikan mereka. Nama pemenang Anugerah Juara Lagu dan pemegang trofi Vokal Terbaik AJL35 ini antara yang disebut-sebut oleh warganet semasa malam penganugerahan karya muzik tersebut kerana busananya persis sebuah tempayan atau tembikar.

Rata-rata netizen geli hati dengan persalinan berwarna hitam monokromatik tersebut dan ada juga yang memuji keunikannya. Menurut Erni, busana ini direka sebagai memperingati neneknya Allahyarhamah Rokayah binti Abdullah yang gemar memakai kebaya. Lumrah netizen, ada yang mengeji ada yang memuji. Apa yang pasti Ernie tetap nampak statuesque dan mempesonakan dengan rekaan in!

Kaka Azraff

Penampilan Kaka Azraff juga tak terlepas daripada tersenarai dalam fesyen unik selebriti Malaysia.
Kredit: @kakaazraff dari Instagram

Penampilan Kaka Azraff juga tak terlepas daripada tersenarai dalam fesyen unik selebriti Malaysia. Juara AJL 35 menerusi duet ‘Gila’ bersama Noki dan Loca B ini mengingatkan peminat pada watak Maleficient lakonan Angelina Jolie kerana tampil dengan busana serba hitam dan hiasan kepala yang tersendiri semasa persembahannya pada acara gemilang itu. 

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Kaka dijadikan bahan jenaka netizen. Sebelum ini, beliau mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan foto yang dikongsikannya semasa sesi fotografi dengan sebuah majalah. Ada yang menyamakannya dengan guni bawang dan perompak kedai emas gara-gara fesyen serkup rambut berwarna biru.

Bagi Kaka pula, tiada had dalam berfesyen dan beliau bukanlah mangsa eksploitasi fesyen. Setiap gaya mempunyai maksud tersirat dan ia terpulang kepada setiap individu itu sendiri untuk menilainya.

Ziana Zain

busana yang digayakan oleh ziana zain yang ala ala uniform pramugari Qatar Airways.
Kredit: @Iamzianazain dan @qatarairways dari Instagram

Penyanyi dan selebriti tersohor negara, Ziana Zain tampil dengan busana rekaan Seth & Luna semasa membuat persembahan interlude. Macam biasa, netizen sempat bergurau dan mengusik busana yang digayakan oleh beliau yang ala ala uniform pramugari Qatar Airways. Ada juga warganet yang menyamakan sarung tangan yang dikenakan oleh Ziana seperti sarung tangan basuh pinggan yang sering digunakan oleh ahjumma (makcik) dalam drama Korea. Harap Ziana tak kisah dengan gurauan netizen sebab itu semua kan usikan semata-mata, asalkan bukan menghina.

Anda Boleh Jadikan Fesyen Unik Selebriti Malaysia Ni Sebagai Inspirasi Untuk Gaya Segar Dan Tersendiri

Anda Boleh Jadikan Fesyen Unik Selebriti Malaysia Ni Sebagai Inspirasi Untuk Gaya Segar Dan Tersendiri
Kredit: @yayazahir dan @wanyhasrita dari Instagram

Sekali-sekala, apa kata anda ubah penampilan supaya nampak istimewa dan segar. Anda tak perlu kelihatan futuristik atau mempamerkan art berat mahupun menggayakan jenama fesyen ternama. Cukuplah sekadar menjadikan fesyen unik selebriti Malaysia ini inspirasi untuk menghasilkan stail yang lebih moden, edgy dan trendy macam Yaya Zahir dan Wany Hasrita

Kalau ada bajet lebih, anda juga boleh sokong jenama pereka fesyen tempatan seperti Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini dan Ezuwan Ismail. Selain itu, anda boleh ikuti influencer hijabista di media sosial untuk ilham #OOTD dan fesyen Muslimah hijabista. Jangan lupa juga untuk lengkapkan penampilan anda dengan makeup simple dan gaya tudung popular untuk tampak segar! 

Nak tahu lebih banyak trend fesyen terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Style By Shopee untuk lihat gaya terbaru! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *