Barang Keperluan Balik Kampung Untuk Raya: Apa Yang Harus Dikemaskan

travel list hari raya

Sudah hampir akhir bulan Ramadan, kebanyakan mereka yang menyambut Hari Raya Aidilfitri sudah pastinya dalam persiapan untuk balik kampung. Walaupun dua hari sahaja cuti rasmi raya, ramai akan memanjangkan tempoh cuti mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat-sahabat di kampung halaman mereka. Jika anda merancang untuk balik kampung dan tidak begitu pasti apa yang perlu dibawa, kami telah menyediakan checklist yang kami harap akan dapat membantu mengurangkan kerunsingan yang menjadi kebiasaan dalam rutin balik kampung untuk raya.

Tips Packing Untuk Balik Kampung Sempena Raya

Tak payah stres sangat, ikut je panduan ini.

1.   Baju Raya

travel packing list baju raya balik kampung raya
Credit: abaya.my and yedmalaysia on Shopee

Sudahkah anda merancang apa yang anda akan pakai sepanjang tempoh raya di kampung? Berapa set pakaian yang anda perlukan? Ketahui trend warna paling hangat dan kemaskan pakaian lebih awal untuk memastikan anda membawa segala yang anda perlukan. Selain itu, anda boleh melipat pakaian dengan cara Roller Ranger, di mana anda gulingkan pakaian seperti guling kertas. Ini bukan sahaja menjimatkan ruang dalam bagasi, tetapi juga boleh mengurangkan kedutan ke atas pakaian. Jangan lupa untuk membawa balik seterika wap sekali bagi memastikan OOTD raya anda sentiasa tampil kemas dan sempurna.

2.   Kasut-Kasut

a pair of high heels balik kampung raya
Credit: Emily Pottiger via Unsplash

Gaya penampilan tidak lengkap jika tiada kasut yang berpadanan. Faktor keselesaan juga perlu pertimbangkan. Pastikan anda membawa balik sepasang dua kasut yang bukan sahaja padan dengan outfit raya anda, tetapi juga selesa dipakai sepanjang hari—penting sekiranya anda banyak ziarah rumah!

3.   Peralatan Mandian

travel packing list raya toiletries balik kampung raya
Credit: Lingchor via Unsplash

Wajib ada dalam checklist anda. Walaupun anda boleh saja gunakan peralatan mandi yang terdapat di rumah kampung, ia belum tentunya sesuai untuk kulit anda. Jika anda mempunyai pencuci muka atau shampu yang anda biasa gunakan di rumah, bawa mereka sekali apabila anda pulang ke kampung untuk mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati. Jangan lupa juga untuk membawa berus gigi, ubat gigi, dan dental floss.

4.   Ubat-Ubatan

medication stuffs balik kampung raya
Credit: Volodymyr Hryshchenko via Unsplash

Selain barangan peribadi, ubat-ubatan juga patut diberi keutamaan. Tidak perlu bawa banyak, cuma beberapa barangan asas seperti pembalut, Panadol, Gaviscon, pil arang, dan losyen antibakteria untuk kecemasan. Jika anda atau ahli keluarga mempunyai penyakit kronik, pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi kerana mungkin sukar untuk mendapatkan ubat-ubat tertentu di kampung anda.

5.   Alat Solek

makeup balik kampung raya
Credit: freestocks via Unsplash

Balik kampung untuk raya bukan bermakna anda perlu mengabaikan rutin kecantikan. Sebaliknya, raya merupakan masa yang paling sesuai untuk mencuba alat solek atau makeup seperti primer atau eye shadow yang anda beli untuk kegunaaan pada hari istimewa. Jangan lupa bawa makeup remover!

Selain Bawa Pulang Barangan Peribadi, Ingat Juga Untuk Melakukan Perkara-Perkara Berikut

Keselamatan dan keselesaan perlu diutamakan.

1.   Sediakan Hadiah Untuk Insan Tersayang

gifts balik kampung raya
Credit: Leone Venter via Unsplash

Kepulangan anda dah tentu akan mengembirakan ibu bapa di kampung, dan anda boleh memeriahkan lagi suasana dengan membawa balik buah tangan sekali. Sebagai contoh, bolehlah dapatkan baju polo berjenama untuk ayah, mainan Lego terbaru untuk adik-adik, atau set cawan yang cantik untuk ibu.

2.   Sediakan Tempat Tinggal Sementara Untuk Haiwan Peliharaan

travel packing list pets raya balik kampung
Credit: Kate Stone Matheson via Unsplash

Jika anda merancang untuk balik kampung dalam jangka masa yang panjang raya ini, anda mungkin tidak berhasrat untuk membawa balik haiwan peliharaan sekali. Perjalanan yang jauh serta tempat yang asing mungkin akan memberi tekanan kepada binatang kesayangan anda. Tambahan pula, anda mungkin kesempitan ruang dalam kereta! Tak payah risau, anda boleh menempatkan haiwan peliharaan anda di hotel mesra haiwan di mana ia akan dijaga dengan baik dan teliti sepanjang masa anda berada di kampung.

3.   Adakah Rumah Anda Selamat?

travel packing list hari raya home balik kampung
Credit: Jaye Haych via Unsplash

Pastikan semua pintu dan tingkap rumah dikunci. Simpan semua barangan penting dan berharga di peti keselamatan jika ada. Kalau mampu, pasang CCTV di rumah untuk meningkatkan lagi keselamatan, terutamanya modal yang boleh dipantau melalui telefon bimbit.

4.   Pastikan Kereta Anda Dalam Kondisi Terbaik

car jumper cables
Credit: Daniel @ bestjumpstarterreview.com via Unsplash

Amatlah penting untuk memastikan kenderaan anda “sihat” bagi mengelakkan kerosakan di tengah perjalanan. Berikut adalah checklist umum komponen kereta yang perlu diberi perhatian:

Anda juga boleh hantar kereta untuk diperiksa oleh pakar mekanik dengan lebih teliti dan menyeluruh.

Sebelum Balik Kampung Untuk Raya, Sediakan Packing List Terdahulu

ketupat
Credit: Mufid Majnun via Unsplash

Balik kampung untuk Raya sememangnya sesuatu yang amat mengembirakan untuk seisi keluarga. Bukan sahaja dapat berhimpun dengan orang-orang yang dikasihi, tetapi juga berpeluang berpakaian cantik dan menawan serta menjamu hidangan-hidangan lazat seperti rendang dan biskut-biskut raya. Tetapi sebelum itu, perlulah membuat persiapan rapi dengan bantuan packing list bagi memastikan tidak ketinggalan apa-apa barangan penting. Jika anda membawa anak-anak kecil bersama ke kampung, pastikan mereka tidak bosan semasa perjalanan jauh dengan aktiviti-aktiviti seronok yang selamat dimain dalam kereta ini. Untuk idea-idea tambahan buah tangan, anda juga boleh merujuk kepada senarai pakej-pakej hadiah yang sesuai untuk diberikan di musim perayaan ini.

Untuk segala keperluan raya dan balik kampung yang lain, layari Salam By Shopee untuk menikmati diskaun hebat dalam barang-barang keperluan harian, elektronik, pakaian fesyen, dan banyak lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *