Hari Raya sememangnya hari yang dinanti-nantikan setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Selain daripada menikmati juadah istimewa, anda mestilah ingin tampil cantik, segak dan bergaya pada 1 Syawal. Butik-butik baju Raya pun sudah mula mempromosikan beberapa jenis koleksi, corak, warna, dan fabrik yang mengikut kemampuan anda. Jangan tunggu sampai disaat-saat akhir baru nak beli baju Raya, takut tak sempat pula. Butik baju Raya yang kami kongsikan ini menawarkan banyak rekaan baju Raya untuk anda dan keluarga.
Tampak Bergaya Dengan Busana Terkini Dari Butik-Butik Baju Raya Ini
Tak kira apa pun pilihan anda untuk baju raya dan berapa yang anda sanggup belanjakan, tujuh butik baju raya ini pasti tidak akan menghampakan anda dengan pelbagai rekaan baharu untuk Hari Raya tahun ini. Nak pakai masa Raya Haji pun boleh.
1. Panda Eyes

Panda Eyes menawarkan pelbagai koleksi baju raya yang menarik untuk wanita, termasuk baju kurung moden, tudung dan kebaya dengan rekaan terkini. Setiap pakaian direka untuk memberikan keselesaan dan gaya dengan harga yang berpatutan. Koleksi Raya Panda Eyes 2025 menampilkan pilihan-pilihan seperti Peonie Baju Kurung Moden dan Yusnani Modern Kurung dengan pelbagai warna dan corak menarik.
2. Zoe Arissa

Zoe Arissa merupakan antara jenama fesyen Muslimah dan butik baju raya paling terkenal di pasaran tempatan dengan koleksi besarnya yang menampilkan pelbagai rekaan moden dan elegan. Selain baju kurung, Zoe Arissa juga menawarkan jubah, dress, serta koleksi hijab yang sesuai untuk digayakan pada Hari Raya. Koleksi Raya 2025 terbaru mereka menampilkan macam-macam stail, dari koleksi lace ke koleksi sulam serta koleksi untuk wanita plus size.
3. Zanzea

Zanzea terkenal sebagai salah satu butik fesyen yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian wanita yang bergaya, selesa dan berpatutan. Jenama ini mempunyai koleksi termasuk blaus, dress, maxi dan midi dress serta rekaan longgar yang sesuai untuk pelbagai gaya, dari kasual harian hingga pilihan lebih sopan untuk Hari Raya. Fabrik yang digunakan lazimnya selesa seperti poliester dan kapas serta saiz yang ditawarkan juga termasuk pilihan besar sehingga 5XL, sesuai untuk ramai wanita mencari busana moden yang mudah dipadankan pada musim perayaan.
4. Siti Khadijah

Jenama Siti Khadijah bukan sahaja terkenal dengan telekung premium yang sangat selesa dan berkualiti tinggi, tetapi juga menawarkan koleksi Raya yang lebih luas termasuk set padanan keluarga, jubah dan abaya elegan. Koleksi mereka direka untuk memenuhi keperluan pakaian raya patuh syariah yang bermakna dan bergaya, sesuai untuk sambutan bersama keluarga.
5. Gene Martino

Selain Kurung Kebaya, Gene Martino juga menawarkan koleksi ‘Sedondon’ untuk anda sekeluarga bagi memeriahkan suasana lebaran dengan baju raya sedondon. Bukan itu sahaja, busana yang ditawarkan oleh butik baju raya ini kebanyakkannya mesra wuduk dan tersedia untuk plus size.
6. Naelofar

Naelofar bukanlah nama yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Jenama dari selebriti tempatan Neelofa cukup popular dengan produk tudung dan hijab yang disambuti ramai. Selain itu, Naelofar juga menawarkan pelbagai set baju kurung dalam koleksi WARISAN Kurung Collections yang terdiri daripada Embun Kurung Kedah Set, Anggun Midi Kurung Set, serta Azalea Kurung Set yang sesuai dipakai raya ini.
7. Jemels

Dengan koleksi baru baju kurung raya, anda mungkin rambang mata apabila melihat pilihan yang ditawarkan oleh Jemels! Dari baju kurung lace ke baju kurung kebaya dan banyak lagi, anda mempunyai banyak pilihan dalam pelbagai rekaan dan warna yang menawan. Tambahan pula, anda juga boleh mendapatkan beg fesyen dan kasut keluaran Jemels untuk melengkapkan OOTD raya anda.
8. Lily Petuna

Lily Petuna mengetengahkan konsep selesa, moden dan bergaya untuk wanita zaman kini yang elegan dan berani. Mereka menawarkan beberapa koleksi menarik seperti Lily The Klasika, Lily Baiduri, Frosted Collection dan banyak lagi. Selain daripada Baju Kurung Moden dan Baju Kebaya, anda juga boleh tampil elegan di pagi Raya dengan bermacam-macam pilihan baju kasual yang lain. Di samping itu, Lily Petuna turut menawarkan koleksi ‘Bridesmaid’ untuk bakal pengantin yang masih tercari-cari busana yang cantik dan berkualiti untuk pengapit mereka.
9. MJESTIC

Bagi kaum lelaki pula, bolehlah layari MJESTIC untuk mendapatkan baju melayu dewasa serta kurta dalam pelbagai pilihan warna yang menarik. Bukan itu sahaja, butik ini juga mempunyai baju melayu kanak-kanak, set couple, dan samping premium.
10. MISSLILY SHOP

Satu lagi butik baju raya yang anda boleh kunjungi ialah MISSLILY SHOP. Butik ini sering hadir dengan beberapa koleksi dan rekaan baharu untuk peminatnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Jika anda ingin tampil berbeza di pagi 1 Syawal, anda boleh mengenakan berbagai-bagai rekaan blouse Muslimah, dress labuh, seluar dan skirt. Dapatkan juga beg dari MISSLILY SHOP untuk melengkapkan gaya anda.
11. Mewah Exclusive

Mewah Exclusive menawarkan pelbagai koleksi menarik untuk pilihan baju raya anda. Mekcun Collection menyediakan baju kurung yang bukan sahaja kelihatan cantik dan sopan tetapi diperbuat daripada material premium comocrepe berkualiti tinggi yang tak panas dan tak mudah renyuk. Sementara itu, baju kurung Riau Collection diperbuat daripada material Swiss Yuryu yang tidak jarang dan tidak perlu iron.
12. Pazze

Satu lagi butik baju raya khas untuk kaum lelaki adalah Pazze yang menawarkan banyak pilihan baju melayu untuk setiap gaya. Pilih daripada Satin Collection, Matte Collection, Kurta Cekak Musang, Kurta Teluk Belanga dan banyak lagi. Terdapat juga baju raya kanak-kanak lelaki dan baju raya sedondon jika anda membeli untuk anak-anak lelaki juga.
13. YAN@YAN

Boleh rambang mata dibuatnya oleh koleksi fesyen muslimah dari jenama YAN@YAN. Dari baju kurung floral ke baju kerabung, ramai yang sukakan tawaran YAN@YAN menggabungkan corak-corak menarik dengan harga berpatutan. Di samping itu, jenama ini juga menawarkan kain sarung batik yang sangat popular dan laris jualannya.
14. ADNAA HQ

ADNAA HQ menawarkan koleksi busana tradisional moden untuk Hari Raya, terutamanya untuk lelaki dan juga pilihan keluarga serta couple set . Mereka menjual pelbagai Baju Melayu, kurta, sampin tenun dan aksesori seperti butang baju Melayu dan shawl, sesuai digayakan semasa Aidilfitri. Rekaan ADNAA menggabungkan fabrik berkualiti dengan potongan elegan dan moden, memberi penekanan pada keselesaan dan gaya tradisi yang sentiasa relevan untuk musim perayaan.
15. Zalora

Zalora ini memang tak asing lagi dalam kalangan ramai penggemar fesyen. Antara jenama baju raya yang popular pada setiap musim Raya ialah Lubna dan Zalia kerana rekaannya yang moden, harga berpatutan dan berkualiti. Bukan itu sahaja, Zalora turut menawarkan koleksi baju raya dari pereka fesyen popular tanah air untuk gaya yang eksklusif pada hari lebaran.
Senarai Butik Baju Raya Online Untuk Yang Tak Suka Bersesak Dan Beratur Panjang

Selain daripada butik-butik di atas, anda juga boleh kunjungi butik-butik baju raya online ini untuk mempelbagaikan pilihan Baju Tradisional Melayu untuk digayakan pada Hari Raya 2024, seperti:
Jangan lupa serikan pagi Raya dengan aksesori dan solekan yang bersesuaian untuk kelihatan menawan tanpa perlu berlebihan. Kalau masih keliru nak pilih rekaan kesukaan anda, anda boleh lihat jenis-jenis baju tradisional Melayu yang popular dan terkini. Pasti meriah lebaran tahun ni!
Dapatkan segala barangan persiapan Raya anda di Bazar Hebat Raya dari 26 Februari hingga 25 Mac dan nikmati 50% Diskaun Fesyen Raya Terkini, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, Shopee Live Baucar 50% Diskaun Harian, dan banyak lagi!

