25 Snek & Gula-Gula Zaman Kanak-Kanak Popular Yang Kami Membesar Bersama 

Ingat lagi masa dahulu di mana hidup lebih ringkas? Kurang kereta di jalan raya, bermain di luar rumah menjadi kebiasaan, dan kesediaan makanan ringan Malaysia yang boleh dimakan bila-bila masa tanpa menjadi bosan. Lagipun, adakah anda benar-benar mengalami zaman kanak-kanak di Malaysia jika anda tidak mempunyai bekalan biskut permata ais yang berwarna-warni dan batang coklat Choki-Choki?

Teruskan membaca kerana kami akan menyusuri jalan kenangan dengan mengenangkan makanan manis popular yang memberi kami sakit gigi, dan biskut yang sering kami “mencuri” pada tengah malam. Bersedia untuk merasai nostalgia?

Makanan Ringan Malaysia: Gula-Gula

Gula-Gula White Rabbit 

makanan ringan malaysia
Kredit: JianLin Official Online Store di Shopee

 

Adakah anda akan mengupas dahulu pembalut makan gula-gula kenyal yang berkrim dan bersusu ini sebelum makan? Atau anda lebih suka makan isinya bersama pembalut sekali? Kami lebih gemar makan gula-gula tersebut bersama pembalutnya untuk pengalaman White Rabbit sepenuhnya!

Gula-Gula Fizzy Kola

Kredit: WinWin Snacks House di Shopee

 

Tiada sesiapa pun yang tidak menyukai gula-gula kecil berbentuk hati ini yang berperisa soda. Ia sesuai untuk saat-saat ketika kami mahu minimum ringan tetapi tidak mampu untuk membelinya.

Gula-Gula Getah Murukawa

makanan ringan malaysia
Kredit: NKKERRY_WHOLESALE di Shopee

 

Gula-gula getah yang paling best? Beruang Murukawa! Selain memberikan kami keseronokan mengunyah perisa buah-buahan, ia juga mempunyai tatu sementara yang swag bagi kanak-kanak.

Yupi Gummy Burger

Kredit: VAMPIRE EMPIRE GADGET STORE di Shopee

 

Angkat tangan jika anda menikmati “burger” ini lapisan demi lapisan! Walaupun rasanya tidak seperti pati burger dan sos tomato, makanan ringan Malaysia ini masih sedap sehingga menjilat jari.

Choki-Choki

Kredit: ausgold_08 di Shopee

 

Sebelum anda dapat menikmati snek coklat ini, anda perlu mengharungi dugaan memicit tiub untuk mengeluarkan isi kandungannya! Tetapi segala usaha amatlah berbaloi kerana kita semua menyukai rasa coklat makanan ringan Malaysia ini. 

Tora & Ding Dang

makanan ringan malaysia
Kredit: Y.S. Distribution di Shopee

 

Sebelum Kinder Eggs, makanan ringan asli yang datang dengan mainan misteri di dalamnya adalah Tora dan Ding Dang. Sejujurnya, kebanyakan orang lebih teruja dengan mainan daripada coklat tersebut. Lagipun, siapa yang tak suka misteri? 

NanoNano

Kredit: GET SMART ENTERPRISE di Shopee

 

Gula-gula apakah yang rasanya manis, masam, dan masin? Apa lagi kalau bukan NanoNano! Sesiapa yang makan makanan ringan Malaysia ini sering mempamerkan wajah yang lucu  akibat rasanya yang “unik”, tetapi ia tidak menghalang kami daripada menikmatinya.

Jelly Cups

Kredit: Kuroda Malaysia di Shopee

 

Ramai yang boleh mengenali jelly cups ini yang mempunyai pelbagai jenis rasa buah-buahan seperti oren dan epal. Anda hanya perlu buka bahagian atas plastik dan masukkan sirap dan jeli ke dalam mulut untuk menikmatinya!

Kopiko

Kredit: 简生活 Easy Life di Shopee

 

Gula-gula ini masih popular sehingga hari ini kerana rasa kopi adalah kegemaran ramai. Selain perisa kopi-o klasik, gula-gula kopiko ini juga kini terdapat dalam perisa cappuccino.

Sugus

Kredit: MK 小吃货 di Shopee

 

Ingat lagi gula-gula berjus bersegi empat yang dibungkus dalam bungkusan berwarna-warni? Mungkin ada dikalangan anda yang pernah makan gula-gula ini secara berlebihan sehingga menyebabkan lawatan kerap ke klinik doktor gigi. Pengajarannya: Jangan sesekali mengabaikan kebersihan mulut dan gigi!

Haw Flakes

makanan ringan malaysia
Kredit: One Family Market di Shopee

 

Rasa manis dan masam gula-gula nipis ungu ini menjadikannya sukar untuk dihenti makan. Adakah anda tahu bahawa rasa haw sebenarnya datang dari buah pokok hawthorn?

Makanan Ringan Malaysia: Snek & Manisan

Biskut Telinga

Kredit: Sweets32 di Shopee

 

Seperti namanya, biskut yang berwarna coklat ini menyerupai telinga manusia. Ia digemarai ramai kerana ia sangat rangup dan juga kerap dimakan di depan televisyen sambil menonton kartun.

Biskut Aising

makanan ringan malaysia
Kredit: HNL Snack Food Stores di Shopee

 

Tiada senarai makanan ringan Malaysia akan lengkap tanpa menyebut mengenai biskut aising ini yang mempunyai pelbagai warna. Adakah anda menggigit biskut atau aisingnya terlebih dahulu? Atau anda hanya makan aising dan membuang biskut?

Kek Lapis Apollo 

Kredit: WLH Grocer di Shopee

 

Dengan pelbagai rasa untuk dipilih (pandan kegemaran kami!), Kek Lapis Apollo adalah antara snek kegemaran waktu rehat untuk kanak-kanak sekolah dengan teksturnya yang lembut dan ringan. Orang dewasa juga menyukainya dan sering mencelup kek ini dalam kopi atau teh untuk menambahkan rasanya.

Wafer Coklat Apollo

Kredit: Sweets32 di Shopee

 

Kami tidak dapat menyimpulkan senarai ini tanpa makanan ringan Apollo lain yang amat popular: Wafer coklat! Lapisan di sekitar wafer manis ini melebur dengan cepat disebabkan cuaca panas di Malaysia, lalu menyebabkan sedikit coklat terlekat pada plastik bungkusan yang sedap dijilat!  

Muruku Ikan Popo 

Kredit: WLH Grocer di Shopee

 

Juga dikenali dengan maskot bayi yang comel, Muruku Ikan Popo tetap menjadi makanan ringan lazat yang gemar dinikmati rakyat Malaysia dari semua peringkat umur. Dicampur dengan rempah-ratus, snek ini sering dihidang untuk malam-malam wayang dan ziarah-menziarahi antara keluarga.

Biskut Want Want 

Kredit: NKKERRY_WHOLESALE di Shopee

 

Kami terpikat dengan rasa masin biskut Want-Want atau Wang-Wang yang meliputi seluruh biskut tersebut. Mustahil bagi kanak-kanak sekolah mencuri makan snek yang amat ranggup ini di dalam kelas tanpa ditangkap guru!

Super Ring

Kredit: Sweets32 di Shopee 

 

Tidak kisah walaupun gigi dan lidah kita menjadi warna oren apabila memakan snek ini kerana rasa kejunya dicintai ramai! Anda masih boleh menjumpai paket Super Ring di mana-mana sahaja, bukti populariti makanan ringan Malaysia ini yang tidak pernah lenyap.

Snek Ikan Dahfa 

Kredit: Pemborong Gula-Gula di Shopee

 

Snek ikan ini memiliki bau yang meresap di setiap ruangan. Tetapi tidak kira bagaimana baunya, kami masih suka memakannya. 

Snek Rumpai Laut 

Kredit: Q Snacks Corner di Shopee

 

Ini adalah makanan ringan yang kami makan setiap kali ibu bapa mengadu bahawa kami tidak makan sayur-sayuran secukupnya. Walaupun kami tidak pasti bagaimana snek rumpai laut ini adalah “sihat”, ia masih memuaskan deria rasa kami!

Roti Kok

Kredit: kent_tan8989 di Shopee

 

Roti kok disalut dengan marjerin dan lapisan gula yang banyak, dan dibakar di dalam ketuhar untuk mendapat tekstur yang rangup dan rapuh. Ia paling enak dinikmati dengan secawan Milo panas. 

Mamee Monster

Kredit: Kuroda Malaysia di Shopee 

 

Mi segera” yang tidak memerlukan air ini merupakan antara makanan ringan Malaysia yang masih best sehingga kini. Buka dan terus menikmatinya dari paket! Soalan: Adakah anda memakannya begitu sahaja atau menghancurkannya menjadi kepingan kecil terlebih dahulu?

Bika 

makanan ringan malaysia
Kredit: ausgold_08 di Shopee

 

Keropok sedap ini yang dibungkus dalam paket kecil menjadikannya snek yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja! Rasa ayam BBQ adalah kegemaran orang ramai, walaupun ada yang mengatakan perisa udang juga amat sedap.

Kuih Piring / Biskut UFO

makanan ringan malaysia
Kredit: Childhood_Malaysia di Shopee

 

Sejujurnya, rasa kuih piring atau biskut berbentuk cakera ini cukup hambar, tetapi warna dan teksturnya menjadikannya senang untuk dimakan! Kanak-kanak nakal mungkin akan menjadikannya sebagai frisbee.

Biskut Kentang Berbentuk Roda

makanan ringan malaysia
Kredit: Bite a Snack di Shopee

 

Segera dikenali disebabkan bentuknya yang mirip roda stereng, keropok ini memiliki rasa yang sedikit masin dan juga senang melekit pada lidah. 

Kami Sentiasa Mengingati Makanan Ringan Malaysia Di Zaman Kanak-Kanak Dulu 

makanan ringan malaysia
Kredit: Mamak Shop88 di Shopee

Walaupun selera kami kian berubah, makanan ringan dan snek dalam senarai ini akan selalu membawa kami kembali ke zaman kanak-kanak kami yang penuh dengan kenangan manis. Jadi, jika anda berasa sentimental, dapatkanlah snek-snek kegemaran anda di Shopee!

Untuk lebih banyak kandungan yang berkaitan dengan Malaysia, bacalah senarai filem Malaysia yang mesti ditonton dan makanan sarapan tempatan yang sihat.

Leave a Reply