Senarai Filem P. Ramlee Yang Paling Best Untuk Ditonton Semasa Hari Raya

senarai filem p ramlee

Pasti tiada nama yang lebih berpengaruh di arena hiburan tempatan selain P. Ramlee. Seorang individu yang amat kreatif, nama sebenar beliau adalah Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih; beliau meninggalkan kenangan hebat melalui 60 filem dan 400 lagu semasa zaman kegemilangan filem di Malaysia antara tahun 1940-an dan 1960-an.

Bagi ramai, menonton filem P. Ramlee merupakan aktiviti kegemaran mereka semasa musim perayaan. Dengan Hari Raya kian menjelang, inilah senarai filem P. Ramlee yang anda boleh tonton untuk mengenang dan menghayati karya-karya beliau.  

Senarai Filem P. Ramlee Yang Akan Menghiburkan Anda Sepanjang Hari Raya Tahun Ini 

Penarek Becha (1955)

Ramlee menjadi seorang sutradara untuk sulung kalinya dengan filem Penarek Becha, yang menceritakan kisah cinta antara dua orang dari kelas sosial yang berbeza: seorang penarik beca dan seorang gadis dari keluarga bangsawan. Bersedialah untuk kisah yang menyayat hati apabila mereka mengharungi pelbagai rintangan untuk kekal bersama. 

Penarek Becha amat istimewa dalam senarai filem P. Ramlee kerana filem ini mendokumentasikan kejayaan beliau dalam menjadi seorang pengarah.

Hang Tuah (1956)

Filem P. Ramlee ini mengisahkan pengembaraan Laksamana Hang Tuah dan empat saudaranya, dengan P. Ramlee sendiri memainkan watak minor. Dalam senarai filem P. Ramlee, filem Hang Tuah amat terkenal. Ia diedarkan di banyak negara dan mendapat pengiktirafan untuk muzik dan penggambaraannya. 

Filem ini memenangi anugerah untuk Skor Muzik Terbaik di Festival Filem Asia ke-3 di Hong Kong pada tahun 1956 dan tayangan rasmi di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-7 pada tahun 1957, di mana ia dicalonkan untuk anugerah Golden Bear.

Hampir enam dekad sejak kemunculannya, anda boleh menonton filem ini di YouTube.

Pendekar Bujang Lapok (1959)

Difilemkan di Singapura dan memenangi Anugerah Komedi Terbaik di Festival Filem Asia ke-6 pada tahun 1959, Pendekar Bujang Lapok mengisahkan tentang tiga orang pahlawan bujang dalam pemuridan mereka dengan seorang pahlawan silat terkenal. Dalam usaha mereka untuk mempelajari seni mempertahankan diri, mereka berhadapan dengan samseng, musibah, dan peluang untuk jatuh cinta dengan anak perempuan pahlawan tersebut. 

Mulakan malam anda dengan komedi klasik ini dalam senarai filem P. Ramlee. Juga dibintangi oleh S. Shamsuddin dan Aziz Sattar, filem ini pasti menghiburkan anda dan anda pasti ketawa tanpa henti. 

Ali Baba Bujang Lapok (1961)

https://www.youtube.com/watch?v=07e5mAxEW_E

Diilhamkan oleh Alibaba And The Forty Thieves, Ali Baba Bujang Lapok dibintangi oleh P. Ramlee, S. Shamsuddin, dan Aziz Sattar. Berbeza daripada wataknya yang lain, Ramlee memegang watak jahat untuk filem ini. 

Antara semua filem P. Ramlee, filem klasik ini menangani pelbagai isu, seperti status undang-undang Malaysia yang dijajah oleh pihak British masa itu.

Ibu Mertuaku (1962)

Dikenali sebagai karya sinematik dalam senarai filem P. Ramlee, Ibu Mertuaku menceritakan hubungan cinta antara seorang pemuzik dan seorang wanita kaya. Filem ini dimulakan dengan adegan komedi yang bertukar tragis selepas hanya 30 minit. Tontonilah untuk mengetahui apa yang berlaku dalam filem ini!

Ibu Mertuaku memenangi Fotografi Hitam & Putih Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-10 pada tahun 1963, dengan P. Ramlee membawa pulang Anugerah Khas Bakat Serbaguna.

Tiga Abdul (1964)

https://www.youtube.com/watch?v=zEFARZkg0cY

Ditempatkan di sebuah negara Timur Tengah rekaan yang dinamakan Isketambola, filem P. Ramlee Tiga Abdul menceritakan tentang tiga adik-beradik yang terpedaya dengan tiga anak perempuan seorang watak yang licik, Sadiq Segaraga. Hasilnya, mereka kehilangan harta mereka. Tiga Abdul merupakan filem terakhir P. Ramlee yang difilemkan di Singapura sebelum beliau pindah ke Malaysia pada tahun 1985.

Dalam gaya klasik P. Ramlee, beliau mengarang kebanyakkan lagu untuk filem ini. Sekiranya anda tengah cari filem komedi yang mempunyai pengajaran moral, anda mesti tonton filem ini. 

Madu Tiga (1964)

Madu Tiga diarah oleh P. Ramlee dan beliau memainkan watak seorang lelaki yang mengambil isteri kedua dan ketiga. Beliau tidak tahu bahawa ketiga-tiga isteri telah bersekongkol untuk memberi pengajaran kepada dia.

Filem ini mendapat sambutan yang baik dan memenangi Komedi Terbaik di Festival Filem Asia ke-11 pada tahun 1964. Nasib kita di tahun 2021 ini baik sekali kerana Madu Tiga kini dalam senarai filem P. Ramlee yang disiarkan di YouTube.

Nikmati Hiburan Berterusan dengan Senarai Filem P. Ramlee Yang Kini Boleh Ditonton Online

senarai filem p ramlee
Kredit: @LEJENPress via Twitter

Walaupun filem moden memberikan kesan visual yang mengagumkan dan aksi-aksi menakjubkan, pesona filem P. Ramlee pasti tiada penggantinya. Filem-filem beliau memberi inspirasi, membawakan kegembiraan, serta menghiburkan selama berjam-jam—walaupun filem-filem tersebut berusia beberapa dekad.

Dengan senarai filem P. Ramlee yang kini boleh distrim atas talian, anda pasti mendapat hiburan untuk beberapa jam semasa sambutan Hari Raya dengan rakan dan keluarga anda. Untuk dapatkan idea bagi makan malam, cubalah resipi potluck yang mudah ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *