9 Restoran Korea Halal Di KL & Selangor Untuk Memuaskan Selera K-Food Anda

restoran korea halal

Ramai gemar makanan Korea dan yang paling popularnya adalah ayam goreng, sup, BBQ, dan hidangan laut. Bersama-sama dengan lagu-lagu K-pop dan siri K-drama, gelombang K-wave telah bertahun-tahun melanda di Malaysia dan popularitinya berkembang sepanjang masa. Untuk umat Islam yang minat makanan Korea, carian restoran Korea yang halal mungkin mendatangkan sedikit cabaran. Jangan bimbang, kami telah menyediakan sebuah senarai yang kamu boleh rujuk dalam misi anda untuk cari makan hidangan Korea yang halal dan sedap!

9 Restoran Korea Halal Di KL & Selangor Yang Patut Anda Cuba

Walaupun beberapa restoran yang kami mengesyorkan di sini ini tidak mendapat pensijilan halal rasmi lagi pada masa ini, kami telah menjalankan kajian bagi mengesahkan premis-premis tersebut bukan sahaja bebas dari daging khinzir dan alkohol, tetapi juga menggunakan pembekal yang halal. Kami juga cadangkan anda untuk membuat pengesahan sendiri dengan pihak restoran sebelum mengunjunginya.

1.   DubuYo

Dubuyo restoran korea halal
Kredit: @dubuyo_official di Instagram

Dengan berpuluh-puluh cawangan di seluruh negara, francais DubuYo adalah nama yang akrab dalam industri makanan Korea tempatan. Menu restoran Korea halal ini dipenuhi dengan pelbagai hidangan kegemaran ramai seperti topokki dan bibimbap yang menyelerakan. Sementara itu, bingsu wajib dinikmati dalam cuaca panas terik di Malaysia. Jangan lupa pula menyemak set-set makanan dan promosi yang ditawarkan untuk menikmati tawaran harga terbaik.

Alamat & masa operasi: Layari laman web untuk senarai penuh lokasi cawangan dan masa operasi masing-masing

Talian: Hubungi cawangan masing-masing atau DM melalui saluran media sosial.

Status halal: Disahkan halal

Laman Web | Facebook | Instagram

2.   Seoul Garden

Seoul Garden restoran korea halal
Kredit: @seoulgardenmalaysia di Instagram

Dikenali dengan sistem panggang tanpa asap 2-dalam-1 yang eksklusif dan juga pelbagai pilihan daging BBQ, Seoul Garden membolehkan para pelanggan menikmati makanan panggang bersama-sama dengan bahan makanan lain yang boleh dicelup ke dalam macam-macam kuah. Antara pilihan utama termasuklah ayam kimchi dan ikan dori lada hitam. Tambahan pula, dengan sistem penapisan udara yang bagus, anda tidak akan keluar daripada restoran berbau asap!

Alamat & masa operasi: Layari laman web untuk senarai penuh lokasi cawangan dan masa operasi masing-masing

Talian: Hubungi cawangan masing-masing atau DM melalui saluran media sosial.

Status halal: Disahkan halal

Laman Web | Facebook | Instagram

3.   K Fry Urban Korean

K Fry Urban Korean restoran korea halal
Kredit: @kfrymy di Instagram

K Fry, rangkaian restoran Korea halal tempatan yang berasal dari Johor, khusus dalam hidangan Korea yang trendy dan Instagrammable. Contohnya, hidangan utama mereka, K’razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk, merupakan “hidangan raksasa” yang terdiri daripada ayam goreng tanpa tulang yang dicelup dalam sos pedas yangnyeom dan disaji dalam hot plate yang diselimuti dengan keju mozzarella leleh bersama kentang goreng. Jika selera anda tidak sebesar itu, anda boleh pilih lunch box set mereka untuk hidangan yang lebih seimbang.

Alamat & masa operasi: Layari laman web untuk senarai penuh lokasi cawangan dan masa operasi masing-masing

Talian: Hubungi cawangan masing-masing atau DM melalui saluran media sosial.

Status halal: Disahkan halal

Laman Web | Facebook | Instagram

4.   Mr. Dakgalbi

Mr. Dakgalbi restoran korea halal
Kredit: Mr.Dakgalbi Pv128 Setapak di Facebook

Di Mr. Dakgalbi, pengalaman makan bersama diutamakan. Anda dan ahli keluarga atau rakan-rakan boleh menikmati hidangan yang disaji dalam hot plate bulatan gergasi yang penuh dengan makanan-makanan seperti ayam goreng tanpa tulang, kubis goreng, ubi manis, dan banyak lagi. Jika nasi adalah wajib dalam selera anda, pilihlah set nasi goreng yang juga berserta dengan ramen dan keju.

Alamat: No 3-G, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

Masa operasi: Setiap hari, 12pm – 12am

Talian: 03-4141 6270

Status halal: Disahkan halal

Laman Web | Facebook

5.   Kyochon 1991

Kyochon 1991 restoran korea halal
Kredit: @mykyochon di Instagram

Kunjungilah Kyochon 1991 untuk menikmati ayam goreng Korea yang rangup dan lembut! Ia dilapis dengan pilihan sos madu, bawang putih, dan lada merah. Tak kira anda peminat drummettes ataupun wingettes, anda dijamin hidangan ayam yang padu. Selain menu ayam utama, anda juga boleh menikmati hidangan sampingan termasuk nasi goreng kimchi, kentang goreng manis, dan banyak lagi.

Alamat & masa operasi: Layari laman web untuk senarai penuh lokasi cawangan dan masa operasi masing-masing

Talian: 03-5879 8249

Status halal: Bebas khinzir, bebas alkohol, dan menggunakan pembekal yang disahkan oleh JAKIM.

Laman Web | Facebook | Instagram

6.   MyeongDong Topokki

myeongdong topokki restoran korea halal
Kredit: @myeongdongtopokki di Instagram

Diinspirasi dengan sebuah tempat membeli-belah yang terkenal di Seoul, MyeongDong Topokki adalah rangkaian restoran Korea halal yang menyajikan makanan street food yang autentik dan berpatutan harga. Tidak dapat dipertikaikan bahawa topokki adalah makanan wajib untuk dicuba jika anda mengunjungi sini, tetapi jangan abaikan hidangan lain seperti ramyun, jajjiangmyun, dan kimbap.

Alamat & masa operasi: Layari laman web untuk senarai penuh lokasi cawangan dan masa operasi masing-masing

Talian: 03 – 77721809

Status halal: Disahkan halal

Laman Web | Facebook | Instagram

7.   Eid Authentic Korean Cuisine

Eid Authentic Korean Cuisine restoran korea halal
Kredit: @eid.korea.my di Instagram

Dikendalikan oleh pasangan dari Korea Selatan yang beragama Islam, Eid merupakan restoran Korea halal yang terkenal di Lembah Klang. Tahukah anda bahawa ia juga mempunyai cawangan di Itaewon, Seoul? Di sini, anda akan dapat menikmati hidangan Korea sering dipaparkan dalam siri K-drama seperti nasi bulat, penkek kimchi, japchae, dan cheesy corndogs!

Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Masa Operasi: Setiap hari, 12pm – 9pm

Talian: 03-8912 4079

Status halal: Disahkan halal

Facebook | Instagram

8.   Gangnam Station

Gangnam Station
Kredit: @gangnamstationrestaurant di Instagram

Gangnam Station yang terletak di Shah Alam menawarkan makanan Korea halal yang enak sejak beberapa tahun yang lalu. Dikenali dengan hidangan set yang berpatutan yang menggunakan bahan-bahan segar, restoran yang sederhana ini menyajikan hidangan klasik Korea seperti sundubu jjigae dan dakgogi bokkeum.

Alamat: G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40150 Shah Alam, Selangor

Masa Operasi: Setiap hari, 11.30am – 10pm

Talian: 03-5887 0426

Status halal: Disahkan halal

Facebook | Instagram

9.   Sweetree

Sweetree
Kredit: @sweetreerestaurant di Instagram

Restoran Korea halal ini terkenal dengan menu besarnya yang merangkumi hidangan BBQ, ayam goreng, sup, dan banyak lagi. Tambahan itu, ia juga menawarkan makanan selain daripada selera Korea. Jadi, jika anda datang bersama teman yang tidak begitu sukakan makanan Korea, mereka boleh order pasta dan lain-lain.

Alamat: L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang

Masa Operasi: Setiap hari, 11.30am – 10pm

Talian: 017-2821550

Status halal: Disahkan halal

Laman Web | Facebook | Instagram

Jom Singgah Restoran Korea Halal Dan Mesra Muslim Hari Ini

A Topokki dish
Kredit: Marcin Skalij di Unsplash

Kami berharap senarai ini dapat membantu anda apabila anda mempunyai craving makanan Korea! Sama ada daging BBQ yang memuaskan lidah ataupun sup kimchi yang cukup menyelerakan, anda akan menemui hidangan Korea halal yang autentik di restoran-restoran ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *