9 Peralatan Dapur Ini Memudahkan Anda Memasak Di Bulan Ramadan

peralatan dapur wajib ada di rumah

Kaum ibulah yang selalunya handal di dapur tak kira bulan Ramadan, Hari Raya atau hari-hari biasa. Bila dah masuk bulan puasa ni, mereka bertungkus lumus menyediakan hidangan sahur dan buka puasa untuk keluarga tercinta. Ada yang habiskan masa berjam-jam untuk membuat persiapan dari awal hingga ke akhir. Ye la, takkan nak buat tempahan penghantaran makanan tiap-tiap hari kan? Kering poket dibuatnya. Ibu-ibu yang sibuk tak perlu khuatir sekiranya nak siapkan menu iftar dan sahur dengan adanya perkakas dan peralatan dapur moden ini yang boleh memudahkan kerja-kerja harian.

9 Peralatan Dapur Moden Untuk Memasak Dengan Cepat, Mudah Dan Jimatkan Ruang Dapur

Peralatan dapur pelbagai fungsi moden bukan sahaja menjimatkan masa anda malah menjadikan susun atur dapur kemas dan teratur. Dapur yang lengkap mesti ada sekurang-kurangnya satu perkakas dapur ni. Jom tengok satu-persatu.

1.   Air Fryer

air fryer terbaik malaysia
Kredit: PerySmith Malaysia di Shopee

Air fryer merupakan salah satu peralatan dapur moden yang menjadi kegilaan ramai orang dan wajib ada di setiap rumah. Anda boleh memasak dengan mudah menggunakan air fryer kerana ia dilengkapi dengan tetapan yang membolehkan anda memilih jenis makanan dan cara masakan yang sesuai. Teknologi air frying yang menggunakan peredaran udara panas mempercepatkan masa memasak serta tidak memerlukan minyak! 

Anda boleh nikmati ayam goreng tanpa perlu bimbang akan kalori! Nak masak makanan sejuk beku pun boleh. Bukan itu sahaja, saiz air fryer yang kecil sangat ideal untuk ruang dapur sempit kerana tak memakan ruang. Susun atur dapur pun lebih kemas.

2.   Dapur Steamboat Dan Grill Elektrik

dapur masak grill
Kredit: Bliss Home di Shopee

Anda tak perlu selalu berbuka puasa di restoran untuk menikmati makanan Korea kerana ia boleh disediakan di rumah dengan peralatan dapur moden. Nikmati steamboat dan daging grill ala Korea dengan dapur steamboat dan grill elektrik ini kerana ia bukan sahaja ringan dan mudah alih, malah tidak melekat (non stick) serta mudah dibersihkan. Ia sangat sesuai untuk keluarga kecil atau sederhana. Mesti buka puasa lebih seronok dan bermakna bila dapat makan bersama-sama ahli keluarga dengan hidangan steamboat.

3.   Dulang Nyahbeku (Defrost Tray)

peralatan memasak di dapur
Kredit: CHERRY HOUSEHOLD MALL di Shopee

Lepas ni anda dah tak perlu curah air panas atau rendam ayam sampai berjam-jam lagi kerana dulang nyahbeku dapat melembutkan bahan masakan dengan lebih cepat dan mudah. Dulang nyahbeku bukan sahaja efektif malah selamat digunakan untuk proses penyediaan makanan. Cuma letakkan sahaja bahan makanan beku di atas dulang ini dan biarkan ia selama 30 hingga 40 minit kerana proses heat transfer menyahbekukan makanan beku secara menyeluruh.

4.   Papan Pemotong 3 Dalam 1 (3-In-1)

barang keperluan dapur
Kredit: Poki Doki Official di Shopee

Papan pemotong serbaguna  juga antara peralatan dapur yang wajib ada di rumah kerana ia boleh digunakan sebagai bakul untuk mencuci sayur-sayuran atau buah-buahan dan dijadikan bekas penyimpanan selain untuk memotong. Ia juga boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanannya serta menjimatkan ruang lagi-lagi jika ruang dapur anda kecil. Selain itu, ia bukan sahaja tahan lama, selamat digunakan, dan tidak berbau, malah harganya pun amatlah berpatutan. Yang paling penting anda tak perlu basuh banyak bekas dah!

5.   Periuk Tekanan (Pressure Cooker)

pressure cooker terbaik di malaysia
Kredit: Philips Official Estore di Shopee

Anda nak makan rendang daging untuk berbuka puasa tapi risau tak sempat untuk menyediakannya? Tiada masalah kerana periuk tekanan boleh hasilkan rendang yang simple dan sedap tanpa memakan masa yang lama. Masukkan sahaja bahan-bahan untuk rendang, pilih tetapan dan biarkan proses masak berjalan secara automatik. Berbuka nanti boleh lah makan rendang dengan nasi panas! Kalau ada lebih, anda boleh simpan dan panaskan untuk sahur pula.

6.   Mini Oven

Giselle mini oven peralatan dapur
Kredit: Giselle Official Store di Shopee

Persediaan hidangan sahur bukanlah sesuatu yang mudah dibuat kerana anda mungkin perlu lebih mengejar masa. Untuk membantu anda menjimat masa menyediakan makanan di pagi-pagi buta, bolehlah dapatkan sebuah oven mini. Ia sesuai untuk menyediakan pelbagai jenis makanan seperti roti, tart telur, dan daging ayam dengan mudah sekali tanpa perlu masak panjang. Jika anda tinggal bersendirian ataupun anda biasa memakan hidangan sahur yang simple sahaja, peralatan dapur ini memang sangat berguna dan ia juga berpatutan.

7.   Pemotong Sayuran Multifungsi

Multifunction vegetable cutter peralatan dapur
Kredit: HAIHU di Shopee

Jika anda banyak menyediakan bahan sayur-sayuran dalam menu anda, pemotong sayuran multifungsi ini wajib ada! Dengan sebanyak lapan fungsi, anda boleh memotong dan menghiris bahan-bahan termasuklah lobak, kentang, bawang, dan timun dengan amat mudah and cepat sekali. Peralatan dapur ini yang diperbuat daripada stainless steel ini juga compact, ringan, dan mudah disimpan apabila tidak digunakan.

8.   Tudung Saji Bertingkat

tudung saji simpan lauk
Kredit: No6 Store di Shopee

Kalau nak dibandingkan dengan tudung saji besar, tudung saji bertingkat kelihatan lebih cantik dan kemas. Ia juga kedap udara di samping menjimatkan ruang meja makan anda. Ada juga tudung saji bertingkat yang mempunyai fungsi pemanasan untuk mengekalkan kehangatan and kesegaran makanan. Setiap tingkat tudung saji juga boleh dipisahkan untuk memudahkan penyimpanan lebihan makanan kedalam peti ais. Selain itu, tudun saji ini kukuh dan tahan lama. Memang berbaloi kalau beli ni!

9.   Smart Cooker 

peralatan dapur moden thermomix
Kredit: Thermomix® Official Store di Shopee

Siapa tak kenal dengan perkakas dapur paling moden, Thermomix atau ‘bibik Jerman’ ini? Walaupun harganya sangat mahal, ia boleh dianggap pelaburan jangka masa panjang yang sangat berbaloi kerana mempunyai lebih daripada 20 fungsi memasak. Yang tak pandai masak pun boleh jadi chef kerana ia menggabungkan 12 peralatan dapur berbeza dalam satu mesin. Ia juga mempunyai fungsi self cleaning yang memudahkan lagi tugasan anda di dapur. 

Terdapat lebih 55,000 resipi di dalam program Thermomix, jadi anda tak kempunan kalau anda teringin nak makan apa sahaja makanan dari seluruh dunia. Anda cuma perlu masukkan bahan masakan, tekan tetapan dan biarkan ia memasak secara automatik untuk anda. Saiznya juga tidaklah terlalu besar, sesuai untuk dapur kecil. Mudahkan? 

Sebagai alternatif untuk Thermomix, anda boleh dapatkan Samu Giken Smart Cooking Processor dengan harga yang jauh lebih murah! Ia mempunyai skrin paparan digital dan turut dilengkapi dengan pelbagai mod memasak. Anda cuma perlu masukkan bahan-bahan mentah dan peralatan dapur ini akan uruskan semuanya. Mudahkan?

Tak Perlu Tergesa-Gesa Lagi Untuk Memasak Dengan Adanya Peralatan Dapur Moden Serbaguna

peralatan di dapur dan barang elektronik dapur
Kredit: Thermomix® Official Store, elly’s Kitchen, Tuah kids & Toys dan Pulut Kuning Zarina Zainuddin di Shopee

Memang tak disangkal lagi perkakas dapur moden memudahkan kita semua dalam menguruskan kerja-kerja di dapur. Anda boleh hasilkan juadah dalam masa yang lebih singkat sambil mengekalkan kelazatannya. Ibu-ibu bekerjaya pun tak perlu risau lagi kalau tak sempat untuk memasak makanan berbuka, sahur dan membuat persiapan raya. Guna periuk tekanan atau instant pot pun dah boleh hasilkan rendang daging yang menjilat jari. 

Dah bosan dengan rendang? Takde masalah sebab anda boleh gunakan pelbagai perkakas dapur moden untuk memasak sambal dan membuat kuih raya untuk Aidilfitri nanti. Selamat mencuba!

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *