Nak Guna E-Panggilan Selain Grab? Anda Boleh Cuba 9 Aplikasi Alternatif Ini

A driver interacting with a passenger

Ibu-ibu sering mengingatkan kita supaya tidak naik kereta orang asing. Tetapi kini, perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) telah menjadi kebiasaan hidup untuk segolongan besar rakyat, terutamanya mereka yang berdiaman di bandar-bandar. Kita “panggil Grab” tanpa ragu-ragu jika kita tiada kenderaan atau malas memandu. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat banyak perkhidmatan e-panggilan lain di Malaysia yang juga boleh anda bergantung untuk sampai ke destinasi anda? Alternatif-alternatif ini sangat berguna apabila anda mempunyai kesulitan memanggil kereta Grab, ataupun anda ingin mencuba perkhidmatan lain atas sebab-sebab tertentu. Teruskan membaca untuk mengenali apps e-panggilan selain Grab.

9 Apps E-Panggilan Selain Grab Yang Anda Boleh Guna Di Malaysia

Setiap perkhidmatan mempunyai kebaikannya sendiri.

1.   MyCar

MyCar apps selain grab
Kredit: MyCar

Penyedia perkhidmatan e-panggilan tempatan ini kini melayani lebih daripada satu juta penumpang bulanan di 13 bandar-bandar utama di Malaysia dengan lebih 100,000 pemandu di barisannya. Aplikasi baru mereka dengan wajah baru telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu. 

Muat turun aplikasi MyCar – iOS l Android

2.   airasia ride

airasia apps selain grab
Kredit: Airasia

Tahukah anda bahawa selain menyediakan perkhidmatan penghantaran bungkusan, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan e-panggilan di Malaysia? Dilancarkan pada Ogos 2021, airasia ride kini beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Berbeza daripada platform e-panggilan lain di Malaysia yang menetapkan perjalanan untuk penumpang mengikut sistem masing-masing, AirAsia membolehkan penumpang memilih pemandu daripada senarai yang disediakan.

Muat turun aplikasi AirAsia Super App iOS l Android

3.   EzCab

EzCab apps selain grab
Kredit: Ezcab Malaysia di Facebook

EzCab menawarkan platform tempahan kenderaan dengan rangkaian teksi, kereta, van, dan juga kenderaan mewah untuk membawa penumpang ke mana-mana jua sahaja. Tersedia di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah, EzCab menyediakan sokongan pusat panggilan 24/7 dan fleksibiliti pembayaran melalui wang tunai, kad kredit, atau pelbagai e-dompet termasuk ShopeePay, TNG e-wallet, Boost, dan Alipay.

Muat turun aplikasi EzCab iOS l Android l Huawei AppGallery

4.   maxim

maxim apps selain grab
Kredit: Maxim di Facebook

maxim menyediakan perkhidmatan e-panggilan di lebih daripada 1,000 bandar di seluruh dunia sejak tahun 2003. Selain Malaysia, ia juga beroperasi di pasaran Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Vietnam, dan Filipina. Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih kadar Economy atau Comfort mengikut kemampuan dan kehendak anda. Ia merupakan alternatif app selain Grab yang baik kerana ia beroperasi di hampir semua negeri di Malaysia.

Muat turun aplikasi maxim iOS l Android l Huawei AppGallery

5.   inDrive

inDrive apps selain grab
Kredit: inDrive

Bagaimana jika anda mempunyai kebebasan untuk menetapkan harga perjalanan anda sendiri? Itulah prinsip inDrive, platform e-panggilan antarabangsa yang beroperasi dalam lebih daripada 655 bandar di 48 negara. Anda memutuskan amaun yang anda hendak bayar untuk perjalanan di inDrive, dan sebaliknya, pemandu juga boleh membuat tawaran harga. Untuk membantu pemilihan anda, aplikasi ini memaparkan rating setiap pemandu dan juga jumlah perjalanan yang telah mereka lengkapkan.

Muat turun aplikasi inDrive iOS l Android l Huawei AppGallery

6.   Riding Pink

Riding Pink apps selain grab
Kredit: Riding Pink di Facebook

Penumpang wanita biasanya lebih tenang hati jika menaik kereta pemandu wanita untuk keselamatan. Atas sebab itullah wujudnya Riding Pink. Platform e-panggilan khusus untuk wanita pertama di Malaysia membolehkan kaum wanita membuat tempahan perjalanan seawal satu jam sebelumnya, selain daripada perjalanan mingguan berkala.

Bukan itu sahaja, Riding Pink juga menawarkan perjalanan yang selamat untuk kanak-kanak. Anda boleh membuat tempahan perjalanan mingguan/bulanan untuk membawa anak-anak ke sekolah dan aktiviti harian mereka.

Muat turun aplikasi Riding Pink iOS l Android

7.   Buddy Driver

Buddy Driver apps selain grab
Kredit: Buddy Driver

Buddy Driver bukanlah perkhidmatan e-panggilan biasa. Daripada menggunakan perkhidmatan pemandu yang memandu kenderaan mereka sendiri, platform in menawarkan pemandu yang dilatih secara profesional untuk memandu kereta anda. Pemandu peribadi sehari anda ini akan menguruskan segala aktiviti perjalanan anda dan anda tidak perlu bimbang tentang perkara-perkara seperti keletihan memandu dan mencari parking.

Servis Buddy Driver boleh didapati dalam aplikasi TREVO.

Muat turun aplikasi TREVO iOS l Android

8.   Kumpool

Kumpool apps selain grab
Kredit: Kumpool

Kumpool merupakan aplikasi tempahan bas e-panggilan di Malaysia dengan kadar yang berpatutan. Platform ini menggunakan teknologi deep learning untuk menggabungkan tempahan-tempahan penumpang dalam sesuatu kawasan tertentu dan menetapkan laluan perjalanannya berdasarkan tempat naik dan turun bas semua penumpang. Kumpool menjanjikan perkhidmatan bas yang boleh dipercayai di mana anda akan dimaklum bila bas akan sampai dan laluan yang diambilnya.

Muat turun aplikasi Kumpool iOS l Android

9.   GOJO

GOJO
Kredit: GOJO

Dengan perkhidmatan di semua bandar utama di seluruh Malaysia, GOJO (singkatan bagi Good Journey) menawarkan salah satu apps e-panggilan selain Grab yang paling komprehensif di Malaysia. Setiap pemandu GOJO telah menjalani ujian saringan untuk perkara-perkara termasuk pelanggaran undang-undang jalan raya dan kes jenayah. Anda juga mempunyai akses kepada butang kecemasan SOS dalam aplikasi GOJO yang tujuan keselamatan

Muat turun aplikasi GOJO – iOS l Android l Huawei AppGallery

Jom Cuba Apps E-Panggilan Selain Grab Hari Ini

A lady passenger in a car
Kredit: Buddy Driver

Lanskap e-panggilan di Malaysia pastinya tidak kekurangan pembekal perkhidmatan. Walaupun majoriti akan terus bergantung kepada Grab, platform-platform lain menyediakan alternatif persaingan untuk memenuhi permintaan dan kepelbagaian kehendak orang ramai. Sama ada anda mencari tambang yang lebih murah atau jenis servis mengikut keperluan peribadi anda, ketahuilah bahawa terdapat pelbagai apps selain Grab yang boleh anda panggil bila-bila masa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *