Kehangatan cuaca sepanjang tahun merupakan realiti hidup di Malaysia. Bagi mereka yang berkemampuan, penghawa dingin adalah wajib ada di rumah. Tetapi bukan semua orang akan pilih untuk memasang penghawa dingin di rumah disebabkan kos elektrik bulanan yang tinggi. Untuk menjimatkan kos, kipas berdiri merupakan alternatif yang jauh lebih berpatutan untuk menyejukkan ruang rumah. Nak tahu apakah model-model kipas berdiri terbaik yang ada di pasaran sekarang? Lihat rekomendasi-rekomendasi kami.
11 Rekomendasi Kipas Berdiri Terbaik Di Malaysia
Kipas berdiri moden datang dalam pelbagai bentuk dan saiz (bahkan ada yang boleh berubah bentuk). Model-model kipas berdiri terbaik berikutnya dilengkapi dengan ciri-ciri berguna.
1. SAMView Stand Fan
Salah satu model kipas berdiri terbaik dan yang paling laris di Shopee Malaysia, kipas berdiri SamView menampilkan tiga kawalan kelajuan yang sesuai dalam cuaca panas sederhana serta cuaca panas terik. Lima bilah kipas aerofoil-nya sangat fleksibel dan boleh menghasilkan kitaran udara yang kuat.
2. Xiaomi Mijia Smart Standing Fan 2
Kipas berdiri dari Xiaomi ini merupakan “kipas pintar“ yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih selain juga menyokong kawalan suara. Dari segi fungsi pula, ia mempunyai dua lapisan bilah yang berputar secara serentak untuk menguatkan aliran udara. Anda boleh menetapkan tahap kelajuan kipas di mana-mana tahap dari 1 ke 100. Ciri-ciri utama lain termasuk sudut tiupan 140°, operasi berbunyi rendah, dan fleksibiliti untuk digunakan sebagai kipas lantai atau kipas meja.
3. Khind Tower Fan
Tower fan keluaran Khind memaparkan ciri-ciri seperti tetapan tiga kelajuan, timer sehingga 8 jam, perlindungan dari overheating, dan osilasi automatik sehingga 50°. Anda boleh menetapkannya kepada mod normal, mod tidur, atau mod natural untuk memenuhi keperluan penyejukan anda pada waktu-waktu berbeza sepanjang hari. Selain daripada panel kawalan sentuhan, ia juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh untuk meningkatkan kemudahan penggunaan.
4. PerySmith Bladeless Tower Fan Zefer Series T11
Dengan penampilan yang futuristik, kipas berdiri PerySmith Zefer Series T11 pastinya menjadi topik perbualan setiap kali rumah menerima tetamu. Dari segi fungsi, Teknologi Zefer mampu memberikan aliran udara kuat yang konsisten tanpa menghasilkan bunyi kuat (hanya 35dB). Tambahan pula, skrin paparan digital yang besar dan panel sentuhan soft-touch memberikan pengalaman pengguna yang premium.
5. Midea Tower Fan
Satu lagi kipas jenis tower fan serba berpatutan yang boleh anda pertimbangkan adalah model dari Midea ini. Ia memberikan tiupan yang kuat tetapi senyap dengan tiga tetapan kelajuan, fungsi timer, dan fungsi osilasi yang memperluaskan kawasan penyejukan. Siap dengan pemegang sekali, ia boleh dipindah ke mana-mana ruang rumah dengan senang.
6. Samu Giken Bladeless Tower Fan
Satu lagi kipas berdiri jenis tower fan yang kami syorkan adalah model tanpa bilah dari Samu Giken. Ia sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dengan reka bentuk tanpa bilah yang menjamin keselamatan. Selain dari fungsi kipas, model ini juga mempunyai fungsi purifier yang boleh mengeluarkan sehingga 99.95% alergen serta bahan pencemar dari udara.
7. JISULIFE Rechargeable Portable Fan
Dari segi kemudahan mudah alih, kami rekomen kipas berdiri terbaik tanpa wayar ini dari JISULIFE. Bateri Li-Ion yang terbina dalam kipas ini mempunyai ketahanan sehingga 28 jam antara cas. dan ia boleh dicas dengan pantas melalui USB-C. Meskipun saiznya lebih kecil daripada kebanyakan kipas berdiri, ia mampu meniup dengan kuat. Anda boleh merasai angin kuat dari jarak lapan meter!
8. Khind Stand Fan
Bagi mereka yang tidak memerlukan fungsi-fungsi tambahan pada kipas berdiri selain fungsi asasnya, kipas Khind ini merupakan pilihan yang mantap. Dengan lebih 20,000 unit terjual di Shopee, ia jelas mendapat pengiktirafan ramai.
Ia mempunyai lima bilah berukuran 16 inci dan tiga tetapan kelajuan yang dapat memberikan prestasi penyejukan yang memuaskan. Tambahan pula dengan harganya yang serba berpatutan serta banyak ulasan-ulasan positif, ia disah salah satu model kipas berdiri terbaik di Malaysia.
9. ELBA 2-in-1 Convertible Stand Fan
Unit keluaran ELBA ini mempunyai reka bentuk fleksibel 2-dalam-1 yang boleh bertukar-tukar bentuk antara kipas berdiri dan kipas meja dengan ketinggian yang boleh disesuaikan mengikut kesukaan anda. Selain itu, ia mempunyai lima bilah A5 dengan tiga tetapan kelajuan kipas dan sudut osilasi yang luas. Terdapat juga fius keselamatan thermal di dalamnya untuk keselamatan tambahan.
10. Acson Foldable Floor Fan
Pernahkah anda melihat kipas berdiri yang boleh dilipat? Kipas foldable Acson ini boleh diruntuhkan kepada saiz serupa sebuah pembersih vakum robot menjadikannya senang dibawa ke mana-mana sahaja. Dari segi spesifikasi, kipas ini mempunyai lapan tahap aliran udara boleh laras dengan sudut hayunan menegak 180° dan hayunan mendatar automatik. Ia adalah model tanpa wayar yang beroperasi dengan bateri.
11. Opolar 4-In-1 Multifunctional Fan
Kipas multi-fungsi dari Opolar ini berbaloi dilihat jika anda inginkan kipas berdiri yang versatil dan mudah diangkut. Dengan ketinggian 42cm yang boleh dipanjangkan lagi sampai ke 110cm, ia sesuai dijadikan kipas meja atau kipas berdiri mengikut kehendak semasa. Tambahan lagi, anda boleh melipatnya kepada saiz mudah alih yang memudahkan pengangkutan atau penyimpanan. Dengan bateri terbina 10,000mAh, kipas ini boleh beroperasi sehingga 20 jam di antara cas.
Jika Tidak Mampu Pasang Aircond, Dapatkan Salah Satu Model Kipas Berdiri Terbaik Ini
Bukan semua orang mampu memasang penghawa dingin dan menampung bil elektrik bulanan yang tinggi. Kipas siling di rumah pula kadang-kadang tidak mencukupi untuk memberikan penyamanan udara yang selesa lebih-lebih lagi pada musim cuaca panas teruk. Kipas berdiri merupakan alternatif terbaik untuk memerangi iklim panas tanpa perlu berbelanja besar.
Baca lebih lagi: Kos Penghawa Dingin Tinggi? Pilih Air Cooler Untuk Penyejukan Efektif Tanpa Perbelanjaan Besar