Kos Penghawa Dingin Tinggi? Pilih Air Cooler Untuk Penyejukan Efektif Tanpa Perbelanjaan Besar

An air cooler in a room

Tiap-tiap tahun, rakyat Malaysia kena menghadapi cuaca panas terik pada bulan-bulan tertentu. Tetapi, awal pertengahan tahun 2024 melihatkan cuaca yang lebih panas dari biasa akibat gelombang haba yang disebabkan oleh fenomena El Nino yang tengah melanda rantau-rantau negara tropika. Dengan ramalan cuaca panas ini yang akan berlanjutan sehingga pertengahan tahun, anda mungkin memerlukan lebih banyak penyaman udara di rumah untuk keselesaan penghuni. Selain dari penghawa dingin, anda juga boleh mendapatkan air cooler yang lebih mesra poket dan fleksibel. Baca lebih lanjut untuk ketahui air cooler terbaik di Malaysia di pasaran hari ini.

11 Air Cooler Terbaik Di Pasaran Malaysia

Nyamankan udara di rumah tanpa bil elektrik yang mengejutkan

1.   Electrova iPure Series Evaporative Portable Air Cooler ET-AC01

Electrova iPure Series Evaporative Portable Air Cooler ET-AC01 air cooler terbaik Malaysia
Kredit: Electrova

Air cooler dari Electrova ini merupakan mesin 3-dalam-1 yang menawarkan tiga kaedah penyejukan iaitu melalui air, kotak ais, dan kipas (tanpa air). Ia mempunyai sudut peniupan 60° dan tiga mod kelajuan, iaitu mod angin tidur, mod angin semulajadi, dan mod angin normal. Ia juga dilengkapi dengan tangki air 7L dan empat kotak ais yang boleh digunakan semula.

2.   Mind 4-in-1 Ionizer Air Cooler

Mind 4-in-1 Ionizer Air Cooler air cooler terbaik malaysia
Kredit: Selamat Official Store di Shopee

Penyejuk udara Mind 4-in-1 Ionizer menambahkan ciri penapis udara di atas fungsi penyejuk udara, pelembab udara (humidifier), dan kipas, menjadikannya salah satu model air cooler terbaik di pasaran Malaysia yang anda boleh beli. Juga terdapat ciri ionizing yang mengurangkan pencemar di udara. Model ini mempunyai tangki air 20L yang boleh bertahan sehingga 48 jam.

3.   Sharp Air Cooler

Sharp air cooler best air cooler malaysia
Kredit: Smart Lifestyle Distributor di Shopee

Penyejuk udara buatan Sharp ini menjanjikan operasi yang lebih lancar dan senyap dengan tahap bunyi serendah 55 dB. Ia juga mempunyai ciri penjimatan tenaga untuk penggunaan yang lebih ekonomi serta dilengkapi dengan alat kawalan jauh. Lebihan lagi, Ia mempunyai rekaan ergonomik yang menyenangkan penyelenggaraan.

4.   PerySmith T9 Air Cooler

PerySmith T9
Kredit: PerySmith

Dengan teknologi Zefer, penyejuk udara PerySmith ini menampilkan reka bentuk putaran unik pada sudut 45° yang mampu menghasilkan sirkulasi udara optimum melalui tiupan udara yang konsisten dari satu sudut. Teknologi eksklusif ini juga menghasilkan operasi tanpa bunyi. Selain itu, ia dilengkapi dengan penapis berbentuk sarang lebah yang meningkatkan kesan penyejukan dan penapisan udara.

5.   Russell Taylors iCool Air Cooler

Russell Taylors iCool
Kredit: Russell Taylors

Dengan reka bentuknya yang ringan, penyejuk udara Russell Taylors ini mudah digerakkan untuk memberi kesejukan ke mana-mana sudut di rumah yang memerlukannya. Berbanding dengan penyaman udara lain yang biasanya menggunakan lebih daripada 3500 watt, iCool air cooler hanya menggunakan 80 watt tenaga sahaja. Di samping itu, ia disokong dengan jaminan dua tahun.

6.   Honeywell Evaporative Air Cooler

Honeywell Evaporative Air Cooler air cooler terbaik malaysia
Kredit: Smart Lifestyle Distributor di Shopee

Dengan jarak peniupan udara sehingga 33 kaki, penyejuk udara dari Honeywell ini sesuai untuk penyejukan ruang bersaiz sederhana seperti bilik tidur dan ruang tamu. Ia bukan sahaja mempunyai bahagian pemuatan di atas yang memudahkan pengisian ais, mesin ini juga dilengkapi dengan roda untuk pergerakan mudah dan penyejukan fleksibel dari bilik ke bilik.

7.   Morgan MAC-COOL1B Air Cooler

Morgan MAC-COOL1B
Kredit: Smart Lifestyle Distributor di Shopee

Salah satu model penyejuk udara yang paling laris di Malaysia, air cooler Morgan MAC-COOL1B walaupun berpatutan tetapi penuh dengan fungsi-fungsi termasuk tiga kelajuan kipas, louver auto swing, dan penapis sarang lebah dengan penutup tahan habuk yang lebih tahan lama. Selain daripada penyejukan udara, ia juga boleh melembabkan udara.

8.   Pensonic 20L Air Cooler with WiFi

Pensonic air cooler terbaik malaysia
Kredit: SNF Online di Shopee

Terdapat model-model penyejuk udara yang dilengkapi dengan alat kawalan jauh untuk kesenangan pengguna. Penyejuk udara Pensonic ini siap datang lagi dengan fungsi kawalan WiFi. Dengan ini, anda boleh mengendalikan mesin walaupun berada di luar rumah, selagi ia disambungkan ke rangkaian WiFi. Sebelum anda sampai di rumah, dah boleh menyejukkan ruang tamu terlebih dahulu!

9.   Cocca Evaporative Air Cooler

Cocca Evaporative Air Cooler air cooler terbaik malaysia
Kredit: U Store di Shopee

Jika penyejuk udara dengan kapasiti tangki air 20L masih tidak mencukupi untuk keperluan anda, bolehlah dapatkan air cooler dari Cocca yang terdapat dalam kapasiti 30L, 40L, 60L, dan 100L! Ini adalah antara air cooler heavy duty terbaik di Malaysia untuk menyejukkan ruang atau kawasan yang besar. Ia berfungsi dengan menggunakan air atau tanpa air (mod kipas).

10.   Hericaine Portable Air Cooler

Hericaine Portable Air Cooler air cooler terbaik malaysia
Kredit: Hericaine Vacuum Store di Shopee

Kebanyakan penyejuk udara di pasaran adalah unit lantai. Jika anda tercari-cari model yang boleh diletakkan di mana-mana permukaan, penyejuk udara mudah alih dari Hericaine ini wajib dipertimbangkan. Dengan rekaan mini, ia sesuai diletakkan di meja tulis, meja sisi katil, ataupun mana mana saja tempat yang memerlukannya.

11.   Xiaomi Microhoo Mini Air Cooler

Xiaomi Microhoo
Kredit: lcmarketingnetworkmedia di Shopee

Air cooler mini buatan Xiaomi ini mempamerkan ciri-ciri canggih seperti panel kawalan skrin sentuh dan sokongan aplikasi mudah alih yang boleh memaparkan paras tangki air terus di telefon bimbit pengguna. Selain itu, penyejuk udara ini boleh dicas melalui USB-C.

Kekal Sejuk Tanpa Penghawa Dingin Dengan Menggunakan Salah Satu Model Air Cooler Terbaik Di Malaysia Ini

A hand touching a button on an air cooler
Kredit: Perysmith

Walaupun penghawa dingin tetap menjadi pilihan paling popular di rumah-rumah di Malaysia, air cooler adalah alternatif terbaik seterusnya dengan kelebihan-kelebihan tertentu seperti lebih mesra dompet and alam sekitar. Mereka yang tidak mempunyai penghawa dingin di rumah bolehlah pertimbang untuk mendapatkan air cooler terbaik di Malaysia yang amat berkesan untuk melawan cuaca panas.

Baca selanjutnya: Nak Sejukkan Rumah Tanpa Penghawa Dingin? Dapatkan Kipas-Kipas Siling Terbaik Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *