Nak Sejukkan Rumah Tanpa Penghawa Dingin? Dapatkan Kipas-Kipas Siling Terbaik Ini

Ceiling Fan Ideas

Adakah anda sedang mencari kipas siling terbaik yang bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi juga menarik dari segi reka bentuk? Salah satu kesilapan yang biasanya dilakukan ramai apabila membeli kipas siling adalah membuat pilihan tanpa mengambil kira beberapa faktor. Ini termasuk saiz bilik, jenis bilah, gaya, dan pencahayaan. Untuk mendapatkan kipas siling terbaik yang dapat memenuhi keperluan anda sekeluarga, adalah penting untuk mengambil kira perkara-perkara ini sebelum membuka dompet.

Tips-Tips Memilih Kipas Siling Yang Sesuai Untuk Rumah Anda

Pertimbangkan soalan-soalan berikut apabila mencari kipas siling terbaik untuk rumah kediaman anda.

Berapakah besar bilik anda? Faktor penting yang perlu diberi pertimbangan adalah saiz bilik. Elakkan daripada mendapatkan kipas dengan bilah panjang untuk bilik kecil kerana ia akan menghasilkan aliran angin yang tidak stabil dan membuatkan kipas bergoyang dan berbunyi.

Berapakah bilah kipas yang perlu ada untuk aliran angin terbaik? Biasanya, kipas dengan tiga bilah dianggap ideal untuk aliran angin yang baik. Kipas yang mempunyai banyak bilah berjalan lebih senyap tetapi tidak begitu cekap dalam mengitar udara. Ini kerana bilah tambahan akan meningkatkan rintangan motor dan melambatkan pergerakannya.

Adakah kipas dengan bilah logam lebih baik? Ketahanan bilah logam adalah lebih baik, dan ia menghasilkan aliran angin yang lebih kuat yang menjadikannya sesuai untuk bilik yang besar. Terdapat juga pilihan lain yang dipanggil ABS (Acrylonitrile Butadiene Styrene) iaitu sejenis termoplastik premium. Popularitinya semakin meningkat di kalangan pengeluar dan juga pelanggan kerana harganya yang lebih berpatutan.

Apakah gaya estetik yang anda inginkan? Tentukan estetik yang anda inginkan untuk ruang rumah. Sebuah kipas hitam akan menonjolkan rupa bilik minimalis manakala kipas putih akan menjadikan suasana lebih “ringan” dan selesa untuk mata.

Adakah anda memerlukan kipas siling bersertakan lampu? Jika ruang atau bilik anda kecil, anda patut pertimbangkan untuk mendapatkan sebuah kipas siling dengan lampu terbina untuk menjimat ruang.

Dengan itu, berikut adalah beberapa model kipas siling terbaik yang menjadi pilihan orang ramai dan boleh didapati di Shopee.

11 Kipas Siling Terbaik Yang Boleh Didapati Di Pasaran Malaysia

Opsyen terbaik selepas penghawa dingin.

1.   Rezo Ventus MY56

Rezo Ceiling Fan kipas siling terbaik
Kredit: The White Goods di Shopee

Dengan reka bentuk yang serba moden dan jualan terbaik, kipas siling Rezo Ventus MY56 mempunyai lima bilah ABS dengan lima tahap kelajuan yang memberikan aliran udara yang kuat. Ia juga beroperasi dengan senyap. Jika anda ingin membuat kenyataan gaya minimalis rumah anda, varian hitam mat memang sesuai sekali.

Diameter 56 inci
Bilangan Bilah

5

Tahap Kelajuan

5

Warna Hitam Mat, Putih Mat

2.   Khind CF615

Khind Ceiling Fan kipas siling terbaik
Kredit: Smart Lifestyle Distributor di Shopee

Khind merupakan antara jenama peralatan rumah tempatan yang paling dipercayai di Malaysia. Kipas siling Khind 60″ CF615 dilengkapi dengan tiga bilah logam yang dilapisi serbuk untuk menguatkan ketahanan. Bilah kipas logam sesuai untuk ruang besar dan terletak tinggi dari lantai.

Selain itu, kipas siling ini dilengkapi dengan pelindung termal keselamatan yang direka untuk memutuskan sambungan elektrik jika terdapat insiden overheat.

Diameter 60 inci
Bilangan Bilah

3

Tahap Kelajuan

5

Warna Hitam, Putih

3.   Panasonic F-M15A0VBWH

Panasonic F-M15A0VBWH kipas siling terbaik
Kredit: Smart Lifestyle Distributor di Shopee

Salah satu jenama yang dipercayai dari generasi ke generasi. Panasonic F-M15A0VBWH hadir dalam warna putih atau kelabu gelap. Regulator elektronik lima kelajuan menawarkan anda pelbagai pilihan aliran angin yang sesuai untuk keadaan dan cuaca semasa. 

Ciri-ciri keselamatan kipas ini termasuk cut-off safety switch untuk memutuskan bekalan tenaga jika ia mengalami kerosakan, blade safety plate untuk mencegah bilah kipas terputus dan jatuh dari siling, dan thermal safety fuse untuk mencegah kejutan elektrik.

Diameter 60 inci
Bilangan Bilah

3

Tahap Kelajuan

5

Warna Putih, Kelabu Gelap

4.   KDK K15V0

KDK K15V0 kipas siling terbaik
Kredit: eBuddy Official Store di Shopee

Kipas siling jenama KDK adalah satu lagi nama yang dipercayai di kalangan rakyat Malaysia. Kelebihan kipas siling K15V0 ini termasuk reka bentuk yang ringkas dan kuat. Ia juga ditingkatkan dengan cut-off safety switch and blade safety plate di samping motor kondensor yang jimat tenaga.

Diameter 60 inci
Bilangan Bilah

3

Tahap Kelajuan

5

Warna Hitam, Putih

5.   Alpha Cosa Xpress 54 LED

Alpha Cosa Xpress 54 LED kipas siling terbaik
Kredit: Alpha Malaysia

Jika anda memerlukan kipas siling dengan lampu terbina, boleh lihatkan Alpha Cosa Xpress 54 LED. Penawaran terbaru dari Alpha Malaysia ini mempunyai lima bilah yang diperbuat daripada ABS. Ia ditawarkan dalam warna hitam mat, putih mat, dan walnut dengan reka bentuk yang ringkas dan moden untuk memenuhi cita rasa pengguna terkini.

Diameter 54 inci
Bilangan Bilah

5

Tahap Kelajuan

4

Warna Hitam Mat, Putih Mat, Walnut

6.   Deka Kronos

Deka Kronos kipas siling terbaik
Kredit: Elektrik Shing Hing Sdn Bhd di Shopee

Dengan empat pilihan warna, Deka Kronos boleh melengkapkan estetik unik bilik anda. Anda boleh menetapkan timer untuk satu, tiga, atau enam jam, dan ia juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh untuk memudahkan kawalan dari mana-mana sudut bilik.

Anda boleh membeli kipas siling ini dalam satu pakej tunggal ataupun pakej kembar (dua unit). Deka menawarkan jaminan satu tahun serta jaminan untuk motor kipas selama tiga tahun.

Diameter 56 inci
Bilangan Bilah

5

Tahap Kelajuan

5

Warna Hitam, Putih, Walnut, Pinewood

7.   Sharp 5 Blade

Sharp 5 Blade
Kredit: SNF Online di Shopee

Jika anda mahukan kipas siling yang kelihatan moden, Sharp 5 Blade patut diberi perhatian. Ia mempunyai reka bentuk yang bergaya dan tersedia dalam warna hitam yang pastinya lebih menarik mata berbanding kipas siling biasa.

Ia menghasilkan aliran angin yang kuat sementara motor DC memberikan penjimatan tenaga sehingga 55% serta operasi yang lebih senyap. Sebuah alat kawalan jauh juga disertakan sekali.

Diameter 56 inci
Bilangan Bilah

5

Tahap Kelajuan

3

Warna Hitam, Putih

8.  FANZÓ Turbo Ceiling Fan

FANZÓ Turbo Ceiling Fan kipas siling terbaik
Kredit: FANZO Malaysia di Shopee

Kebanyakan kipas siling mempunyai tahap kelajuan yang tidak melebihi enam peringkat, tetapi kipas siling keluaran FANZÓ ini memberikan 14 peringkat! Dengan tujuh peringkat “forward” dan tujuh peringkat “reverse”,  anda boleh mengawal tahap kelajuan dengan lebih tepat mengikut kesukaan anda. Lebihan itu, ia juga mempunyai fungsi memory speed function yang boleh mengingati tetapan terakhir kipas dibuka. Terdapat juga model “Baby” yang berdiameter 46 inci.

Diameter 56 inci
Bilangan Bilah

5

Tahap Kelajuan

14

Warna Hitam Mat, Putih, Dark Wood, Pine Wood

9.   Ecoluxe Eco-266

Ecoluxe Eco-266 kipas siling terbaik
Kredit: EcoluxeMalaysia di Shopee

Inginkan kipas siling yang estetik untuk mencantikkan ruang bilik anda? Kipas dari Ecoluxe ini mempunyai rekaan bilah yang boleh dikatakan comel sekali. Selain dari rupanya yang unik, kipas siling ini juga mempamerkan teknologi terkini yang menjanjikan operasi yang senyap serta jimat tenaga.

Diameter 30 inci
Bilangan Bilah

5

Tahap Kelajuan

6

Warna Hitam, Putih, Hitam + Dark Wood, Putih + Sky Wood

10.   Panasonic F-M15EC

Panasonic F-M15EC kipas siling terbaik
Kredit: Panasonic Official Store di Shopee

Jika anda mempunyai duit perbelanjaan lebih dan inginkan yang terbaik, kipas siling Panasonic ini sukar ditandingi berdasarkan jumlah fungsi yang ditawarkan. Selain dari fungsi-fungsi seperti pengaliran udara yang lebih luas, reverse function (putaran mengikut arah jam), dan sistem motor pintar, kipas siling ini juga mempunyai kawalan WiFi yang membolehkannya dikawal dengan telefon bimbit dimana-mana jua anda berada. Panasonic juga menghasilkan sebuah model yang bersertakan lampu sekali.

Diameter 60 inci
Bilangan Bilah

5

Tahap Kelajuan

6

Warna Hitam

11.   Kimviento Portable Ceiling Fan

Kimviento Portable Ceiling Fan kipas siling terbaik
Kredit: kimviento di Shopee

Pernahkah anda melihat kipas siling mudah alih? Dengan saiz yang boleh dilipat dan digenggam di tangan, kipas siling dari Kimviento ini yang beroperasi dengan bateri boleh dibawa dan digunakan di mana-mana asalkan ia boleh digantung. Walaupun ia tidak memberikan pengaliran udara sebesar kipas siling biasa, model mudah alih ini amat berguna untuk memberikan sedikit sebanyak kenyamanan udara di tempat-tempat tanpa sebarang alat penyejukan.

Diameter 260mm
Bilangan Bilah

2

Tahap Kelajuan

3

Warna Hitam

Nyamankan Rumah Anda Secukupnya Dengan Kipas-Kipas Siling Terbaik Ini Di Malaysia

Ceiling Fan In Bedroom
Kredit: Spacejoy di Unsplash

Untuk masa depan, pengeluar kipas akan terus berinovasi dan mencipta kipas siling moden yang dapat memenuhi keperluan fungsi dan estetik para pengguna. Dengan kepelbagaian faktor yang perlu dipertimbangkan, kami berharap panduan ini dapat membantu anda menilai dan mencari kipas siling terbaik untuk kediaman anda. Model manakah yang menarik perhatian anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *