Tip Beli Kain Pasang Terkini, Corak Terbaru Dan Di Mana Nak Beli Untuk Persiapan Raya

kain pasang murah

Anda dah ada tema Baju Raya 2022? Sekarang, terdapat banyak corak kain pasang terkini di pasaran yang ada boleh jadikan Baju Raya ataupun baju kenduri. Semuanya cantik-cantik, feminin dan anda boleh beli online dengan harga yang sangat berpatutan. Jom kita tengok.

Apa Itu Kain Pasang?

kain pasang terkini
Kredit: Cotton Craze di Shopee

Kain pasang turut dikenali sebagai kain ela, tetapi ukurannya tidak sama. Ia terdapat dalam bidang 45 dan bidang 60. Bidang 45 hanya cukup untuk menghasilkan Baju Kurung atau Baju Kebaya manakala bidang 60 sesuai untuk baju labuh seperti gaun/dress atau jubah.

4 Tip Beli Kain Pasang Terkini Untuk Persiapan Hari Raya Atau Kenduri

Anda pasti teruja tapi ingat bahawa beli kain pasang tak semudah membeli baju yang siap untuk dipakai kerana ukuran yang salah akan menyebabkan fabrik tidak mencukupi untuk menghasilkan busana idaman anda. Ada beberapa tip untuk pastikan anda beli kain pasang dengan ukuran yang betul. 

Pastikan Anda Membeli Kain Pasang Dalam Ukuran 4 Meter, Bukan 4 Ela

kain baju kurung moden
Kredit: Hana Naila Collection di Shopee

Kain pasang selalunya dijual dalam ukuran 4 ela, bukan 4 meter. Pastikan anda membeli kain pasang dalam ukuran 4 meter dan bukannya 4 ela, terutamanya jika anda beli kain yang telah digunting sepasang. Hal ini demikian kerana, sekiranya fabrik yang dijual sebenarnya adalah 4 ela, ini bermakna kain yang telah dipotong tidak mencukupi untuk menghasilkan Baju Raya yang anda inginkan. Ingat, 4 meter TAK SAMA dengan 4 ela.

Sukar Untuk Digunting Bagi Menghasilkan Busana Yang Diingini Sekiranya Fabrik Tidak Mencukupi

kain pasang terbaru
Kredit: pina messina dari Unsplash

4 meter merupakan ukuran minimum yang diperlukan untuk menghasilkan busana bagi mereka yang bersaiz sederhana. Sekiranya fabrik tidak mencukupi, ia sukar digunting lebih-lebih lagi jika anda berbadan besar. Untuk menghasilkan gaun kembang ala-ala Puteri Disney, Baju Kurung Pahang ataupun Kebaya adalah lebih rumit kerana kesemua busana ini memerlukan kain pasang berukuran tidak kurang dari 4 meter. Pastikan anda beli kain pasang yang mencukupi untuk menghasilkan baju idaman anda. 

Beli Kain Pasang 4 Meter Setengah Untuk Ukuran Yang Paling Sesuai

kain pasang untuk badan besar
Kredit: Firdausamira di Shopee

Beli kain pasang berukur 4 meter setengah jika anda bersaiz besar dan tinggi. Ini juga merupakan ukuran yang paling ideal untuk menghasilkan pelbagai jenis busana. Elak beli kain pasang bidang 60 yang tidak tepat ukurannya.

Dapatkan Bantuan Tukang Jahit Untuk Ukuran Fabrik Yang Tepat

kain pasang untuk baju kurung
Kredit: Riccardo Scauri dari Unsplash

Sekiranya kurang pasti tentang ukuran fabrik, tanyakan pendapat serta cadangan tukang jahit sebelum anda beli kain pasang, lebih-lebih lagi kalau fabrik tersebut mempunyai mempunyai corak yang berjalur-jalur dan mempunyai corak yang berkaki. Kain pasang berukuran 4 meter adalah yang paling sesuai untuk menghasilkan busana yang selesa.

Corak Kain Pasang Terkini 2022

jenis kain pasang
Kredit: D’Noor Collection di Shopee

Ada banyak kain pasang corak terkini yang mengikut trend, sesuai dengan citarasa dan personaliti anda.

Kain Pasang Cotton (Kapas)

kain pasang cotton 2022
Kredit: Kain Pasang Kilang Ana Textile di Shopee

Kain pasang cotton ini tidak jarang dan sesuai digunakan untuk menghasil pelbagai jenis baju, termasuk Baju Kurung. Ia menyerap peluh, selesa dipakai dan mudah dicuci. Fabrik ini juga boleh digunakan untuk projek jahitan tampal cantum, sarung bantal dan lain-lain lagi.

Kain Pasang Como Crepe 

kain plain como crepe
Kredit: Hujweri Songket Tenun di Shopee

Kain Pasang Como Crepe bukan sahaja kain pasang terkini yang mudah dipakai malah anda juga tak perlu menggosoknya kerana ia tidak mudah berkedut. Beli kain pasang jenis ini sekiranya anda inginkan fabrik yang berat, jatuh, dan tidak perlukan lining. Jadi, anda tak perlukan kain dalam.

Kain Pasang Premium 3D Embroidery Cotton

jenis kain embroidery cotton
Kredit: Your’s Store di Shopee

Kain Pasang Premium 3D Embroidery Cotton berkualiti eksklusif ini merupakan kain pasang terkini gabungan fabrik kapas, crepe dan como. Ia tidak perlu digosok, tidak jarang, kemas dan terletak. Fabriknya juga berat, lembut dan sejuk untuk si pemakai, sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas.

Kain Pasang Sulam

cara ukur kain pasang
Kredit: Hujweri Songket Tenun di Shopee

Beli Kain Pasang Sulam sekiranya anda inginkan baju yang tampak mewah dan elegan. Fabriknya tidak nipis, tidak berbulu dan tidak panas. Anda cuma perlu menjaga kain sulam dengan baik seperti tidak digosok dengan suhu terlalu panas, serta cuci fabrik dengan tangan.

Dekat Mana Nak Beli Kain Pasang Terkini Online

Tak perlu ke kedai fizikal pun sekiranya anda nak beli kain pasang. Anda boleh pilih yang paling berkenan untuk dijadikan Baju Raya secara online. Yang mana satu idaman kalbu?

Jakel Wholesale Official Store

kain pasang online jakel
Kredit: Jakel Wholesale Official Store di Shopee

Jakel merupakan syarikat 100% hak milik Bumiputera yang berpengalaman dalam industri tekstil dan menjual pelbagai jenis kain secara pukal atau borong dengan harga murah. Beli kain pasang terkini di Jakel seperti fabrik crepe, chiffon, como crepe dan banyak lagi.

Kain Pasang Kilang Ana Textile

pemborong kain pasang
Kredit: Kain Pasang Kilang Ana Textile di Shopee

Kain Pasang Kilang Ana Textile menawarkan harga pemborong dengan kualiti tinggi kepada pembeli. Mereka menjual pelbagai jenis fabrik kain pasang terkini seperti Nippon Silk, Dull Satin, Cotton Lycra, Japanese Cotton dan banyak lagi.  Anda juga boleh dapatkan kain murah pada harga lelong!

Kamdar Official

pembekal kain pasang terkini
Kredit: Kamdar Official di Shopee

Anda boleh hubungi Kamdar secara terus untuk belian borong. Mereka menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk Hari Raya 2022 seperti Cleona Pearl Satin, Isabel Moss Crepe dan terdapat juga songket asli, bukan cetak.

Nagoya Textiles and Fashion

kain pasang terkini di nagoya
Kredit: Nagoya Textiles and Fashion di Shopee

Dapatkan kain pasang terkini di Nagoya Textiles and Fashion. Ada banyak pilihan memukau untuk kain bercorak bunga, kain kosong dan kain cotton. Harganya juga berpatutan dan mampu milik.

Hasilkan Fesyen Muslimah Hijabista Dengan Kain Pasang Terkini

gubahan kain pasang terkini
Kredit: Solehah Inspire Official di Shopee

Kain pasang tak semestinya untuk Baju Kurung sahaja. Anda boleh hasilkan fesyen Muslimah hijabista untuk inspirasi fesyen moden. Corak fabrik yang cantik boleh dijadikan gaun labuh atau jubah yang akan menyerlahkan penampilan anda tanpa perlu berlebihan.

Sekiranya anda ingin hasilkan baju untuk kanak-kanak menggunakan kain pasang, anda boleh dapatkan inspirasi dan idea dari koleksi Baju Kurung dan Baju Melayu budak terbaru supaya mereka juga tidak ketinggalan bergaya di Hari Raya. 

Leave a Reply