Belum Dapatkan Hadiah Untuk Hari Ibu Lagi? Mari Lihat Idea-Idea Yang Praktikal Ini

Mothers Day Gift Ideas

Hari ibu dah hampir tiba. Hari istimewa ini adalah masa untuk kita semua menghargai insan yang telah banyak berkorban melahirkan dan membesarkan kita. Walaupun kita patut beri penghargaan sepanjang masa, hari ibu merupakan peluang keemasan untuk melakukan sesuatu yang lebih istimewa. Jika anda sedang mencari idea hadiah untuk hari ibu, kami di sini sedia membantu. Tak kiralah ibu anda pakar masak, aktif bersenam, ataupun seseorang yang mementingkan penampilan, anda pasti boleh mencari sesuatu yang sesuai dalam senarai ini.

Idea-Idea Hadiah Untuk Hari Ibu Mengikut Kegemaran Dan Keperluan Mereka

Untuk Para Ibu Yang Suka Memasak

Set alat memasak Tefal hadiah untuk hari ibu
Kredit: Tefal Official Shop di Shopee

Adakah ibu anda giat meluangkan masa di dapur mencuba dan menghasilkan hidangan serta resipi yang baru? Jika ya, barangan dapur yang baru sudah tentunya hadiah untuk hari ibu yang terbaik, terutamanya jika beliau telah bertahun-tahun menggunakan barangan dapur yang sama.

Kami mengesyorkan set alat memasak Tefal yang mengandungi pelbagai kuali dan periuk berkualiti tinggi yang tidak melekat (non-stick). Set ini sesuai digunakan untuk memasak bermacam-macam hidangan. Ia juga datang dengan spatula dan sudu.

Untuk Para Ibu Yang Suka Berkebun

Garden Tools Set hadiah untuk hari ibu
Kredit: Yeti Trading (M) di Shopee

Jika ibu anda suka berkebun pula, anda boleh dapatkan kotak kit peralatan kebun. Ia mengandungi pelbagai peralatan seperti penyodok, pencakar, botol spray, dan banyak lagi yang berguna untuk sesiapa yang minat menanam. Semuanya tersimpan dan tersusun dengan rapi di dalam kotak yang senang dibawa kemana-mana.

Pasu bunga juga merupakan idea yang bagus jika ibu anda sudahmemiliki peralatan-peralatan berkebun yang masih dalam keadaan yang baik.

Untuk Para Ibu Yang Suka Membaca

Reading chair hadiah untuk hari ibu
Kredit: CASSA di Shopee

Membaca boleh mengurangkan stres, dan ia juga merupakan hobi umum di kalangan ibu-ibu. Untuk membantu ibu anda membaca dalam keadaan yang selesa, anda boleh menyediakan sudut membaca di rumah yang kondusif untuk beliau melakukan hobinya dengan tenang dan aman.

Anda boleh dapatkan sebuah kerusi yang selesa seperti kerusi stail Scandinavian ini. Ia bukan sahaja diperbuat daripada bahan kayu yang tahan lama dan dirsertakan kusyen yang selesa diduduk untuk tempoh yang lama, ia juga datang dalam pelbagai pilihan warna yang menarik.

Selain itu, anda boleh melengkapkan sudut membaca beliau dengan meja sisi untuk tempat beliau meletakkan buku serta cawan kopi/teh.

Untuk Para Ibu Yang Gemar Mendengar Lagu

speaker mudah alih JBL hadiah untuk hari ibu
Kredit: JBL Malaysia Official Store di Shopee

Jika ibu anda biasa mendengar muzik dari telefon pintar sahaja, inilah masa untuk upgrade pengalaman mendengar muzik untuk mereka. Anda boleh menghadiahkan mereka sebuah speaker mudah alih yang bukan sahaja menghasilkan kualiti audio yang lebih mantap, tetapi ia juga senang untuk mereka bawa ke mana-mana saja. Nak dapatkan satu pada harga mampu milik? Bolehlah lihat speaker jenama JBL ini.

Dengan masa beroperasi 10 jam dan penstriman tanpa wayar, ibu anda boleh menikmati muzik kegemarannya dengan mudah sekali. Tambahan lagi, dengan bersertanya carabiner, mereka boleh klip speaker ini pada beg tangan untuk mereka bawa bersama mereka bila keluar berjalan-jalan.

Untuk Para Ibu Yang Giat Bersenam

Xiaomi Mi Band 8 hadiah untuk hari ibu
Kredit: Dasher di Shopee

Tak susah pun nak dapatkan hadiah hari ibu untuk ibu yang suka stay fit. Anda hanya perlu dapatkan aksesori yang menyokong gaya hidup aktif mereka. Jika mereka tidak memiliki penjejak kecergasan (fitness tracker), kami amat mengesyorkan anda mendapatkan satu untuk mereka kerana ia sangat berguna untuk membantu dengan tahap kecergasan mereka..

Xiaomi Mi Band 8 merupakan antara model penjejak kecergasan yang terbaru dan ia juga jenama yang amat popular. Selain fungsi asas seperti penjejakan langkah, kalori, tempoh aktiviti, dan tidur, ia juga dilengkapi sebanyak 120 sports mode yang merangkumi pelbagai sukan dan aktiviti lasak yang boleh dijejak. Dan yang penting juga, fitness tracker kalis air ini boleh didapati pada harga kurang dari RM200.

Untuk Para Ibu Yang Minat Baking

Khind electric oven hadiah untuk hari ibu
Credit: Khind Official Store on Shopee

Bertuah betul anak-anak yang mempunyai ibu yang sukakan baking kerana sentiasa dapat menikmati roti, biskut, dan kek! Untuk menggembirakan hati mereka, anda boleh upgrade ketuhar lama mereka dengan model yang lebih baru.

Berbanding kebanyakan ketuhar di pasaran, oven elektrik Khind ini nampak elegan dan tidak memakan ruang. Walaupun bersaiz kompak, ia mempunyai ruang secukupnya untuk membakar kek 8-inci! Selain itu, ia juga mempunyai kawalan suhu yang baik.

Untuk Para Ibu Yang Mengamalkan Rutin Penjagaan Kulit Yang Rapi

Some By Mi Skincare Set hadiah untuk hari ibu
Kredit: Some By Mi Official Store di Shopee

Rutin penjagaan kulit penting untuk setiap wanita. Justeru, produk penjagaan kulit merupakan antara idea hadiah untuk hari ibu yang terbaik yang anda boleh pertimbangkan. Terdapat bermacam-macam produk di pasaran sampai boleh rambang mata buatnya. Jadi, apa kata anda dapatkan terus set essential yang mengandungi produk-produk penting semua dalam satu pakej?

Salah satu rekomendasi kami adalah Kiehl’s Cleansing Kit yang mengandungi tiga produk utama penjagaan kulit, termasuklah Rare Earth Deep Pore Cleansing Clay Masque yang merupakan produk bestseller. Selain daripada itu, Some By Mi Yuja Niacin Brightening Skincare 4 Set juga merupakan pilihan yang baik kerana ia mengandungi toner, serum, gel cream, dan sleeping mask.

Untuk Para Ibu Yang Suka Bersolek

Laneige makeup set hadiah untuk hari ibu
Kredit: Laneige Official Shop di Shopee

Adakah ibu anda peminat K-drama? Jika ya, sudah tentunya beliau sukakan set makeup K-beauty! Bolehlah anda dapatkan Laneige Perfect Renew 3X Starter Kit yang mengandungi produk anti-penuaan dengan bahan-bahan seperti Basal Glow Serum, Firming Serum, dan Anti-Wrinkle Serum yang menentang kesan-kesan penuaan pada muka.

IT Cosmetics CC+ Cream with SPF 50+ juga merupakan set makeup mantap yang disukai ramai. Ia mengandungi serum anti-penuaan, concealer tompok gelap, primer kemasan tanpa liang, dan juga sunscreen.

Untuk Para Ibu Yang Minat Berfesyen

Pandora Sparkling Silver Wishbone hadiah untuk hari ibu
Kredit: Pandora MY Flagship Store di Shopee

Aksesori pakaian merupakan satu idea hadiah untuk hari ibu yang wajar dipertimbangkan sekiranya ibu anda seorang yang suka bergaya. Antara aksesori rekomendasi kami adalah cincin Pandora Sparkling Silver Wishbone ini. Reka bentuknya yang anggun serta minimalis menjadikan ia padan dengan kebanyakan stail fesyen.

Stail wanita tidak lengkap tanpa beg tangan. Longchamp, Carlo Rino, dan Guess merupakan antara jenama yang mempunyai koleksi beg tangan berkualiti dan bergaya.

Untuk Para Ibu Yang Sukakan Perfume Dan Wangian

fragrances
Kredit: Parfums & Beaute dan Elizabeth Arden Official Store di Shopee

Bagi sesetengah individu, perfume wajib digunakan sebelum keluar rumah. Maklumlah, siapa yang tidak suka berbau wangi, kan? Botol perfume adalah idea yang bagus untuk dijadikan hadiah untuk hari ibu kerana ia tahan berbulan-bulan, kalau tidak bertahun-tahun lamanya!

Untuk rekomendasi perfume, kami sarankan Elizabeth Arden Green Tea Fine Fragrance Mist dan Kate Spade New York Eau De Parfum (EDP) yang berbau bunga dan fruity.

Untuk Para Ibu Yang Mempunyai Sakit-Sakit Otot

Osim massage chair
Kredit: OSIM Official Shop on Shopee

Bukan senang menjadi seorang ibu. Kita semua tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang bukan sahaja membesarkan dan menjaga anak-anak, tetapi juga perlu menguruskan hal-hal di rumah. Tidak hairanlah kalau badan ibu kita selalu rasa tak selesa dengan sakit-sakit otot dan sakit-sakit yang lain juga.

Oleh itu, mesin urut merupakan antara hadiah untuk hari ibu terbaik yang boleh kami cadangkan. Misalnya, mesin urut Osim uCaress S mempunyai pelbagai fungsi urut seperti 3D massage yang boleh melegakan leher, bahu, serta bahagian belakang badan yang mengalami kekejangan. Di samping itu, reka bentuknya yang ringan dan mudah alih bermakna ibu anda boleh menggunakannya di atas sofa, kerusi makan, kerusi malas, ataupun di mana-mana sahaja yang sesuai di rumah. Tak payah berbelanja lebih ke pusat refleksologi.

Kami Berharap Idea-Idea Hadiah Untuk Hari Ibu Ini Membantu Anda Mendapatkan Sesuatu Yang Akan Dihargai Ibu Anda

a woman carrying a child
Kredit: Kelvin Octa di Pexels

Sementara anda memikirkan apa yang ingin anda hadiahkan kepada bonda sempena hari ibu ini, jangan lupa pula untuk meluangkan lebih banyak masa bersamanya juga. Bawalah beliau keluar ke pusat beli belah kegemarannya, ataupun berbual-bual dengannya sambil minum kopi. Tiada apa yang lebih berharga untuk beliau daripada meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka yang tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *