Hotel Kucing Terbaik Di Sekitar Lembah Klang Untuk Boarding Si Manja Anda

hotel kucing kuala lumpur

Mahu beredar dari rumah untuk suatu jangka masa tetapi risau dengan kucing peliharaan? Melainkan kucing anda mampu tinggal bersendirian untuk jangka masa yang panjang, adalah lebih baik untuk menempatkannya di hotel haiwan ketika anda tiada di rumah. Dengan cara ini, anda boleh beredar dengan tenang mengetahui bahawa kucing anda selamat dan akan dijaga dengan baik. Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, terdapat banyak hotel-hotel kucing di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan servis boarding untuk si comel anda. Mari kita lihat!

Hotel Kucing Terbaik Di Kuala Lumpur Dan Selangor Yang Menawarkan Servis Boarding

Anda dinasihatkan supaya membuat tempahan awal di musim puncak seperti hari-hari perayaan untuk mendapatkan bilik.

1.  Kitty Hotel

Kitty Hotel hotel kucing
Kredit: @catboardingkittyhotel di Instagram

Kitty Hotel di Ampang menawarkan kepelbagaian pakej untuk memenuhi keperluan boarding kucing anda. Ia menyediakan sangkar individu yang luas untuk kucing yang tidak suka bergaul dengan kucing lain. Terdapat juga sangkar besar yang boleh memuatkan sebanyak 14 kucing, dan setiap sangkar dilengkapi dengan litter box dan buaian.

Tambahan pula, jika anda tiada masa untuk menghantar atau mengambil kucing anda, mereka juga menyediakan servis ‘Kitty Taxi’ untuk memudahkan hal-hal pengangkutan.

Alamat: Kitty Hotel, No.88, Ground Floor, Galaxy Ampang Mall, Jalan Dagang 5, Taman Dagang, 68000 Ampang

Talian: 017-399 0549

Rating: 4.3 bintang di Google Reviews

Laman Web l Facebook l Instagram

2.  Catswell Wangsa Maju

Catswell Wangsa Maju hotel kucing
Kredit: Catswell di Facebook

Catswell Wang Maju menawarkan ruang besar untuk kucing-kucing bermain dan berkeliaran dengan bebas, di samping juga menyediakan sangkar-sangkar yang selesa dan bersih. Staf-staf di sini juga akan menghantarkan gambar serta video kucing anda setiap hari. Selain itu, sesi grooming juga tersedia jika anda mahukan kucing anda kelihatan kemas.

Alamat: No. 7, 1, Jalan 27/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Talian: 017-618 9938

Rating: 4.9 bintang di Google Reviews

Facebook l Instagram

3.  Pawfect Inn Cat Hotel & Grooming

Pawfect Inn Cat Hotel & Grooming hotel kucing
Kredit: @pawfectinn di Instagram

Juga terletak di Wangsa Maju, Pawfect Inn merupakan sebuah hotel kucing dipercayai yang mempunyai tahap kebersihan yang tinggi. Setiap kucing yang dihantar ke sini akan diperiksa dengan teliti bagi memastikan mereka bebas kutu. Anda juga akan menerima update harian mengenai keadaan kucing anda dengan gambar sekali. Mereka tidak akan bosan di situ kerana terdapat banyak mainan-mainan khas untuk si kucing.

Alamat: No. 43.G, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Talian: 019-473 5358

Rating: 4.7 bintang di Google Reviews

Instagram

4.   Mr Coco Pet Hotel & Spa

Mr Coco Pet Hotel & Spa hotel kucing
Kredit: @mrcocohotelspa di Instagram

Ingin memanjakan lagi si manja anda dengan tempat penginapan high-class? Bolehlah memilih Mr Coco Pet Hotel & Spa untuk boarding kucing anda. Di dalam hotel haiwan berbentuk banglo ini, terdapat televisyen, katil bersaiz manusia, dan juga sesi terapi muzik! Bukan itu sahaja, kucing anda juga akan mendapat sesi bermain berseorangan khas dengan staf setiap hari.

Alamat: Plaza Crystal Ville, 2 10, Jalan Sri Hartamas 22, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Talian: 03-6211 5687

Rating: 4.4 bintang di Google Reviews

Laman web | Facebook | Instagram

5.   Furball Haven

Furball Haven
Credit: @furballheaven di Instagram

Jika anda tidak mahukan kucing anda diletakkan di dalam sangkar sepanjang masa, bolehlah tempatkannya di Furball Haven. Hotel kucing ini tidak menggunakan sangkar, malah ia mengalakkan kucing-kucing berkeliaran bebas di dalam ruang premisnya. Sesi bermain akan diadakan sepanjang hari, dan penjagaan khusus akan diberi kepada kucing yang mempunyai diet khas.

Alamat: Mon’t Kiara, 1-1, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Talian: 018-205 6330

Rating: 4.7 bintang di Google Reviews

Laman Web | Facebook | Instagram 

6.   Catzonia Shah Alam

catzonia shah alam
Kredit: Catzonia

Penginapan butik bukan eksklusif kepada manusia sahaja—kucing juga boleh menikmatinya! Dilengkapi dengan kemudahan terkini, Catzonia merupakan hotel boarding kucing terkenal yang menjanjikan pengalaman penginapan yang terbaik untuk haiwan peliharaan. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin dan CCTV 24 jam manakala kucing-kucing di bawah jagaan akan diberi mainan serta dihidangkan Royal Canin Fit.

Alamat: Persiaran Laman Seri Business Park, G08, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Talian: 019-772 9606

Rating: 4.7 bintang di Google Reviews

Laman Web | Facebook | Instagram

7.   Maobulous Cat Hotel & Spa

maobulous cat hotel spa
Kredit: @maobulous di Instagram

Didirikan oleh sepasang kekasih yang juga merupakan pencinta kucing, Maobulous di Subang Jaya menyediakan tempat kediaman yang selamat dan tenang untuk si kucing. Mereka boleh menikmati kemudahan seperti tempat bermain, minuman air yang ditapis, free-flow makanan kucing, dan banyak lagi. Di samping itu, anda juga boleh memilih treatment untuk kucing anda seperti cuci telinga dan lain-lain.

Alamat: No.27-1 & 27-2, Jalan SS18/6, 47500 Subang Jaya

Talian: 03-7494 0601

Rating: 4.8 bintang di Google Reviews

Laman Web | Facebook | Instagram

Tempatkan Si Comel Anda Di Hotel Boarding Kucing Untuk Ketenangan Fikiran

a cat peeking out from under a rug
Kredit: Mikhail Vasilyev di Unsplash

Meninggalkan kucing kesayangan anda di bawah jagaan orang lain boleh mendatangkan kerunsingan. Adakah ia dapat menyesuaikan diri? Dapatkah ia makan dan tidur dengan tenang? Syukurlah, dengan adanya hotel-hotel kucing ini yang telah mendapat kepercayaan ramai, anda tidak perlu bimbang lagi apabila musim perayaan ataupun percutian tiba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *