7 Hamper Dan Gift Box Hari Raya Yang Menarik Dan Mesra Bajet

gift box and hamper raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri penuh bermakna sebagai titik penutup bulan Ramadan yang penuh kebersamaan dan penekanan keagungan nilai-nilai agama. Ia juga memupuk semangat kesyukuran, kebaikan, dan kemesraan di kalangan keluarga serta masyarakat dan menyatukan orang ramai dalam keceriaan dan keharmonian. Salah satu tradisi perayaan ini untuk mengeratkan silaturahim di kalangan sahabat-sahabat dan rakan-rakan kerja adalah pemberian cenderahati dalam bentuk hamper raya. Di sini, kami telah memetik beberapa hamper Hari Raya dan gift box sebagai rekomendasi untuk anda jika anda sedang mencari-cari cenderahati untuk diberi kepada insan-insan tertentu.

7 Rekomendasi Hamper Hari Raya Dan Gift Box Untuk Diberikan Semasa Sambutan Aidilfitri

Ada macam-macam makanan kegemaran orang ramai.

1.   Hamper Kitkat Meriah Raya 2024

Hamper Kitkat Meriah Raya 2024
Kredit: KitKat Online Store di Shopee

Jika anda tahu si penerima adalah penggemar coklat, tiada apa yang lebih mengembirakannya daripada menerima hamper yang penuh dengan produk coklat! Hamper keluaran Kitkat ini mengandungi Kitkat Ketupat Pandan, Kitkat 24s Value Pack, MILO Nuggets 10 x 15g Fun Pack, Kitkat Chuncky 3 packs, dan juga Kitkat Bar Dark Chocolate. Bukan itu sahaja, ia juga datang dengan dua beg anyaman serta sampul duit raya yang diberikan percuma. Semuanya pada harga kurang daripada RM50!

2.   Biogreen Hari Raya Hamper 2024

Biogreen Hari Raya Hamper 2024
Kredit: Biogreen Organic Official Store di Shopee

Ingin dapatkan hamper Hari Raya yang mengandungi makanan-makanan organik dan berkhasiat sahaja? Kami mengesyorkan hamper dari Biogreen ini yang mengandungi produk-produk seperti madu mentah, biskut sandwich bijiran, dan sachet susu soya koko. Biogreen juga menawarkan pelbagai variasi hamper lain jika anda mempunyai bajet yang lebih tinggi.

3.   Signature Market Sesuci Kasih Raya Gift Box

Signature Market Sesuci Kasih Raya Gift Box
Kredit: Signature Market Official Store di Shopee

Dengan harga RM60 sahaja, anda dapat membeli kotak hadiah dari Signature Market ini yang mempunyai sebanyak sembilan snek berkhasiat. Antaranya Omega-3 Trail Mix, Premium Caramel Popcorn, dan Wasabi Green Peas Mini Pack. Selain itu, rekaan bermotifkan flora di permukaan kotak amat menarik mata.

4.   Eureka Popcorn Eid Delight 2024 Gift Box Set

Eureka Popcorn Eid Delight 2024 Gift Box Set Raya
Kredit: Eureka Popcorn Snack di Shopee

Tak kira dewasa atau kanak-kanak, semua orang suka makan popcorn. Kotak hadiah dari Eureka ini memang sesuai untuk dihadiahkan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil. Terdapat enam jenis popcorn (caramel, cocoa malt, dark choc, butterscotch, cheese, original sea salt) di dalam yang pasti akan memuaskan citarasa semua!

5.   Youmee Riang Ria Raya Gift Box Set

Youmee Riang Ria Raya Gift Box Set
Kredit: Youmee Official Store di Shopee

Gift box biasanya terdiri daripada pelbagai produk yang berbeza tetapi kotak hadiah ini hanya mempunyai satu produk makanan sahaja iaitu mi segera. Walaubagaimanapun, mi segera jenama Youmee sangat popular kerana ia diperbuat tanpa sebarang bahan sintetik, pengawet, dan MSG yang menjadikannya lebih sihat dimakan berbanding mi segera yang biasanya dijual di pasaran. Tambahan itu, gift box ini juga besertakan beg tote dan sampul duit raya percuma.

6.   Mahnaz Food Raya Sweet Wish Gift Box

Mahnaz Food Raya Sweet Wish Gift Box
Kredit: MAHNAZ FOOD – MERCU CITA di Shopee

Kotak hadiah dari Mahnaz Food ini pula mengandungi pelbagai kurma, mixed nut, gula-gula kacang, buah-buahan kering, dan Pistachio Nougat. Ia sesuai dihadiahkan kepada mereka yang gemar memakan snek. Aneka-aneka snek ini merupakan altenatif yang lebih sihat berbanding snek-snek biasa di pasaran.

7.   Kintry Raya Gift Box

Kintry Raya Midi
Kredit: Kintry Artisan Food Co. di Shopee

Salah satu kotak hadiah yang sangat laris jualannya, Kintry Raya gift box menawarkan snek-snek kegemaran orang ramai termasuk granola, salted eye yolk potato crisps, dan macadamia cookies. Anda boleh memilih dari lima pakej variasi mengikut bajet anda, tetapi semua pakej mengandungi sampul duit raya dan sebuah kad ucapan yang anda boleh peribadikan dengan gambar pilihan anda.

Dapatkan Hamper Dan Gift Box Raya Mengikut Kesesuaian Citarasa Dan Bajet

a gift box
Kredit: Dmitry Mashkin via Unsplash

Dengan kepelbagaian hamper Raya dan kotak hadiah yang menawarkan jenis makanan berbeza, anda pasti dapat mencari yang sesuai sengan citarasa si penerima dan juga menjaga bajet anda. Pemberian hamper dan kotak hadiah hanyalah salah satu cara untuk menjalin hubungan yang lebih erat sesama saudara atau rakan. Jika anda inginkan lebih banyak idea, bolehlah melihat idea-idea hadiah hari raya ini.

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *