Nak Beri Hadiah Raya Tetapi Tak Tahu Nak Beli Apa? Jom Lihat 15 Idea-Idea Ini

Selain meluangkan masa bersama yang tersayang dan menjamu pelbagai hidangan yang lazat, musim perayaan Hari Raya juga merupakan masa yang paling sesuai untuk memberi hadiah kepada mereka yang dihargai. Tak kira lah hadiah ditujukan kepada saudara-mara yang menghadiri rumah terbuka atau kepada rakan bisnes setia, anda boleh menunjukkan penghargaan dalam pelbagai bentuk. Tengah runsingcari idea untuk hadiah Hari Raya? Jangan bimbang, di sini kami menyediakan pelbagai rekomendasi untuk anda!

Idea-Idea Hadiah Hari Raya Terbaik Untuk Anda

Macam-macam pilihan ada untuk memenuhi citarasa si penerima.

1.   Kotak Hadiah Coklat Hari Raya

Hari Raya chocolate gift set hadiah hari raya
Kredit: nuannuancookies di Shopee

Tak kira dewasa atau kanak-kanak, semua orang sukakan coklat. Set kotak hadiah hari raya ini bukan sahaja dibungkus dengan hiasan bertemakan raya tetapi ia juga disertakan dengan kad ucapan yang boleh diperibadikan.

2.   Set Krim Tangan Julyme WE LOVE

Julyme WE LOVE Perfume Hand Cream Gift Set hadiah hari raya
Kredit: Julyme Korea Official Store di Shopee

Krim tangan bukan sahaja memelihara kulit anda daripada menjadi kering bahkan ia juga boleh memberikan haruman yang menenangkan. Set hadiah krim tangan dari Julyme dari Korea yang mempunyai tujuh haruman berbeza amat sesuai dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja tidak kira wanita mahupun lelaki.   

3.   Mahnaz Food Delight Date Gift Box

raya gift sets
Kredit: MAHNAZ FOOD – MERCU CITA di Shopee

Ingin hadiahkan snek berkhasiat untuk raya? Dapatkan set kotak hadiah ini dari Mahnaz Food yang mempunyai kompartmen untuk enam jenis snek dan kurma yang berbeza! Kandungan-kandungannya termasuk kurma Safawi, kurma Ajwa, roasted cashew nut, peanut barley dan bermacam-macam lagi!

4.   Signature Market Coffee & Tea Gift Box

Signature Market Coffee & Tea Gift Box hadiah hari raya
Kredit: Signature Market Official Store✅ di Shopee

Set kopi dan teh dari Signature Market ini mengandungi minuman premium seperti Japanese Houjicha Latte, Fukuoka Matcha Latte, Arabica Brown Rice Coffee, dan Mocha Espresso Latte. Jika anda mempunyai kenalan yang merupakan penggemar kopi dan teh, sudah tentunya set hadiah ini akan menggembirakan mereka!

5.   Pixajoy Raya Gift Box

Pixajoy Raya Gift Box hadiah hari raya
Kredit: Pixajoy Photobook di Shopee

Nak berikan hadiah yang mempunyai ciri-ciri sentuhan peribadi? Pilihlah set kotak hadiah hari raya dari Pixajoy. Anda boleh meletakkan nama si penerima pada item-item seperti cawan, beg tote, dan juga sampul duit raya. Ia semua dipakejkan di dalam sebuah kotak khas yang juga boleh diperibadikan.

6.   Pinkflash Hottest Face Makeup Set

Pinkflash Hottest Face Makeup Set hadiah hari raya
Kredit: PINKFLASH.Official.Store di Shopee

Untuk si penerima yang pentingkan kecantikan, tiada hadiah yang lebih mengujakan daripada menerima set solekan. Set-set makeup Pinkflash ini mengandungi celak, gincu, pensel kening dan beberapa lagi alat solek lain yang pastinya sangat berguna kepada sesiapa yang suka melaram. 

7.   Plant Origins Body Wash Trio Bundle

Plant Origins Trio Bundle hadiah hari raya
Credit: plantorigins.os on Shopee

Bundle set dari Plant Origins ini terdiri daripada tiga botol sabun mandi yang berbeza (Citrus Breeze Body Wash, Wild Wood Body Wash, Eden Bloom Body Wash). Bolehlah anda hadiahkan kepada mereka yang mementingkan penjagaan badan.

8.   Set Porselin Jepun

Japanese Style Porcelain Set hadiah hari raya
Credit: EZYhut on Shopee

Set pinggan mangkuk juga sering diberikan sebagai hadiah. Jika anda mahu berikan set lain daripada yang lain, anda wajib mempertimbangkan mangkuk porselin yang diinspirasikan oleh stail Jepun ini. Anda boleh memilih set dua mangkuk, empat mangkuk, atau enam mangkuk yang terdapat dalam corak-corak yang berbeza. Semua set datang dengan penyepit dan wish note percuma.

9.   Elianware Candy Tray & Water Jug Set

raya gift sets hadiah hari raya
Credit: elianware_malaysia on Shopee

Makan minum dah tentulah antara aktiviti utama ketika sambutan raya nanti. Jadi, set bekas makanan dan minuman memang berguna untuk dijadikan sebagai hadiah. Dapatkan set dari Elianware yang mengandungi 15 bekas termasuk bekas-bekas untuk biskut atau snek raya, jag, dan cawan-cawan beserta dulang sekali.

10.   Pek Hadiah Kurma

Pek hadiah kurma hadiah hari raya
Credit: ewellness on Shopee

Ramadan dan raya tak lengkap tanpa kurma. Seperti yang anda tahu, kurma mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk kesihatan badan. Ini menjadikan kurma salah satu hadiah yang tentunya akan dihargai si penerima. Anda boleh dapatkan Kurma Ajwa VIP daripada Madinah dalam pek 200g, 500g, and 1kg untuk diberi kepada sepupu, kawan-kawan, mahupun rakan sekerja.

Baca selanjutnya: Kenali 9 Jenis Kurma Terbaik dan Paling Laris Di Malaysia Sepanjang Bulan Puasa

11.   Eureka Popcorn Gift Box Set

Eureka Popcorn Eid Delight 2024 Gift Box Set hadiah hari raya
Kredit: Eureka Popcorn Snack di Shopee

Siapalah yang tak suka makan popcorn? Cuti raya dah tentu akan banyak diluangkan di hadapan kaca televisyen dan popcorn sudah pastinya menjadi makanan kegemaran sekeluarga semasa menonton drama atau telemovie Raya. Tak payah fikir banyak nak beli popcorn dari mana, dapatkan sahaja set Eureka popcorn Eid Delight yang mengandungi enam perisa popcorn berbeza. Bukan itu sahaja, ia juga disertakan dengan satu set sampul duit raya bersama kad ucapan raya percuma.

12.   Tupperware Set

Food container set hadiah hari raya
Kredit: EXYhut di Shopee

Tupperware dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Set Tupperware ini terdiri daripada 3 bekas berbeza saiz yang sangat berguna untuk menyimpan apa-apa sahaja makanan. Si penerima juga boleh mengunakannya sebagai bekal makanan untuk dibawa ke pejabat atau sekolah.

13.   HEXA Food Ramadan Raya Gift Box

HEXA Food Ramadan Raya Gift Box hadiah hari raya
Credit: Hexa Food Official Store on Shopee

Jika si penerima suka memasak, dia tentunya akan menghargai set kotak hadiah dari Hexa Food. Ia mempunyai pelbagai jenis rempah seperti rempah ayam mandi dan rempah beriani arab serta sos telur masin. Yang lagi menarik, set hiasan dinding edisi terhad yang dilukis dengan tangan disertakan secara percuma.

14.   Tropical Paradise Bath & Body Gift Set

Tropical Paradise Bath & Body Gift Set
Kredit: Guardian Official Shop di Shopee

Set mandian boleh dijadikan hadiah yang istimewa terutamanya untuk kaum wanita. Kami cadangkan anda mendapatkan set mandian ini dari Tropical Paradise yang mengandungi shower gel, bubble bath, dan soap bar. Ia semua dipakejkan bersama bath puff.

15.   Kotak Hamper

raya gift box malaysia
Credit: Emmamie Creative on Shopee

Kepada sesiapa yang tidak ingin meluangkan banyak masa memikirkan hadiah yang “sempurna”, apa kata  berikan kotak hamper? Dapatkan hamper makanan ini yang mengandungi snek-snek kegemaran semua.

Ceriakan Raya Insan Tersayang Dengan Set-Set Hadiah Hari Raya Ini

Ketupat
Credit: Mufid Majnun via Unsplash

Agak pening kepala juga nak mencari idea-idea untuk membeli hadiah. Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang-orang penting dalam hidup anda. Hadiah-hadiah hari raya yang kami syorkan di sini merangkumi pelbagai keperluan dan bajet. Untuk segala barang keperluan raya, layari jualan Raya Bersama Shopee untuk menikmati tawaran dan promosi terhebat!

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *