9 Hiasan Hari Raya Untuk Memeriahkan Ruang Rumah Aidilfitri Ini

hiasan hari raya

Sambutan hari raya memperlihatkan masa yang meriah di luang bersama orang-orang tersayang. Adalah menjadi kebiasaan untuk ahli keluarga yang tinggal berjauhan, saudara-mara, serta kawan-kawan datang melawat rumah dan memeriahkan lagi suasana. Oleh itu, perhiasan rumah diutamakan untuk mereka yang berhasrat untuk mengadakan rumah terbuka. Hiasan rumah merupakan salah satu elemen penting dalam merayakan perayaan keagamaan yang penuh bermakna ini. Jika anda sedang tercari-cari idea hiasan hari raya untuk rumah, kita mempunyai beberapa rekomendasi untuk anda dan hiasan-hiasan ini boleh dibeli dengan mudah atas talian. Jom lihat!

9 Hiasan Hari Raya Untuk Menyerikan Lagi Rumah Anda Di Aidilfitri

Hiasan-hiasan ini pastinya dapst memeriahkan lagi suasana Raya di rumah.

1.   Beg Hadiah Raya

Beg hadiah raya hiasan
Kredit: Huiran Living di Shopee

Dengan banyak rekaan yang menarik, beg-beg hadiah (gift bags) ini bukan sahaja boleh dijadikan hiasan di atas meja makan, tetapi juga berguna untuk menyimpan makanan-makanan kecil seperti gula-gula, coklat, biskut dan snek raya. Anda juga boleh membeli lebih untuk diberikan kepada tetamu-tetamu yang melawat rumah.

2.   Lampu Gantung

Lampu gantung hiasan hari raya
Kredit: Huiran Hahaa Store di Shopee

Ingin mencantikkan ruang atau bilik di rumah dengan serta-merta? Dapatkan lampu gantung yang bermotifkan bulan dan bintang untuk digantung di mana-mana sudut ruang yang memerlukan keceriaan cahaya. Lampu berkelip-kelip memberikan aura indah bagi memeriahkan suasana perayaan.

3.   Lilin LED

Lilin HD hiasan hari raya
Kredit: Huiran Hahaa Store di Shopee

Seperti lampu gantung, lilin LED juga boleh dijadikan hiasan hari raya yang sedap mata memandang. Dengan elemen bertemakan Eid Ramadan Mubarak seperti lampu minyak dan struktur bangunan berunsurkan Islam, ia sesuai dipamerkan di atas meja, rak, tingkap, atau mana-mana sahaja yang anda suka. Lilin LED ini diperbuat daripada bahan plastik berkualiti dan it tidak berbau serta tahan lama.

4.   Kotak EID 

Kotak EID hiasan hari raya
Kredit: Huiran Hahaa Store di Shopee

Jika anda inginkan hiasan hari raya yang boleh menarik perhatian ramai dengan serta merta, bolehlah dapatkan kotak-kotak EID ini. Saiznya yang besar memenuhi ruang kosong dan segera menarik perhatian. Jika anda ingin menyerlahkan lagi penampilannya, boleh masukkan lampu ke dalam kotak untuk menghasilkan efek yang lebih anggun!

5.   Ketupat Riben

Ketupat riben hiasan hari raya
Kredit: Rainbow -RHSB BORONG Official.Store di Shopee

Sambutan hari raya wajib ada ketupat. Walaupun agak umum, hiasan berbentuk ketupat tidak kurangnya menarik dan ia tentunya mendatangkan mood taya. Anda boleh dapatkan ketupat riben dalam pelbagai warna untuk dijadikan hiasan yang menonjolkan.

6.   Alas Meja

Alas meja hiasan hari raya
Kredit: Huiran Living di Shopee

Ruang makan sering menjadi tempat berkumpul semasa sambutan raya kerana disinilah sesi-sesi makan dan jamuan diadakan bersama ahli keluarga dan para tetamu. Salah satu cara mudah anda boleh menghiaskan ruang makan adalah dengan mengunakan alas meja baru. Kami rekomend alas meja ini yang mempunyai pelbagai variasi motif Aidilfitri yang menarik sekali.

7.   Sarung Bantal Raya

sarung bantal hiasan hari raya
Kredit: Huiran Hahaa Store di Shopee

Salah satu lagi idea anda boleh menghiaskan ruang tamu rumah anda adalah dengan menukar sarung bantal. Dengan kepelbagaian corak dan warna yang ceria, sarung bantal boleh diletakkan atas sofa atau kerusi untuk menambah suasana raya selain dari hiasan pada dinding dan meja. Ia juga mesra bajet.

8.   Lampu Pelita Buluh

Lampu pelita buluh
Kredit: SUPERSAVE di Shopee

Setakat ini kami hanya bercakap mengenai hiasan di dalam rumah. Untuk halaman rumah pula, anda pastinya tidak boleh lupakan lampu pelita buluh! Hiasan tradisi Raya ini menambahkan sentuhan indah ke dalam landskap rumah, menerangi malam dengan cahaya gemerlapan yang mempesonakan dan mengundang suasana kegembiraan kepada tetamu yang berkunjung.

9.   Lampu Bunga Api Solar

Lampu bunga api solar
Kredit: Brighten888.my di Shopee

DI halaman rumah juga, anda boleh meletakkan lampu berbentuk bunga api dikeliling untuk mencipta suasana yang lebih ceria dan menawan. Dengan cahaya lembut yang disediakan oleh lampu tersebut, halaman rumah akan menjadi tempat yang menarik untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat semasa menyambut hari raya.

Dapatkan Hiasan-Hiasan Hari Raya Ini Tanpa Berbelanja Besar

pelita buluh raya
Kredit: Ihsan Aditya di Pixabay

Setiap hiasan hari raya ini memberi sentuhan magis kepada suasana serta membangkitkan semangat persaudaraan dan kegembiraan. Melalui hiasan-hiasan, sambutan hari raya di rumah menjadi lebih bermakna dan ceria bagi semua yang terlibat. Ia bukan sekadar hiasan semata, tetapi satu ungkapan kasih sayang dan kesyukuran yang memperindah suasana perayaan dan mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan yang diwarisi dari generasi ke generasi.

Raya Bersama Shopee sale 2024

Dapatkan segala barangan persiapan raya anda dalam Jualan Raya Bersama Shopee dari 19 Mac hingga 11 April dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, 15 hari pemulangan percuma, Shopee Live 70% diskaun harian dan banyak lagi. Sama-sama berkongsi, sama-sama meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *