9 Hamper Dan Gift Box Hari Raya Yang Menarik Dan Mesra Bajet

gift box and hamper raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri penuh bermakna sebagai titik penutup bulan Ramadan yang penuh kebersamaan dan penekanan keagungan nilai-nilai agama. Ia juga memupuk semangat kesyukuran, kebaikan, dan kemesraan di kalangan keluarga serta masyarakat dan menyatukan orang ramai dalam keceriaan dan keharmonian. Salah satu tradisi perayaan ini untuk mengeratkan silaturahim di kalangan sahabat-sahabat dan rakan-rakan kerja adalah pemberian cenderahati dalam bentuk hamper raya. Di sini, kami telah memetik beberapa hamper Hari Raya dan gift box sebagai rekomendasi untuk anda jika anda sedang mencari-cari cenderahati untuk diberi kepada insan-insan tertentu.

9 Rekomendasi Hamper Hari Raya Dan Gift Box Untuk Diberikan Semasa Sambutan Aidilfitri

Ada macam-macam makanan kegemaran orang ramai.

1.   Kitkat Hari Raya Hamper

Kitkat Hari Raya Hamper raya gift box
Kredit: KitKat Online Store di Shopee

Jika anda tahu si penerima adalah penggemar coklat, tiada apa yang lebih mengembirakannya daripada menerima gift box yang penuh dengan produk coklat! Raya Hamper Box keluaran Kitkat ini mengandungi KITKAT MILO® 2-Fingers Chocolate Share Pack, KITKAT 2-Fingers Dark Borneo Chocolate Sharebag, KITKAT Bites dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, ia juga datang dengan drink plushie percuma. Semuanya pada harga kurang daripada RM55!

2.   Biogreen Hari Raya Hamper 2026

Biogreen Hari Raya Hamper 2026 raya gift box
Kredit: Biogreen Organic Official Store di Shopee

Ingin dapatkan hamper Hari Raya yang mengandungi makanan-makanan organik dan berkhasiat sahaja? Kami mengesyorkan hamper dari Biogreen ini yang mengandungi produk-produk seperti madu mentah, biskut sandwich bijiran, dan minuman tenaga oatmilk. Biogreen juga menawarkan pelbagai variasi hamper lain jika anda mempunyai bajet yang lebih tinggi.

3.   Signature Market PurrRiang Raya Gift Set

Signature Market PurrRiang Raya Gift Set raya gift box
Kredit: Signature Market Official Store di Shopee

Dengan harga RM52 sahaja, anda dapat membeli kotak hadiah ini dari Signature Market yang mempunyai sebanyak tujuh snek berkhasiat. Antaranya Omega-3 Trail Mix,  Thai Dried Guava Pocket Packs, dan Ajwa Dates. Tambahan pula, ia juga mengandungi blind box plushie kucing!

4.   Eureka Popcorn Raya 2026 Gift Box Set

Eureka Popcorn Raya 2026 Gift Box Set
Kredit: Eureka Popcorn Snack di Shopee

Tak kira dewasa atau kanak-kanak, semua orang suka makan popcorn. Kotak hadiah dari Eureka ini memang sesuai untuk dihadiahkan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil. Terdapat enam jenis popcorn (caramel, cocoa malt, dark choc, butterscotch, cheese, original sea salt) di dalam yang pasti akan memuaskan citarasa semua. Selain itu, terdapat juga set sampul duit yang disertakan percuma.

5.   Youmee Set Raya Ceria Berseri 2026

Youmee Set Raya Ceria Berseri 2026 raya gift box
Kredit: Youmee Official Store di Shopee

Gift box biasanya terdiri daripada pelbagai produk yang berbeza tetapi kotak hadiah ini hanya mempunyai satu produk makanan sahaja iaitu mi segera. Walaubagaimanapun, mi segera jenama Youmee sangat popular kerana ia diperbuat tanpa sebarang bahan sintetik, pengawet, dan MSG yang menjadikannya lebih sihat dimakan berbanding mi segera yang biasanya dijual di pasaran. Tambahan itu, gift box ini juga besertakan sampul duit raya percuma.

6.   Mahnaz Food Amber Essence Collection

Mahnaz Food Raya Berkat Gift Box
Kredit: MAHNAZ FOOD – MERCU CITA di Shopee

Kotak hadiah dari Mahnaz Food ini pula mengandungi pelbagai kurma, dried fruits, gula-gula kacang, buah-buahan kering, dan Pistachio Nut. Ia sesuai dihadiahkan kepada mereka yang gemar memakan snek. Aneka-aneka snek ini merupakan altenatif yang lebih sihat berbanding snek-snek biasa di pasaran.

7.   Kintry 2026 Raya Gift Box Collection

Kintry 2026 Raya Gift Box Collection
Kredit: Kintry Artisan Food Co. di Shopee

Salah satu kotak hadiah yang sangat laris jualannya, Kintry Raya gift box collection menawarkan snek-snek kegemaran orang ramai termasuk granola, Salted Egg Yolk Potato Crisps, dan Macadamia White Choc Cookies. Anda boleh memilih dari empat pakej variasi mengikut bajet anda, tetapi semua pakej mengandungi sampul duit raya, kad ucapan, serta kertas hiasan.

8.   GPR Hamper Cookies Raya Limited Edition

GPR Hamper Cookies Raya Limited Edition gift box
Kredit: GPR FOOD OFFICIAL STORE di Shopee

GPR Food menawarkan pelbagai pilihan hamper Raya pada harga berpatutan antara RM33 hingga RM69. Setiap hamper mengandungi aneka biskut-biskut kegemaran ramai seperti butter cookies dan caramel popcorn yang disah halal. Hamper beraneka macam ini memang sesuai diberikan kepada sesiapa pun yang mempunyai citarasa masing-masing.

9.   Organic Fields Raya Giftbox 2026

Organic Fields Raya Gift box 2026
Kredit: Organic Fields di Shopee

Jika anda ingin menghadiahkan sesuatu yang sedikit berbeza pada Aidilfitri ini, Raya gift box dari Organic Fields ini boleh menjadi pilihan menarik. Gift box ini menampilkan pelbagai snek berasaskan bahan semula jadi seperti kacang, bijian dan makanan ringan yang lebih sihat untuk dinikmati ketika beraya. Dengan pembungkusan kotak yang kemas dan elegan, set ini bukan sahaja sedap dinikmati tetapi juga kelihatan eksklusif sebagai tanda penghargaan sempena Hari Raya.

Dapatkan Hamper Dan Gift Box Raya Mengikut Kesesuaian Citarasa Dan Bajet

a gift box
Kredit: Dmitry Mashkin via Unsplash

Dengan kepelbagaian hamper Raya dan kotak hadiah yang menawarkan jenis makanan berbeza, anda pasti dapat mencari yang sesuai sengan citarasa si penerima dan juga menjaga bajet anda. Pemberian hamper dan kotak hadiah hanyalah salah satu cara untuk menjalin hubungan yang lebih erat sesama saudara atau rakan. Jika anda inginkan lebih banyak idea, bolehlah melihat idea-idea hadiah hari raya ini.

Shopee Bazar Hebat Raya 2026

Dapatkan segala barangan persiapan Raya anda di Bazar Hebat Raya dari 26 Februari hingga 25 Mac dan nikmati 50% Diskaun Fesyen Raya TerkiniPenghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan MinimumShopee Live Baucar 50% Diskaun Harian, dan banyak lagi!

Leave a Reply