Selain meluangkan masa bersama yang tersayang dan menjamu pelbagai hidangan yang lazat, musim perayaan Hari Raya juga merupakan masa yang paling sesuai untuk memberi hadiah kepada mereka yang dihargai. Tak kira lah hadiah ditujukan kepada saudara-mara yang menghadiri rumah terbuka atau kepada rakan bisnes setia, anda boleh menunjukkan penghargaan dalam pelbagai bentuk. Tengah runsingcari idea untuk hadiah Hari Raya? Jangan bimbang, di sini kami menyediakan pelbagai rekomendasi untuk anda!
Idea-Idea Hadiah Hari Raya Terbaik Untuk Anda
Macam-macam pilihan ada untuk memenuhi citarasa si penerima.
1. Kotak Hadiah Coklat Hari Raya

Tak kira dewasa atau kanak-kanak, semua orang sukakan coklat. Set kotak hadiah hari raya ini bukan sahaja dibungkus dengan hiasan bertemakan raya tetapi ia juga disertakan dengan kad ucapan yang boleh diperibadikan.
2. Set Krim Tangan Julyme

Krim tangan bukan sahaja memelihara kulit anda daripada menjadi kering bahkan ia juga boleh memberikan haruman yang menenangkan. Set hadiah krim tangan Julyme dari Korea yang mempunyai empat haruman berbeza amat sesuai dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja tidak kira wanita mahupun lelaki.
3. Mahnaz Food Raya Shine Blessing Gift Box

Ingin hadiahkan snek berkhasiat untuk raya? Dapatkan set kotak hadiah dari Mahnaz Food ini yang menawarkan enam jenis snek dan kurma yang berbeza! Kandungan-kandungannya termasuk peanut candy, mixed nut, dan Pistachio Nougat.
4. Signature Market Coffee & Tea Gift Box

Set kopi dan teh dari Signature Market ini mengandungi minuman premium seperti Japanese Houjicha Latte, Fukuoka Matcha Latte, Arabica Brown Rice Coffee, dan Mocha Espresso Latte. Jika anda mempunyai kenalan yang merupakan penggemar kopi dan teh, sudah tentunya set hadiah ini akan menggembirakan mereka!
5. Pixajoy Raya Gift Box

Nak berikan hadiah yang mempunyai ciri-ciri sentuhan peribadi? Pilihlah set kotak hadiah hari raya dari Pixajoy. Anda boleh meletakkan nama si penerima pada item-item seperti cawan, beg tote, dan juga sampul duit raya. Ia semua dipakejkan di dalam sebuah kotak khas yang juga boleh diperibadikan.
6. Pinkflash Hottest Face Makeup Set

Untuk si penerima yang pentingkan kecantikan, tiada hadiah yang lebih mengujakan daripada menerima set solekan. Set-set makeup Pinkflash ini mengandungi celak, gincu, pensel kening dan beberapa lagi alat solek lain yang pastinya sangat berguna kepada sesiapa yang suka melaram.
7. Plant Origins Selesa Bersama Raya Good Night Gift Set

Set hadiah dari Plant Origins ini terdiri daripada eye mask berserta sekali dengan empat botol essential oil yang berbeza harumannya.
8. Set Mangkuk Porselin

Set pinggan mangkuk juga sering diberikan sebagai hadiah. Jika anda mahu berikan set lain daripada yang lain, anda wajib mempertimbangkan mangkuk porselin yang diinspirasikan oleh stail Jepun ini. Anda boleh memilih set dua mangkuk, empat mangkuk, atau enam mangkuk yang terdapat dalam corak-corak menarik yang berbeza.
9. Elianware Buffet Bekas Makanan Kuih Raya

Makan minum dah tentulah antara aktiviti utama ketika sambutan raya nanti. Jadi, set bekas makanan memang berguna untuk dijadikan sebagai hadiah. Dapatkan set dari Elianware yang mengandungi 4 bekas bersama dengan senduk yang boleh digunakan untuk menyimpan serta menghidang apa-apa saja makanan.
10. Pek Hadiah Kurma

Ramadan dan raya tak lengkap tanpa kurma. Seperti yang anda tahu, kurma mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk kesihatan badan. Ini menjadikan kurma salah satu hadiah yang tentunya akan dihargai si penerima. Anda boleh dapatkan Kurma Ajwa VIP daripada Madinah dalam pek 200g, 500g, and 1kg untuk diberi kepada sepupu, kawan-kawan, mahupun rakan sekerja.
Baca selanjutnya: Kenali 11 Jenis Kurma Terbaik dan Paling Laris Di Malaysia Sepanjang Bulan Puasa
11. Eureka Popcorn Gift Box Set

Siapalah yang tak suka makan popcorn? Cuti raya dah tentu akan banyak diluangkan di hadapan kaca televisyen dan popcorn sudah pastinya menjadi makanan kegemaran sekeluarga semasa menonton drama atau telemovie Raya. Tak payah fikir banyak nak beli popcorn dari mana, dapatkan sahaja gift box set dari Eureka ini yang mengandungi enam perisa popcorn berbeza. Bukan itu sahaja, ia juga disertakan dengan satu set sampul duit raya bersama kad ucapan raya percuma.
12. Set Tupperware

Tupperware dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Set Tupperware ini terdiri daripada 3 bekas berbeza saiz yang sangat berguna untuk menyimpan apa-apa sahaja makanan. Si penerima juga boleh mengunakannya sebagai bekal makanan untuk dibawa ke pejabat atau sekolah.
13. Combo Dendeng Ori Khairulaming

Siapa yang tidak kenal Sambal Nyet Berapi? Produk dari Kharul Aming ini sentiasa laris, dan kini beliau juga menghasilkan Dendeng Nyet Berapi yang lazat dimakan bersama nasi, roti, ketupat, dan bermacam-macam lagi. Set combo ini terdiri daripada enam pek Dendeng Nyet Berapi berserta dengan sampul percuma dan juga satu item percuma.
14. Spa Luxetique Bath Gift Set

Set mandian boleh dijadikan hadiah yang istimewa terutamanya untuk kaum wanita. Kami cadangkan anda mendapatkan set mandian ini dari Spa Luxetique yang mengandungi shower gel, bubble bath, bath bombs dan banyak lagi. Ia semua dipakejkan bersama bath puff.
15. Set Hamper

Kepada sesiapa yang tidak ingin meluangkan banyak masa memikirkan hadiah yang “sempurna”, apa kata berikan set hamper? Dapatkan hamper makanan ini yang mengandungi snek-snek kegemaran semua.
Ceriakan Raya Insan Tersayang Dengan Set-Set Hadiah Hari Raya Ini

Agak pening kepala juga nak mencari idea-idea untuk membeli hadiah. Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang-orang penting dalam hidup anda. Hadiah-hadiah hari raya yang kami syorkan di sini merangkumi pelbagai keperluan dan bajet. Untuk segala barang keperluan raya, layari jualan Raya Bersama Shopee untuk menikmati tawaran dan promosi terhebat!
Dapatkan segala barangan persiapan Raya anda di Bazar Hebat Raya dari 26 Februari hingga 25 Mac dan nikmati 50% Diskaun Fesyen Raya Terkini, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, Shopee Live Baucar 50% Diskaun Harian, dan banyak lagi!

