5 Bazar Ramadan Online Yang Anda Perlu Kunjungi Sekarang

karipap bazar ramadan online

Sudah tiba bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan… dan kalau dah bulan Ramadan, mestilah ada bazar Ramadan! Walaupun dah masuk Ramadan kedua warga Muslim berpuasa dalam norma baru, ini tidak bermaksud tidak ada cara untuk mengunjungi bazar sambil mengurangkan risiko jangkitan. Ini kerana ada banyak bazar ramadan online yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan juadah kegemaran anda.

Bazar Ramadan Online? Macam Mana Tu?

Bazar Ramadan yang beroperasi secara online membolehkan anda memilih dan memesan makanan melalui telefon bimbit atau komputer anda. Makanan yang dipesan ini akan dihantar kepada anda melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih oleh peniaga. Dengan cara ini, tidak perlulah anda bersesak dengan orang ramai yang lain di bazar sebenar. Pada masa yang sama, anda masih boleh nikmati semua makanan yang anda idamkan!

Senarai Bazar Ramadan Online Di Sekitar Lembah Klang

FVBazaar

fvbazaar online screenshot
Kredit: FVBazaar

Fashion Valet bukanlah nama baru untuk rakyat Malaysia; Vivy Yusof bukan sahaja menjual pakaian, tetapi juga menggunakan platform Fashion Valet untuk membantu golongan penjaja yang bergelut dengan kekurangan pelanggan akibat wabak Covid-19. Dinamakan FVBazaar, peniaga boleh mendaftar untuk disenaraikan dalam platform tersebut. Setakat ini, lebih 4,000 penjaja telah mendaftar dengan FVBazaar, dan sebagai pembeli, anda boleh memilih dari pelbagai juadah popular untuk berbuka puasa termasuklah biskut, kuih, kerepek, karipap, nasi, dan banyak lagi. 

Untuk menggunakan FVBazaar, kunjungi laman web bazar Ramadan online ini, tapis kepada lokasi dan kategori makanan yang diingini, dan pilih peniaga yang menarik minat anda. Anda boleh menghubungi peniaga tersebut secara terus melalui WhatsApp atau telefon untuk membuat pesanan, atau mengunjungi laman sosial mereka. Nota: Anda memerlukan akaun Fashion Valet untuk menggunakan platform FVBazaar.

Klik sini untuk melayari laman web FVBazaar (makanan).  

Nak Makan

nak makan bazar ramadan online
Kredit: NakMakan

Dioperasikan oleh MYEG, Nak Makan (lain dari Dahmakan ye) merupakan platform memesan makanan yang diperkenalkan pada tahun 2020 untuk membantu golongan peniaga yang mungkin tidak begitu celik IT. Nak Makan menggunakan perkhidmatan Mr Speedy di sekitar Lembah Klang, dan perkhidmatan GoGet di negeri Johor dan Pulau Pinang. 

Istimewanya platform Nak Makan adalah anda dapat membuat pesanan makanan dari penjaja/peniaga berbeza dan hanya membayar satu caj penghantaran, selagi peniaga-peniaga tersebut berada dalam zon yang sama. Bukan saja itu, anda mempunyai pilihan untuk membeli dari food truck juga. Pemesanan makanan melalui Nak Makan boleh dilakukan antara pukul 10 pagi sehingga 6 petang. 

Layari laman Nak Makan di sini

Bazaar Rakyat

bazaar rakyat ramadan online
Kredit: Bazaar Rakyat

Diilhamkan oleh sepasang suami isteri semasa Ramadan 2020, Bazaar Rakyat adalah bazar Ramadan online yang beroperasi untuk negeri Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Johor, Putrajaya, Melaka, dan Negeri Sembilan. Ia ditujukan terutamanya untuk penjaja mikro yang mungkin berasakan lebih sukar untuk berniaga tanpa gerai bazar Ramadan fizikal.

Bazaar Rakyat berkolaborasi dengan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk memberi kesenangan dan pilihan kepada penjaja dari aspek logistik. Selain makanan, anda boleh juga membeli pakaian, peralatan elektronik, dan macam-macam lagi di bazar Ramadan online ini. Anda boleh menapis barang yang anda inginkan berdasarkan lokasi, kategori, serta nama barang. 

Laman Web Bazaar Rakyat: Selangor / Kuala Lumpur / Putrajaya

Platform Selangor (PLATS)

Platform Selangor atau PLATS adalah bazar Ramadan online yang terhasil dari kolaborasi antara kerajaan negeri Selangor dan Grab pada tahun 2020. Tahun ini, kolaborasi ini telah diperbaharui dan dikenali sebagai PLATS 2.0. Anda boleh memesan makanan melalui laman web PLATS, di mana anda boleh membuat carian menggunakan nama makanan serta lokasi.

Manfaat menggunakan PLATS adalah anda tidak memerlukan akaun untuk membuat pesanan, dan anda boleh terus berhubung dengan penjaja berkenaan melalui WhatsApp atau media sosial. Penghantaran dilakukan melalui perkhidmatan GrabExpress.

Klik sini untuk laman web PLATS

Bazar Ramadan Online Di Facebook

bazar ramadan online ttdi
Kredit: Facebook

Kalau anda mempunyai gerai kegemaran di bazar-bazar Ramadan fizikal di sekitar Lembah Klang, anda boleh cuba untuk mencari versi online bazar tersebut di Facebook. Banyak bazar popular seperti di TTDI, Wangsa Maju, Shah Alam, dan sebagainya mempunyai halaman Facebook di mana anda boleh melihat iklan daripada penjaja di kawasan tersebut, dan terus berhubung dengan mereka untuk membuat pesanan. Halaman-halaman ini biasanya mempunyai beraneka jenis makanan yang dijual, jadi anda mungkin menemui makanan unik yang sukar didapati di platform lain. 

Walaubagaimanapun, sesetengah halaman ini juga tidak diselia dengan baik, jadi anda mungkin juga melihat iklan-iklan lain yang tidak berkenaan. Pandai-pandailah untuk abaikan iklan-iklan jenis ini.

Direktori halaman Facebook untuk bazar-bazar popular (tidak semestinya lengkap):

Tak Dapat Pergi Bazar, Biarlah Bazar Ramadan Online Datang Kepada Anda

karipap kuih muih tempatan
Kredit: Esperanza Doronila di Unsplash

Berbuka puasa pada zaman Covid tak semestinya perlu mengancam keselamatan anda; gunakanlah platform-platform di atas untuk menikmati makanan-makanan kegemaran anda di rumah. Kalau mencari barang dapur untuk membuat juadah sendiri, jenguk-jenguk sedikit di Shopee Mart untuk mendapatkan harga rendah untuk barang keperluan popular. Bolehlah jimat duit untuk beli baju Raya nanti! Selamat berpuasa!

Tak pasti nak makan apa untuk sahur? Dapatkan idea makanan sahur sihat di sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *