10 Telefon Pintar Bawah RM500 Berbaloi Dibeli Pada Tahun 2024

Best smartphones under RM500

Dengan teknologi terkini, telefon bimbit bajet mempunyai bangsa fungsi yang terdapat pada peranti-peranti yang jauh lebih mahal. Anda tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki telefon pintar yang berkeupayaan. Dengan harga di bawah RM500, terdapat banyak telefon pintar bajet yang mampu memenuhi keperluan penggunaan majoriti pengguna. Ia juga membuatkan pilihan yang sesuai untuk warga emas dan anak-anak yang memerlukan telefon bimbit. Di sini, kami memetik beberapa telefon bawah RM500 terbaik di pasaran untuk tatapan anda jika anda sedang mencari-cari sebuah peranti bajet.

Telefon Pintar Bawah RM500 Terbaik Di Pasaran Malaysia Yang Anda Boleh Beli

Sesuai untuk mereka yang memerlukan telefon pintar mudah alih yang cukup baik untuk kegunaan harian.

1.   realme C51

realme C51 telefon bawah rm500
Kredit: realme Official Store di Shopee

realme C51 merupakan salah satu telefon pintar terbaik bawah RM500 dengan bateri 5,000mAh dengan 33W SuperVOOC Charge yang menawarkan penggunaan lanjutan tanpa perlu selalu dicas. Selain itu, ia salah satu peranti Android yang mempunyai ciri dan fungsi Dynamic Island seakan-akan iPhone yang memaparkan maklumat status penting sepintas lalu di sekitar kawasan takuknya.

Spesifikasi

Paparan 6.74-inch (1600 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 8GB
Pemprosesan Unisoc Tiger T612
Ruang Memori 128GB (boleh ditambah sehingga 2TB)
Kamera Belakang 50MP
Kamera Depan 5MP
Sistem Operasi Android 13 (dengan realme UI T)
Bateri 5,000mAh (dengan 33W cas pantas)

2.   realme c30s

realme c30s telefon bawah rm500
Kredit: realme

Jika anda mahukan telefon pintar realme yang lebih mampu milik tanpa kehilangan bateri berkapisiti besar, realme c30s adalah pilihan terbaik untuk anda. Peranti dengan rekaan nipis dan ringan ini juga menawarkan pengimbas cap jari yang pantas serta tiga slot kad untuk memuatkan dua kad SIM dan sebuah kad mikroSD.

Spesifikasi

Paparan 6.5-inch (1600 x 720 resolusi)
RAM 2GB/3GB/4GB
Pemprosesan Octa-core 1.6 GHz Cortex-A55
Ruang Memori 32GB/64GB (boleh ditambah sehingga 1TB)
Kamera Belakang 8MP
Kamera Depan 5MP
Sistem Operasi Android 12 (dengan realme UI Go Edition)
Bateri 5,000mAh

3.   Oppo A18

Oppo A18 telefon bawah rm500
Kredit: Oppo

Anda mungkin mendapati telefon pintar anda berasa lembap selepas bertahun-tahun menggunakannya, terutamanya untuk telefon pintar bajet. Walaubagaimanapun, Oppo menggembar-gemburkan bahawa ia bukan masalah kepada peranti A18 yang mampu beroperasi dengan lancar selama 36 bulan dengan ciri 4GB extended RAM dan enjin pengkomputeran dinamik yang memastikan telefon ini bertahan lama.

Spesifikasi

Paparan 6.56-inch (1612 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 4GB
Pemprosesan MediaTek Helio G85
Ruang Memori 128GB (boleh ditambah sehingga 1TB)
Kamera Belakang 8MP utama + 2MP mono
Kamera Depan 5MP
Sistem Operasi Android 13 (dengan ColorOS 14)
Bateri 5,000mAh

4.   Oppo A17k

Oppo A17k telefon bawah RM500
Kredit: Oppo

Apakah perbezaan antara Oppo A17K dengan Oppo A18, anda bertanya? Oppo 17K mempunyai hanya satu kamera belakang, tiada paparan 90Hz dan rintangan air yang lebih rendah. Jika anda boleh menerima kekurangan ciri-ciri tersebut, Oppo A17K memberikan penjimatan sekitar RM100 berbanding dengan Oppo A18.

Spesifikasi

Paparan 6.56-inch (1612 x 720 resolusi)
RAM 3GB
Pemprosesan MediaTek Helio G35
Ruang Memori 64GB
Kamera Belakang 8MP
Kamera Depan 5MP
Sistem Operasi Android 12 (dengan ColorOS 12.1)
Bateri 5,000mAh

5.   Infinix Smart8 Pro

Infinix Smart8 Pro telefon bawah RM500
Kredit: Infinix Official Shop di Shopee

Walaupun berharga RM399 sahaja, Infinix Smart8 Pro antara telefon pintar bawah RM500 terbaik dengan set spesifikasi yang mantap. Ia menawarkan 8GB RAM siap dengan ciri extended RAM lagi bagi memastikan operasi yang lancar. Ciri-ciri lain termasuk paparan 6.6-inci dan kamera dwi AI 50MP.

Spesifikasi

Paparan 6.6-inch (1612 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 4GB/8GB
Pemprosesan MediaTek Helio G36
Ruang Memori 64GB/128GB (boleh ditambah sehingga 2TB)
Kamera Belakang 50MP
Kamera Depan 8MP
Sistem Operasi Android 13 (dengan XOS 13)
Bateri 5,000mAh

6.   Redmi 13C

Redmi 13C telefon bawah RM500
Kredit: Mi

Redmi adalah pengeluar telefon pintar bajet terkemuka di pasaran, dan telefon terbaru mereka bawah RM500 yang kami syorkan ialah Redmi 13C. Set spesifikasinya termasuk tiga kamera, 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia juga menyediakan bicu fon kepala 3.5mm untuk mereka yang masih gemar menggunakan fon kepala berwayar.

Spesifikasi

Paparan 6.74-inch (1600 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 6GB
Pemprosesan MediaTek Helio G85
Ruang Memori 128GB
Kamera Belakang 50MP utama + 2MP macro
Kamera Depan 8MP
Sistem Operasi Android 13 (dengan MIUI 14)
Bateri 5,000mAh (dengan 18W cas panjang)

7.   Redmi A3

Redmi A3 best phones under rm500
Kredit: Mi

Untuk kos peranti lebih rendah, anda boleh pertimbangkan Redmi A3. Ia mempunyai spesifikasi yang lebih rendah sedikit berbanding Redmi 13C, tetapi ia masih mengekalkan paparan dan bateri berkapasiti besar. Jika keupayaan kamera kurang penting untuk anda, peranti ini lebih menjimatkan wang.

Spesifikasi

Paparan 6.71-inch (1650 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 3GB/4GB
Pemprosesan MediaTek Helio G36
Ruang Memori 64GB/128GB
Kamera Belakang 8MP
Kamera Depan 5MP
Sistem Operasi Android 14
Bateri 5,000mAh

8.   Poco C65

Poco C65 telefon bawah RM500
Kredit: Mi

Jenama Poco memang terkenal dengan menawarkan peranti mampu milik yang berprestasi tinggi. Poco C65 adalah antara ketibaan terbaru mereka di pasaran dan spesifikasinya menjadikan ia salah satu telefon pintar terbaik bawah RM500 di pasaran. Ia menawarkan paparan 90Hz 6.74 inci, 6GB RAM, dan bateri berkapasiti besar. 5,000mAh.

Spesifikasi

Paparan 6.74-inch (1600 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 6GB/8GB
Pemprosesan MediaTek Helio G85
Ruang Memori 128GB/256GB
Kamera Belakang 50MP utama + 2MP makro
Kamera Depan 8MP
Sistem Operasi Android 13 (dengan MIUI 14 for Poco)
Bateri 5,000mAh (dengan 18W caj charging)

9.   Honor X5 Plus

Honor X5 Plus telefon bawah RM500
Kredit: HONOR

Set spesifikasi Honor X5 Plus tidak jauh berbeza dari kebanyakan telefon pintar dalam senarai ini, Walau bagaimanapun, ia mempunyai sedikit kelebihan berbanding yang lain dengan baterinya yang berkapasiti 5,200mAh. Cas tambahan pasti membantu memberi sejam dua ekstra masa pengunaan.

Spesifikasi

Paparan 6.56-inch (1612 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 4GB
Pemprosesan MediaTek Helio G36
Ruang Memori 64GB
Kamera Belakang 50MP utama + 2MP depth sensor
Kamera Depan 5MP
Sistem Operasi Android 13 (dengan MagicOS 7.1)
Bateri 5,200mAh

10.   Tecno Spark 20C

Tecno Spark 20C best phones under RM500
Kredit: TECNO MALAYSIA di Shopee

Tecno mungkin nama syarikat pengeluar telefon pintar yang anda tidak pernah dengar, tetapi jangan biarkan ia menghalang anda daripada melihat produk mereka kerana terdapat opsyen-opsyen yang bagus. Contohnya, Tecno Spark 20C dengan spesifikasi yang menawarkan RAM sehingga 16GB dan kamera selfie 32MP

Spesifikasi

Paparan 6.6-inch (1612 x 720 resolusi) 90Hz
RAM 4GB/8GB
Ruang Memori 128GB
Kamera Belakang 50MP
Kamera Depan 8MP
Sistem Operasi Android 13
Bateri 5,200mAh (dengan 18W cas pantas)

Telefon-Telefon Pintar Bawah RM500 Ini Cukup Memberikan Pengalaman Penggunaan Yang Baik Untuk Kebanyakan Orang

A Poco smartphone
Kredit: MKBHD YouTube Channel

Beberapa tahun yang lalu, telefon pintar bajet hanya menawarkan spesifikasi asas. Tetapi kini, anda boleh membeli sebuah telefon bawah RM500 yang datang dengan berbilang kamera serta bateri berkapasiti besar. Meskipun tidak mempunyai teknologi dan ciri-ciri terkini, ia cukup memadai untuk kegunaan harian bagi majoriti pengguna.

Leave a Reply