Dengan cuaca panas terik luar biasa kebelakangan ini, kini masa terbaik untuk mengunjungi taman tema air untuk melegakan badan serta menikmati keseronokan yang tidak terhingga. Jika anda tidak tahu, terdapat banyak taman tema air di negeri-negeri Malaysia yang anda boleh pergi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu atau hari cuti. Tak sabar untuk berseronok dengan air? Jom lihat taman-taman tema air menarik ini dan mula buat perancangan untuk percutian yang syok sekali! Anda pun sudah tentu sedikit bosan dengan asyik pergi shopping mall saja, kan?
10 Taman Tema Air Terbaik Di Malaysia Yang Anda Boleh Kunjungi
Dari Pulau Pinang ke Johor, tak kurangnya taman tema air di Semenanjung Malaysia.
1. SplashMania (Selangor)
Taman tema air terbaru di Malaysia ini terletak kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan ia menawarkan sebanyak 39 jenis permainan air yang menarik dan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Tarikan Plunge membolehkan anda meluncur ke bawah dengan kelajuan tinggi dari enam tingkat, manakala Whoopa Loopa memberikan permandangan sekitar yang menakjubkan ketika anda meluncur dalam gelung-gelung yang telus.
Bagi kanak-kanak pula, terdapat gelongsor-gelongor yang sesuai untuk umur mereka dan kawasan bermain air interaktif yang memastikan keseronokan yang berlimpah-limpah!
Alamat: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor
Masa operasi: Isnin, Rabu – Ahad: 10am – 6pm (Selasa tutup kecuali cuti sekolah atau cuti umum)
E-mel/tel: hello.glplay@gamudaland.com.my l 012-9321811
Harga tiket:
Dewasa: RM99
Kanak-kanak/warga emas: RM79
Laman Web | Facebook | Instagram
2. Adventure Waterpark Desaru Coast (Johor)
Adventure Waterpark Desaru Coast di negeri Johor mempunyai salah satu wave pool terbesar di dunia serta lebih daripada 20 tarikan permainan air. Selain itu, terdapat juga pelbagai kedai makan di dalam taman tema air ini yang anda boleh kunjungi apabila sudah lapar bermain.
Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat tiket masuk percuma sekiranya anda bermalam di Hard Rock Hotel yang berdekatan?
Alamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Masa operasi: Khamis – Ahad: 10am – 6pm
Tel: 07-878 3800 atau 019-791 2217 (WhatsApp sahaja)
Harga tiket:
Dewasa/kanak-kanak/warga emas: RM150 (Regular), RM95 (MyKad)
Laman Web | Facebook | Instagram
3. Sunway Lagoon (Selangor)
Sunway Lagoon mencapai ulang tahun ke-30 pada bulan April ini, dan walaupun telah tiga dekad beroperasi, ia kekal sebagai salah satu taman tema air terbaik di Malaysia. Pusaran Vuvuzela yang sangat popular serta Congo Challenge yang mempunyai gelonsor air enam lorong tetap menjadi tarikan utama yang disukai ramai. Manakala, Surf Beach menawarkan tempat bermain air yang sesuai untuk seisi keluarga.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor
Masa operasi: Isnin, Rabu – Ahad: 10am – 6pm (Selasa tutup kecuali cuti sekolah atau cuti umum)
E-mel/tel: ask_lagoon@sunway.com.my l 03-5639 0000
Harga tiket:
Dewasa (umur 13 ke atas): RM220
Kanak-kanak (umur 12 ke bawah) & warga emas (umur 60 ke atas): RM185
Laman Web | Facebook | Instagram
4. ESCAPE (Pulau Pinang)
Jika anda ingin mengalami taman tema air di Malaysia yang lain daripada yang lain, bolehlah rancang pergi ke ESCAPE Penang. Tarikan unik seperti Dead Sea Pool membolehkan semua perenang terapung di atas air, manakala Mega Drop memberi keterujaan meluncur ke bawah dengan kelajuan hampir zero gravity!
Tidak lupa juga The Longest iaitu gelongsor air berliku-liku merentasi hutan yang menawarkan pemandangan indah semulajadi.
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Penang
Masa operasi: Selasa – Ahad: 10am – 6pm
E-mel/tel: Rujuk laman web
Harga tiket:
Future Kid (umur 0-3): Percuma
Junior Kid (umur 4-12): Dari RM77.70
Big Kid (umur 13-60): Dari RM116.90
Super Kid (umur 61 ke atas): Percuma
Laman Web | Facebook | Instagram
5. Wet World Water Park (Selangor)
Untuk keluarga besar, Wet World Water Park di Shah Alam merupakan antara taman tema air di Malaysia yang wajib dikunjungi dengan harga tiket yang paling berpatutan. Tiket di sini tidak melebihi RM33 seorang. Tambahan pula, warga emas boleh menikmati kadar yang lebih murah daripada kanak-kanak.
Tarikan-tarikan di sini direka bentuk lebih kepada kesesuaian kanak-kanak, menjadikan ia taman tema air utama pilihan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Alamat: No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Masa operasi: Isnin, Selasa, Khamis – Ahad: 10am – 6pm (Rabu tutup kecuali cuti sekolah atau cuti umum)
E-mel/tel: sales.wwsa@owg.com.my l 017-289 0500
Harga tiket:
Dewasa: RM33
Kanak-kanak: RM29
Warga emas: RM20
Laman Web | Facebook | Instagram
6. LEGOLAND Water Park (Johor)
LEGOLAND bukan sahaja tempat tarikan kepada semua peminat LEGO, tetapi ia juga menawarkan waterpark yang memang best untuk dikunjungi masa cuaca panas ini. Kanak-kanak pasti akan teruja dapat bermain dengan lebih 20 tarikan yang berdasarkan unsur-unsur LEGO termasuk LEGO Wave Pool, Build-A-Raft River, Joker Soaker, dan DUPLO Splash Safari.
Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Masa operasi: Isnin, Rabu – Ahad: 10am – 6pm (Selasa tutup kecuali cuti umum)
E-mel/tel: info@LEGOLAND.my l 07-597 8888
Harga tiket:
Dewasa: Dari RM149
Kanak-kanak/warga emas: Dari RM129 (kanak-kanak umur 3 ke bawah boleh masuk percuma)
Laman Web | Facebook | Instagram
7. Lost World Of Tambun Water Park (Perak)
Bagi mereka yang duduk berdekatan negeri Perak, bolehlah berkunjung ke Sunway Lost World Of Tambun. Taman tema air yang didirikan di persekitaran hutan hujan tropika ini mempunyai pelbagai tarikan yang pasti akan memuaskan hati thrillseekers mahupun seisi keluarga.
Anda mesti cuba Malayana Rainfortress yang merupakan struktur gelongsor air bertingkat-tingkat siap dengan terowong air 4D sinematik.
Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Masa operasi:
Isnin, Rabu – Jumaat: 11am – 11pm (Selasa tutup kecuali cuti sekolah atau cuti umum)
Sabtu & Ahad: 10am – 11pm
E-mel/tel: lostworldoftambun@sunway.com.my l 05-542 8888
Harga tiket:
Dewasa: RM127
Kanak-kanak/warga emas: RM120
Laman Web | Facebook | Instagram
8. Bangi Wonderland Water Theme Park (Selangor)
Di Bangi pula, anda akan jumpa Bangi Wonderland Theme Park yang mempunyai gabungan tarikan yang menggemparkan serta menyenangkan. Walaupun taman tema ini menawarkan 10 tarikan sahaja, ada yang mampu membuatkan ramai kecut perut seperti The Fall dan Water Cannon.
Tip: Beli tiket anda secara online untuk menikmati harga yang lebih murah.
Alamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
Masa operasi:
Isnin, Rabu – Jumaat: 11am – 6pm
Sabtu & Ahad: 10am – 6pm
E-mel/tel: sales@bangiwonderland.com.my l 019-682 7174
Harga tiket:
Dewasa/kanak-kanak: RM35 (RM40 pada cuti sekolah dan cuti umum)
Laman Web | Facebook | Instagram
9. Bukit Gambang Water Park (Pahang)
Di Malaysia, taman tema air di Gambang ini menawarkan harga tiket yang paling mesra dompet sekali. Dengan caj kemasukan bermula dari RM23 sahaja, anda sekeluarga boleh meluangkan masa menikmati pelbagai tarikan air termasuklah wave pool.
Ia juga merupakan antara taman tema air pertama di Malaysia yang menggunakan gelang tangan reloadable, memudahkan anda membeli snek atau menyewa pelampung tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Alamat: Jalan Bukit Gambang Utama, Bukit Gambang Resort City, 26300 Kuantan, Pahang
Masa operasi: Jumaat – Ahad: 10am – 6pm
E-mel/tel: enquiry@bgrc.com.my l 011-1784 9178
Harga tiket:
Dewasa: RM33
Kanak-kanak/warga emas: RM23
Laman Web | Facebook | Instagram
10. A’Famosa Water World (Melaka)
Dan yang akhir sekali dalam senarai ini, kami mempunyai A’Famosa Water World di negeri bersejarah Melaka. Taman tema air kedua terbesar di Malaysia ini (selepas SplashMania) menawarkan keseronokan untuk semua dengan pelbagai jenis tarikan menarik. Kanak-kanak boleh bermain sepuas hati sementara ibubapa pula boleh menyewa cabana untuk bersantai.
Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Masa operasi: Isnin, Rabu – Jumaat: 10am – 6pm (Selasa tutup)
E-mel/tel: enquiries@afamosa.com l 06-552 0888
Harga tiket:
Dewasa: RM45
Kanak-kanak/warga emas/OKU: RM38
Laman Web | Facebook | Instagram
Jaga Keselamatan Ketika Berseronok Di Taman-Taman Tema Air Di Malaysia Ini
Untuk mengelak daripada beratur panjang di kaunter tiket, anda dinasihatkan membeli tiket secara online. Pastikan juga anda membaca kod pakaian di laman web taman tema air kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin boleh merosakkan keseronokan bahkan mendatangkan bahaya. Yang penting sekali, keselamatan jangan diabaikan ketika seronok bermain air.
Baca: 7 Baju Mandi Muslimah Sesuai Untuk Melakukan Aktiviti Air Tanpa Mendedahkan Aurat