Kebanyakan kita membeli dan memiliki terlalu banyak barangan. Sama ada pakaian, perkakas elektronik, atau barangan rawak, ramai di antara kita terjerumus ke dalam perangkap consumerism dalam masyarakat yang kian materialistik. Walau bagaimanapun, mengenal pasti masalah adalah langkah pertama ke arah menyelesaikannya. Jika anda mengakui bahawa harta benda anda mula menjadi beban, anda boleh memberikannya kepada orang lain atau mengitarnya semula. Kami percaya ramai di antara anda mempunyai niat untuk kitar semula tetapi kurang pengetahuan tentang di mana dan bagaimana untuk berbuat demikian. Oleh itu, kami telah menyenaraikan pusat dan tempat kitar semula di Malaysia yang boleh menjadi panduan anda untuk menyingkirkan barangan yang tidak diingini dan tanpa merosakkan alam sekitar.
Di Mana Saya Boleh Hantar Barangan Ke Pusat Kitar Semula Di Malaysia?
Asingkan barangan lama anda mengikut jenis dan bawa mereka ke pusat dan tempat kitar semula berikut.
1. IPC Recycling & Buy-Back Centre
Terletak di tempat letak kereta pusat beli-belah IPC, pusat kitar semula ini menyediakan kemudahan kitar semula untuk orang ramai yang berkunjung di pusat membeli-belah dan mereka yang tinggal berdekatan. Jika anda ahli Tack Club (pendaftaran percuma boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih IPC), anda boleh mengumpul Tack Points yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran. apabila anda membawa baragan anda untuk dikitar semula. Lebih-lebih lagi, tempat ini menyediakan tempat letak kereta khusus untuk drop-off barangan anda yang tidak mengenakan cas duit selama 10 minit.
Lokasi | Level LG1 (near ladies’ parking), IPC Shopping Centre, 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Waktu operasi | 8am -10pm setiap hari (termasuk cuti-cuti umum) |
Talian hubungan | 03-7730 0333 l ipc@ikano.asia |
Barangan yang diterima | Rujuk laman web untuk senarai penuh |
Laman Web l Facebook l Instagram
2. H&M
Untuk pengetahuan anda, gergasi fesyen H&M Malaysia ada menawarkan program kitar semula pakaian. Anda hanya perlu bawa apa-apa pakaian atau tekstil yang tidak diingini (tidak kira jenama dan apa jua keadaan) ke mana-mana kedai mereka di seluruh negara dan serahkannya di kaunter bayaran. Sebagai tanda penghargaan, anda akan menerima baucar terima kasih berserta diskaun yang boleh digunakan dalam pembelian di H&M.
Lokasi | Rujuk laman web untuk semua lokasi kedai |
Waktu operasi | 10am-10pm setiap hari |
Talian hubungan | 1800-180-032 |
Barangan yang diterima | Pakaian dan tekstil |
Laman Web l Facebook l Instagram
3. SPAO
Selain H&M, anda boleh menmberikan pakaian lama yang tidak diingini kegunaan baharu dengan menyerahkannya ke cawangan SPAO di Parkson Elite Pavilion KL atau Sunway Velocity Mall. Sebagai ganjaran, anda boleh menikmati diskaun 15% untuk pembelian seterusnya di kedai SPAO yang mengambil bahagian. Sila ambil perhatian bahawa item-item tertentu seperti pakaian dalam, kasut, stoking, beg dan aksesori tidak diterima.
Lokasi | SPAO Parkson Elite Pavilion KL – Lot 5.41, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
SPAO Sunway Velocity Mall – Lot G01 & G02, Ground Floor, Lingkaran SV, Sunway Velocity Mall, 55100 Kuala Lumpur |
Waktu operasi | 10am-10pm setiap hari |
Talian hubungan | help@spao.my |
Barangan yang diterima | Pakaian |
Laman Web l Facebook l Instagram
4. Kloth
Ditubuhkan pada 2013, Kloth adalah perusahaan sosial yang diterajui wanita yang berhasrat untuk menjadi pemangkin ekonomi pekeliling tekstil, pakaian, dan plastik. Unit ini telah mengumpul dan mengitar semula lebih 4 juta kilogram tekstil dan pakaian serta lebih daripada 15,000 botol plastik. Untuk mengitar semula pakaian dan barangan plastik yang tidak diingini, anda boleh mencari tong kitar semula mereka yang ditempatkan di sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan.
Lokasi | Rujuk laman web untuk mencari lokasi tong kitar semula |
Talian hubungan | ask@klothcircularity.com |
Barangan yang diterima | Pakaian, aksesori pakaian, kasut, beg, mainan kanak-kanak, sisa kain |
Laman Web l Facebook l Instagram
5. L’OCCITANE
Jika anda banyak menggunakan produk penjagaan diri setiap hari, sudah tentunya terdapat banyak botol-botol kosong yang terkumpul. Daripada terus membuang saja, anda boleh membawanya ke butik-butik L’OCCITANE terpilih di seluruh Malaysia untuk dikitar semula. Anda bukan sahaja boleh menyumbang kepada penjagaan alam sekitar, tetapi juga akan diberi ganjaran atau member points.
Lokasi | Rujuk laman web untuk kedai-kedai yang terlibat |
Waktu operasi | 10am-10pm setiap hari |
Talian hubungan | info@loccitance.com.my |
Barangan yang diterima | Pembungkusan produk kecantikan, penjagaan kulit, dan penjagaan rambut dalam saiz penuh mana-mana jenama (senarai lengkap di sini) |
Laman Web l Facebook l Instagram
6. Tetra Pack Recycle Easy
Jika anda dan ahli keluarga anda kerap membeli minuman dari luar, karton-karton kosong senang bertimbun. Tetra Pak menyediakan inisiatif Recycle Easy untuk menyelesaikan masalah ini dengan kaedah mesra alam. Bawa longgokan kotak minuman terpakai anda ke salah satu daripada lebih 700 drop-off point di seluruh negara untuk dikitar semula. Karton-karton terpakai anda boleh dijadikan kepingan bumbung dan papan panel untuk menyokong projek pembinaan rumah dan baik pulih untuk komuniti orang asli, NGO, serta pelbagai projek infrastruktur komuniti yang lain.
Lokasi | Rujuk laman web untuk lokasi drop-off points |
Talian Hubungan | Melalui laman web |
Barangan yang diterima | Karton minuman terpakai |
7. Alam Flora Buy Back Centre
Dapatkan kembali wang tunai apabila anda mengitar semula barangan lama anda di pusat kitar semula Alam Flora. Tempat ini membeli barangan lama dan menghantarnya ke Integrated Recycling Facility (IRF). Anda boleh mendapatkan sebanyak RM2.80 bagi sekilogram barangan terpakai termasuk minyak masak, tin aluminium, dan majalah. Terdapat beberapa tempat pengumpulan barangan yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, sesetengahnya siap dengan kemudahan pandu lalu.
Lokasi | Rujuk sini |
Talian hubungan | 03-2052 7922 |
Barangan yang diterima | Rujuk sini |
Kitar Semula Tidaklah Sukar Di Malaysia Dengan Terdapatnya Banyak Pusat Dan Tempat Kitar Semula Untuk Membantu Anda
Dengan pelbagai cara serta adanya banyak pusat dan tempat kitar semula di Malaysia, tiada alasan untuk tidak memulakan usaha hari ini. Anda boleh bermula secara kecil-kecilan dengan mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar semula dan masukkan mereka ke tong-tong kitar semula yang disediakan di kawasan perumahan anda (jika ada). Selain tidak membebankan alam sekitar, anda boleh mengosongkan ruang di rumah untuk barangan baharu!