Saree, Anarkali, Sherwani, Dan Beberapa Lagi Pakaian Tradisional India Bergaya Untuk Deepavali Ini

traditional indian clothing for deepavali

Perayaan Deepavali menjelang tiba tidak lama lagi, dan ia semestinya mengujakan bagi kaum India di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Selepas senyap dua tahun akibat pandemik, kini semua boleh berhimpun semula untuk bergembira dan menjamu selera dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Tidak ketinggalan, mengambil gambar #ootd dengan pakaian yang segak serta menawan! Nak cuba baju tradisional India tapi tak pasti jenis-jenis yang ada? Biar kami tunjukkan pelbagai jenis pakaian tradisional India untuk kaum lelaki dan juga wanita yang anda boleh ambil sebagai inspirasi untuk tampil bergaya pada hari yang dinanti-nantikan itu!

Jenis-Jenis Pakaian Tradisional India Untuk Kaum Wanita

Curi perhatian ramai dengan pakaian-pakaian cantik menawan ini!

Saree

saree pakaian tradisional india
Kredit: @juhigodambe dan @lipstik_in_the_city melalui Instagram

Saree sememangnya tidak asing lagi sebagai salah satu pakaian tradisional wanita India yang paling dikenali ramai. Sehelai saree biasanya berukuran kira-kira 4.5 hingga 9 meter panjang dan 1 meter lebar. Satu belah penghujungnya dibalut di bahagian pinggang tubuh badan seperti skirt, manakala penghujung bertentangan diletak di atas bahu. Ia boleh dipakai di atas petticoat atau skirt panjang dalaman bersama dengan korset atau choli.

Lehenga Choli

lehenga choli pakaian tradisional india
Kredit: @pinkpeppercorn_sonal, @the_zlist, dan @houseofmisu melalui Instagram

Lehenga Choli adalah pakaian tradisional India three-piece yang kerap dipakai ke acara-acara istimewa seperti majlis perkahwinan atau perayaan. Ia terdiri daripada maxi panjang, skirt aras buku lali (lehenga), dan blaus (choli) yang dihiasi dengan sulaman. Penampilan kemudiannya dilengkapi dengan selendang (juga dikenali sebagai dupatta) untuk menambah keanggunan.

Punjabi Suit/Salwar Kameez

salwar kameez pakaian tradisional india
Kredit: @houseofmisu dan @juhigodambe melalui Instagram, Dollar Gill di Unsplash, dan YK BOUTIQUE di Shopee Malaysia

Salwar Kameez (atau dikenali sebagai Punjabi Suit) terdiri daripada seluar berlipat (salwar) dan baju tunik aras lutut (kameez). Bahagian pinggang dan buku lali biasanya dipakai ketat, tetapi ada juga variasi yang mempunyai rekaan lebih longgar seperti seluar harem elastik, culottes, atau seluar sharara (labuh). Sementara itu, baju tunik dipakai longgar dengan jahitan tepi di bawah pinggang terbuka untuk memudahkan pergerakan si pemakai.

Anarkali

Anarkali pakaian tradisional india
Kredit: @aakritiranaofficial dan @_tiya_collection_ melalui Instagram, dan Reeta Fashion di Shopee Malaysia

Pakaian tradisional India ini mempunyai kain panjang yang menyerlahkan siluet yang flowy. Ia biasanya sampai ke lutut, tetapi wujud juga variasi moden yang panjangnya hingga menyentuh lantai yang turut menjadi pilihan ramai wanita. Anarkali kerap dipadan dengan churidar (seluar ketat), tetapi anda juga boleh padankan ia dengan seluar palazzo untuk stail yang lebih relaxed dan trendy baru-baru ini.

Jenis-Jenis Pakaian Tradisional India Untuk Kaum Lelaki

Nak bergaya ala bintang-bintang Bollywood?

Kurta

kurta pakaian tradisional india
Kredit: Mr.Only Official Store di Shopee Malaysia, @usaamahsiddique dan @akanksharedhu melalui Instagram

Bila sebut tentang baju tradisional India untuk kaum lelaki pula, kurta selalunya menjadi pilihan yang paling popular. Bagi mereka yang tidak begitu mengetahui kurta, it merupakan baju yang dipakai longgar dan panjangnya sampai ke lutut kaki. Kebanyakkan kurta tradisional tidak mempunyai kolar, tetapi variasi moden dengan stail baru datang dengan kolar Mandarin. Tahukah anda bahawa wujudnya versi kurta khas untuk wanita yang dinamakan kurti? Perbezaanya dengan kurta adalah lokasi selit tepinya yang lebih tinggi di bahagian tengah tubuh badan.

Dhoti

dhoti pakaian tradsional india
Kredit: VEECHIS COLLECTION di Shopee Malaysia

Beralih ke seluar pula, kebanyakan baju tradisional India lelaki dilengkapi dengan dhoti. Ia berukuran sekitar 4.5 meter panjang dan dibalut di pinggang dan kemudiannya diikat dengan simpul. Dhoti biasanya dipakai bersama kurta, tetapi juga sesekali dipadankan dengan sherwani untuk menghadiri majilis atau acara formal.

Sherwani

sherwani
Kredit: Bulbul Ahmed di Unsplash dan @nomiansari melalui Instagram

Tentang sherwani pula, ia merupakan jaket yang kelihatan seperti kot dengan panjangnya sampai aras lutut. Juga seiras dengan Achkan, ia terkenal dengan penampilannya yang agung. Pastikan anda memakai sehelai baju (kurta ataupun baju T-shirt) di bawah sherwani untuk menjamin keselesaan. Padankan dengan dhoti, leggings, churidars, atau seluar slim-fit pun boleh untuk melengkapkan pakaian tradisional anda.

Tampil Bergaya Dan Menawan Sempena Sambutan Deepavali Dengan Pakaian-Pakaian Tradisional India Ini

traditional indian clothing for deepavali
Kredit: @juhigodambe dan @nomiansari di Instagram

Kami berharap anda memperolehi serba-sedikit idea atau inspirasi untuk mengayakan pakaian anda pada hari sambutan nanti. Setelah sekian lamanya tidak dapat menyambut Deepavali secara terbuka, inilah masanya untuk anda meraikannya bersama-sama ahli sekeluarga, sepupu-sepupu, sera kawan-kawan tanpa sebarang kerisauan, dan ini bermakna pakaian anda hendaklah on point!

Di sini juga, kami ingin kongsikan video khas Deepavali paling lit tahun ini dari pihak Shopee Malaysia. Selamat menyambut Deepava-LIT kepada semua penganut Hindu di Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *