Nak Rasa Kuih Bulan? Rugi Kalau Tak Cuba Mooncake Halal Ini

A closeup on a mooncake

Tiap-tiap bulan September, perayaan pertengahan musim luruh, atau lebih dikenali sebagai perayaan kuih bulan (mid-autumn festival), disambut dengan meriah sekali di negara-negara Asia seperti China, Jepun, Korea, Thailand, dan Malaysia. Pada hari perayaan, kuih bulan (mooncake) menjadi makanan utama untuk dinikmati seisi keluarga dan rakan-rakan. Walaupun kuih bulan merupakan makanan tradisi bangsa Cina, ia juga digemari bangsa-bangsa lain dengan pelbagai jenis rasa yang unik. Kepada umat-umat Islam yang berminat untuk mencubanya, mereka tidak perlu bimbang kerana senang nak mencari kuih bulan halal sekarang berbanding masa-masa dulu. Nak rekomendasi mooncake halal terbaik di Malaysia? Jom ketahui di bawah!

7 Kuih Bulan Mooncake Halal Terbaik Di Malaysia

Terdapat dalam macam-macam perisa yang wajib dicuba!

1.   Baker’s Cottage Mooncake

Baker’s Cottage Mooncake kuih bulan halal
Kredit: That Random Store di Shopee

Baker’s Cottage merupakan nama yang dikenali ramai di Malaysia. Dengan reputasi yang kukuh, Baker’s Cottage terkenal dengan pelbagai variasi kuih bulan berkualiti tinggi. Tiap-tiap tahun, jenama kedai ini menghadirkan koleksi kuih bulan halal yang unik, merangkumi rasa tradisional dan inovasi kontemporari. Antara jenis perisa yang ditawarkan termasuk mooncake tiramisu yang memikat selera dengan rasa kopi yang wangi dan pandan lotus dengan aroma daun pandan yang autentik dan lazat.

2.   Joymom’s Double Layer Mooncake

Joymom's Double Layer Mooncake kuih bulan halal
Kredit: Joymom’s di Shopee

Kuih bulan halal double layer dari Joymom’s mengukir keunikan tersendiri. Dengan perisa yang memukau, varian Imperial Durian menggoda dengan keharuman dan cita rasa durian yang istimewa. Sementara itu, kombinasi matcha dan kacang merah membawa sentuhan tradisional dengan citarasa yang seimbang.

3.   Foh San Mooncake

Foh San Mooncake kuih bulan halal
Kredit: hilltown.store di Shopee

Anda boleh “mix & match” daripada sebanyak 20 perisa kuih bulan, termasuklah durian, kelapa, green tea, dan coklat. Beli lebih daripada empat keping kuih bulan, anda akan dapat sekeping Mini Purple Rain mooncake percuma. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima sebuah kotak besi dengan rekaan “nostalgia 1970’s Ipoh” dengan pembelian sekurang-kurangnya dua keping.

4.   Tong Wah Sugar-Free Mooncake

Tong Wah Sugar-Free Mooncake kuih bulan halal
Kredit: That Random Store di Shopee

Kuih bulan biasanya mengandungi kandungan gula yang agak tinggi. Jika anda prihatin terhadap kesihatan, bolehlah memilih kuih bulan halal tanpa gula keluaran Tong Wah Confectionary. Setiap gigitan membawa rasa autentik tanpa mengorbankan citarasa. Antara perisa-perisa yang ditawarkan termasuk Assorted Healthy Nut, Spirulina Jasmine Pure Lotus Paste, dan Bamboo Charcoal Pumpkin Lotus Paste Melon Seed

5.   YCH Healthy Low Sugar Mooncake

YCH Healthy Low Sugar Mooncake kuih bulan halal
Kredit: Yew Chian Haw (Malaysia) Sdn Bhd di Shopee

Kuih bulan dari Yew Chian Haw merupakan antara mooncake halal digemari ramai di Malaysia. Kandungan gulanya yang rendah, tanpa bahan pengawet serta pewarna menjadikan ia pilihan sihat untuk seisi keluarga. Bercakap mengenai perisanya, ginseng memberi tenaga dan pelbagai kebaikan kesihatan, manakala Lava Chocolate sudah pastinya akan memuaskan hati peminat-peminat coklat.

6.   Tai Thong Favourite Mooncake Set Combo

Tai Thong Favourite Set Combo kuih bulan halal
Kredit: Tai Thong Mooncake Official Store di Shopee

Tai Thong terkenal dengan penghasilan kuih bulan berkualiti yang diminati ramai. Set mooncake halal ini menawarkan empat keping kuih bulan yang berbeza perisa termasuk Momoyama Jasmine Custard yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan Jade Custard yang diperbuat daripada jus pandan. 

7.   Purple Cane Moon Romance Tea Mooncake Gift Set

Purple Cane Moon Romance Tea Mooncake Gift Set
Kredit: Purple Cane Tea Official Store di Shopee

Tak pasti nak cuba perisa mana daripada berbanyak-banyak pilihan? Bolehlah settle dengan set mooncake dari Purple Cane ini yang mempunyai lapan keping kuih bulan halal yang berlainan perisa! Dari Durian Green Tea mooncake ke Coconut & Sakura Flower Tea mooncake, anda boleh cuba pelbagai rasa yang pasti merangsangkan selera anda.

Nikmati Keenakan Kuih Bulan Halal Dengan Sepenuhnya Tanpa Perlu Bimbang

mooncakes on display
Kredit: Alexa Soh di Unsplash

Dengan pematuhan kepada prinsip makanan yang suci, kuih bulan halal menawarkan kelazatan kepada semua lapisan masyarakat. Varian rasa yang kreatif dan tradisional turut menyemarakkan hidangan ini dan memikat selera pencinta makanan manis. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan mooncake halal di Malaysia untuk dicubai sementara masih sempat lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *