Sambut Hari Kebangsaan Bersama Si Kecil Dengan Mencuba Idea-Idea Kraf Merdeka Prasekolah Ini

Kindergarten Merdeka art and craft Malaysia

Bulan Ogos dah menjelang dan ini bermakna kita akan menyambut hari kebangsaan tak lama lagi. Adalah menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia di mana kita berupaya hidup secara harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum setelah 66 tahun lamanya. Jadi, wajar untuk kita menekankan kepentingan hari bersejarah ini kepada anak-anak muda untuk menyemarakkan semangat Merdeka dan patriotisme di dalam hati mereka. Salah satu cara yang sesuai untuk usia mereka adalah melalui aktiviti seni dan kraf merdeka. Kanak-kanak prasekolah bukan sahaja boleh kenal erti kemerdekaan, tetapi juga dapat memupuk ilmu kesenian mereka.

Idea Seni Dan Kraf Merdeka Prasekolah Yang Boleh Dicubai Kanak-Kanak

Ibu bapa ataupun guru bolehlah menggunakan idea-idea ini dalam aktiviti seni untuk si kecil.

1.   Capan Jalur Gemilang

Selain daripada melukis Jalur Gemilang, anda boleh cuba membuat sebuah capan yang tidak kurang menariknya. Cetakkan templat seperti yang kami sertakan di bawah and sediakan warna cat bersesuaian dan putik kapas. Kanak-kanak boleh mengisi templat kosong tersebut dengan menitik putik kapas yang telah dicelup warna dengan mudahnya.

Bahan-bahan keperluan:

2.   Kincir Merdeka

Apa yang bagus tentang kincir Merdeka ini ialah ia tidak memerlukan sebarang persiapan. Anda boleh membeli set kincir tersedia dan kanak-kanak hanya perlu mewarnakannya mengikut tema sebelum mendirikannya.

Bahan-bahan keperluan:

3.   Topi Merdeka

Satu lagi kraf merdeka untuk kanak-kanak prasekolah yang juga senang dibuat adalah topi bertemakan hari kebangsaan. Dengan ilustrasi yang mengandungi bunga raya dan menara berkembar Petronas selain daripada Jalur Gemilang, topi ini pasti menarik perhatian dan menjadi topik perbualan ramai.

Bahan-bahan keperluan:

4.   Reben Merdeka

Kanak-kanak pasti kelihatan comel apabila memakai reben ini! Walaupun ia nampak agak rumit pada pandangan pertama, ia tidak begitu susah untuk dibuat jika anda mengikut langkah seperti yang ditunjukkan di dalam video tutorial dengan teliti. Cuma ia agak memakan masa bab menggunting dan melekat kertas-kertas.

Bahan-bahan keperluan:

5.   Penanda Buku Bunga Raya

Anda boleh membuat penanda buku yang mudah dengan “menocang” kertas. Kemudian, lekatkan sebuah lukisan bunga raya yang telah digunting pada bahagian atasnya. Alternatifnya, anda juga boleh melukis wau atau bunga Rafflesia.

Bahan-bahan keperluan:

  • Kertas warna putih dan merah
  • Pembaris
  • Gunting
  • Pensel
  • Gam
  • Pensel warna
  • Pen marker

6.   Konfeti Merdeka

Kanak-kanak pun boleh melepaskan “bunga api” untuk meraikan hari kebangsaan dengan konfeti merdeka buatan sendiri. Dengan hanya menggunakan tiub kertas tandas, belon, dan cebisan kertas, konfetti simple ini boleh membawa keseronokan kepada kanak-kanak dan dewasa!

Bahan-bahan keperluan:

7.   “Tangan” Jalur Gemilang

Rekaan berbentuk tangan bukan sahaja menarik, tetapi juga sesuai dijadikan kipas jika kanak-kanak membawanya ke perarakan hari kebangsaan pada 31 Ogos nanti.

Bahan-bahan keperluan:

8.   Busur Rambut Bendera

Kraf Merdeka prasekolah ini memang senang dibuat dan padan sekali dengan tema pakaian hari kebangsaan. Hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk siapkan dan si kecil boleh mencuba tanpa sebarang kesulitan. Jika anda ingin menambahbaikkan lagi rupanya, bolehlah ikatkan reben satin di bahagian tengah.

Bahan-bahan keperluan:

9.   Boneka Telur Merdeka

Nak hasilkan sesuatu yang lebih comel? Bolehlah cuba buatkan boneka telur bertemakan Merdeka ini. Guru, ibu bapa ataupun adik-beradik boleh tolong bersihkan kulit telur, manakala anak-anak lukis dan hias “topi” dengan motif Merdeka yang kemudian akan diletakkan di atas kepala boneka. Jika mahu lebih seronok lagi, boleh membuat beberapa boneka sebagai watak-watak dalam jalan cerita imaginasi!

Bahan-bahan keperluan:

10.   Rama-Rama Merdeka

Kanak-kanak perempuan mesti sukakan rekaan rama-rama yang berwarna-warni. Rekaan rama-rama ini mempunyai dua lapisan untuk menghasilkan bentuk 3D yang lebih memikat hati. Kanak-kanak prasekolah bolehlah mencuba kraf Merdeka ini dengan bantuan ibu bapa melukis motif Jalur Gemilang.

Bahan-bahan keperluan:

11.   Tanjak Merdeka

Kepada kanak-kanak lelaki pula, mereka boleh bergaya dengan memakai tanjak dengan rekaan istimewa sempena hari bersejarah ini. Dengan hanya menggunakan kertas dan beberapa teknik lipatan, anda boleh menghasilkan tanjak kecil yang comel dengan mudah. Beri peluang kepada si kecil untuk lukis motif Merdeka ke atasnya.

Bahan-bahan keperluan

  • Kertas putih
  • Pensel
  • Pen
  • Pensel warna biru dan kuning
  • Pembaris
  • Pen marker merah

12.   Penanda Buku Hari Kebangsaan

Berbeza dengan penanda buku bunga raya yang ditunjukkan di atas, penanda buku ini agak rumit dan memerlukan lebih banyak usaha untuk dihasilkan, tetapi hasil akhirnya memang menarik perhatian sekali. Orang dewasa boleh tolong dengan tugas-tugas seperti melakar dan menggunting, manakala si kecil menghiasi penanda buku dengan imaginasi mereka.

Bahan-bahan keperluan:

13.   Bakul Jalur Gemilang

Jika anda mempunyai banyak botol plastik kosong di rumah, apa kata anda galakkan anak-anak membuat satu bakul simple yang bertemakan Merdeka? Kraf prasekolah ini bukan sahaja berguna sebagai tempat letak barangan-barangan kecil, tetapi anda boleh kitar semula botol plastik daripada membuangnya begitu sahaja.

Bahan-bahan keperluan:

  • Kertas warna hitam dan merah
  • Gunting
  • Gam pelekat
  • Pen marker
  • Pemotong pisau

Bangkitkan Semangat Patriotisme Di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah Dengan Kraf-Kraf Merdeka Ini

Bendera Jalur Gemilang kraf merdeka prasekolah
Kredit: Thilipen Rave Kumar di Pexels

Jadikan bulan ini lebih menarik lagi untuk kanak-kanak prasekolah dengan aktiviti membuat kraf merdeka ini. Pada masa yang sama, mereka boleh mengenali sejarah disebalik Jalur Gemilang, bunga raya, dan pelbagai lagi simbol kenegaraan. Ia sudah tentunya salah satu cara terbaik untuk memupuk rasa cintakan tanahair yang lebih mendalam lagi di kalangan anak-anak Malaysia.

Baca: 13 Idea Kad Hari Bapa DIY Menarik Yang Konfem Comel Gila!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *