11 Dashcam Terbaik Di Malaysia Untuk Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya

Tanya sahaja sesiapa yang pernah memandu di jalan raya, mereka pasti mempunyai banyak cerita “menarik” untuk berkongsi. Kebanyakan rakyat Malaysia bukanlah pengguna jalan raya yang paling berhemah, dan jumlah kemalangan yang dilaporkan setiap tahun membuktikannya. Semakin ramai pemilik kenderaan telah memasang kamera dashcam sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemalangan dan kejadian yang tidak diingini. Peranti rakaman ini amat membantu dalam menyelesaikan pertikaian apabila berlakunya insiden-insiden di jalan raya dengan mengemukakan bukti video yang tidak dapat dinafikan sebarang pihak. Berikutannya adalah rekomendasi-rekomendasi dashcam terbaik di pasaran tempatan yang anda boleh dapatkan dan pasang di dalam kenderaan anda.

Model Dashcam Terbaik Untuk Dibeli Tahun 2024

Dari jenama-jenama terkenal seperti 70mai ke unit yang berharga kurang daripada RM100, ini adalah pilihan-pilihan utama yang kami syorkan.

1.   70mai A500s Dashcam Pro Plus+

70mai A500S Dash Cam Pro Plus+ dashcam terbaik
Kredit: 70mai Official Store di Shopee

70mai menghasilkan model-model dashcam berkualiti terbaik di Malaysia, dan salah satu model terlaris mereka, 70mai A500s Dash Cam Pro Plus+, dilengkapi dengan pelbagai ciri. Ia mempunyai kamera hadapan dengan resolusi 1944p yang mampu memberikan rakaman yang jelas. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakannya untuk tujuan navigasi dengan ciri GPS terbina dalamnya. Selain itu, dashcam ini juga dilengkapi dengan sistem driver-assistance (ADAS) dengan amaran keluar lorong dan forward-collision. Anda boleh memilih pakej dengan kit hardware tambahan yang menambahkan ciri pengawasan 24-hour parking surveillance.

2.   70mai A800s 4K Dashcam

70mai A800S 4K Dash Cam dashcam terbaik
Kredit: 70mai.com

Bagi pemilik kenderaan yang sangat mementingkan kualiti visual, anda boleh memilih 70mai A800s 4K. Ia mampu merakam dalam resolusi 4K UHD dengan medan pandangan 140° yang menjaminkan visual terbaik. Rakaman pada waktu malam juga jelas dengan ciri super night vision. Tambahan pula, ia menawarkan ciri navigasi GPS dan ADAS yang serupa dengan model 70mai A500S Dash Cam Pro Plus+.

3.   70mai M500

70mai M500 best dash cam malaysia
Kredit: 70mai

Dengan 170° FOV, 70mai M500 menawarkan medan pandangan terluas di antara semua model dashcam jenama 70mai. Ia juga mempunyai ciri 24-hour parking surveillance yang mampu merakam secara automatik apabila G-sensor yang terbina di dalamnya mengesan sebarang gegaran atau perlanggaran secara tiba-tiba. Tambahan dengan ciri perlindungan bateri kereta, anda tidak perlu risau dashcam ini akan menguras bateri kereta apabila kenderaan anda terletak di tempat parkir.

4.   DDPai Mola N3 Dash Cam

DDPai Mola N3 Dash Cam dashcam terbaik
Kredit: DDPAI Official Malaysia di Shopee

Meskipun ia tidak merakam dalam 4K, dashcam DDPAI Mola N3 masih menawarkan visual yang amat jelas dalam resolusi 2K UHD. Ciri-ciri lain termasuklah night vision infrared dan 24-hour parking monitoring. Anda boleh memilih model GPS atau tanpa GPS. Model dengan GPS memberikan anda ciri ADAS serta penjejakan kelajuan dan lokasi. Jika ciri-ciri ini tidak begitu penting untuk anda, anda boleh berjimat lebih dengan memilih model tanpa GPS.

5.   DDPAI Mini Pro Dash Cam

DDPAI Mini Dash Cam dashcam terbaik
Kredit: DDPAI Official Malaysia di Shopee

Inginkan dashcam bersaiz kecil yang tidak menghalang pandangan anda di jalan raya? Dapatkan model mini ini daripada DDPAI. Dengan kanta boleh putar 330° darjah, anda bukan sahaja boleh merakam keadaan di luar kenderaan tetapi juga pedalaman kereta. Pemandu e-hailing sudah pasti akan menghargai ciri ini sebagai satu langkah keselamatan terhadap sebarang insiden yang melibatkan penumpang mereka.

Kameranya merakam dalam resolusi HD 1080p dan juga mempunyai night vision. Anda mempunyai pilihan untuk memasang kit perkakasan berasingan yang membawakan ciri 24-hour parking surveillance mode.

6.   AZDOME M17 Pro

AZDOME M17 Pro best dash cam malaysia
Kredit: AZDOME OFFICIAL STORE di Shopee

AZDOME M17 Pro menyokong rakaman dua hala (depan dan belakang) yang lancar dalam 30fps (frame-per-second), lebih tinggi daripada kebanyakan dashcam yang merakam dalam 24fps. Selain itu, model ini diintegrasikan dengan peranti iOS dan Android melalui aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna mengedit, berkongsi, memuat turun, serta menyandarkan rakaman terus ke telefon pintar mereka dengan pantas.

7.   AZDOME M01 Pro

AZDOME M01 Pro best dash cam malaysia
Kredit: AZDOME OFFICIAL STORE di Shopee

AZDOME M01 Pro memaparkan teknologi STARVIS (security camera image sensor) Sony yang mempunyai kepekaan ultra tinggi yang lebih baik daripada mata manusia. Ia membolehkan pengecaman bentuk dan warna objek di lokasi gelap untuk meraih maklumat yang diperlukan dengan tepat. Ciri-ciri lain termasuklah ADAS, amaran keletihan ketika memandu, pengesanan automatik G-sensor dan loop recording.

8.   GOQ D90

GOQ D90 dashcam terbaik
Kredit: GOQ OFFICIAL di Shopee

Dengan tiga kamera yang merakam arah hadapan, belakang, dan pedalaman kereta, dashcam GOQ D90 menawarkan liputan menyeluruh yang mampu merakam semua sudut penting. Kamera hadapan mempunyai lensa kaca 6G dengan sudut lebar 170° darjah untuk rakaman yang luas serta jelas. Tambahan pula dengan teknologi WDR (Wide Dynamic Range), ia menghasilkan imej berkualiti tinggi dalam keadaan pencahayaan yang berbeza-beza.

Selain itu, G-Sensor yang terbina merakam dan mengunci rakaman tersebut secara automatik sekiranya berlaku sebarang perlanggaran bagi mengekalkan butiran penting sekiranya berlaku kemalangan.

9.   SAFECAM V20 Pro

SAFECAM V20 Pro best dashcam terbaik malaysia
Kredit: SAFECAM.my

SAFECAM V20 Pro ialah satu lagi pilihan mampu milik yang kami syorkan dan ia menawarkan banyak ciri-ciri berguna. Antaranya ialah rakaman FHD 1080p, 170° FOV, night vision, pengawasan tempat letak kereta 24-hour parking surveillance, WiFi terbina, serta integrasi dengan aplikasi mudah alih.

10.  Kamatto K60

Kamatto K60 dashcam terbaik
Kredit: Kamatto Official Store di Shopee

Tahukah anda bahawa jenama Kamatto yang lebih dikenali dengan alas kereta berkualiti juga ada membuat dashcam?

K60 merupakan model keluaran mereka dan ia memaparkan pelbagai teknologi propreitari tersendiri. Salah satunya, teknologi ClearVIS menawarkan rakaman resolusi 2K Ultra HD yang mengatasi resolusi 2K asas daripada jenama lain, manakala teknologi Kamatto GuardVOLT akan memutuskan kuasa apabila ia mengesan bateri kereta anda jatuh di bawah 11.8V bagi melindungi dan memanjangkan jangka hayat bateri. Anda juga boleh menikmati waranti pertukaran 1-ke-1 tanpa bimbang selama 12 bulan, dengan pilihan untuk melanjutkannya ke 24 bulan.

11.   ROADCAM WIFI X3

ROADCAM WIFI X3 dashcam terbaik
Kredit: ROADCAM Malaysia di Shopee

Bagi pemandu yang sangat mementingkan bajet, ROADCAM WIFI X3 adalah salah satu dashcam mampu milik terbaik di Malaysia yang anda boleh beli. Ia menampilkan cycle/loop recording yang menggantikan rakaman lama dengan rakaman baru secara automatik bagi memastikan memori tidak penuh. Meskipun harganya murah berbanding model-model lain, ia datang juga dengan kamera belakang.

Tambahkan Ketenangan Semasa Memandu Di Jalan Raya Dengan Dashcam Terbaik Di Malaysia

car windshield front view
Kredit: Mi

Kemalangan jalan raya boleh berlaku apabila anda tidak menjangkakannya. Dengan adanya salah satu dashcam terbaik di Malaysia ini dalam kenderaan anda, anda akan mempunyai lebih banyak ketenangan fikiran ketika memandu. Memandangkan kebanyakan dashcam kereta juga menawarkan pelbagai ciri-ciri berguna, ia sangat berguna dalam menghulurkan bantuan sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini di jalan raya.

Leave a Reply