Nak Tahu Bila Boleh Ambil Cuti Panjang Pada Tahun 2024? Lihat Panduan Ini

a person standing by the beach cuti umum 2024

Di masa penghujung tahun ini, ramai yang sudah nanti-nantikan apa yang bakal datang dalam tahun baru. Selain dari peristiwa-peristiwa penting seperti musim perayaan, anda pasti juga nantikan cuti-cuti umum yang boleh kita nikmati sepanjang tahun. Baca selanjutnya untuk mengetahui bilakah cuti-cuti umum di tahun 2024 supaya anda boleh membuat perancangan awal untuk aktiviti keluarga, percutian, pengembaran bersama rakan-rakan, dan lain-lain. Kami juga mencadangkan tarikh-tarikh terbaik untuk mengambil cuti supaya anda boleh mengambil kesempatan untuk menikmati cuti panjang!

Dua Jenis Cuti Umum Di Malaysia

Terdapat dua jenis cuti umum di Malaysia, iaitu:

  • Cuti kebangsaan
  • Cuti negeri

Cuti peringkat kebangsaan adalah tarikh yang diraikan di seluruh negara. Sebaliknya, cuti peringkat negeri hanya diraikan bersempena peristiwa-peristiwa penting untuk negeri-negeri tertentu sahaja. Sebagai contoh, Wilayah Kuala Lumpur, Wilayah Putrajaya, serta Wilayah Labuan meraikan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari setiap tahun dan ia tidak melibatkan negeri-negeri lain di Malaysia.

Pada bulan Julai, pihak kerajaan telah pun mengeluarkan kalendar lengkap cuti umum untuk tahun 2024 di Malaysia. Di bawah, kami senaraikan tarikh-tarikh cuti umum kebangsaan pada tahun depan dan tunjukkan cara untuk menikmati long weekend.

Cuti Umum Kebangsaan 2024 Di Malaysia

Berikut adalah cuti-cuti umum terbesar di 2024.

Tahun Baru Cina (10 – 11 Februari, Sabtu & Ahad)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Raya Puasa (10 – 11 April, Rabu & Khamis)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Pekerja (1 Mei, Rabu)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Wesak (22 Mei, Rabu)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (3 Jun, Isnin)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Raya Haji/Korban (17 Jun, Isnin)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

*Hari kedua (18 Jun, Selasa) hanya melibatkan Kedah dan Terengganu

Awal Muharram/Maal Hijrah (7 Julai, Ahad)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Kebangsaan (31 Ogos, Sabtu)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Malaysia (16 September, Isnin)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. /Maulidur Rasul (16 September, Isnin)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Penang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Hari Deepavali (31 Oktober, Khamis)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, dan Terengganu.

Hari Krismas (25 Disember, Rabu)

Negeri-negeri terlibat: Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.

Cuti Panjang/Long Weekend Yang Anda Boleh Nikmati Di 2024

Malaysian flag cuti umum 2024
Kredit: mkjr_ di Unsplash

Februari

*Bersempena Tahun Baru Cina

Cuti 3 hari (dari 10 Februari hingga 12 Februari)

Mei

*Bersempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Cuti 3 hari (dari 1 Jun hingga 3 Jun)

Jun

*Bersempena Hari Raya Haji/Korban

Cuti 3 hari (dari 15 Jun hingga 17 Jun

Julai

*Bersempena Awal Muharam (Maal Hijrah)

Cuti: 3 hari (dari 6 Julai hingga 8 Julai

September

*Bersempena Hari Malaysia

Cuti: 3 hari (14 September hingga 16 September)

Nak Cuti Lebih Panjang Lagi? 

Jika anda merancang untuk melanjutkan hari percutian anda, berikut tarikh-tarikh yang terbaik untuk mengambil cuti.

  • Ambil pada 26 Januari untuk cuti 4 hari berturut-turut (hanya melibatkan negeri-negeri yang menyambut Hari Thaipusam)
  • Ambil pada 2 Februari untuk cuti 4 hari berturut-turut (hanya melibatkan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya)
  • Ambil pada 29 Mac untuk cuti 4 hari berturut-turut (hanya melibatkan negeri-negeri yang menyambut Hari Nuzul Al-Quran)
  • Ambil pada 12 April untuk cuti 5 hari berturut-turut.
  • Ambil pada 1 November untuk cuti 4 hari berturut-turut.

Tandakan Hari-Hari Cuti Umum Pada Tahun 2024 Di Kalendar Anda

an ariel view of a beach
Kredit: Pok Rie di Pexels

Dengan pengetahuan cuti umum 2024 ini, anda dah boleh mula merancang aktiviti percutian atau pelancongan untuk tahun hadapan! Perancangan awal membolehkan anda berjimat apabila membeli tiket penerbangan serta memudahkan pencarian hotel atau tempat penginapan. Selamat bercuti!

Baca lagi: Panas Tak Terhingga? Jom Serbu Taman-Taman Tema Air Terbaik Di Malaysia Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *