Musim perayaan kian menjelang dengan persediaan untuk menyambut Hari Raya. Seperti tahun sebelum ini, sambutan Hari Raya tahun ini mungkin berbeza, tetapi marilah kami mengamalkan kebiasaan baru. Salah satu amalan terbaik adalah menghantar dan menerima duit Raya secara elektronik. E-duit Raya bukan sesuatu yang baru, tetapi jika ini merupakan kali pertama pertama anda menggunakannya, di bawah ini kami telah mengumpul senarai aplikasi yang anda boleh gunakan untuk menghantar serta menerima wang dengan selamat dan mudah.
Aplikasi Terbaik Untuk Menghantar dan Menerima E-Duit Raya
ShopeePay
Sekiranya anda gemar membeli-belah atas talian, kemungkinan besar anda telah memuat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit anda. Melalui ShopeePay dalam aplikasi, anda boleh menghantar kredit ShopeePay kepada rakan dan keluarga dengan mudah melalui fungsi “Transfer”. Anda perlu menaik taraf ke ShopeePay Premium untuk menggunakan ciri ini; naiktaraf ini dilakukan apabila anda melengkapkan verifikasi kad pengenalan.
Untuk proses pemindahan dana yang lebih mudah, anda boleh membenarkan Shopee akses kenalan (contact) anda melalui “Settings” pada peranti anda. Setelah pemindahan dana berjaya, penerima boleh menggunakan kredit yang diterima serta merta untuk berbelanja di Shopee!
Muat turun aplikasi Shopee di sini: iOS l Android
E-Dompet Touch’ N Go
E-Dompet Touch ‘n Go (TNG) adalah salah satu e-dompet terkemuka di Malaysia kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan, dan menghantar e-duit merupakan salah satu daripadanya. Anda boleh menghantar e-duit dengan cepat kepada pengguna TNG e-dompet dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit mereka atau menggunakan ciri pengimbasan kod QR.
Tahun-tahun sebelum ini, e-dompet TNG menawarkan ganjaran wang tunai apabila para pengguna menghantar e-duit Raya, jadi anda boleh nantikan promosi yang serupa atau lebih banyak ganjaran tahun ini.
Muat turun aplikasi Touch’ N Go di sini: iOS l Android
GrabPay
Grab lebih dari sekadar aplikasi untuk perkhidmatan e-hailing dan memesan makanan kegemaran anda. Sekiranya anda mempunyai kredit dalam e-dompet GrabPay anda, anda boleh menghantarnya kepada orang yang anda sayangi.
Sebelum ini, Grab menawarkan ganjaran dalam bentuk GrabRewards Points untuk menghantar e-duit semasa Raya. Oleh itu, jika anda ingin mengumpulkan sebanyak mungkin GrabRewards Points untuk dapatkan ganjaran yang lebih hebat, nantikan promo e-duit Raya Grab.
Muat turun aplikasi Grab di sini: iOS l Android
E-Dompet Boost
Boost juga merupakan e-dompet popular yang membolehkan penggunanya menghantar e-duit Raya kepada sesiapa sahaja. Pada tahun 2020, Boost memperkenalkan Premium Wallet barunya yang dilengkapi dengan saiz dompet RM4,999 (dinaik taraf dari RM1,500) sempena perayaan Hari Raya.
Di samping itu, Basic Wallet yang baru juga menyaksikan peningkatan saiz dompet sebanyak RM1,000 dari had sebelumnya, RM200. Sekiranya anda ingin menghantar duit Raya yang banyak (mungkin kepada ibu bapa yang anda mungkin tidak dapat melawat tahun ini), anda boleh melakukannya dengan selamat melalui aplikasi Boost.
Muat turun aplikasi Boost di sini: iOS l Android
Maybank2U/MAE
Ada akaun Maybank? Maka cara paling mudah untuk menghantar wang adalah dengan menggunakan perkhidmatan Maybank sendiri. Anda boleh melakukannya dangan dua kaedah: melalui QRPay di aplikasi Maybank2U MY atau di aplikasi MAE.
Wang boleh dihantar melalui nombor telefon yang telah didaftarkan atau dengan mengimbas kod QR yang dihasilkan oleh pengguna. Anda mungkin juga boleh dapat ganjaran wang tunai apabila anda menggunakannya kerana sebelum ini, Maybank telah memberikan hadiah wang tunai kepada beberapa penghantar e-duit yang bertuah.
Muat turun aplikasi Maybank2u di sini: iOS l Android
Muat turun aplikasi Mae di sini: iOS l Android
CIMB Clicks
Anda boleh memindahkan dana dengan mudah melalui CIMB Clicks atau DuitNow. CIMB Clicks Instant Transfer membolehkan anda menghantar dana ke mana-mana akaun bank di Malaysia dengan segera.
Dan jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang tinggal di luar negara, anda boleh menghantar wang ke pelbagai negara di seluruh dunia dengan menggunakan CIMB SpeedSend.
Muat turun aplikasi CIMB Clicks di sini: iOS l Android
Kekal Selamat dan Lakukan Transaksi Tanpa Tunai Dengan E-Duit Raya
Terdapat banyak manfaat menggunakan e-duit Raya untuk menggantikan wang kertas. Ia mudah, cepat, lebih bersih, dan mesra alam semulajadi dengan mengurangkan penggunaan kertas. Selain itu, anda pasti memperoleh lebih banyak nilai dengan pelbagai promosi dan ganjaran yang ditawarkan.
Sudah tentu, ini juga merupakan kaedah terbaik buat masa ini di mana kita perlu mengamalkan penjarakan fizikal. Walaupun ada di antara kami yang mungkin jauh dari orang yang tersayang semasa perayaan tahun ini, kami masih dapat menghantar kebahagiaan dan kegembiraan dari jauh!
Tak tahu nak beli baju Raya apa untuk anak-anak tahun ini? Meh baca di sini untuk dapatkan cadangan berguna!